#naturebites #anthurium #anthuriumlovers #anthuriumaddict #aroidjungle #greenhousegardening #aroidaddicts #aroidlover #urbanjungle #plants #plantsofinstagram #plantsmakepeoplehappy #garden #greenhouse #indoorgardening #rareplants #jungletheme #foliage
Fasa perubahan cuaca.
Seperti yang kita sedia maklum, tempoh cuaca panas terik yang melanda sebelum ini banyak menggugat keamanan tumbuhan. Bahang yang sangat panas mengakibatkan pokok-pokok menjadi kering dan terbakar. Ramai sahabat pokok yang mengadu tidak dapat selamatkan pokok kesayangan mereka.
Sesudah penghujung Ramadhan yang lalu, cuaca berubah lagi. Kini kekerapan hujan bertambah pada sebelah petang. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan hujan selepas jam 4ptg. Beginilah lumrah kehidupan…kena siap siaga menghadapi apa juga keadaan yang mendatang.
Walau bagaimanapun, isu perubahan cuaca dapat di atasi sekiranya Rumah Hijau @ Ruang Iklimasi untuk tumbuhan disediakan. Ini kerana ia dapat menapis sinaran matahari, haba dan air hujan yang masuk ke ruang penjagaan tanaman di samping mengekalkan suhu yang diperlukan.
Secara ringkas, proses penjagaan tanaman lebih terkawal.