25/06/2024
Satu cup RM5, berapa cup nak kena jual sebulan?
Kalau untung kasar 45% dan kos operasi sebulan RM3k, maka sebulan nak kena jual 1.3k cup barulah bisnes ni survive.
Sehari p**a nak kena jual paling kurang 43 cup untuk bisnes balik modal sahaja, untung belum lagi.
Kalau nak untung kena target 3X daripada 43 cup tersebut.
Maksudnya apa?
Kalau nak capai target 3X atau 2X maksudnya tak boleh la jual di depan rumah yg hanya ada tak sampai 500 orang lalu lalang sehari.
> Tak boleh juga jual di tepi jalan hujung kampung, yg orang jarang-jarang lalu.
> Tak boleh juga jual di depan traffic light yg mana orang sudah nak berhenti.
> Tak boleh pacak gerai sesuka hati, lepas tu nak salahkan takdir apabila tak ada orang yg membeli.
Hakikatnya kita yg tak buat kira-kira yg sebenarnya sangat mudah.
Kalau nak target 120 cup lebih sehari maksudnya kena la berniaga di kawasan yg ada foot traffic lebih 1000 ~ 3000 orang sehari.
Barulah kita boleh capai sasaran jualan apabila 5% daripada foot traffic di situ membeli.
Kalau meniaga di depan rumah dan yg lalu-lalang hanya seratus orang sehari, makanya
100 org x 0.05 = 5 pelanggan
Dah tu kenapa nak nangis bila takde jualan? Sape suruh awak tak kira ehh?
Semuanya boleh di buat PROJECTION apabila anda mahir teknikal bisnes.
Simple as that.✅
Selamat berehat di rumah .😁