Kelab Belia Kampung Tanjung Nipis Paitan - Belia TNP

Kelab Belia Kampung Tanjung Nipis Paitan - Belia TNP please support guys. tq�

Gambar ini diambil semasa belia TNP bersolidariti pada 21 May 2021.Belia TNP akan sentiasa bersolidariti  bersama Palest...
20/10/2023

Gambar ini diambil semasa belia TNP bersolidariti pada 21 May 2021.

Belia TNP akan sentiasa bersolidariti bersama Palestin.

Kita menggesa supaya keganasan ke atas Palestin dihentikan serta-merta dan penubuhan negara Palestin diiktiraf.

Yang selalu berlatih setiap malam dan pagi tu holeh sudah uji kehebatan kami di tournament ini.. Bah jangan kasi lama mu...
20/06/2023

Yang selalu berlatih setiap malam dan pagi tu holeh sudah uji kehebatan kami di tournament ini.. Bah jangan kasi lama mungkin kamu berbakat…💪💪😊

Salam JumaatTidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan.Setia...
16/06/2023

Salam Jumaat

Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan.
Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau.

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah.
Karena, seseorang yang hampir membunuh Rasullullah pun kini berbaring di sebelah makam beliau, Yaitu Umar bin Khattab RA
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya.
Seseorang yang pernah berperang melawan agama
Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah. Yaitu Khalid bin Walid RA.

Jangan memandang seseorang dari status dan hartanya.
Karena sepatu emas fir'aun berada di neraka.
Sedangkan sandal jepit bilal bin rabah RA terdengar di syurga.

Intinya, jangan memandang remeh seseorang karena masa lalu dan lingkungannya,
Karena bunga teratai tetap mekar cantik meski tinggal di air yang kotor.
Maka untuk jadi hebat yang diperlukan adalah kuatnya tekad.

Tak perlu pusingkan masa lalu,
Tak perlu malu dengan tempat asalmu,
Jika kita mau, kita bisa menjadi laksana bunga teratai yang tinggal di air yang kotor namun tetap mekar mengagumkan.

Berubah dan bangkit Jauh lebih indah dari pada diam dan hanya bermimpi tapa melakukan tindakan apapun.

Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui Kemudahan, kesenangan, dan kenyamanan.
Mereka dibentuk melalui kesukaran, mujahadah. tantangan dan bahkan air mata.

Dunia hanya sementara kita hanya menunggu giliran.
Hidayah itu bukan ada ditanganmu,tapi ditangan ALLAH dan atas kehendak ALLAH.

Semoga terus kekal istiqamah dalam perjuangan…😊

Selamat Hari Guru16 Mei 2023Ucapan khas buat guru2 yang pernah mendidik kami di SK Tanjung Nipis, Beluran dan di mana ju...
16/05/2023

Selamat Hari Guru
16 Mei 2023

Ucapan khas buat guru2 yang pernah mendidik kami di SK Tanjung Nipis, Beluran dan di mana jua. Terima kasih telah mendidik kami. Terima kasih atas jasa mendidik kami menjadi “manusia” hari ini dan seterusnya…


Alhamdulillah.. Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah. Semoga banyak lagi program-program di baw...
15/05/2023

Alhamdulillah.. Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah. Semoga banyak lagi program-program di bawah Kementerian KBS akan dibawa ke Daerah Paitan agar belia-belia di kawasan pedalaman ini mendapat manfaat daripada program tersebut.

Selamat menyambut Hari Belia Negara 202315 Mei 2023“Ini Masa Kita”Seperti kelazimannya hari belia negara disambut pada 1...
15/05/2023

Selamat menyambut Hari Belia Negara 2023
15 Mei 2023

“Ini Masa Kita”

Seperti kelazimannya hari belia negara disambut pada 15 Mei setiap tahun. Sambutan ini adalah bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan belia dalam kemajuan negara. Belia merupakan pemimpin pada masa kini dan masa hadapan. Tidak dinafikan masa depan negara ini terletak di atas tanggungjawab belia pada masa kini.

Dengan ini, sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan atas kepercayaan dan sokongan kepada kami belia di Daerah Paitan ini yang turut serta diberikan peranan dalam menjayakan aktiviti Ambang Hari Belia Negara tahun ini.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua belia-belia yang menyertai aktiviti yang telah kami anjurkan. Kepada penyumbang-penyumbang kami, kami mendoakan semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.

Ambang Hari Belia Negara 2023 peringkat Daerah kecil Paitan ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tn Jalil bin Atang, PPM N48 Sugut. Turut hadir bersama Pegawai KBSS daerah Beluran Tn Abdul Isming Naszi@Nasri, Wakil Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah Tn Idi Ladinda & Tn Jius Gion, wakil Parlimen Beluran P183 Beluran, Tn Hamdan bin Hj Tarawih, Ketua Kampung Tanjung Nipis 1, Tn Sani bin Litak.

Semoga belia terus maju kehadapan selaras dengan tema hari belia “Ini Masa Kita”. Lakukanlah yang terbaik utk mengharumkan nama Daerah Kecil Paitan ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain aktiviti yang akan dianjurkan oleh JBS mahupun dr KBSS.

Ambang Hari Belia Negara 202314 Mei 2023HBN2023 Peringkat Daerah Kecil Paitan telah melabuhkan tirainya petang tadi. Uca...
14/05/2023

Ambang Hari Belia Negara 2023
14 Mei 2023

HBN2023 Peringkat Daerah Kecil Paitan telah melabuhkan tirainya petang tadi. Ucapan Tahniah kepada Pasukan Tosap FC yang telah menjadi Juara dalam kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan dengan kerjasama Kelab Belia TNP.

OSTNAT A yang merangkul Naib Juara tewas dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan ketika beraksi dalam keadaan cuaca hujan lebat sehingga menjejaskan aksi-aksi hebat daripada kedua pasukan.

Manakala tempat ke-3 &ke-4 masing- masing dirangkul oleh pasukan Rimba FC dan Crodile FC.
terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai dan menjayakan Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah sempena Ambang Hari Belia Negara 2023.


14/05/2023

Ambang hari belia OSTNAT A VS KUBA FC
Tambahan

Ambang Hari Belia Negara 202313 Mei 2023 - PetangSesi petang bersambung pada pukul 2 petang. 8 pasukan yang akan layak k...
13/05/2023

Ambang Hari Belia Negara 2023
13 Mei 2023 - Petang

Sesi petang bersambung pada pukul 2 petang. 8 pasukan yang akan layak ke pusingan suku akhir manakala 4 pasukan telah tersingkir di peringkat kumpulan dalam kejohanan ini. Kejohanan akan bersambung esok dan seterusnya perasmian Ambang Hari Belia Negara 2023.

Tahniah kepada pasukan yang melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan kepada pasukan yang belum berjaya teruskan usaha. Kita jumpa di edisi akan datang.

BAh mari kita beramai-rami besuk. KIta meriahkan suasan sambutan Ambang Hari Belia Negara 2023 peringkat Daerah Kecil Paitan.


Sekitar suasana Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah yang sedang berlangsung sempena Ambang Hari Belia Negara 2023 di Padang S...
13/05/2023

Sekitar suasana Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah yang sedang berlangsung sempena Ambang Hari Belia Negara 2023 di Padang SK Tanjung Nipis, Paitan.

“Ini Masa Kita”


Ambang Hari Belia Negara 202313 Mei 2023Perlawanan pertama kejohanan Pasukan OSTNAT A menentang Pasukan Putera Jambongan...
13/05/2023

Ambang Hari Belia Negara 2023
13 Mei 2023

Perlawanan pertama kejohanan Pasukan OSTNAT A menentang Pasukan Putera Jambongan FC…

Mari kita meriahkan suasana Sambutan Ambang Hari Belia Negara 2023

“Ini Masa Kita”


Jadual Perlawanan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Sempena Ambang Hari Belia Negara 2023 Anjuran Pejabat Belia dan Sukan (...
12/05/2023

Jadual Perlawanan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Sempena Ambang Hari Belia Negara 2023 Anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Tanjung Nipis Paitan - Belia TNP.

“Ini masa kita”


Gotong-royong persiapan Program Sambutan Ambang Hari Belia Negara 2023 Peringkat Daerah Kecil Paitan. Terima kasih kepad...
12/05/2023

Gotong-royong persiapan Program Sambutan Ambang Hari Belia Negara 2023 Peringkat Daerah Kecil Paitan. Terima kasih kepada semua belia yang telah bertungkus lumus untuk membuat persiapan penganjuran.

“Ini Masa Kita”


Bah, mari bah Belia-Beliawanis… Jangan lupa saksikan dan berikan sokongan pasukan yang kamu minati…🫰❤️
12/05/2023

Bah, mari bah Belia-Beliawanis… Jangan lupa saksikan dan berikan sokongan pasukan yang kamu minati…🫰❤️

12/05/2023

AMBANG HARI BELIA NEGARA 2023
Peringkat Daerah Kecil Paitan.

13 & 14 Mei 2023 Sambutan Hari Belia Negara 2023 akan diadakan di Kampung Tanjung Nipis anjuran Jabatan Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan Dengan Kerjasama Kelab Belia Kampung Tanjung Nipis Paitan.

Dijemput semua Belia dan masyarakat Paitan Sugut untuk hadir bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Hari Belia Negara 2023.

“Ini Masa Kita”


12/08/2021

CHARITY TOURNAMENT PUBG MOBILE BELURAN 2021.

Marilah kita bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mengambil suntikan vaksin. Semoga wabak penyakit ini segera berakhir dan kita akan menjalani kehidupan kembali normal...



22/07/2021

up herher

04/06/2020

Tq for watching

04/06/2020

Tq for editing illah~

19/04/2020

pusingan 8 mini tour ml tnp. like n share. tq❤️🙏🏻

21/03/2020

Ayohla barbar

Address

Sandakan
90100

Telephone

+60142656096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Kampung Tanjung Nipis Paitan - Belia TNP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Gaming Video Creators in Sandakan

Show All

You may also like