03/03/2024
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
ALHAMDULILLAH tanggal 1 Mac 2024 lalu, Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bagi Penggal 2024-2026 yang berlangsung di Jewel Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Menariknya, KEMUDI menjadi kelab media pertama di Malaysia yang telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjayakan proses pemilihan AJK sebagaimana perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil.
Bermula dengan semakan, celup jari, membuang undi, perjumlahan dan pengumuman sebagaimana dilaksanakan oleh SPR semasa proses PRU atau PRK.
Tidak cukup dengan itu, dua kakitangan SPR Kelantan turut hadir memberikan tunjuk ajar bagi memastikan perjalanan pemilihan AJK Kemudi berjalan lancar sebagaimana proses PRU atau PRK.
Berikut adalah senarai saf kepimpinan KEMUDI yang telah dipilih oleh ahli melalui proses pilihan raya.
PRESIDEN: Muhammad Yatimin Abdullah (Abe Ya)
TIMBALAN: Shahnon Hanif Abdullah Suhaimi (Yeop).
AHLI JAWATANKUASA
====================
1. Rosmizan Mohd Resdi
2. Hazelen Liana Kamarudin
3. Siti Nor Akmaliah Razak
4. Siti Nor Hidayatidayu Razali
5. Siti Nur Ain Abdul Manaf
6. Kamarul Bismi Kamaruzaman
7. Nik Abdullah Nik Omar
8. Nor Fazlina Abdul Rahim
9. Mohammad Azidi Bin Abdullah
10. Chia Chee Lin
11. Soon Xue Ning
12. Lau Siok Cheng
13. Hazira Ahmad Zaidi
14. Syaherah Mustafa
15. Ahmad Faris Abdul Halim
16.Faizal Ghazali.
Sekian terima kasih,
©️2024 Biro Publisiti & Hebahan KEMUDI
Hak Cipta Terpelihara.