Air Tangan Mama

Air Tangan Mama Resepi ringkas dan mudah

14/12/2023

Kuah pasta buat sendiri. Menu kegemaran kebanyakan budak2.. Tp ada juga budak yang tak s**a hihi... Buat sendiri lebih berbaloi. Nak frozen pn boleh. Mama nk share sebab kalau buat ni memang laku keras, depa kata sedap. Depa tanya letak apa lagi sebab Depa dok ingt mama guna yang segera.

Kalau ada cendawan mama letak skli, tp ni tak ada pakai apa yg ada ja

08/12/2023

Salam Jumaat semua. Tekak teringin nak makan tepung bungkus. Kebetulan mama ajak kawan2 lunch dirumah mama. Utk hi tea kami buat la tepung bungkus. Disebabkan kami 6 orang ni semua lain2 negeri (Selangor, KL, Pahang, Perak dan Terangganu), so mama nak la bagi kawan2 rasa tepung bungkus versi utara ni. Mata tu (inti kelapa) kalau nak guna tepung pulut biasa pn boleh. Tp mama lagi s**a guna tepung pulut hitam. Lain negeri lain rupa tepung bungkus ni walaupun rasanya hampir sama. Kawan mama dr Perak cakap tempat dia panggil Puteri dua sebilik.

26/09/2023

Assalamualaikum sahabat2 semua. Lamanya tak jengok disini. Boleh say hai kat mama sikit.. Rindunya lahai kat korang semua 😍❀️

Celebrating my 1st year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. πŸ™πŸ€—πŸŽ‰ ...
26/07/2023

Celebrating my 1st year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. πŸ™πŸ€—πŸŽ‰ Alhamdulillah dah setahun dah.. Sat ja masa blalu. Tq semua yg follow page Air Tangan Mama

27/06/2023

Nak raya dah ni.. Jom buat ketupat

22/06/2023

Ikan percik cara mama. Selain ikan nk buat untuk ayam, sotong dan udang pun sedap juga. Kalau ada ikan percik ni mama memang makan lauk sejenis ni je dengan nasi.

14/06/2023

Kari kambing atau kami panggey gulai kambing

08/06/2023

Sotong Goreng Tepung
Sangat Rangup, rangup yg lembut bukan keras. Tepung kita godak sendiri. Asai dulu anak nk mkn tepung bestari tak ada, mama try buat cmni, alhamdulillah menjadi. Sejak dr tu mama memang buat sendiri je. Jimat pn jimat selain mjdi elok. Syarat dia ampa kn goi dgn telur

Tepung rangup mama
6 sdu tepung gandum
4 sdu tepung beras atau tepung jagung
1/2 sdk Baking soda
1/2 sdk Baking powder
Garam
Serbuk cili
1 sudu kecil gula
1 sudu besar Rempah kari tak kisah ayam atau ikan
SeCukup rasa meggi 1 sdu kecik

Perap sotong dgn teloq dan garam. Ambil sotong boh dlm tepung, gaul2, angkat msuk dlm telur, gaul tepung kering lg skli n grg api kuat

07/06/2023

Ketupat Palas. Tak payah tunggu raya ada daun palas jadi selalu la. Ukuran atau s**atan mudah jer, kalau guna pulut 1 bekas, santan pn 1 bekas. Kalau pulut 3 cawan santan pn 3 cawan. Tp beras pulut tu syaratnya kena tos bg kering selepas dibasuh, baru s**atan cecair tak lari.

09/05/2023

Sayur sedap.. Lagi sedap meratah

Selamat hari raya aidilfitri utk semua followers Air Tangan Mama. Mama mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap ser...
24/04/2023

Selamat hari raya aidilfitri utk semua followers Air Tangan Mama. Mama mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap serta ketelanjuran kata atau tulisan. Sayang semua 😘

17/04/2023

Buat ni bg b*k siap2. Nk masak utk raya nnt sng ambek cedok ja

10/04/2023

Pisang frozen banyak, jiran plk offer daun pisang dua. Jom buat lepat pisang. Boleh bg jiran2. Tp tula beria mama buat tp org dalam rumah ni tak makan lepat pisang

05/04/2023

Dangai Kukus. Makan panas sedap makan sejuk pun sedap. Lembut kenyal manis dan masin yg balance

03/04/2023

Nasi yg tak habis ampa buat la bubur kanji atau bubur lambuk ni

03/04/2023

Ramai dok pm habaq kata depa siap buat jual guna resepi ni. Alhamdulillah s**a mama dengar. Mama doa Moga bisnes sahabat2 yg jual pau ni laku dan lakuuuu

27/03/2023

Kuih paling mudah nak buat. Tp tula keledek punya mahal la ni. 1kg Rm6.30. Doh ni boleh juga buat cucur badak dan bebola keledek.

11/03/2023

Lepat Liat cara mak mama. Mak kata mak ikut cara tok belah ayah. Dari toknek dlu buat mcm ni. Klu dulu tok letak kepala santan. Kadang letak inti. Tp mak mama tak s**a inti nyok tu. Nak yang kosong ja.

21/02/2023

Menu simple tapi anak2 s**a. Goreng telur dadar siap, dah terhidang menu kedai Thai tp dimeja makan rumah. Selain asam boi masin ni, boleh juga guna asam boi masam tp kena tambah gula. Asam boi masin ni tak perlu tambah guna, sebab rasa dari asam boi tu dah complatekan rasa kuah ikan tu sendiri.

09/02/2023

Petai belalang.. Org kata sedap jgk buat masak. Kita pn try la.

02/02/2023

Hati Ayam Goreng Kicap. Mama nak makan hati, tp tak boleh nak makan sebab ada bau yg kuat. Ni hasil kumpul-kumpul setiap kali beli ayam. Rebus dulu hati Ayam, barulah tak bau. Boleh rebus kosong atau letakkan sedikit halia n garam. Hasilnya hati goreng kicap ni dah tak ada bau

30/01/2023

Bubur Kenyal Takdak Nama, yang pasti sedap wey. Kenyal kena dengan kuah manis berlemak.. Sruuupppp... Sruuupppp

28/01/2023

Menu favourite mama, gulai udang atau nama buku dia kari udang. Mama s**a letak kentang sebab kuah gulai tu jd lagi pekat. Baru syok goi dgn nasik dia palut elok orang kata. Gulai udang ni setengah orang boh kerisik sikit. Resepi macam2 kan, tp ni cara mama. Ampa try la kalau nak tau kena taste ka dak dengan tekak ampa

27/01/2023

Karipap Pusing Cara Mama.
Walaupn mama lagi s**a karipap biasa, tp mama tetap buat karipap pusing ni, sebabnya setiap kali mama buat pasti licin. Ramai yang s**akannya.

Resepi Inti karipap
3 biji bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dadu
2 tangkai daun kari
2-3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar rempah kurma
1 mangkuk isi ayam cincang
6-7 biji kentang potong dadu
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil secukup rasa meggi
1 pokok daun sup

Tumis bawang dan daun kari. Masukkan rempah2, kacau sekejab masukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan ayam serta kentang. Masukkan air hingga tenggelam kentang. Perisa kan dgn gula, garam dan secukup rasa meggi. Kuah dh kering, kentang dan lembut blh tekan sedikit kentang bagi hancur dan masukkan daun sup. Biarkan mengering sebati, siap. Sejukkan sebelum digunakan.

17/01/2023

Badak berendam. Mudah dan sedap.

13/01/2023

Selamat petang. Hi tea petang ni menu apa? Jom kita buat capati. Capati yg lembut dan sedap. Kalau buat cfirm jadi. Resepi ni mama ambil dari someone juga tapi mama terlupa dah siapa gerangannya.

Sebelum terlupa, dalam video ni mama terlupa mention masukkan garam halus. Mana sedap kalau masak tak letak garam kan. Masuk 1 sudu kecil garam halus sekali majerin/minyak sapi. Pastu baru gaul dan uli sebati.

11/01/2023

Kerepek Ngaku atau Arrowhead. Kerepek Bermusim, sebab ada jual kat pasaraya time nak raya cina ja. Kerepek lemak2.. Lama2 mkn dihujungnya akn rasa pahit (pait mana2 tak reti nak habaq)

10/01/2023

Homemade Kerisik. Selalu beli jer, tp sebab nampak tak elok sangat kat kedai tu mama buat la sendiri. Sat ja nak buat kerisik ni. Jemur dulu kelapa parut. Musim panas ni sat ja kering. Pastu goreng/sangai sampai keperangan. Kalau rajin blh tumbuk. Tp mama nak yg mudah ja. Masuk minyak masak dalam pengisar boh nyok goreng sikit2. Dh siap jadi kerisik.

Kisahnya ada customer mama order roti jala + kari ayam, kari daging/ayam utara memang kena masuk kerisik. Mau tak mau kena la buat. Sebab kalau tak letak nanti customer kata rasa tak sama mcm dok order sebelum ni, tak syok la kan.

04/01/2023

Jom manfaatkan nasi sejuk. Nasi lebih jangan sesekali dibuang. Boh dalam bekas simpan dalam peti. Dah b*k boleh buat mcm ni. Kalau buat mcm ni seperiuk pn licin, laku keras. Sebab apa? Sebab sedap la. Ala2 bubur kanji/lambuk bulan ramadhan.

02/01/2023

Jom sarapan dgn cucoq pisang. Selangor panggil pisang goreng. Anak2 mama s**a, makan panas2 sedap sangat. Mama s**a cicah sambal kicap. Adunan tepung nak tambah sedikit telur pn sdp. Tepung lg rangup tp jgn sampai sbiji klu s**atan mama ni. Cukup 1/2 biji.

05/12/2022

Ikan steam mudah yg sgt padu wey.
Kukus ikan kosong jer tau pastu tuang kuah. Makan panas2 sambil hirup kuah tu nikmat wey.

Asam boi tu beli yg masin br sdp.

29/11/2022

Karipap ni kalau time nak buat terus kena buat. Potong kentang terus tumis inti. Sambil tu terus bancuh tepung, tau dah siap pun karipap.

Inti karipap

1 labu bawang besar dadukan
3 ulas bawang putih dicincang
Sedikit daun kari
Tumis semua, masukkan
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk kurma
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit secukup rasa meggi
1 mangkuk isi ayam
5-6 kentang dipotong dadu
Sedikit daun sup
Masak sampai kentang lembut dan mengering

Tepung
Panaskan
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar majerin

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras atau tepung jagung
Sedikit garam
1/2 cawan air sejuk

23/11/2022

Pajeri nanas. Orang kata sedap digandingkan dengan ikan masin. Tetiba tekak terasa nak makan. Start kereta p kedai cari nanas. Kalau tekak teringin dan2 tu kena buat.

14/11/2022

Sambai Petai Seafood Bersantan (Sotong dan Udang)

03/11/2022

Sambal hitam Versi Mama. Mudah dan sedap. Mama dok bagi2 kat kawan2 semua kata sedap, harap depa tak bohong la πŸ˜…πŸ˜…. Baru2 ni ustazah yang ngajar ank2 mama ngaji bagi belimbing buluh. Balik mama teruih simpan dalam peti ais, pastu terlupa kewujudannya. Tengah clearkan peti ais terjumpa plastic berisi belimbing ni. Masih elok walaupn dah me gunting. Ada rezeki ank2 la nak makan sambal hitam.

19/10/2022

Cucur Udang utk minum petang ni. Cicah dengan kuah kacang memang layan sgguh. Makan panas2 berasap tu amboi dia pun qapoh tu.
Link cili serbaguna πŸ‘‡
https://fb.watch/ggJPBI92xd/

18/10/2022

Jom harini mama nak share cara buat pulut kuning yang sgt mudah. Yang penting tanpa s**atan. So ampa bkh ja nk buat stgh kilo ka 1 kilo atau 2 kilo ka. Ikut kperluan masing2. Pulut kuning ni akan sedap kalau kita guna santan segar, beli yg no 1,blk kita tambah air sendiri. Santan biar sedikit pekat baru pulut lemak elok. Tp kalau susah nk dpt santan fresh, santan kotak pun boleh jer, tp syaratnya ampa kena tambah minyak masak. Kalau tak pulut tak akan shining cantik, n rasa pn kurang mengancam. Kalau buat stgh kilo ampa boh la 1-2 sudu besar, 1 kg beras pulut letak la 3-4 sudu besar. Gandakan ikut kuantiti beras pulut. Serbuk kunyit pn sama kalau kurg kuning ampa tambah la sbb jenis2 atau brand pn main peranan utk warna kunyit tu. Gula kita letak sikit utk bg bangkit rasa, br pulut kita menjadi dan sedap

17/10/2022

Jom mendonut pulak petang ni. Donut anti gagal, tp ampa jgn dok derhaka resepi plk.. Mama s**at bg elok dh tu. Sblm ada yg kecam suruh mama angkat tangan baju tu, mama nk habaq siap2 yg lengan kita wanita ni aurat. Sebolehnya mama mama tak mau la ternampak, selagi boleh elak mama elak. Nak uli ni amek masa time shooting jer meleret time camera pause mama singsing la lengan baju tu.

12/10/2022

Mee Goreng Mamak Cara Mama. Setiap kali mama jamu tetamu dengan hidangan ni, depa dok pelik rasa dia lain macam sedap katanya. Hihi... Mungkin dari kacang tanah tu buat mee ji rasa kelainan.
Cucur
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
Sedikit garam dan kunyit
1/2 biji bawang besar

Mee
1 paket mee kuning cuci dan bilas
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 mangkuk isi ayam
2 sudu besar cili serbaguna klik link πŸ‘‡
https://fb.watch/g62Wp9Oges/
1 sudu besar gula
1 sudu kecil secukup rasa meggi
I mangkuk kobis
2 pokok sawi
2-3 sudu kacang tanah kisar
1-2 ketul Tauhu grg
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
Kicap 8-10 renjis
Sedikit kicap pekat
Garam jika perlu

Address

Rawang
48050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Air Tangan Mama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share