Kompang IKTIRAF 2012

Kompang IKTIRAF 2012 Persembahan Kompang Terbesar di Malaysia "The Malaysia Book of Records" & Pertandingan Kompang Berirama (Terbuka) Tel. Pejabat 03-8872 4408
No.

PERSEMBAHAN KOMPANG TERBESAR DI MALAYSIA "THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS"

Ianya dianjurkan oleh pihak Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) dan FELDA dengan kerjasama Majlis Belia FELDA Malaysia serta dilaksanakan oleh Ikatan Seni Kebudayaan Anak FELDA (ISKAF) bersama Sekretariat Kompang Karnival IKTIRAF 2011/2012. Persembahan Kompang

Terbesar di Malaysia akan berlangsung semasa Majlis Penutup Karnival IKTIRAF Kebangsaan 2011/2012 dimula rasmi oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 1 April 2012 (Ahad) di Dataran Merdeka, jam 2.00 petang. Anggaran kehadiran peserta seramai 10,000 penggiat kompang dari FELDA dan Luar FELDA. Penyelarasan dan pengurusan diselia oleh ISKAF dan Sekretariat Kompang Karnival IKTIRAF 2011/2012. Persembahan ini melibatkan penggiat-penggiat kompang dari 317 buah rancangan FELDA dan luar FELDA seperti Majlis Belia Malaysia, Kampus UiTM, IPTA & IPTS sekitar Lembah Klang, Institut Kemahiran MARA berhampiran Persatuan-persatuan Kompang dari setiap Sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah, NGO dan Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan. Tarikh Persembahan: 1 April 2012 (Ahad), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Borang penyertaan (http://www.iktiraf.com.my/FREE_ATTACHMENT/Borang%20Penyertaan%20Kompang%20MBOR%202012.doc)

Aturcara persembahan (http://www.iktiraf.com.my/FREE_ATTACHMENT/Aturcara%20Program%20Malaysia%20Book%20of%20Records.pdf)

Lagu persembahan Kompang Malaysia Book of Records (http://www.iktiraf.com.my/FREE_ATTACHMENT/Kompang%201%20Malaysia.mp3)

Borang penyertaan perlulah dihantar sebelum 25 Mac 2012 (Ahad) melalui:

Emel: [email protected]
Faks: 03-8888 6632
Alamat: Pejabat Seranta (FELDA),
Jabatan Perdana Menteri Aras 2,
Blok Barat Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Sebarang pertanyaan mengenai persembahan ini sila hubungi talian:

No. Faks 03-8888 6632
Sdr. Fadzli 019-565 6464
Sdr. Asri 013-557 4346
Sdr. Izan 017-761 1188


PERTANDINGAN KOMPANG BERIRAMA (TERBUKA)

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA berusia 15 tahun hingga 40 tahun. Setiap pasukan mestilah mempunyai bilangan ahli antara 15 - 20 orang dan bebas menentukan bilangan peserta lelaki dan perempuan. Hanya kompang biasa (kompang ibu) sahaja yang dibenarkan dan hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing. Tema bagi pertandingan kompang berirama ini adalah bebas, berkaitan ciri-ciri MALAYSIA tetapi tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik dan perkauman. Setiap pasukan wajib menyampaikan satu (1) buah lagu sama ada ciptaan sendiri atau lagu saduran serta mempunyai seni tari yang tersendiri. Masa persembahan adalah 5 minit sahaja. Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (live) tanpa mikrofon. Hadiah:

Wang Tunai beserta
Piala dan Sijil
Johan RM 5,000
Naib Johan RM 4,000
Ketiga RM 3,000
Ke-4 RM 2,000
Ke-5 RM 1,500
Ke-6 hingga 10 RM 1,000
Ke-11 hingga 15 RM 750
Ke-16 hingga 20 RM 500

Tarikh Pertandingan:

1 April 2012
7.30 pagi
Padang Merbok, Kuala Lumpur

Borang penyertaan (http://www.iktiraf.com.my/FREE_ATTACHMENT/Borang%20Penyertaan%20Pertandingan%20Kompang%20IKTIRAF%202012.doc)

Aturcara pertandingan (http://www.iktiraf.com.my/FREE_ATTACHMENT/Aturcara%20Pertandingan%20Kompang%20Berirama.pdf)

Syarat-syarat pertandingan (http://www.iktiraf.com.my/home_kompangberirama.jsp)

Borang penyertaan perlulah dihantar semasa pendaftaran di Padang Merbok, KL
pada 1 April 2012 (Ahad), jam 7.30 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini sila hubungi talian:

No. Faks 03-8888 6632
Sdr. Fadzli 019-565 6464
Sdr. Asri 013-557 4346
Sdr. Izan 017-761 1188
*Terhad kepada 200 pasukan sahaja

Address

Pejabat Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompang IKTIRAF 2012 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kompang IKTIRAF 2012:

Share


Other Media/News Companies in Putrajaya

Show All