Cakap Sukan_Official

  • Home
  • Cakap Sukan_Official

Cakap Sukan_Official Sports News & Media website Cakap Sukan merupakan agensi media yang melaporkan aktiviti-aktiviti s**an tanah air dan antarabangsa
(1)

Khabib mengatakan dia tidak akan kembali ke UFC walaupun dengan bayaran berapa pun, selepas Dana White menawarkannya $10...
16/01/2025

Khabib mengatakan dia tidak akan kembali ke UFC walaupun dengan bayaran berapa pun, selepas Dana White menawarkannya $100 juta.

Khabib berkata: "Di Rusia jika orang mempunyai sedikit perkara, mereka gembira. Orang tidak membuat $5000-10,000 sebulan."

"Di tempat asal saya, Dagestan, kami tidak memerlukan banyak. Dana bertanya kepada saya 'bro kenapa kamu tak pernah tanya saya berapa banyak saya akan bayar kamu untuk datang kembali? Ia tidak penting jika kamu mahu $100 Juta dolar saya tidak peduli' kamu tahu kenapa? Kerana saya dari Dagestan dan kami tradisional."

"Berbincang dengan ibu kami adalah segalanya bagi kami, saya tidak mahu bermain permainan politik, saya hanya mahu membantu orang, memberi inspirasi kepada orang, meluangkan masa bersama keluarga saya, dengan ibu saya, dengan anak-anak saya dan hanya menjadi orang yang baik."

"Itu adalah matlamat saya."

Kredit via Khamzat Chimaev Fans

**an **andimanamana

15/01/2025

Akhyar Rashid tandatangan kontrak tetap bersama Terengganu FC sehingga musim 2026/2027

PM2024 : Muniz akui bukan tugas mudah
15/01/2025

PM2024 : Muniz akui bukan tugas mudah

Memang sentiasa s**ar beraksi di sana (SSMZA), tetapi kami ingin cuba ambil peluang seawal separuh masa pertama dan kita akan berjuang sehingga ke final.

TWINCITY Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam...
15/01/2025

TWINCITY Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam dan luar negara. Acara ini turut memberi penghormatan kepada Cyberview Sdn Bhd, yang telah menjadi pencetus inspirasi kepada penganjuran Twincity Marathon sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014. Dengan kategori larian 42km, 21km, 12km, dan 5km, Twincity Marathon 2025 mencatat jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarahnya, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai acara larian yang paling dinantikan di Malaysia....

TWINCITY Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam dan luar negara. Acara ini turut memberi penghormatan kepada Cyberview Sdn B…

Tahniah Penjaga gol skuad wanita Malaysia, Nur Azurin Mazlan yang bakal sertai kelab di Eropah iaitu FKK Vllaznia (Liga ...
15/01/2025

Tahniah Penjaga gol skuad wanita Malaysia, Nur Azurin Mazlan yang bakal sertai kelab di Eropah iaitu FKK Vllaznia (Liga Albania). 👍🏽👍🏽👍🏽

📷kredit pemilik

**an **andimanamana

Liga A1 Semi Pro Perebutan kejuaraan terus menarik perhatian !!Empat pas**an kini berpeluang merangkul gelaran kejuaraan...
13/01/2025

Liga A1 Semi Pro

Perebutan kejuaraan terus menarik perhatian !!

Empat pas**an kini berpeluang merangkul gelaran kejuaraan Liga A1 Semi Pro dengan berbaki sekurang-kurangnya lima perlawananan bagi Melaka Football Club dan Imigresen FC manakala KL Rovers dan Bunga Raya FC empat perlawanan.
**an
**andimanamana

Manchester United berjaya meneruskan rentak Piala FA England setelah berjaya menundukkan Arsenal menerusi sepakan penalt...
12/01/2025

Manchester United berjaya meneruskan rentak Piala FA England setelah berjaya menundukkan Arsenal menerusi sepakan penalti sebentar tadi.

12/01/2025

Dengan hanya 10 pemain Manchester United singkirkan Arsenal

12/01/2025

PMX umum peruntukan daripada RM15 juta kepada RM30 juta bagi pembangunan s**an bola sepak. tambahan RM15 juta dibiayai swasta.

Natasha Roslan menjadi pemain boling wanita pertama Malaysia yang menjuarai Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa ...
11/01/2025

Natasha Roslan menjadi pemain boling wanita pertama Malaysia yang menjuarai Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF).

**an **andimanamana

📸 Bowling Malaysia

24 januari 2025 Johan Malaysia vs Johan Colombia.Lawan Jojo lepas ni bukan cikai ayam punya fighter, Estupinan tu one of...
11/01/2025

24 januari 2025 Johan Malaysia vs Johan Colombia.

Lawan Jojo lepas ni bukan cikai ayam punya fighter, Estupinan tu one of the most exciting fighters on the planet, benda ni ONE sendiri cakap, mereka dalam ONE tak pernah nampak fighting style yang gila² macam si 'panda kick' tu sebab dia unorthodox yang mix kan latin punya style dengan Thai punya striking.

Tapi siapa sangka, Jojo accept fight ni dengan tangan terbuka sebab dia tahu ini fight yang boleh ubah 100% perjalanan karier dia dalam ONE championship ni.

Nak jadi 'world champ' memang ni lah lawan dia.

Step by step.

Kalau kita tengok Jojo punya training camp dekat Thailand sana nampak davelopment dia makin hari makin padu, kicking striking dia dah berbeza dari sebelum ni, kalau sebelum ni dia banyak pakai kekuatan hand striking dia melalui jab dengan elbow tapi lepas ni Jojo tampil lebih 'different'.

Dia train pun bukan dengan individu biasa, Trainer G*e, sparring partner dengan Superbon Banchamek, semua ni wajah² "juara dunia", jelas si Jojo ni memang terbang ke Thailand tu untuk isi 'peluru' versi baru, dia cuba mix up kan semua semata² untuk fight dengan Johan Estupinan ni.

Ni lah cara fighter berwibawa bekerja, susunan training camp tu berdasarkan dengan apa yang opponent dia akan bawa dalam fight ni.

Jojo menyedari Estupinan ni fancy punya fighter, more like ninja zaman moden punya style, jadi Jojo nak tak nak kena pergi dua kali ganda lebih jauh.

Ingat, usaha tak akan mengkhianati hasil.

Dalam fight vs Estupinan tu nanti kalah ke menang kita akan nampak different level punya Johan Ghazali, mungkin dia bukan Jojo yang dulu lagi.

Bukan nak merendahkan 'coaching department' dari negara kita tapi Thailand ada semua benda yang boleh keluarkan potensi lebih gila dari fighter kita.

Johan Ghazali is ready to give it all!

Kau tahu apa yang aku respect pasal Jojo ni harini, dia tak lagi jadi spokeperson untuk siapa² dan tak lagi jadi promoter mana² brand dalam negara, dia juga dah sedar yang dia tak lagi layan benda² datang dari sebelah yang cuba tarik dia kebawah, dia fokus dengan apa yang dia nak perjuangkan.

No BYON or whatever, ONE is more bigger.

Kredit via Renz Nazario

**an **andimanamana

Mostly Southern Europe - TMJ
11/01/2025

Mostly Southern Europe - TMJ

11/01/2025

6 hingga 7 pemain warisan dikesan, TMJ harap Kerajaan bantu keluarkan pasport agar dapat wakili negara hadapi Piala Asia 2027

Pagi ni sembang panjang dengan dia, agak kecewa sebab kawan-kawan dia dipanggil untuk pemilihan bola baling wakil daerah...
11/01/2025

Pagi ni sembang panjang dengan dia, agak kecewa sebab kawan-kawan dia dipanggil untuk pemilihan bola baling wakil daerah, tapi dia tak dapat.

Masa peringkat zon dia antara penyumbang gol terbanyak (10 gol).Tapi penilaian coach, ranking dia dalam pas**an jatuh no 6. Pertama kali jatuh bawah top 5 sepanjang tahun ni.

Lepas habis tournament coach ada pesan, katanya tak semestinya score banyak akan dipanggil untuk pemilihan wakil MSSD. Banyak lagi kriteria lain yang panel pemilih nak tengok.

Seperti dijangka nama dia tak terpilih dan top 5 dalam pas**an sekolah dapat call up.

Antara alasan tak terpilih sebab habit dia s**a dive masa shoot, coach tak nak player cedera kalau main di court keras dan satu lagi saiz badan dia kecik.

Tanya dia, abang ok ke tak terpilih? Dia tunduk sambil jawab abang ok je. Tahu dia frust. Tapi itu lah hidup. Bukan semua yang kita nak kita akan dapat.

Tadi hari pemilihan pemain daerah, saja bawak dia pegi tengok untuk ambik pengalaman. Walau tak dibagi peluang ikut pemilihan, dapat tengok pun jadi lah.

Rupanya ada ja 2-3 orang player sekolah lain yang bersaiz kecik. Anak coach sekolah lain pun ada join pemilihan walaupun sama tinggi dengan adik Rayyan yang darjah 3. Kawan dia yang ranking no 10 dalam pas**an pun rupanya dapat join pemilihan senyap-senyap.

Dia diam tak cakap apa.

On the way balik tu cakap kat dia..

Hidup ni macam tu lah. Bukan ikut buku. Peraturan dibuat untuk orang lain. Bukan untuk yang punya kuasa.

Harap dia belajar sesuatu hari ni.

Lepas ni kita tukar main ragbi p**ak.

Kredit via Shahrul Nizam

**an **andimanamana

Pada tahun 2010, seorang pelari jarak jauh dari Kenya bernama Jacquiline Kiplimo telah menyertai satu pertandingan marat...
10/01/2025

Pada tahun 2010, seorang pelari jarak jauh dari Kenya bernama Jacquiline Kiplimo telah menyertai satu pertandingan maraton di China. Semasa perlumbaan tersebut, Jacquiline berada dalam posisi terbaik untuk memenangi larian itu yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah $10,000.

Namun, Jacquiline tiba-tiba menyedari salah seorang peserta maraton tersebut adalah seorang pelari lelaki kurang upaya tanpa kedua-dua tangan yang mengalami kes**aran untuk mengambil air dari stesen minuman di sepanjang laluan. Tanpa diduga, Jacquiline berhenti untuk membantu lelaki itu minum. Jacquiline bahkan melakukan perkara tersebut sepanjang jarak hampir 30 kilometer, berlari di sisi pelari lelaki berkenaan walaupun menyedari tindakannya itu melambatkan masa lariannya.

Akhirnya, Jacquiline menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua, menyebabkan dia terlepas daripada memenangi wang $10,000 itu. Namun, bagi Jacquiline, nilai kemanusiaan adalah lebih penting pada waktu tersebut.

Kredit via pemilik

**an **andimanamana

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai mini workshop yang diadakan serta memenangi hadiah menarik melalui lucky draw.....
10/01/2025

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai mini workshop yang diadakan serta memenangi hadiah menarik melalui lucky draw....

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai mini workshop yang diadakan serta memenangi hadiah menarik melalui lucky draw.

Wakil negara,  Mohd Rifdean Masdor akan lawan Petninmungkorn pada Jumaat 10 Januari 2025.Good luck Magic Boy! **an  **an...
09/01/2025

Wakil negara, Mohd Rifdean Masdor akan lawan Petninmungkorn pada Jumaat 10 Januari 2025.

Good luck Magic Boy!

**an **andimanamana

Macam mana budak ni boleh ke Emirates Stadium di London. Boleh ponteng sekolah p**a 😆👇Budak ini terakam di TV secara lan...
09/01/2025

Macam mana budak ni boleh ke Emirates Stadium di London. Boleh ponteng sekolah p**a 😆👇

Budak ini terakam di TV secara langsung ketika meraikan kemenangan Newcastle ke atas Arsenal.

Dia telah ponteng sekolah dan pergi ke Emirates Stadium, London pada hari itu, menyebabkan keluarga menerima e-mel dari pihak Sekolah.

Kredit via Jason King Official

**an **andimanamana

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cakap Sukan_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cakap Sukan_Official:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share