Bahagian Media dan Komunikasi Korporat

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi korporat yang strategik untuk Jabatan Penerangan dan agensi-agensi kerajaan. Fungsi Bahagian ialah:

1.

Turut melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalinkan hubungan baik dengan media tempatan dan media luar negara. Merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi korporat yang strategik untuk Jabatan Penerangan;

2. Memberi khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat untuk agensi-agensi kerajaan;

3. Melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalankan hubungan baik dengan media t

empatan dan media luar negara;

4. Membantu pegawai-pegawai perhubungan awam di pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme di dalam bidang perhubungan media;

5. Mengeluarkan Kad Perakuan Media rasmi kepada petugas media tempatan dan luar negara; dan

6. Menyedia dan mengeluarkan Nota Kepada Pengarang, Kenyataan Media dan Siaran Media bagi acara rasmi kerajaan kepada media tempatan dan luar negara (secara on-line).

02 Okt 2024 (Rabu) - Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerima Lawatan Penanda Aras Pengurusan Komunikasi oleh Agensi...
03/10/2024

02 Okt 2024 (Rabu) - Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerima Lawatan Penanda Aras Pengurusan Komunikasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Seramai 30 pegawai dari Ibu Pejabat APMM dan Pegawai Perhubungan Awam Negeri dan Zon Maritim Malaysia terlibat dalam lawatan berkenaan.

Delegasi lawatan ini dipengerusikan oleh Pengarah Kanan (Pengurusan) JAPEN, YBrs. Encik Naim Fahmi Ahmad Tajuddin. Sedikit pendedahan berkenaan aset-aset penting JAPEN dalam memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat disampaikan kepada pegawai-pegawai APMM. Lawatan ini turut berkongsi pendapat mengenai kolaborasi antara JAPEN dan APMM dalam menjalankan tugas masing-masing.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada APMM atas kesudian mengadakan lawatan ke JAPEN.


01/10/2024

Selamat Ulang Tahun ke-114 buat Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Semoga JAPEN terus menjadi peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa menerusi jaringan interaksi dengan kumpulan sasar ke arah pemasaran maklumat yang meluas.

29/08/2024
28 Ogos 2024 : Suasana hari pertama dan kedua Pusat Media Sambutan Hari Kebangsaan 2024 beroperasi bertempat di Lobi Aud...
29/08/2024

28 Ogos 2024 : Suasana hari pertama dan kedua Pusat Media Sambutan Hari Kebangsaan 2024 beroperasi bertempat di Lobi Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya

Semalam dan hari ini telah diadakan sesi penyerahan pas media yang telah berdaftar serta sesi taklimat media yang telah disampaikan oleh Puan Shahniza Azren Mohamed Shah, Timbalan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia selaku Sekratariat JKMP HKHM2024.

Terima kasih kepada rakan media yang menggunakan kemudahan di pusat media kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi.

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, YB Fah...
29/08/2024

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, YB Fahmi Fadzil hari ini meninjau persiapan di tapak acara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024.

YB Fahmi turut meluangkan masa ke Pusat Media Hari Kebangsaan 2024 yang dibuka bermula hari ini hingga 31 Ogos untuk kegunaan petugas media di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HKHM 2024, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2024, Mazlan bin Abd Mutalib dan Ketua Pengarah Penerangan, Julina Johan.

30/07/2024

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Rubaayah Osman di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia berkuat kuasa 29 Julai 2024 (Isnin), ikhlas daripada seluruh warga kerja Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

10 Julai 2024 | Lawatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ke Jabatan Penerangan Malaysia. Lawatan dike...
10/07/2024

10 Julai 2024 | Lawatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ke Jabatan Penerangan Malaysia. Lawatan diketuai oleh Encik Chua Hin Chiew, Pengarah Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia dan turut dihadiri pegawai daripada BMKK, BPKPKM, BKVS dan BKPK

05/07/2024

Kementerian Komunikasi akan menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 pada 21 Julai 2024 (Ahad) di Cyber Event Hall, Cyberjaya, Selangor bermula pukul 9.00 pagi. Pelbagai acara turut diadakan antaranya Karnival Kita MADANI, Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI dan banyak lagi.

Layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.

https://www.facebook.com/share/v/6M5kyVhX9b3zA2DS/?mibextid=oFDknk

14/06/2024
14/06/2024

[LANGSUNG]
HIMPUNAN ASPIRASI MADANI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

14 Jun 2024 | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari | Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Tema : 'H.E.M.A.T - Menyantuni Hasrat, Membina Citra'

31 Mei 2024 (Jumaat) – Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) JAPEN berbesar hati menerima kunjungan daripada YBr...
31/05/2024

31 Mei 2024 (Jumaat) – Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) JAPEN berbesar hati menerima kunjungan daripada YBrs. Puan Julina binti Johan, Ketua Pengarah Penerangan.

Melalui kunjungan ini, beliau mendalami peranan strategik Bahagian dalam memacu komunikasi yang efektif dan membina reputasi korporat yang kukuh.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sivabalan a/l Ethirmanasingham, Pengarah BMKK, Puan Shahniza Azren binti Mohamed Shah, Timbalan Pengarah BMKK dan pegawai-pegawai di BMKK.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Julina Johan, Ketua Pengarah Penerangan dan semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.


24 Mei 2024 (Jumaat) - Meet Up Session Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN...
24/05/2024

24 Mei 2024 (Jumaat) - Meet Up Session Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bersama Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Negeri (KLN) telah diadakan hari ini di KLN, Putrajaya.

Delegasi ini diketuai oleh Pengarah BMKK, YBhg. Dato' Sivabalan a/l Ethirmanasingham. Turut hadir adalah wakil daripada pihak Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia (BPSM) JAPEN.

Sesi ini bertujuan untuk mensasar kerjasama strategik di antara JAPEN dan semua Unit Komunikasi Korporat Kementerian/ Jabatan/ Agensi di samping berkongsi maklumat dan isu-isu semasa dalam penyampaian perkhidmatan atau naratif untuk tujuan promosi/ publisiti serta menyantuni warga JAPEN yang ditempatkan sebagai Pegawai Perhubungan Awam (Kader).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato' Yubazlan bin Yusof, Setiausaha Bahagian, Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam KLN dan semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.

18/05/2024

2 HARI LAGI ‼️

JUH DATANG BERAMEI-RAMEI KE PROGRAM EKSPRESI BULAN KEBANGSAAN 2024 PERINGKAT SARAWAK

🗓 19 MEI 2024
📍 MYDIN PETRA JAYA KUCHING
⏰ 10.00 PAGI – 4.30 PETANG
🎤 PERSEMBAHAN BUSKING PENTARAMA SARAWAK
📝 KUIZ KENEGARAAN
🎪 PAMERAN EKSPRESI HARI KEBANGSAAN HARI MALAYSIA OLEH JAPEN, AFFIN BANK, MTPN, JABATAN KESIHATAN, FINAS & SKMM.

Jumpa KITAK di SIA‼




17/05/2024

Jom datang beramai-ramai ke Program Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024!


Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah menganjurkan program Permukiman Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Kader Jabatan P...
17/05/2024

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah menganjurkan program Permukiman Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Kader Jabatan Penerangan Malaysia Tahun 2024 pada 13 Mei 2024 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna Aras B1, Kompleks Kementerian Komunikasi.

Program tersebut diadakan secara hibrid dengan melibatkan lebih 600 Pegawai Perhubungan Awam Kader JAPEN di seluruh negeri. Program ini merupakan platform terbaik kepada PRO untuk mendapatkan maklumat terkini seiring dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) serta saling bertukar pendapat dan idea dalam pelaksanaan tugas masing-masing.


Address

Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi, Presint 4
Putrajaya
62100

Telephone

+60389117381

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Media dan Komunikasi Korporat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share