Studio Waibi

Studio Waibi Studio Waibi
(1)

Tahniah YB Young Syefura di atas lantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR). S...
29/11/2023

Tahniah YB Young Syefura di atas lantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR). Semoga terus membanteras rasuah dalam negara.
https://www.youtube.com/syefura

JOM DATANG MERIAHKAN PROGRAM !! Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung bersempena dengan program Setahun Bersama ...
29/11/2023

JOM DATANG MERIAHKAN PROGRAM !! Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung bersempena dengan program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 Disember ini.
https://www.youtube.com/

10/11/2023

CAKAP LEPAS : KITA SEMUA SEPUPU #01

Meh sini Yap nak terangkan nama-nama keluarga cina ni macam mana sebenarnya. Tidak la semudah yang orang Kepala Batas sebut tu. Jemput tonton!

03/11/2023

Episod 8 : Kepimpinan?

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada "Pimpin.". Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Kepimpinan membawa erti "Keupayaan Memimpin" dan Kepemimpinan p**a "keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin." (Kamus Dewan 1994)

Episod terbaru Interaksi Generasi, bersama Yusmadi Yusoff menyingkap soal kepimpinan.

Untuk tahu lebih lanjut, jangan lupa - tonton sampai habis.






Terima kasih kerana menonton.

Interaksi Generasi dahulunya dikenali sebagai Interaksi Bukan Emosi.

“Saya menyokong dasar-dasar dan inisiatif kerajaan dalam hal yang mengutamakan usaha memantapkan pembangunan, ekonomi da...
30/10/2023

“Saya menyokong dasar-dasar dan inisiatif kerajaan dalam hal yang mengutamakan usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang,” jelasnya.



KTM Komuter lembah Klang mula pembayaran terbuka pertengahan November 2023 – MenteriPengguna komuter Keretapi Tanah Mela...
30/10/2023

KTM Komuter lembah Klang mula pembayaran terbuka pertengahan November 2023 – Menteri

Pengguna komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang dijangka akan dapat menggunakan kaedah pembayaran terbuka mulai pertengahan November ini.



“Oleh itu sudah tiba masanya Audiologis untuk turut memfokus kepada diagnosis dan rehabilitasi masalah ini. Bukan hanya ...
30/10/2023

“Oleh itu sudah tiba masanya Audiologis untuk turut memfokus kepada diagnosis dan rehabilitasi masalah ini. Bukan hanya pada warga emas, tetapi saringan awal dari peringkat kanak-kanak lagi bagi menjamin kualiti hidup yang optima dalam kalangan masyarakat,” tambah kenyataan tersebut.



27/10/2023

"...kerja nak guling, nak pindah kerajaan, tebuk atap, alih atap, tukar atap baru, semua atap, atap, atap, atap, atap...," YB Hulu Langat.



27/10/2023

Jawapan YB Langkawi kepada YB Seputeh mengenai apakah boleh berseluar pendek ke pantai Langkawi.


“Menjunjung titah, saya memaklumkan, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pa...
27/10/2023

“Menjunjung titah, saya memaklumkan, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober bersetuju mengisytiharkan, Sultan lbrahim, Sultan Johor dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
“Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama.
“Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung hari ini, dipengerusikan Sultan Terengganu dan dihadiri semua Raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.



26/10/2023

"Negara-negara Barat mesti terus dikecam kerana bersikap hipokrit melibatkan warga Palestin. Begitu pantas mengecam Rusia dalam isu melibatkan Ukraine tetapi bungkam, malah dipertahan serta didukung sikap kurang ajar Israel yang menceroboh, memeras serta menekan warga Palestin. Dunia harus bangkit dan sedar bahawa ini bukan sikap yang adil dalam menegak hukum antarabangsa (international law)."
- YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri



"Kita hanya menuntut rakyat Palestin dilayan sebagai manusia! Tidak lebih, tidak kurang!Selama ini Barat begitu bingit b...
26/10/2023

"Kita hanya menuntut rakyat Palestin dilayan sebagai manusia! Tidak lebih, tidak kurang!

Selama ini Barat begitu bingit bercakap soal demokrasi, hak asasi dan kemanusiaan tetapi hari ini bisu apabila Israel rakus menzalimi Palestin.

Barat perlu hentikan kemunafikan ini. Kemanusiaan bukan hak istimewa orang kulit putih. Beri keadilan dan hak kemanusiaan untuk rakyat Palestin!"
-
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri

Kenyataannya dari saudari Husna Hashim; Perwakilan Dewan Muslimat PAS itu disuarakan ketika memberi ucapan usul di Mukta...
26/10/2023

Kenyataannya dari saudari Husna Hashim; Perwakilan Dewan Muslimat PAS itu disuarakan ketika memberi ucapan usul di Muktamar Tahunan PAS ke-69 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


26/10/2023

Episod 7 : Kepelbagaian Politik Dalam Demokrasi?

Demokrasi bukan untuk menyamakan segala citarasa tetapi merupakan satu pendekatan dalam menguruskan kepelbagaian.

Episod terbaru Interaksi Generasi, bersama Yusmadi Yusoff. Untuk tahu lebih lanjut, jangan lupa - tonton sampai habis.






Terima kasih kerana menonton.

Interaksi Generasi dahulunya dikenali sebagai Interaksi Bukan Emosi.

Luah hasrat ingin bercuti ke London, pendakwaan bantah permohonan Muhyiddin dapatkan passport.
26/10/2023

Luah hasrat ingin bercuti ke London, pendakwaan bantah permohonan Muhyiddin dapatkan passport.


25/10/2023

Keteguhan pendirian PM Anwar terhadap Palestin tidak pernah pudar sejak dahulu lagi.
Credit to : RTM



“Tidak bersalah, mohon dibicarakan,” katanya.Skandal Jana Wibawa yang melibatkan pimpinan Perikatan Nasional.
25/10/2023

“Tidak bersalah, mohon dibicarakan,” katanya.
Skandal Jana Wibawa yang melibatkan pimpinan Perikatan Nasional.


AYUH SEMUA! HIMPUNAN MALAYSIA BERSAMA **LES**NAPerdana Menteri Malaysia, Menteri² Kabinet, pelbagai kepimpinan masyaraka...
23/10/2023

AYUH SEMUA!
HIMPUNAN MALAYSIA BERSAMA **LES**NA

Perdana Menteri Malaysia, Menteri² Kabinet, pelbagai kepimpinan masyarakat dan NGO² akan bersama dalam himpunan khas solidariti rakyat Malaysia bersama **les**na.

✅ Selasa, 24 Oktober 2023 - 6:30 pm
✅ Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil
✅ Tema : Pakaian Putih

Dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah.

Pelbagai persembahan & ucapan Pemimpin dan NGO diadakan.

Sebar kepada SEMUA.

( Kita lupakan perbezaan ideologi politik.. Bersama-sama kita bersatu memperjuangkan hak **les**na** )

Kenyataan AkhbarANGKATAN MUDA KEADILANSabtu, 21 Oktober 2023Gelar PM Banduan, Apa Masalah Haji Hadi?Presiden PAS, Haji A...
21/10/2023

Kenyataan Akhbar
ANGKATAN MUDA KEADILAN
Sabtu, 21 Oktober 2023
Gelar PM Banduan, Apa Masalah Haji Hadi?
Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini muncul lagi dengan kenyataan cenderung bersifat hasad yang merendahkan Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan yang dipimpin banduan, dipercayai merujuk kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Ini bukan kali pertama Haji Hadi menyerang Perdana Menteri dengan gelaran demikian. Malah ia sejak bertahun lalu menjadi antara label yang paling digemari oleh beliau untuk digunakan ke atas Perdana Menteri.
Di saat kita tahu Perdana Menteri sendiri tidak pun terkesan dengan serangan oleh Haji Hadi tersebut, timbul tanda tanya apa yang sebenarnya yang cuba dicapai oleh Haji Hadi dengan menggunakan gelar banduan ke atas seseorang dengan tujuan merendah-rendahkan mereka?
Dalam sejarah perkembangan Islam sendiri, Imam Empat Mazhab; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad Hanbal, dan Imam Syafi’e - kesemuanya pernah dipenjara seraya menjadikan mereka turut dalam waktu dan ketikanya memakai gelar ‘banduan’.
Begitu juga dengan tokoh-tokoh besar dunia Islam; tidak sedikit yang memakai gelar banduan dalam hidup mereka. Sayyid Qutb, Buya Hamka, Mohamed Morsi, Rashid Ghannushi antara ramai yang kita ketahui juga pernah dan adalah penghuni penjara.
Malah, baru 13 September yang lepas, Haji Hadi sendiri membayangkan bahawa pemenjaraan ke atas dirinya adalah lebih baik berbanding membayar denda. Ertinya beliau sendiri sedia untuk memakai gelar banduan, maka apa masalahnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan?
Orang Islam beriman dengan qada’ dan qadar. Setiap yang berlaku itu adalah takdir dan ketentuan Allah SWT.
Sudah tertulis Perdana Menteri kita hari ini adalah antara insan yang diuji dengan tohmah dan fitnah sehingga terpenjara dalam jalan perjuangannya sebelum diangkat darjat untuk memimpin negara. Seharusnya ia jadi pedoman besar buat kita, bukan untuk direndah-rendahkan.
Sebagai seseorang yang hari ini memakai gelar ‘ulama dan pendakwah’; merendah-rendahkan takdir dan nasib seseorang, apa lagi yang diketahui sendiri olehnya sebagai orang yang bertahun dizalimi dan pernah beliau sendiri bela; Haji Hadi perlu bermuhasabah dan menekuni dengan semulia hati, bukan dengan penuh nafsu politik disulami tutur penuh hasad dan dengki. Bukan itu sifat orang alim dalam jalan dakwah.
Tidak terhakis pun rasanya taat dan patuh pendokong Haji Hadi di dalam PAS andai tutur kata yang lebih baik terbit berbanding cerca dan hina ke atas lawan politik. Jika terus-terusan begini, janganlah rasa terkesan p**a apabila masyarakat hari ini makin ramai yang mempertikai apakah benar Haji Hadi ini seorang ulama.
Angkatan Muda KEADILAN
Adam Adli

".. made our offer to host the match between Palestine and Australia in Kuala Lumpur Stadium, Bandar Tun Razak next mont...
20/10/2023

".. made our offer to host the match between Palestine and Australia in Kuala Lumpur Stadium, Bandar Tun Razak next month."
-Adam Adli ; Oct19,2023

11/10/2023

KONFLIK PALESTIN x ISRAEL

Pertempuran antara Palestin dan Israel telah berlarutan sejak 7 Oktober 2023 yang lalu. Hari demi hari krisis ini makin membimbangkan malah berlaku peningkatan jumlah korban dan kecederaan orang awam setiap hari.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan Israel mengebom secara keterlaluan dan membunuh sewenang-wenangnya rakyat palestin di tempat awam. Semoga dunia membuka mata dan telinga, rasai penderitaan Palestin dan kembalikan semula hak sebenar untuk rakyat Palestin.

Untuk seketika Studio Waibi ingin mengajak semua yang mengikuti perkembangan Studio Waibi untuk menyatakan pendirian dengan jelas dan tegas tanpa kompromi.

Marilah kita berdiri teguh bersama Palestin.
Malaysia akan terus kekal bersolidariti untuk Palestin..
Demi Palestin.

- Studio Waibi -

04/10/2023

Episod 6 : Perpaduan?

Adakah perpaduan itu jawapan pada segala-galanya? Adakah perpaduan itu penting? YA PENTING!!!

Apa cerita dalam episod terbaru Interaksi Generasi, bersama Yusmadi Yusoff kali ini. Tonton sampai habis.






Terima kasih kerana menonton.

Interaksi Generasi dahulunya dikenali sebagai Interaksi Bukan Emosi.

Tema sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M Peringkat Kebangsaan ialah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”Sambutan Maulidur R...
27/09/2023

Tema sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M Peringkat Kebangsaan ialah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”

Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Dan bersempena Sambutan Maulidur Rasul - kami di Studio Waibi berharap semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi SAW.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1445H/2023M

25/09/2023

Episod 5 : Sisi Pandang Demokrasi?

Apakah sisi pandang demokrasi di mata kita? Adakah hak kita soal demokrasi hanya 5 tahun sekali? Jom ikuti kupasan episod terbaru Interaksi Generasi, bersama Yusmadi Yusoff.






Terima kasih kerana menonton.

**Interaksi Generasi dahulunya dikenali sebagai Interaksi Bukan Emosi.**

16/09/2023

Bersempena sambutan Hari Malaysia tanggal 16 september 2023. Kami di Studio Waibi ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-60.

Dan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga ukhwah persahabatan dalam kalangan masyarakat majmuk dipelihara dan perpaduan antara kita semakin erat dan kukuh. Jiwailah kebersamaan.

“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

13/09/2023

Episod 4 : Apa itu Demokrasi?

Demokrasi? Apakah demokrasi menurut diri kita? Jom ikuti episod terbaru Interaksi Generasi, bersama Yusmadi Yusoff merungkai ringkas soal Demokrasi?






Terima kasih kerana menonton.

*Interaksi Generasi dahulunya dikenali sebagai Interaksi Bukan Emosi.*

30/08/2023

Bersempena tanggal 31 ogos 2023. Kami di Studio Waibi ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta. Tanah tumpahnya darahku.

Sambutan kemerdekaan ini memberi pengertian yang tinggi dalam hidup penuh integriti.

Bersama MALAYSIA MADANI.

Ayuh bersama-sama semarakkan perpaduan dan kibarkan Jalur Gemilang.

"Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara"
—Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama

30/08/2023

Penjelasan Isu Konsert Kepci (KFC) dan Kehadiran Pelajar-pelajar Tahfiz oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Na'im, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)






Sumber Video ; Dato' Setia Dr. Na'im & JAKIM

29/08/2023

Episod 3 : Merdeka Menurut Yusmadi

Merdeka dan hutang? Merdekakah kita? Jom ikuti episod Merdeka Interaksi Generasi, bersama Yusmadi Yusoff merungkai erti Kemerdekaan Menurut Yusmadi.






Terima kasih kerana menonton.

**Interaksi Generasi dahulunya dikenali sebagai Interaksi Bukan Emosi.**

Address

Petaling Jaya
Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Studio Waibi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Digital creator in Petaling Jaya

Show All