MPKK Kg Jalan Kebun

MPKK Kg Jalan Kebun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPKK Kg Jalan Kebun, News & Media Website, Shah Alam.

22/02/2024

โ€œTERIMA KASIHโ€

KETUA KAMPUNG, TOK AHMAD MUHIDIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA AJK MPKK KG JALAN KEBUN, YG TURUT HADIR KE LOKASI KEJADIAN KEBAKARAN YG BERLAKU BARU BARU INI.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA WARGA PENDUDUK KG JALAN KEBUN YG TURUT MEMBANTU MEMADAMKAN KEBAKARAN SEBELUM KETIBAAN PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI LOKASI KEJADIAN.

2 KEJADIAN KEBAKARAN TELAH BERLAKU DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 1 MINGGU DI KG JALAN KEBUN KLANG / SHAH ALAM. TOK AHMAD MUHIDIN MEMBERIKAN PESANAN KEPADA SEMUA WARGA PENDUDUK KG JALAN KEBUN UNTUL MENGAMBIL LANGKAH AWAL MENCEGAH KEBAKARAN DRI BERLAKU. ANTARANYA KEPADA PEMILIK2 KEDIAMAN MEMASTIKAN PEMDAWAIAN ELEKTRIK YG TELAH BERUSIA PULUHAN TAHUN UTK DI SELENGGARA SERTA TIDAK MENINGGALKAN RUMAH KETIKA KERJA2 MEMASAK MASIH BELUM SELESAI.

BERSAMA KITA TERUSKAN SEMANGAT KERJASAMA DAN BANTU MEMBANTU DEMI KESEJAHTERAAN SERTA KEHARMONIAN KG JALAN KEBUN LESELURUHANNYA.

MPKK Kg Jalan Kebun
MPKK KG JALAN KEBUN
Biro Infosuktur Komunikasi Media
Biro Keselamatan dan kesihatan



MAKLUMAT PENTINGPENDUDUK KG JALAN KEBUN KLANG ( MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG )SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDU...
21/02/2024

MAKLUMAT PENTING

PENDUDUK KG JALAN KEBUN KLANG ( MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG )

SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK KEDIAMAN ( RUMAH ) DAN PENIAGA2 ( KEDAI ).
DI WAJIBKAN MENYEDIAKAN TONG SAMPAH SENDIRI DI SETIAP RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN BERMULA FEBRUARY 2024.

BERMULA BULAN MAC 2024 TIADA LAGI TONG2 SAMPAH AWAM YANG AKAN DI LETAKKAN DI BAHU2 JALAN SEPANJANG JALAN RAJION DAN JALAN BASIRAN DAN SEPANJANG JALAN KG SC, KG BARU 1 & KG BARU 2, JALAN KEBUN.

MANA2 PEMILIK KEDIAMAN ( RUMAH ) ATAU PREMIS PERNIAGAAN ( KEDAI ) GAGAL MEMYEDIAKAN TONG SAMPAH SECARA INDUVIDU TINDAKAN KAMPAUN ( DENDA ) DI KENAKAN.

PIHAK KDEB AKAN MENYEDIAKAN PETUGASAN MENGAMBIL SAMPAH2 MENGGUNAKAN KENDERAAN RODA 3 DAN LORI TONG RORO DI SETIAP LORONG2 KEDIAMAN DI KG JALAN KEBUN KLANG.

MPKK KG JALAN KEBUN
Biro Infrasuktur kemudahan asas
Biro Infosuktur Komunikasi Media



~ MAKLUMAN ~BAZAR RAMADHAN 2,KG JALAN KEBUNLOKASI BAZAR : TAPAK PASAR MALAM HARI SELASA ( JALAN KAMPUNG LOMBONG )UKURAN ...
17/02/2024

~ MAKLUMAN ~
BAZAR RAMADHAN 2,
KG JALAN KEBUN

LOKASI BAZAR : TAPAK PASAR MALAM HARI SELASA ( JALAN KAMPUNG LOMBONG )

UKURAN TAPAK : 10 X 10

JUMLAH TAPAK : 60 TAPAK

KEMUDAHAN : PARKING, SURAU , TANDAS , PERTUGAS LALU LINTAS & PETUGASAN KEBERSIHAN

PENGANJUR BAZAR : MPKK Kg Jalan Kebun

SYARAT2 PERMOHONAN & BERNIAGA : ~
1. WARGANEGARA MALAYSIA
2. MEMILIKI SIJIL MENGENDALIKAN MAKANAN
3. MAKSIMUM 3 TAPAK UNTUK SEORANG PENIAGA
4. TIDAK ALI BABA TAPAK BERNIAGA

KEKOSONGAN TAPAK BERNIAGA HANYA BERBAKI BEBERAPA TAPAK SAHAJA LAGI, KEPADA YANG BERMINAT SILA BUAT PENGESAHAN BERNIAGA DENGAN KADAR YANG SEGERA UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN NOMBOR TAPAK BERNIAGA.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PENGESAHAN BERNIAGA SILA HUBUNGI AJK PERLAKSANAAN SEPERTI BUTIRAN DISERTAKAN

NAMA : HAJI TUKIMAN MAERAN
TEL : 0123661906
Wasap : www.wasap.my/60123661906/BazarRamadhan2




"NOTIS PENTINGโ€PENUTUPAN PERSIMPANGAN JALAN BAKRI, KG JALAN KEBUNKEPADA WARGA PENDUDUK KG JALAN KEBUN ADALAH DENGAN INI ...
16/02/2024

"NOTIS PENTINGโ€

PENUTUPAN PERSIMPANGAN JALAN BAKRI, KG JALAN KEBUN

KEPADA WARGA PENDUDUK KG JALAN KEBUN ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN PERSIMPANGAN JALAN BAKRI, KG JALAN KEBUN DARI ARAH LALUAN JALAN KG LOMBONG AKAN DI TUTUP KEPADA SEMUA JENIS KENDERAAN.

PENUTUPAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK DILAKUKAN BAGI KERJA KERJA MENAIKTARAF LONGKANG CULVERT DI PERSIMPANGAN TERSEBUT OLEH JABATAN KERJA RAYA ( JKR ) DAERAH KLANG.

TARIKH MULA PENUTUPAN : 19 FEBRUARI 2024

SEHINGGA : 18 MAC 2024

ORANG RAMAI DI SARANKAN MENGGUNAKAN LALUAN ALTERNATIVE YANG LAIN SEPANJANG PENUTUPAN PERSIMPANGAN TERSEBUT.

TERIMA KASIH,
MPKK KG JALAN KEBUN
MPKK Kg Jalan Kebun
BIRO INFOSUKTUR MEDIA KOMUNIKASI

10/02/2024

Kebakaran Bangunan Kedai

Kg Batu 7, Jalan Kebun
Tidak sampai 24jam berlaku satu lagi kejadian kebakaran di Kg Jalan Kebun, Kali ini melibatkan deretan rumah kedai yang terletak di Jalan Batu 7, Jalan Kebun berhadapan dengan Tadika Tunas Budi.

Kejadian yang berlaku sekitar hampir jam 2petang telah musnahkan hampir 65 % bangunan rumah kedai tersebut. MPKK Kg Jalan Kebun mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu membawa keluar barangan & peralatan ketika kejadian kebakaran tersebut.

MPKK Kg Jalan Kebun juga mengucapkan terima kasih kepada anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat yang Kali ke 2 hadir ke Kg Jalan Kebun untuk kerja2 memadamkan kebakaran. Juga terima kasih kepada anggota Jabatan Relawan Negara ( Rela ) yang membantu melancarkan Lalulintas serta mengawal keadaan di lokasi kejadian.

MPKK Kg Jalan Kebun

KebakaranKg SC, Jalan Kebun,Berlaku satu kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah gudang milik Shuvah Logistics, yang t...
09/02/2024

Kebakaran

Kg SC, Jalan Kebun,
Berlaku satu kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah gudang milik Shuvah Logistics, yang terletak di Kg SC Jalan Kebun.

Kejadian kebakaran disedari oleh penduduk bersebelahan gudang tersebut jam 12.30malam dan telah menghubungi Jabatan Bomba & Penyelamat. Sehingga berita ini di muat naik jam 2.53pagi kebakaran Masih belum dapat di padamkan sepenuhnya.

Bersama sama kita berdoa kepada Allah Swt Semoga di permudahkan kerja2 memadam kebakaran oleh anggota2 Jabatan Bomba & Penyelamat. Dah dapat diselesaikan kerana pada hari ini, sabtu 10hb February ada majlis keraian yg akan dilangsungkan oleh penduduk bersebelahan dengan lokasi kebakaran.

MPKK Kg Jalan Kebun
MPKK Kg Jalan Kebun

BAZAR RAMADHAN 2, KG JALAN KEBUNMPKK KG JALAN KEBUN MEMBUKA 1 LAGI TAPAK BAZAR RAMADHAN TAHUN INI.LOKASI BAZAR : TAPAK P...
08/02/2024

BAZAR RAMADHAN 2, KG JALAN KEBUN

MPKK KG JALAN KEBUN MEMBUKA 1 LAGI TAPAK BAZAR RAMADHAN TAHUN INI.

LOKASI BAZAR :
TAPAK PASAR MALAM KG JALAN KEBUN HARI SELASA

MASA OPERASI :
3.30PETANG - 8MALAM

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2024.
HUBUNGI INDUVIDU PERLAKSANA

HAJI TUKIMAN MAERAN
TEL : 0123661906
Wasap : www.wasap.my/60123661906/BazarRamadhan2

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Ekonomi keusahawan
Biro Keselamatan dan kesihatan

MAKLUMAT PENTING,BARU BERLAKU KEJADIAN POKOK TUMBANG DI JALAN KEBUN BARAT, BERHAMPIRAN KEDAI TOMYAM NUR SURIA / CARWASH....
01/02/2024

MAKLUMAT PENTING,

BARU BERLAKU KEJADIAN POKOK TUMBANG DI JALAN KEBUN BARAT, BERHAMPIRAN KEDAI TOMYAM NUR SURIA / CARWASH.

PIHAK MPKK KG JALAN KEBUN TELAH LAPORKAN KEPADA SKUAD PANTAS MBSA UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.

BERHATI HATI SEMUA.

MPKK KG JALAN KEBUN
BIRO KOMUNIKASI & MEDIA
BIRO KESELAMATAN & KESIHATAN

01/02/2024
28/01/2024

Assalamualaikum wkt.
Isu pembuangan sampah sudah di anggap selesai bila pemilik restoran Salai POWER Restaurant mengambil langkah bertanggungjawab dengan berjanji tidak mengulanginya lagi.

Pemilik akan menyediakan tong sampah sendiri dan tidak akan membuang sampah2 sisa perniagaan mereka di tong sampah Awam lagi.

Kampung Fest 2023Kampung Fest di Padang Rakyat Kg Jalan Kebun masih lagi berlangsung sehingga 31 December 2023,Orang ram...
28/12/2023

Kampung Fest 2023

Kampung Fest di Padang Rakyat Kg Jalan Kebun masih lagi berlangsung sehingga 31 December 2023,

Orang ramai di jemput hadir ke tapak Kampung Fest untuk menyertai pelbagai aktiviti serta boleh menjamu selera bersama rakan rakan serta keluarga. Terdapat gerai gerai jualan makanan ala Kampung yang sesuai dengan untuk di nikmati.

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Ekonomi & keusahawan
Biro Keselamatan dan kesihatan




๐Ÿ“ฃ Berita baik buat orang Selangor! Jualan Kasih Rahmah kini berada SEGI Fresh Jalan Kebun.Nikmati pelbagai barangan ment...
28/12/2023

๐Ÿ“ฃ Berita baik buat orang Selangor! Jualan Kasih Rahmah kini berada SEGI Fresh Jalan Kebun.

Nikmati pelbagai barangan mentah dan keperluan harian dengan harga yang amat berpatutan! ๐Ÿคฉ

Jualan Kasih Rahmah berlangsung pada:
๐Ÿ—“ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 30 - 31 Disember 2023 (Sabtu dan Ahad)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: 8.00pagi - 8.30malam
๐Ÿ“ ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐œ๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง:
๐Ÿ›’ ๐’๐ž๐ ๐ข ๐…๐ซ๐ž๐ฌ๐ก ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ฎ๐ง ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://maps.app.goo.gl/uFNCwHfzetwTus1L7

Ini merupakan inisiatif untuk bantu ringankan beban komuniti setempat terutamanya golongan B40 untuk:
๐Ÿ’ฐ dapatkan keperluan harian dengan harga berpatutan berbanding harga pasaran
๐Ÿ‘๐Ÿป akses kepada produk yang berkualiti
๐ŸŸ barang basah yang segar

Jangan lepaskan peluang dan dapatkan barangan dapur anda di Segi Fresh. โœ…

โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜† ยท Supermarket

MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinKerja2 pembersihan sistem peparitanKg Baru 2, Jalan KebunMPKK Kg Jalan Kebun telah menjalank...
26/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Kerja2 pembersihan sistem peparitan

Kg Baru 2, Jalan Kebun
MPKK Kg Jalan Kebun telah menjalankan kerja2 pembersihan sistem peparitan yang terdapat di sebahagian Kg Baru 2, Jalan Kebun baru baru ini.
Kos perbelanjaan untuk kerja kerja pembersihan tersebut di biayai oleh Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja YB Datok Sri Mohammad Bin Sabu.

Tok Din mewakili Pengurusan MPKK Kg Jalan Kebun serta warga Penduduk Kg Jalan ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Datok Sri Mohammad Bin Sabu kerana Prihatin dan cakna dengan keselesaan serta Keselamatan Warga Kg Jalan Kebun. Ucapan terima kasih juga di ucapkan kepada Ybhg Tuan Hj Mohd Azmi Jusof selaku Pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat Parliament Kota Raja yang membantu menguruskan permohonan MPKK Kg Jalan Kebun.

Sepanjang kerja kerja pembersihan tersebut Ketua Biro Keselamatan dan kesihatan MPKK Kg Jalan Kebun Sdr Mohd Khusnin telah memantau bagi memastikan hasil kerja yg memuaskan serta kelancaran lalu lintas di lokasi tugasan.

MPKK Kg Jalan Kebun akan sentiasa berusaha menjalankan tanggungjawab yg telah di amanahkan sebaik yang mungkin dibawah urustadbir oleh Ketua Kampung Tok Ahmad Muhidin Haji Dasuki

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Infrasuktur
Biro Keselamatan dan kesihatan




- TARIKH -- 22-12-2023 -- HARI -JUMAAT - MASA -8.30AM - 12.30PM- LOKALITI  1 -SEK 30 (JLN KEBUN : LORONG HAJI YUSOF LOT ...
26/12/2023

- TARIKH -
- 22-12-2023 -

- HARI -
JUMAAT

- MASA -
8.30AM - 12.30PM

- LOKALITI 1 -
SEK 30 (JLN KEBUN : LORONG HAJI YUSOF LOT 3614 )

TEAM PCO 3
(1) M NOR FAIZAL
(2) AMIRRUDDIN
(3) RAJA FAIZAL
(4) BAKHTIAR

- AKTIVITI -
PTP, LARVACIDING & MISTBLOWER

- PENEMUAN -
=TERDAPAT *48* BEKAS BERPOTENSI & *5* BEKAS DARIPADANYA MEMPUNYAI POSITIF

- BEKAS POSITIF -
1- BEKAS PLASTIK - 1
2- TONG LAIN - 1
3- TONG DRUM - 1
4- BESEN - 1
5- TAYAR - 1

- POTENSI PEMBIAKAN -
=TERDAPAT BANYAK SAMPAH HARAM YANG TIDAK TERKAWAL DAN BERPOTENSI TINGGI
=TERDAPAT BANYAK TANAMAN DAN KEBUN HARAM YANG TIDAK TERKAWAL

- TINDAKAN -

=SEMBURAN LARVACIDING & MISTBLOWER MENGGUNAKAN RACUN VECTO BAC WG TELAH DI JALANKAN
- BEKAS BERPOTENSI DITERBALIKKAN &
DIMUSNAHKAN
- SEMUA TEMPAT PEMBIAKKAN DIMUSNAHKAN & TEMPAT POTENSI PEMBIAKAN DIBUAT LARVACIDING

Pejabat Kesihatan Daerah Klang

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Keselamatan dan kesihatan



MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinJalan Bani,Tok Din meluangkan masa menziarahi Komuniti Penduduk Taman Banda Cahaya Height Ja...
26/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Jalan Bani,
Tok Din meluangkan masa menziarahi Komuniti Penduduk Taman Banda Cahaya Height Jalan Bani.
Tujuan ziarah adalah untuk mengeratkan silahturahim di antara MPKK Kg Jalan Kebun bersama Komuniti Penduduk Taman tersebut. Dalam pertemuan tersebut pihak Komuniti telah menyuarakan beberapa permasalah yg dihadapi oleh warga Penduduk.

Tok Din memaklumkan walaupun Taman2 Perumahan secara dasarnya berada dibawah seliaan Dan jagaan MBSA tetapi sebagai seorang Ketua Kampung beliau akan tetap berusaha menyuarakan sebarang perkara berbangkit kepada agensi2 yg bertanggungjawab.
Komuniti Penduduk menzahirkan ucapan terima kasih kerana kehadiran Tok Din merungkai kemusykilan yg selama ini membelenggu Komuniti Penduduk. Ujar Komuniti Penduduk Selama ini beranggapan dengan menyalurkan aduan mereka kepada sebuah pertubuhan dapat menyelesaikan permasalahan mereka terutamanya soal peparitan serta semak samun. Tetapi apa yg berlaku di akhirnya tiada tindakan sistematik yg di ambil oleh mana2 agensi bertanggungjawab. Permasalah tidak di selesaikan apa yg berlaku adalah menyalahkan p**a pihak agensi seperti MPKK ,MBSA dan agensi2 Kerajaan yg lain.

Tok Din menitipkan pesanan kepada Komuniti Penduduk Taman Banda Cahaya Height serta semua Komuniti di Kg Jalan Kebun agensi berkaitan Kerajaan tempatan di Jalan Kebun hanya di wakili oleh MPKK ( Ketua Kampung )dan MPP ( Ahli Majlis MBSA ) dan setiap aduan adalah lebih tepat terus di panjangkan kepada 2 agensi ini sahaja untuk kawasan bawah MBSA atau MPK.

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Infrasuktur
Biro Keselamatan dan kesihatan




MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinZiarah Kasih,Jalan Haji KasimTok Din telah meluangkan masa menziarahi Pengurusi / Yang Di Pe...
25/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Ziarah Kasih,

Jalan Haji Kasim
Tok Din telah meluangkan masa menziarahi Pengurusi / Yang Di Pertua Anak Jati Jalan Kebun Tuan Kamaruddin Bin Kassim. Tok Din telah menerima perkhabaran berkenaan dengan tahap kesihatan yg terganggu kebelakangan ini.

Tuan Kamaruddin Bin Kassim adalah Pengurusi ( YDP ) Persatuan Anak Jati Jalan Kebun yang mana di maklumkan telah pun di luluskan pendaftarannya baruยฒ ini oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tok Din merasa terpanggil untuk meluangkan masa kerana Tuan Kamaruddin adalah rakan sekampung yg cukup aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di Kampung Jalan Kebun. Selain itu Tuan Kamaruddin juga adalah Pengurusi Komuniti Penduduk Lorong Haji Kassim yg mana antara Komuniti yg sangat aktif di Kampung Jalan Kebun ini.

Tok Din mendoakan semoga Allah Swt kurniakan kesihatan yang baik, rezeki yg melimpah ruah diberkati dan di rahmati di dunia sehingga ke Akhirat kelak nanti kepada Tuan Kamaruddin Bin Kassim untuk terus berbakti kepada Masyarakat dan dapat memimpin Persatuan Anak Jati Jalan Kebun dengan lebih lancar di masa mendatang ini.

MPKK Kg Jalan Kebun,
Biro Keselamatan dan kesihatan
Biro kebajikan




08/12/2023

Pelan Pembangunan Lalulintas di Kampung Jalan Kebun & Kg Lombong

MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinPenyerahan Sijil โ€œMalaysia Book Of Recordโ€Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun,Tok Din telah hadir...
08/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Penyerahan Sijil โ€œMalaysia Book Of Recordโ€

Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun,
Tok Din telah hadir ke majlis penyerahan Sijil Malaysia Book Of Record โ€œColour Your Dreamโ€œ Bersama Eskayvie & Dato Aznil Hj Nawaei ( Pak Nil ).

Menerima undangan dari Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun melalui Guru Besar SKJK Ybhg Cikgu Haji Mohd Hamdan Bin Rahim. Peluang seperti ini wajar di ambil peluang kerana dapat bersua muka dengan pelajarยฒ untuk beramah mesra serta memberikan galakkan serta sokongan kepada pelajarยฒ.

Pelajar2 sangat teruja kerana Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun telah di pilih untuk menerima Sijil pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record atas pencapaian dalam kempen โ€œ colour your dreams โ€. Di majlis tersebut juga pelajar2 dapat beramah mesra dengan Pak Nil yang sangat pop**ar dalam bidang pengacaraan serta program2 amal bersama Masyarakat.

Tok Din mengucapkan tahniah kepada warga pendidik serta Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun atas pencapaian yg telah di perolehi. Tok Din selaku Ketua Kampung dan Pengurusi MPKK Kg Jalan Kebun akan sentiasa memberikan sokongan serta dokongan untuk segala bentuk aktiviti yg melibatkan Masyarakat demi kemakmuran Kampung Jalan Kebun.

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Infosuktur Komunikasi Media




MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin,Kepada warga Penduduk Kg Jalan Kebun,Sekiranya berhasrat untuk berurusan dengan Ketua kampu...
07/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin,

Kepada warga Penduduk Kg Jalan Kebun,
Sekiranya berhasrat untuk berurusan dengan Ketua kampung Tok Ahmad Muhidin Haji Dasuki,

Sila hadir ke Pejabat Pentadbiran MPKK Kg Jalan Kebun,

Hari : Isnin sehingga Jumaat
Masa : 9pagi - 12tghri

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Infosuktur Komunikasi Media

MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinKenderaan Roda Tiga ElektrikKg Jalan Kebun,Nestle PKT Recycle melalui Pengurusi mereka Cik H...
07/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Kenderaan Roda Tiga Elektrik

Kg Jalan Kebun,
Nestle PKT Recycle melalui Pengurusi mereka Cik Hidayah telah hadir ke Kampung Jalan Kebun untuk majlis ringkas simbolik penyerahan sumbangan kenderaan Roda tiga tenaga elektrik.

Kenderaan tersebut disumbangkan untuk kegunaan MPKK Kg Jalan Kebun bagi kerja2 mengutip barang barang recycle terbuang di sekitar Kg Jalan Kebun. Nestle sebuah Syarikat pengilangan Dan pemasaran produk makanan serta minuman di Malaysia sentiasa terlibat dengan kerja2 amal.

Kenderaan Roda tiga tersebut telah di serahkan kepada Ketua Kampung Tok Din kelmarin dan akan di kawal selia oleh pihak MPKK Kg Jalan di bawah biro Keselamatan dan kesihatan. Kepada warga Penduduk Kg Jalan Kebun diharapkan dapat memberikan kerjasama untuk tidak menjadikan tong2 recycle yg terdapat di beberapa lokasi sebagai tong sampah pukal dan sampah dapur.

Tok Din mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Nestle atas sumbangan berupa kenderaan Roda tiga tenaga elektrik tersebut. MPKK Kg Jalan Kebun akan melantik seorang induvidu untuk menjaga serta seliaan kenderaan tersebut agar sentiasa di dalam keadaan yg baik.

MPKK Kg Jalan dan Masyarakat berpisah tiada.

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Keselamatan dan kesihatan
Biro Prasarana
Biro Infrasuktur Media





Temu Rapat MPKK Kg Jalan Kebun Komuniti Penduduk Jalan Bakri Komuniti Penduduk Taman Bunga Raya Biro Aduan Awam Selangor...
06/12/2023

Temu Rapat
MPKK Kg Jalan Kebun Komuniti Penduduk Jalan Bakri Komuniti Penduduk Taman Bunga Raya Biro Aduan Awam Selangor Jabatan Pengaliran Dan Saliran ( JPS ) Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Pejabat Tanah Daerah Klang Majlis Bandaraya Shah Alam

Usaha mencari Jalan penyelesaian walaupun sukar tetapi perlu untuk pergiatkan agar ia tidak terus berlanjutan. MPKK Kg Jalan Kebun berharap agar semua agensi Kerajaan yang terlibat dapat berganding bahu untuk mencapai kejayaan dalam usaha ini.

Ketika ini bukan masanya untuk mencari siapa yang bersalah atau siapa yang perlu bertanggungjawab mengatasi masalah banjir di Kampung Jalan Kebun. Tetapi semua pihak perlu berganding bahu kerana punca berlakunya kejadian banjir berhubung kait antara satu sama lain maka wajar semua agensi berkerjasama.

Mengikut geografi Kg Jalan Kebun berada dalam kawasan Lembah yakni majoritinya tanah rendah. Sekiranya dilakukan kerja2 mendalamkan sistem peparitan ia bukanlah langkah yang tepat Dan dapat mengatasi masalah banjir dari terus berlaku. Mendalamkan peparitan ia seupamannya menjadikan sebahagian besar Kampung Jalan Kebun yg bertanah rendah sebagai kolam tadahan kerana limpahan air dri sekitar kawasan akan memasuki Kampung Jalan Kebun.

Ketika ini perlu di usahakan bagaimana untuk mengalirkan air keluar dari Kampung Jalan Kebun agar setiap Kali hujan lebat berlaku bagi mengelakkan kejadian banjir kerap berlaku.

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Prasarana
Biro Keselamatan dan kesihatan
Biro Infrasuktur Media

MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinSemoga Allah Swt permudahkan segala  usaha dalam mencari penyelesaian permasalahan banjir ya...
06/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Semoga Allah Swt permudahkan segala usaha dalam mencari penyelesaian permasalahan banjir yang sering berlaku di sekitar Kg Jalan Kebun.

MPKK Kg Jalan Kebun bersama warga Penduduk berharap agar Jalan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dapat usahakan oleh agensi2 Kerajaan bertanggungjawab agar igauan ngeri setiap kali hujan dan berlakunya banjir di alami Penduduk Kg Jalan Kebun berakhir.

MPKK Kg Jalan Kebun
MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Prasarana Keceriaan
Biro Keselamatan dan kesihatan
Biro Infosuktur Komunikasi Media








MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinMencari solusi kepada masalah banjir,Kg Jalan Kebun,Telah berlangsung satu temu rapat di ant...
05/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Mencari solusi kepada masalah banjir,

Kg Jalan Kebun,
Telah berlangsung satu temu rapat di antara MPKK Kg Jalan Kebun ,Komuniti Penduduk Lorong Bakri dan Komuniti Penduduk Taman Bunga Raya bersama agensi2 Kerajaan dalam mendepani permasalahan kejadian banjir yang sering berlaku di Kampung Jalan Kebun,

Agensi Kerajaan yang hadir dalam temu rapat tersebut adalah antaranya..
1. Biro Aduan Awam Selangor
2. Pejabat Daerah Tanah Klang
3. Jabatan Kerja Raya ( JKR )
4. Jabatan Pengaliran Dan Saliran Selangor ( JPS )
5. Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA )
6. InfraSel

MPKK Kg Jalan Kebun di wakili oleh Ketua Kampung Tok Din serta beberapa orang AJK turut bersama sama hadir dalam temu rapat tersebut. Agenda temu rapat tersebut adalah berhubung kait dengan permasalah banjir kilat yang sering berlaku terutamanya di persimpangan Jalan Kampung Lombong Dan Jalan Bakri.

Biro Aduan Selangor akan memantau agensi2 yang bertanggungjawab dalam mendepani permasalahan banjir yang berlaku di Kampung Jalan Kebun. Setiap agensi perlu menjalankan tugasan mereka mengikut bidang kerja dalam memastikan masalah banjir kilat dapat di atasi bukan hanya di persimpangan Jalan Kampung Lombong Dan Jalan Bakri tetapi di sekitar Kampung Jalan Kebun.

MPKK Kg Jalan Kebun mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Wahab yang memberikan kebenaran untuk pengunaan ruang kedai makan beliau bagi menjayakan temu rapat tersebut.

Selepas temu rapat berlangsung kesemua Pegawai agensi2 yang hadir telah di bawa ke lokasi2 yang sering berlaku kejadian banjir kilat di Kampung Jalan Kebun. MPKK Kg Jalan Kebun yang di ketuai oleh Tok Din akan terus berusaha membantu menyuarakan permasalah yg membelenggui penduduk agar penyelesaikan dapat di capai.

MPKK Kg Jalan Kebun juga sudah menghantar aduan dan jemputan untuk YB Exco Kerajaan Negeri Selangor hadir ke Kampung Jalan Kebun bagi meninjau dan menyegerakan segala perancangan dalam menaiktaraf kemudahan Infrasuktur sejajar dengan yang telah di usahakan oleh Ybhg Tuan Hj Ustaz Zawawi ketika menggalas tugasan selaku ADN.

Kepada warga Penduduk Kg Jalan Kebun marilah kita bersama sama berdoa semoga segala perancangan Dan usaha menaiktaraf sistem peparitan serta kemudahan asas di Kampung Jalan Kebun dapat terlaksana dalam Kadar yg Segera.

MPKK Kg Jalan Kebun
MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Prasarana Keceriaan
Biro Keselamatan dan kesihatan
Biro Infosuktur Komunikasi Media





MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinOperasi Cegah DenggiTARIKH๐Ÿ“† 5/12/2023HARIโ˜€๏ธ SelasaMASAโฐ 10.00 amLOKALITI๐ŸŒ Lot 3761 Jalan Haj...
05/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Operasi Cegah Denggi

TARIKH
๐Ÿ“† 5/12/2023

HARI
โ˜€๏ธ Selasa

MASA
โฐ 10.00 am

LOKALITI
๐ŸŒ Lot 3761 Jalan Haji Said Kg. Jalan Kebun Seksyen 30
๐Ÿ“‹ Sporadik

SWAT TEAM
๐Ÿงโ€โ™‚๏ธAmir / Muhaimin
๐Ÿง๐Ÿปโ€โ™‚๏ธRosaidi / Vijay
๐Ÿงโ€โ™‚๏ธHalim

AKTIVITI
๐Ÿ” PTP , S&D dan LARVACIDING

*PENEMUAN* ๐Ÿ“ธ

๐ŸฆŸ 2 pmbiakan sekitatr
- Bekas Plastik
- Alas Pasu

๐Ÿ  Rumah kes dimasuki & diperiksa

๐Ÿงพ -

TINDAKAN
โœ… Semburan larvaciding menggunakan racun Vectobec telah dilakukan
โœ… Bekas berpotensi diterbalikan dan dimusnahkan.
โœ… Pendidikan kesihatan berkenaan Denggi diberikan kepada penduduk yang ditemui.

Terima Kasih Team ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

ALERT ๐Ÿ“

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Keselamatan dan kesihatan
Biro Infosuktur Komunikasi Media





MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinKg Jalan Kebun,Tok Din mengucapkan terima kasih kepada anggota Jabatan Relawan Negara ( RELA...
05/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Kg Jalan Kebun,
Tok Din mengucapkan terima kasih kepada anggota Jabatan Relawan Negara ( RELA ) yang sudi singgah ke kediaman beliau untuk kunjung hormat.
RELA Platun Jalan Kebun telah di tugaskan untuk menjalankan rondaan di sekitar Kg Jalan Kebun untuk meninjaukan keadaan Keselamatan serta langkah berjaya jaga sekiranya berlaku kejadian banjir di sekitar Kg Jalan Kebun.

Platun pada malam tersebut telah di anggotai Pegawai bertugasan Encik Azhari serta 3 orang anggota lain. Kawasan rondaan adalah seluruh kawasan Kg Jalan Kebun. Biro Keselamatan dan kesihatan MPKK akan sentiasa berkerjasama dengan agensi Keselamatan antaranya Polis, Bomba , Rela & KKM demi memastikan Keselamatan dan kesihatan warga Penduduk terpelihara.

MPKK Kg Jalan Kebun

MPKK Kg Jalan Kebun

MPKK Kg Jalan KebunMajlis Bacaan Surah YasinBertempat di Dewan Pejabat Pentadbiran MPKK Kg Jalan telah berlangsung majli...
04/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun

Majlis Bacaan Surah Yasin

Bertempat di Dewan Pejabat Pentadbiran MPKK Kg Jalan telah berlangsung majlis Bacaan Surah Yasin,
Majlis di anjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Klang bersama Doctor pakar dan Pegawai serta Jururawat Klinik Desa Jalan Kebun.
Tok Din turut hadir bersama di majlis tersebut memenuhi undangan pihak penganjur. Untuk makluman ketika ini sebahagian ruang Dewan Pejabat Pentadbiran MPKK Kg Jalan di gunakan oleh pihak pengurusan klinik Desa Jalan Kebun memandangkan ruang klinik yang tidak mencukupi untuk menampung kehadiran orang ramai yang mendapatkan rawatan di Klinik Desa Jalan Kebun.

Dewan Pejabat Pentadbiran MPKK Kg Jalan Kebun akan digunakan sepanjang kerja2 ubahsuai Klinik Kesihatan Bukit Naga di Jalankan sehingga Klinik tersebut kembali beroperasi kelak.

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Infrasuktur & Media

MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinMembongkar Jambatan mendapJalan kg LombongKerja2 masih teruskan untuk membongkar dan members...
03/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Membongkar Jambatan mendap

Jalan kg Lombong
Kerja2 masih teruskan untuk membongkar dan membersihkan sisa binaan Jambatan mendap Masih di teruskan oleh Jabatan Pengaliran Dan Saliran ( JPS ) Dan Pejabat Tanah Daerah Klang dengan pengawasan di lakukan oleh MPKK Kg Jalan Kebun.

Untuk menambahbaik lagi Prasarana di Kampung Jalan Kebun MPKK Kg Jalan Kebun terus giat menjalankan jalinan kerjasama bersama sama dengan agensi Kerajaan yang bertanggungjawab. Memandangkan pada ketika ini Kerajaan Negeri Selangor belum lagi membuat lantikan rasmi seorang Pegawai Penyelaras Dun untuk Dun Sungai Kandis. MPKK Kg Jalan Kebun mengambil langkah kehadapan dengan berurusan terus ke agensi Kerajaan antaranya Jabatan Pengaliran Dan Saliran ( JPS ) Jabatan Kerja Raya ( JKR ) , Pejabat Daerah Tanah Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) dan Majlis Perbandaran Klang ( MPK )

Warga Penduduk boleh berurusan terus dengan pengurusan MPKK Kg Jalan atau MPP Zon 11 ( MBSA ) untuk urusan berhubung kait dengan permasalah yang berbangkit. Ia bertujuan untuk memudahkan segala tindakan susulan agar lancar kerana pihak pengurusan MPKK Kg Jalan Kebun Dan MPP Zon 11 tidak pernah melantik mana2 induvidu perseorangan atau Pertubuhan bukan Kerajaan untuk mewakili 2 agensi di bawah Kerajaan Negeri di Kampung Jalan Kebun.

MPKK Kg Jalan Kebun
MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Prasarana & Keceriaan
Biro Keselamatan & kesihatan
Biro Komunikasi Media

MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinJalan Haji MughniSedang berjalan ketika ini kerja2 menambah baik peparitan di Jalan Haji Mug...
02/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Jalan Haji Mughni
Sedang berjalan ketika ini kerja2 menambah baik peparitan di Jalan Haji Mughni.
Terima kasih kepada Ybhg Tuan Haji Mohd Zawawi yang telah mengusahakan penambahbaikan longkang dengan pemasangan culvet. Kerja2 adalah dibawah Jabatan Kerja Raya dengan di selia oleh MPKK Kg Jalan Kebun.

Ybhg Tuan Hj Mohd Zawawi ketika menggalas tugasan selaku ADN Dun Sungai Kandis telah memohon menaiktaraf peparitan di sekitar Dun Sungai Kandis terutamanya di Jalan Kebun. Antaranya yang telah di perjuangkan antaranya adalah menaiktaraf sistem peparitan di sepanjang Sungai Kandis di antara Bulatan Batu 5 sehingga ke Dewan Bunga Kantan MBSA kg Jalan Kebun. Dan kerja2 pengukuhan tebing Sungai Kandis sudah pun bermula oleh Jabatan Pengaliran Dan Saliran ( JPS ).

MPKK Kg Jalan Kebun
Biro Prasarana & Keceriaan
Biro Komunikasi & Media

MPKK Kg Jalan Kebun PrihatinBertempat di hadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun telah berlangsung program gotong royong ...
02/12/2023

MPKK Kg Jalan Kebun Prihatin

Bertempat di hadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun telah berlangsung program gotong royong .
Ketua Kampung Tok Din bersama AJK MPKK Kg Jalan Kebun telah hadir untuk turut serta membantu di program gotong royong tersebut. Program Anjuran Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dengan kerjasama Komuniti Jalan Haji Taib tersebut adalah bertujuan menebang dan membersihkan Pokok di bahu jalan berhadapan Sekolah.

Dengan usaha tersebut dapatlah lokasi bahu jalan tersebut digunakan sebagai tempat pakir kenderaan ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak2 ketika sesi persekolahan selain memastikan Keselamatan anak2.

MPKK Kg Jalan Kebun akan sentiasa cakna dalam membantu memastikan Kampung Jalan Kebun sentiasa berada didalam keadaan bersih, Selamat demi memastikan kelastarian warga Penduduk amnya.

MPKK Kg Jalan Kebun



Masalah Jambatan mendap menghalang parit di bongkar.Hari ini Ketua Kampung Tok Din dan AJK MPKK Kg Jalan Kebun telah had...
30/11/2023

Masalah Jambatan mendap menghalang parit di bongkar.

Hari ini Ketua Kampung Tok Din dan AJK MPKK Kg Jalan Kebun telah hadir ke lokasi kerja2 membongkar Jambatan mendap yang menghalang parit Jalan Kampung Lombong.
Lokasi Jambatan tersebut berhampiran dengan Dewan Perkahwinan Al Hafiz ( tapak Pasar Malam ). Operasi membongkar Jambatan tersebut di lakukan oleh Penguatkuasa PDT Klang, JPS serta turut berada di lokasi anggota Polis.

Laporan berkenaan dengan kejadian mendapan Jambatan tersebut sudah di ajukan oleh 2 orang Kepimpinan sebelum ini iaitu Tuan Hj Zawawi Mughni ( Mantan ADN Dun Sungai Kandis) Dan Tuan Hj Ismail Zakaria ( Mantan Ahli Majlis MBSA).
Baru baru ini Ketua Kampung Tok Din sekali lagi membuat susulan terus melalui Pejabat Daerah Tanah Klang dan Alhamdulilah tindakan sudah di mulakan. Mendapan Jambatan tersebut telah menyebabkan gangguan kepada aliran peparitan tersebut dan menjadi penyumbang kepada berlakunya kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sepanjang Jalan Kampung Lombong.

MPKK Kg Jalan Kebun akan sentiasa cakna dengan permasalah yang berlaku di Kampung Jalan Kebun dan sentiasa berkerjasama dengan agensi2 Kerajaan tempatan antaranya Pejabat Daerah Tanah Klang, Jabatan Pengaliran Saliran ( JPS ), Jabatan Kerja Raya ( JKR ) , Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) dan Majlis Perbandaran Klang ( MPK ) serta agensi2 yang di lantik.

MPKK Kg Jalan Kebun di maklumkan dalam masa terdekat YB Exco Kerajaan Negeri Selangor akan hadir ke Kampung Jalan Kebun untuk lawatan serta meninjau kemudahan Infrasuktur yang mana perlu untuk di pertingkatkan bagi mengurangkan serta mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di sekitar Kampung Jalan Kebun,

Biro Prasarana MPKK Kg Jalan Kebun



Address

Shah Alam
40460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Kg Jalan Kebun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other News & Media Websites in Shah Alam

Show All