KAFA Beluran

KAFA Beluran Aktiviti Harian / Bulanan Kafa Beluran

14/11/2024

Sumbangan anda amat dihargai untuk sama-sama kita meringankan beban buat mangsa rumah yang terbakar (murid KAFA Kg Jambatan Baru,Membakut).

Keterangan lanjut boleh terus menghubungi nombor yang tertera.

Semoga Allah SWT melimpahi rezeki yg berlipat kali ganda di atas sumbangan yg anda berikan...


KAFA Beaufort 2
Kafa Membakut Bongawan
KAFA Sipitang
Kafa Kuala Penyu

14/11/2024

PERBAIKI SOLATMU





14/11/2024

SOLAT TERASA BERAT





30/10/2024

3 TANDA ALLAH KEHENDAKI KEBAIKAN KEPADAMU





إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
21/10/2024

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ustaz Abdul Rahman dikenali sebagai seorang pendidik yang sentiasa komited, sabar, dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu agama kepada anak-anak muridnya. Beliau bukan sahaja seorang guru, tetapi juga seorang sahabat dan penasihat yang dihormati oleh semua yang mengenalinya. Nasihat dan bimbingan beliau pastinya akan terus diingati, dan insyaAllah, akan menjadi bekal pahala yang berkekalan buatnya.

KEM IBADAH DAN JATI DIRITarikh : 18 - 20 Oktober 2024Tempat : KAFA Al - Adib Terusan Sugut.Program Kem Ibadah dan Jati D...
20/10/2024

KEM IBADAH DAN JATI DIRI

Tarikh : 18 - 20 Oktober 2024
Tempat : KAFA Al - Adib Terusan Sugut.

Program Kem Ibadah dan Jati Diri telah diadakan selama 3 hari 2 malam, melibatkan seramai 45 orang murid KAFA. Program ini bertujuan untuk membentuk keperibadian unggul dan memperkukuhkan amalan ibadah dalam kalangan peserta.

Sepanjang kem ini, peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti rohani dan fizikal yang merangkumi solat berjemaah, tazkirah, latihan kepimpinan, serta aktiviti lasak yang menguji daya tahan dan semangat kerjasama.

Semoga program ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna dan membentuk jati diri yang lebih mantap kepada para peserta.


20/10/2024
Majlis Doa Kesyukuran, Sambutan Hari Kemerdekaan, Maulidur Rasul serta "Jasamu Dikenang"Tarikh : 5 Oktober 2024Tempat : ...
20/10/2024

Majlis Doa Kesyukuran, Sambutan Hari Kemerdekaan, Maulidur Rasul serta "Jasamu Dikenang"

Tarikh : 5 Oktober 2024
Tempat : Kelas KAFA Al - Falah Ulu Muanad Beluran.

Majlis ini memberi kesempatan untuk bersama-sama memanjatkan doa kesyukuran atas nikmat kemerdekaan, memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pada hari yang sama juga majlis jasamu di kenang kepada ustaz Hairi bin Akop.

Semoga Ustaz Hairi bin Akop terus berjaya dengan kerja baharunya serta kebaikan terus mengiringi Ustaz Hairi binti Akop. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang tidak ternilai.

KAFA Beluran mendoakan yang terbaik untuk Ustaz Hairi bin Akop di masa hadapan.

10/10/2024

AMALMU UNTUK SIAPA





09/10/2024

Perumpamaan Orang Mukmin Yang Membaca al-Quran

Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

“Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau.”

Hadis ini menunjukkan bahawa seorang mukmin yang membaca al-Quran bukan sahaja membawa manfaat kepada dirinya (seperti rasa yang enak), tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain di sekelilingnya (seperti bau yang wangi).

Sebaliknya, orang mukmin yang tidak membaca al-Quran tetap baik (seperti kurma yang rasanya manis), namun tidak memberi pengaruh yang sama pada orang lain kerana tiada “keharuman” yang tersebar.

Jom jadikan al-Quran sebagai teman setiamu setiap hari, bukan sekadar membaca, tapi merasai, memahami, dan menghidupkannya dalam jiwa.



Jaga Aib
08/10/2024

Jaga Aib

Jaga Aib Sesama Muslim

Menjaga aib sesama Muslim adalah tuntutan penting dalam Islam yang perlu kita hayati. Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kesilapan, namun menjadi kewajiban kita untuk menutupinya, bukan menyebarkannya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.” Hadis riwayat Imam Muslim (2590)

Hargailah hubungan sesama kita dengan saling menjaga maruah dan kehormatan. Ingatlah, membuka aib orang lain hanya akan mencipta jurang dan merosakkan ukhuwah.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang dilindungi Allah SWT dengan menjaga aib saudara-saudara kita.

07/10/2024

JANGAN BERHENTI JADI BAIK





03/10/2024

Baca doa ini sebanyak 3 kali sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW. Semoga Allah mengurniakan kita syurga yang tertinggi dan dijauhkan dari azab neraka yang amat pedih.






03/10/2024
02/10/2024

Pesan Luqman Al-Hakim kepada Anaknya

Dalam Surah Luqman, ayat 17, Allah SWT merakamkan kata-kata penuh hikmah dari seorang ayah yang bijaksana kepada anaknya. Pesanan ini bukan sekadar nasihat biasa, tetapi ianya adalah panduan hidup untuk kita semua.

Pesanan ini merangkumi empat perkara utama :

1️⃣ Mendirikan solat – Kunci kejayaan dunia dan akhirat bermula dengan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.

2️⃣ Mengajak kepada kebaikan – Menyebarkan kebaikan dan mempengaruhi orang lain untuk berbuat perkara yang bermanfaat.

3️⃣ Mencegah kemungkaran – Berusaha untuk menghindari keburukan dan melindungi masyarakat daripada perbuatan yang salah.

4️⃣ Bersabar – Menjalani ujian hidup dengan tabah, kerana sabar adalah kunci kekuatan iman.

Mari kita amalkan pesanan ini dalam kehidupan seharian kita. Semoga setiap langkah kita sentiasa dalam keredhaan-Nya, dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

01/10/2024

Tuntutan Menjaga Lisan dan Tangan

Daripada Abu Musa al Asy’ari, bahawa mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, ciri Islam yang bagaimanakah yang paling utama?” Baginda menjawab, orang yang kaum muslimin selamat daripada lisannya dan tangannya.

Hadis ini sangat relevan di zaman media sosial. Kita perlu menghindari kata-kata menyakitkan dan tindakan yang menyebarkan keburukan.

Marilah sama-sama kita sebarkan kebaikan, hindari fitnah, dan pastikan lisan serta tangan kita sentiasa mendatangkan manfaat.



01/10/2024
Tahniah KAFA Sabah
30/09/2024

Tahniah KAFA Sabah

Address

Kelas Al/Quran Dan Fardhu Ain(KAFA)Daerah Beluran Pejabat Perhubungan KAFA Daerah Beluran P/s 35 Beluran
Sandakan
90107

Telephone

+601116039072

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KAFA Beluran:

Videos

Share


Other Social Media Agencies in Sandakan

Show All