SUARA KAMI

SUARA KAMI SUARA KAMI

29/11/2023

Update (1):

Tiada Cas Tambahan Dikenakan Kepada Pelanggan Tukar Tong Gas Kuning Kepada Merah- PETROS

KUCHING-- Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Petroleum Sarawak
Berhad (PETROS) memberi jaminan tiada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan yang menukarkan silinder gas petroleum cecair (LPG) kepada PETROS (merah) atau gas silinder LPG PETRONAS (hijau), selain daripada kos isi semula.

PETROS dalam kenyataan hari ini berkata, PETROSNiaga Sdn Bhd, pembekal tunggal LPG bersubsidi memberi keyakinan kepada pelanggannya bahawa harga silinder LPG 14kg bersubsidi kekal tidak berubah untuk pelanggan domestik di Sarawak.

"Harga silinder LPG PETROS bersubsidi untuk kegunaan isi rumah dikekalkan pada RM26.60.

"PETROSNiaga juga telah memaklumkan kepada 65 pengedar di seluruh negeri bahawa pelanggan boleh menukar kepada silinder LPG PETROS tanpa caj tambahan," katanya.

Tegasnya, ini bagi memudahkan peralihan yang lancar dan pada masa sama pelanggan juga digesa melaporkan mana-mana peniaga yang mengenakan bayaran bayaran tambahan untuk menukarkan tong gas silinder LPG PETROS kepada Perkhidmatan Pelanggan PETROSNiaga di 1300-882-122 supaya tindakan yang perlu dapat diambil.

"Mulai 1 Disember tahun ini, PETROSNiaga akan menjadi pembekal tunggal LPG 14kg bersubsidi
untuk kegunaan isi rumah di Sarawak.

"Silinder LPG PETROS 14kg bersubsidi boleh didapati untuk pembelian melalui PETROSNiaga
di rangkaian peniaga di seluruh Sarawak," ujarnya.

Dalam pada itu (2)

Caj tambahan RM20 tidak sepatutnya berlaku, Maju Gas Supply

MIRI— Pembekal tong gas petroleum cecair (LPG) Syarikat Maju Gas Supply menafikan mengenakan caj tambahan untuk menukar tong kuning kepada tong merah.

Jurucakap syarikat itu memberitahu, notis tersebut telah dikeluarkan oleh salah seorang sub-dealer tanpa pengetahun mereka.

“Caj tambahan RM20 sepatutnya tidak berlaku. Pelanggan yang telah dikenakan caj bayaran boleh menghubungi kami di talian 017 -2206580 dan caj tambahan tersebut akan dikembalikan.

“Kami mewakili Syarikat Maju Gas Supply secara terbuka memohon maaf di atas kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Borneo Network hari ini.

Bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku, mohon pelangan di seluruh Miri, Bintulu, Limbang yang ingin menukar tong LPG kuning boleh menghubungi mereka di talian yang sama atau menerusi Facebook Syarikat Maju Gas Supply.

Sementara itu, tular di media sosial hari ini luahan seorang pengguna apabila mendakwa dikenakan bayaran RM20 untuk pertukaran tong gas silinder Mygaz kuning ke tong gas Petros berwarna hijau atau merah.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, individu itu berkata, caj tersebut dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di sebuah kedai Shell di Simpang Ngu, Niah.

Menurut notis tersebut, pelanggan yang mahu mengisi tong gas silinder Petros perlu membayar RM26 selain caj tukar RM20 menjadikan jumlah keseluruhan RM46.

“Notis ini tiba-tiba keluar di Shell Simpang Ngu..macam manalah kalau pekedai pulak. Siapa yang ambil kesempatan sebenarnya ni? Petros ada keluarkan surat berkenaan ni?atau Shell Simpang Ngu? katanya sambil berkongsi gambar notis tersebut.

Menurutnya, notis caj tambahan RM20 tersebut turut dipamerkan di Shell pekan Batu Niah.

“Caj tambahan RM20 sepatutnya tidak berlaku. Pelanggan yang telah dikenakan caj bayaran boleh menghubungi kami di talian 017 -2206580 dan caj tambahan tersebut akan dikembalikan.

“Kami mewakili Syarikat Maju Gas Supply secara terbuka memohon maaf di atas kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Borneo Network hari ini.

Tahniah Datuk Julaihi Narawi ! Kes selesai.

Sumber: 📸

https://www.facebook.com/groups/1681328838840582/permalink/3227305820909535/?mibextid=9R9pXO

23/11/2023
07/11/2023
27/10/2023

Saya mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005.

Malaysia merupakan negara yang terlibat dalam rundingan IHR ini. Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita, khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui.

Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini.

23/10/2023

PETALING JAYA: Ringgit kekal lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), apabila pagi ini dibuka rendah berikutan permintaan yang lebih tinggi untuk dolar di tengah-tengah konflik berterusan di Asia Barat. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.7750/7785 berb...

Dickson Ugat
20/10/2023

Dickson Ugat

Hari ini dalam sejarah..

Dickson Ugat
16/10/2023

Dickson Ugat

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur beralih kepada mata wang dolar yang dikira lebih selamat di tengah-tengah peningkatan konflik di Asia Barat.

Dickson Ugat
15/10/2023

Dickson Ugat

RINGGIT dijangka diniagakan rendah pada paras antara RM4.72-RM4.74 berbanding dolar AS minggu depan. Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pendirian...

05/10/2023
04/10/2023

Min doakan agar Ringgit semakin Kukuh dan nilai makin tinggi. Ya jak

04/10/2023

Baru kejap tadi cek google. USD 1 = RM 4.73.

04/10/2023

2 Oktober 2023

Projek Ngemesai Serta Ngerata ke Tapak Rumah Panjai Baru, Nanga Malong.

En. Laga Biju ngarike YB Datuk Ali Biju nyerah ke tapak serta "surat tawaran" ngereja projek nyungkur kena ngemesai alu ngerata tapak rumah panjai baru perakyat Nanga Malong, Disso .

Tembu projek tu ila, tapak tu deka endur ngaga 17 pintu rumah panjai alai rakyat ari RH Insol kelebih agi, berumah baru laban tapak rumah panjai kediatu enda cukup alai nangkir berumah panjai.

Sama bisi datai ba pengawa nya En. Peter Ling Ak Tom serta En. Alban Datu, contractor ke ngereja pengawa.

Sama bersampi minta Tuhan merkat serta ngemujur ke pengawa tu.

23/08/2021

Address

Saratok
Saratok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SUARA KAMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Saratok media companies

Show All

You may also like