Aloe Camper

Baru ni cuti Thaipusam 4-6 Feb pi retreat dekat2 ajela..Alam hati risau gak musim hujan tak habis lagi rupanya.Alhamduli...
07/02/2023

Baru ni cuti Thaipusam 4-6 Feb pi retreat dekat2 ajela..
Alam hati risau gak musim hujan tak habis lagi rupanya.

Alhamdulillah Allah bagi cuaca cantik jumaat dengan sabtu tu. Puas jugak mandi manda.
Malam tu lepas maghrib start hujan rahmat turun kasi kami tidur lena terus sampai ke esoknya hujan berterusan tak berhenti.

Malam tu jam 1am tali belah depan flysheet putus.. mujur kat penjuru je tak kena yg lain. Lepas rendahkan flysheet untuk bagi turun air hujan dah boleh masuk khemah dan tidur balik.

Jam 6 sis bangun abang Ajim tengah meronda sambil betulkn flysheet. Dia kata bawah tilam dia masuk air. Oo tpt sis takde pulak, tapak khemah bawah tilam dia tu ade yang bocor la tu.

Dia jadi basah aje, mujur tak banjir. Tapi dah alang2 subuh tu bangun jela. Kemas2 barang apa yang patut.
Air bercampur tanah dah lalu kat groundsheet masuk bawah khemah. Nampak gayanya kali ni kenala basuh khemah🀣.

Kami pun terus Slow2 kemas barang prepare nak balik aje sebab tak boleh mandi dah, air dah tinggi dan kaler macam teh susu.
Keluar dari campsite tengahari tu masih lagi gerimis.

Campsite pilihan kali ni dekat AG MANGGIS COTTAGE, hulu langat.
Tapak 1 malam rm50 aje. Tapak kami besar.. maklumla rumah apartment 🀣

Kemudahan semua cukup
Tandas tiles n bersih βœ…
Telco coverageβœ… sebab tepi jalan besar
Sungai βœ… selesa, budak boleh mandi dan main pasir.
Tapi ade kawasan deras sikit. Perhatikan anak2 ya.
Plugpoint βœ… kena bawak wayar panjang. Tapi kami memang Xde tarik, cukup je bekalan 3H2M kami

Tapak khemah dan tandas area kami tu tak ada lampu ya. That's why sis selesa sebab sis jenis tidur bergelap tak on apa2 lampu pun.

CO ada bukak kedai kopi uols boleh try layan kopi dia. Wangiii..
Tapi sis tak minum kopi, coklat pun ada,
CO baik hati tolong belikan ais dari lori, amekaw sekali seguni ais dapat rm3.50 aje🀧

Terima kasih banyak bang, next time mesti nak repeat lagi.
Sape nk booking +6019-9192523 wasap awal, sebab CO jarang tgk wasap ngn angkat fon. Katanya staff dah resign, dia busy nak handle booking tak sempat😁

27/09/2022

Program team building BKP, Riverine Suite, Amverton Cove Pulau carey

Hotel selesa, lunch dan dinner sedap2. Tapi breakfast tak banyak pilihan.. bila caj rate sama.. dewasa Rm50, budak rm25. Patutnya breakfast kadar lebih murah.

Pemandangan sekitar cantik sangat.

Sebelah hotel ada waterpark. Kalau hotel guest dapat special price. Tapi kami tak masuk sebab nak balik awal.

Aloe camper bagi 4.8 🌟🌟🌟🌟 untuk hotel ni. Berbaloi untuk percutian singkat dekat dengan lembah klang

27/09/2022

campsite Santai D' Leweng

Jalan masuk, air sungai, dan sekitar tapak khemah.

Full review nanti sis share kat YouTube ya.
Jangan lupa subscribe ❀️

Ke mana kita next??


Bila perempuan berhadapan satu situasi.. SITUASI 1sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam. dia sor...
12/09/2022

Bila perempuan berhadapan satu situasi..

SITUASI 1
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

sekian

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!

β€’ Sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi β€’
Pesanan khidmat masyarakat untuk kesayanganz sekalian..

copy paste..

Check in 9hbCheck out 11hb September 2022.Suara Rimba Campsite Sg Gabai Hulu Langat, Selangor Sewa tapak 1 malam rm50.To...
11/09/2022

Check in 9hb
Check out 11hb September 2022.

Suara Rimba Campsite Sg Gabai Hulu Langat, Selangor

Sewa tapak 1 malam rm50.
Toilet bersih.
Air paip guna bukit Laju.. puas mandi..

Line hp ada tapi digi line tak kuat 1-2bar aje.
Plugpoint takde.

CO sentiasa standby dan jaga kawasan. Dekat pintu masuk CO ada jual macam-macam juga.

Ada jugak boleh buat aktiviti memanah dan naik kuda. Caj pun berpatutan.

Petang2 minta CO orderkan abc dengan cendol buat minim petang.

Malam sejukk.. tak pakai sangat kipas.. siang panas la sikit..

Semua best dan puas hati.
Yang tak best cuma ada anjing.
Tak kisah dia meronda tu.. tapi bila malam kirai tempat sampah yang tak syok.
Tempat masak dan stok makanan kena simpan rapi.. hampir2 nak kena jilat. Huhu
Then malam2 anjing2 melolong jugak.. bising la sikit. Sampai Anak kecik nangis terganggu.
Tapi aqil Alhamdulillah ok je. Dah terbiasa bunyi bising tido kat rumah kot.

So far 4 🌟 🌟🌟🌟 untuk campsite ni.. sebab kemudahan sangat2 selesa ❀️

Address

Putrajaya
62200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aloe Camper posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Putrajaya media companies

Show All