MyNegeri Sembilan

MyNegeri Sembilan Facebook : MyNegeri Sembilan Full
Fb Group : MyNegeri Sembilan
Fb Page : MyNegeri Sembilan

07/02/2024
24/09/2023
12/09/2023

Sejauh-jauh PH lompat, akhirnya kembali ke polisi Bossku Najib Razak juga.

Kerjasama Proton-Geely - Bagai kehilangan anak
Sekarang PH claim credit bila China melabur

Pengerang RAPID - membunuh habitat udang galah
Sekarang PH claim credit bila China melabur

BR1M - rasuah rakyat
Bantuan Madani

ECRL - bazir duit
PH sambung buat juga

HSR - bazir duit
PH sambung buat juga

MRT2, MRT3, Laluan-Putrajaya, Pan Borneo Highway, Klinik 1M, UTC, PP1AM, Menu 1 Malaysia, KR1M.

Dan sekarang :- jeng jeng jeng

GST menjadikan rakyat susah
SET kurangkan kos kehidupan.

Kini Raja Formula berkata :
Kerajaan sedia melihat kembali dasar GST.

Terima kasih Bossku
Terima kasih juga kepada Wee Ka Siong, MP yang berani meminta polisi Bossku disambungkan

🤣🤣🤣🤣
11/09/2023

🤣🤣🤣🤣

Kenapa awak tak cakap dari mula?

04/09/2023

Sudahpun berlaku. Beras tempatan yang dikawal harga sudah hilang di pasaran seperti dilapor media tempatan pagi ini.

Ini menyebabkan pengguna terpaksa beli beras import yang berharga RM33 ke atas bagi 10kg dan harga dijangka naik lagi minggu depan ke RM39 - berbanding harga beras tempatan sebanyak RM26 bagi 10kg yang tidak pernah dinaikkan sejak tahun 2008.

Sekiranya benda ini berlaku masa dahulu, dah lama Najib dikecam berbakul-bakul sebagai tidak kompeten dan menjejaskan kelangsungan hidup Rakyat.

Dah lama Najib ditanya "jika makanan asas Rakyat pun tak boleh jaga, bagaimana nak jaga negara?".

"Local rice has a control price of RM26 per 10kg, while imported rice is being sold at RM33 per 10kg. A price difference of RM7 per bag is quite a temptation many find hard to resist. Next week, when the price of imported rice is slated to be RM39 per 10kg, expect more local rice to be dressed up as imported rice."
https://api.nst.com.my/opinion/leaders/2023/09/950676/nst-leader-short-rice

22/08/2023

365 hari telah berlalu pergi
Di sebalik tirai besi
Beralaskan dinginnya lantai simen

Tikar sejadah menjadi teman
Sujud
Mengerjakan solat lima waktu
Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban
Mendoakan ketenangan, kebebasan derita

Di subuh
Menanti sinar mentari pagi
Menembusi jendela tirai besi
Di waktu senja bertukar malam
Hening dan sunyi
Mengalunkan Al-Quran
Berzikir dengan hati

Keseorangan.
Walaupun tahu Allah sentiasa ada
Tidak akan pernah meninggalkan hambaNya

11/08/2023

Anak muda zaman Najib.

Bila Lahir:
- Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50): Pemberian RM200 percuma dalam bentuk simpanan ASB atau AS1M

Masa sekolah rendah dan menengah:
- Segala yuran dan bayaran sekolah kepada kerajaan dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2012
- Program Susu 1Malaysia
- PLKN
- laptop 1Malaysia
- Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (B40): Pemberian RM100 tunai sebelum sekolah bermula
- Baucer Buku 1Malaysia (BB1M): RM250
- KADS1M: Kad diskaun serta bayaran tunai RM250

Masa Pengajian Tinggi:
- Diskaun 20% untuk penjelasan penuh dan diskaun 10% bagi bayaran balik pinjaman PTPTN
- Tempoh pengecualian 12 bulan selepas keluar IPT untuk mula bayar balik PTPTN
- Pengecualian bayaran PTPN bagi mereka yang dapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
- Anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima bantuan sekali sebanyak RM1,500

Selepas mendapat Ijazah:
- i program MyBrain untuk pelajar yang melanjutkan pendidikan di peringkat sarjana dan kedoktoran
- Elaun Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebanyak RM2,000 sebulan
- Bayaran BR1M bujang sebanyak RM600

09/07/2023

Mula-mula beras import naik 10% bulan lepas.
Lalu harga ubat dan premium insurans naik 5%.
Lepas itu, harga kereta dan spare parts naik 8%-20%.

Berikutan, harga barangan elektrik naik 5%-8%.

Tak apa, kan mereka kata nilai Ringgit jatuh juga ada baiknya pada negara?

07/07/2023

Pelik kenapa kekayaan negara naik RM2,498.6 bilion ketika zaman penyamun/pencuri tetapi boleh pulak turun RM161.9 bilion semasa zaman kononnya bukan penyamun/pencuri.

Kekayaan negara bukan turun bila dirompak, disamun dan dicuri ke?

02/02/2023

Malaysia peroleh satu lagi kemenangan penting terhadap individu yang
mendakwa sebagai “waris” kepada Sultan Sulu di Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.

Kerajaan sentiasa bersungguh-sungguh mempertahankan Malaysia di setiap mahkamah dan forum, menggunakan semua kuasa, hak dan sumber bagi memastikan kepentingan negara, kekebalan kedaulatan dilindungi setiap masa.

https://malaysiagazette.com/2023/02/02/mahkamah-sepanyol-tolak-tuntutan-waris-kesultanan-sulu/

13/12/2022

Di ruangan komen posting kami semalam berkenaan pengeluaran KWSP, ramai yang kritik Muhyiddin dan PN mengambil kredit bagi meluluskannya.

Ini tidak adil bagi Muhyiddin dan kerajaan PN.

Memang Muhyiddin dan kerajaan PN dahulu yang meluluskan pengeluaran KWSP.

Najib tak ada jawatan atau kuasa dalam kerajaan pun masa itu.

Tetapi Muhyiddin dan kerajaan PN bukan luluskannya secara sukarela.

Apa yang berlaku ketika itu ialah berbulan-bulan lamanya, Muhyiddin dan kerajaan PN beri pelbagai alasan kenapa pengeluaran KWSP dari akaun 1 seperti dicadang dan disokong Najib adalah tidak patut dan tidak boleh dibenarkan.

Lalu, Najib dilantik sebagai pengerusi backbencher ahli parlimen BN bagi membahas belanjawan 2021 di tengah pandemik pada akhir tahun 2020.

Di dalam perbahasannya di Parlimen, Najib menetapkan dua syarat sekiranya kerajaan PN mahu BN sokong bajet 2021 - iaitu pengeluaran dari akaun 1 tanpa syarat dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik.

Sekiranya bajet tidak mendapat sokongan BN dan tidak dapat diluluskan maka kerajaan Muhyiddin akan tumbang serta-merta masa itu.

Sebab itu, Muhyiddin dan kerajaan PN pun terpaksa luluskan menepati dua syarat Najib tersebut.

Terpaksa membenarkan dan meluluskan i-Citra serta lanjutan moratorium pinjaman. Bukan secara sukarela.

Namun syarat -syarat Najib itu menerima kritikan hebat dari PN dan PAS yang selar ianya adalah ibarat Hikayat Puteri Gunung Ledang.

Mereka kecam dan tuduh Najib ugut kerajaan Muhyiddin.

Ya, memang Najib ugut kerajaan PN masa itu. Sebab Muhyiddin dan kerajaan PN tak mahu dengar keluhan dan tidak peka kepada penderitaan Rakyat ketika itu.

Tetapi Najib ugut sebab ianya untuk menyelamatkan jutaan Rakyat Malaysia.

Sebab ramai yang sudah tiada pilihan lain akibat terlalu terkesan dengan PKP separuh masak yang tak sudah-sudah.

Najib tak dapat satu sen pun dari kedua-dua kelulusan tersebut.

08/12/2022

Address

Seremban
70400

Telephone

+60196496396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyNegeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category