Edisi Sarikei

Edisi Sarikei Memaparkan info-info terkini semasa

19/03/2024
Malaysia sokong usaha hapuskan buruh paksa dalam sektor sawit- FadillahKUCHING-- Kementerian Perladangan dan Komoditi me...
14/03/2023

Malaysia sokong usaha hapuskan buruh paksa dalam sektor sawit- Fadillah

KUCHING-- Kementerian Perladangan dan Komoditi menyambut baik Projek Sawit Positif Rakyat (Projek P3) dalam usaha menyokong syarikat dalam sektor minyak sawit menghapuskan buruh paksa daripada rantaian bekalan dan operasi mereka.

'Saya mangsa politik terancang' - Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR-- Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin me...
10/03/2023

'Saya mangsa politik terancang' - Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR-- Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan pendakwaan ke atas dirinya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.

Edar dadah sejak 2021,  Polis Sarawak tahan lelaki bersama syabu bernilai RM1.26 jutaKUCHING-- Kegiatan seorang lelaki m...
10/03/2023

Edar dadah sejak 2021, Polis Sarawak tahan lelaki bersama syabu bernilai RM1.26 juta

KUCHING-- Kegiatan seorang lelaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak pertengahan 2021 terbongkar selepas ditahan bersama 35,486 gram dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM1.26 juta.

Betong banjir kilat, tanah runtuhBETONG: Hujan yang turun sekitar empat jam menyebabkan berlakunya banjir kilat dan tana...
10/03/2023

Betong banjir kilat, tanah runtuh

BETONG: Hujan yang turun sekitar empat jam menyebabkan berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh menjejaskan beberapa kawasan di Betong

Ahli Parlimen Miri bantu mangsa kebakaranMIRI— Mangsa kebakaran di Kampung Wireless pagi tadi menerima bantuan daripada ...
10/03/2023

Ahli Parlimen Miri bantu mangsa kebakaran

MIRI— Mangsa kebakaran di Kampung Wireless pagi tadi menerima bantuan daripada Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

Menurut Chiew, beliau terus terus ke lokasi kejadian kebakaran sejurus tiba di Miri pagi tadi.

Tiga beradik maut, kemalangan babit tiga kenderaanLAHAD DATU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun antara ...
09/03/2023

Tiga beradik maut, kemalangan babit tiga kenderaan

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun antara tiga beradik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, malam tadi.

Tiga beradik maut, kemalangan babit tiga kenderaan

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun antara tiga beradik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, malam tadi.

Mangsa, Ellaine Sappari, 4, menaiki motosikal jenis Honda Wave bersama kakak dan abangnya Isang, 39, serta Amil, 45, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 7.02 malam.

“Seramai lima pegawai dan anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan lapan mangsa daripada tiga kenderaan iaitu motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu D’Max.

“Tiga mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tular video pergaduhan di Limbang, polis kenalpasti saspekLIMBANG-Polis mengesahkan  menerima laporan kes pergaduhan mem...
09/03/2023

Tular video pergaduhan di Limbang, polis kenalpasti saspek

LIMBANG-Polis mengesahkan menerima laporan kes pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di perkarangan parkir kereta jalan Merdeka di bandar ini pada Selasa malam.

Gaduh di Limbang, polis sudah kenalpasti saspek

LIMBANG-Polis mengesahkan menerima laporan kes pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di perkarangan parkir kereta jalan Merdeka di bandar ini pada Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata satu laporan polis telah di terima dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, iaitu gaduh gempar.

“Ia merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman enam bulan penjara atau denda atau kedua dua nya sekali kepada individu-individu yang di dapati terlibat di dalam pergaduhan tersebut.

“Pihak polis juga telah mengenalpasti individu-individu yang di percayai terlibat di dalam kes terbabit,”katanya kepada media malam tadi.

Parum menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan video yang tular serta memberhentikan penyebaran video tersebut yang di khuatiri boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini di minta untuk tampil ke Balai Polis Limbang bagi menyalurkan maklumat atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shafiq Naim Mohd Shafri di talian 085-211466.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 19 saat dalam aplikasi WhatApps memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di perkarangan parkir kereta Jalan Merdeka di bandar Limbang.

Gambar tangkap layar dari sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki yang bergaduh.

08/03/2023

Anggota saya mati, aku pikul mayat dia. Tapi apa jadi pada pencen dia?

KUALA LUMPUR: Kisah seorang Ahli Parlimen yang juga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendukung mayat rakannya ketika berperang dengan komunis menarik perhatian Dewan Rakyat hari ini.

Prototaip ART siap dipasang, sedang diujiKUCHING-- Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) mencapai satu lagi k...
08/03/2023

Prototaip ART siap dipasang, sedang diuji

KUCHING-- Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) mencapai satu lagi kejayaan besar dengan siapnya pemasangan prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di Zhuzhou, China.

Rombak pengambilan penjawat awam demi keseimbangan - Alexander Nanta Linggi KUCHING-- Sistem Pengambilan Perkhidmatan Aw...
08/03/2023

Rombak pengambilan penjawat awam demi keseimbangan - Alexander Nanta Linggi

KUCHING-- Sistem Pengambilan Perkhidmatan Awam Sarawak memerlukan perubahan yang memberi lebih makna untuk semua kaum, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Rombak pengambilan penjawat awam demi keseimbangan - Alexander Nanta Linggi

KUCHING-- Sistem Pengambilan Perkhidmatan Awam Sarawak memerlukan perubahan yang memberi lebih makna untuk semua kaum, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Tegasnya, beliau amat serius dalam menggesa kepada perubahan dan penambahbaikan yang lebih bermakna dalam sistem semasa yang digunapakai dalam pengambilan pegawai perkhidmatan awam terutamanya di Sarawak.

Jelasnya, dalam beberapa hari kebelakangan ini berikutan kenyataannya di media yang mencadangkan Perkhidmatan Awam Sarawak perlu mengambil lebih ramai Dayak dan Cina, beliau telah menerima banyak maklum balas dan juga meminta lebih banyak komen, penjelasan dan pengesahan jika beliau benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya itu.

"Saya agak sibuk sepanjang minggu lepas jadi saya hanya dapat mencari masa untuk menulis ini.

"Ya, saya serius menyeru kepada perubahan dan penambahbaikan yang lebih bermakna dalam sistem semasa yang diaplikasikan dalam pengambilan pegawai perkhidmatan awam dalam Kerajaan Sarawak.

"Objektifnya adalah untuk menambah baik sistem semasa bagi memastikan peluang yang adil kepada semua orang daripada pelbagai etnik yang ingin berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Nanta berkata, cara paling mudah adalah dengan berpandukan sistem kuota pada peringkat pengambilan penting, dan kemudian susulan dengan keadilan berterusan di semua peringkat kenaikan pangkat.

"Sudah tentu, kenaikan pangkat juga mesti berdasarkan sistem 'merit'.

"Saya kagum dan menyokong penuh pengumuman YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini bahawa beliau mahu menjadikan Perkhidmatan Awam Sarawak sebagai satu kedudukan tertinggi bagi memastikan pembangunan dan perkhidmatan terbaik untuk Sarawak.

"Premier Sarawak juga mengisytiharkan bahawa Perkhidmatan Awam Negeri adalah untuk mengambil yang terbaik dan mereka akan diberi ganjaran yang sewajarnya dengan emolumen yang lebih tinggi.

"Ini sememangnya satu langkah yang sangat baik, tetapi lebih daripada itu, prinsip asas 'berpatutan'; produktiviti; boleh 'mengupah dan memecat'; integriti dan keterangkuman, juga mesti menjadi sebahagian daripada skim untuk merombak Perkhidmatan Awam Negeri," ujarnya.

Selain itu, Nanta memberitahu, Premier Sarawak juga membuat keputusan yang membanggakan yang bermula dengan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

"Ini amat dipuji (UEC masih tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan). Seterusnya adalah untuk memastikan keadilan dalam peluang kepada semua.

"Lagipun, banyak yang telah diperkatakan tentang keterangkuman, jadi mari kita lakukan dengan adil.

"Saya ingin menyatakan penghargaan saya kepada semua yang telah menyatakan sokongan mereka dalam perkara ini.

"Bukan niat saya untuk mencari pujian untuk peribadi atau populariti semata-mata dalam isu ini, percaya atau tidak, rasa tidak puas hati yang berleluasa sentiasa membara selama ini, tetapi diakui seperti yang saya nyatakan di atas, keadaan sememangnya telah berubah menjadi lebih baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Terima kasih kepada perubahan minda dan usaha Kerajaan Sarawak baru-baru ini," tambahnya lagi.

Pada masa sama beliau memberitahu beberapa pemimpin Sarawak, khususnya Premier Sarawak Abang Jo telah menunjukkan minat dan usaha yang ikhlas untuk mencapai Perkhidmatan Awam Sarawak yang lebih seimbang dari segi kaum.

"Baik tetapi tidak mencukupi. Namun, pengubahsuaian itu perlu dilakukan untuk sebenar dan bermula sekarang.

"Bagi sesiapa yang percaya akan keperluan untuk menyatakan pendapat bagi menyokong usaha ini, marilah kita semua terus merayu kepada pemimpin-pemimpin negeri untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan yang diperlukan dalam sistem.

"Semua pihak berkepentingan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Sarawak sememangnya tempat yang menggembirakan untuk semua, bukan sahaja untuk rakyat Sarawak tetapi juga untuk pengunjung dan rakan-rakan," tegasnya.

RABIES: Empat maut suku tahun pertama 2023KUCHING: Wabak rabies yang melanda Sarawak sejak 2017 belum berakhir apabila m...
08/03/2023

RABIES: Empat maut suku tahun pertama 2023

KUCHING: Wabak rabies yang melanda Sarawak sejak 2017 belum berakhir apabila masih menyumbang empat kes kematian bagi tempoh 1 Januari hingga 5 Mac tahun ini.

Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan dijangka siap Julai ini, FadillahKUALA LUMPUR— Kementerian Perladangan dan Komoditi s...
08/03/2023

Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan dijangka siap Julai ini, Fadillah

KUALA LUMPUR— Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang membangunkan Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan yang dijangka siap pada Julai ini.

Buta huruf, tiada warganegaraMIRI— Sudahlah buta huruf, seorang ibu muda berdepan masa depan yang gelap kerana tidak mem...
07/03/2023

Buta huruf, tiada warganegara

MIRI— Sudahlah buta huruf, seorang ibu muda berdepan masa depan yang gelap kerana tidak mempunyai kerakyatan.

Apa yang menyedihkan, episod ini mungkin berulang selepas anaknya tidak diterima masuk ke sekolah, kerana tidak mempunyai status kewarganegaraan.

Buta huruf, tiada warganegara

MIRI— Sudahlah buta huruf, seorang ibu muda berdepan masa depan yang gelap kerana tidak mempunyai kerakyatan.

Apa yang menyedihkan, episod ini mungkin berulang selepas anaknya tidak diterima masuk ke sekolah, kerana tidak mempunyai status kewarganegaraan.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR) Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, hanya suami kepada wanita itu yang berstatus warganegara.

“Sedangkan si ibu dan dua anak yang berbangsa Iban tidak mempunyai status kerakyatan.

“Ini menyebabkan anak sulung perempuan mereka tidak diterima ke sekolah sesi 2021 hingga 2022 tercicir dan tercicir Tahun 1,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, empat sekeluarga tersebut datang berjumpa Abun sejurus tiba dari Kuala Lumpur untuk urusan yang sama menghantar dokumen permohonan kewarganegaraan.

“Mereka memohon pertolongan agar anak sulung mereka dapat masuk ke sekolah.

“Ibu muda ini juga buta huruf, mungkin kesan tidak dibenarkan ke sekolah kerana ketiadaan taraf warganegara dan kini masalah ini diwarisi anak-anak,” katanya.

Abun menambah, pihaknya akan sedaya upaya untuk membantu bagi memastikan kanak-kanak tersebut dapat memasuki sesi persekolahan ini.

Projek pengawalan hakisan di Pantai Kampung Batu 1 siap April iniMIRI— Projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Batu ...
07/03/2023

Projek pengawalan hakisan di Pantai Kampung Batu 1 siap April ini

MIRI— Projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram yang bernilai RM17 juta dijangka siap April ini.

Sebuah rumah di Taman Semarak terbakarTAWAU--Sebuah rumah di Taman Semarak di sini, terbakar pagi tadi.Komander Operasi,...
07/03/2023

Sebuah rumah di Taman Semarak terbakar

TAWAU--Sebuah rumah di Taman Semarak di sini, terbakar pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II Suheizan Sahak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 8.27 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tawau ke lokasi kejadian.

  "Maut dihempap bucket lori"SIBU--Pemandu lori lelaki maut selepas dihempap bucket lori ketika membuat pemeriksaan pada...
07/03/2023


"Maut dihempap bucket lori"

SIBU--Pemandu lori lelaki maut selepas dihempap bucket lori ketika membuat pemeriksaan pada lori tersebut di lorong Tun Ahmad Zaidi 1, Jalan Lada, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Young Leh Kui, 57.

Eksport minyak sawit sumbang RM130 bilion hasil pada 2022, Fadillah Yusof KUALA LUMPUR— Eksport minyak dan produk sawit ...
07/03/2023

Eksport minyak sawit sumbang RM130 bilion hasil pada 2022, Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR— Eksport minyak dan produk sawit menyumbang kepada RM130 bilion (AS$29.8 bilion), atau 8.4 peratus daripada jumlah nilai eksport Malaysia tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Aktiviti kenderaan lebih muatan yang melalui jalan simpang Bakun ke Empangan Bakun di Bintulu dikenalpasti punca keadaan...
07/03/2023

Aktiviti kenderaan lebih muatan yang melalui jalan simpang Bakun ke Empangan Bakun di Bintulu dikenalpasti punca keadaan jalan yang sering rosak sehingga tidak dapat ditampal dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerosakan tetap berlaku walaupun kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

 Dua cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Tun RazakKUCHING--Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di...
07/03/2023


Dua cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Tun Razak

KUCHING--Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Penview Hotel, Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.

222 guru “one-off” tolak tawaran untuk berkhidmat di Sarawak KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklu...
06/03/2023

222 guru “one-off” tolak tawaran untuk berkhidmat di Sarawak

KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan sejumlah 222 guru “one-off” yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran itu sehingga 30 September tahun lepas.

222 guru “one-off” tolak tawaran untuk berkhidmat di Sarawak

KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan sejumlah 222 guru “one-off” yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran itu sehingga 30 September tahun lepas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam jawapan lisan yang dikeluarkan KPM di laman sesawang Parlimen hari ini, jumlah itu daripada 3,227 guru “one-off” yang merangkumi 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara “Contract of Services (CoS)” yang ditempatkan di Sarawak.

Tambahnya, urusan pengambilan guru akan dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai bilangan guru pengambilan “one-off” dan CoS yang tidak melapor diri atau menolak tawaran ke Sarawak serta tindakan diambil KPM untuk mengisi kekosongan itu.

Tegasnya, guru kelahiran Sarawak mesti diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

Selain itu, Fadhlina berkata, KPM telah melaksanakan Program Pembangunan Guru Baharu untuk membimbing dan membantu secara profesional dan berstruktur bagi membolehkan guru baharu mengadaptasi persekitaran, budaya dan komuniti sekolah bagi pembangunan profesionalisme guru baharu.

"Guru baharu juga menerima bimbingan secara berterusan daripada guru mentor yang dilantik dalam meningkatkan kompetensi profesionalisme terutamanya kemahiran dan kepakaran.

"Ini bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dapat disampaikan dengan lebih berkesan," ujarnya.

Kredit gambar Ahmad Johnie Zawawi

PR-1521-L18548

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa bilangan guru pengambilan one-off dan Contract of Service (COS) yang tidak melapor diri atau menolak tawaran ke Sarawak atau sudah melapor diri kemudian bermasalah.

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengisi kekosongan guru tersebut.

Very good soalan waibi Gabungan Parti Sarawak

Semoga ditangani dengan segera sebab banyak sekolah kurang guru

 Hilang tanpa jejak selama 6 hari, penuntut PhD ditemui matiPETALING JAYA – Kehilangan seorang penuntut doktor falsafah ...
06/03/2023


Hilang tanpa jejak selama 6 hari, penuntut PhD ditemui mati

PETALING JAYA – Kehilangan seorang penuntut doktor falsafah (PhD) Universiti Putra Malaysia, sejak 26 Februari lalu akhirnya terjawab apabila ditemui mati akibat positif Covid-19 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Jawatankuasa Khas Tangani Kesesakan Tambak Johor setuju inisiatif RM65 juta - Fadillah Yusof KUALA LUMPUR— Jawatankuasa ...
06/03/2023

Jawatankuasa Khas Tangani Kesesakan Tambak Johor setuju inisiatif RM65 juta - Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR— Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor bersetuju dengan pelaksanaan inisiatif baharu yang perlu dilaksanakan dengan keseluruhan anggaran kos hampir RM65 juta.

Lembaga Lada Malaysia perkenal IoT kepada pekebun lada pedalaman SarawakBELAGA — Pertanian menggunakan teknologi digital...
06/03/2023

Lembaga Lada Malaysia perkenal IoT kepada pekebun lada pedalaman Sarawak

BELAGA — Pertanian menggunakan teknologi digital terutama Internet Pelbagai Benda (IoT) mampu meningkatkan pengeluaran lada di Sarawak.

Address

Sarikei
96100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Edisi Sarikei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Edisi Sarikei:

Videos

Share


Other Sarikei media companies

Show All