Aboh Mung

Aboh Mung CEO TOBAK LAHOM SEDAK

16/01/2024
08/01/2024
21/10/2023
Sambal Telur Belado.Makan malam macam ni nanti pun dah sedap dah! ๐Ÿ˜‹Sumber: Roha Adrina
04/10/2022

Sambal Telur Belado.

Makan malam macam ni nanti pun dah sedap dah! ๐Ÿ˜‹

Sumber: Roha Adrina

RESEPI MINI NAN CHEESEBahan A:11 gr/1 peket yis2 sdm gula1 sdm susu pekat3/4 cawan air suamBahan B:2 cawan tepung gandum...
30/09/2022

RESEPI MINI NAN CHEESE

Bahan A:
11 gr/1 peket yis
2 sdm gula
1 sdm susu pekat
3/4 cawan air suam

Bahan B:
2 cawan tepung gandum, hakak guna cap sauh
2 sudu besar marjerin
secubit garam
cheese, boleh guna mozzarella atau cheddar

1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk, biarkan selama 10 minit.
2. Gaul marjerin, garam dan tepung gandum.
Masukkan campuran yis, uli selama lebih kurang 15 minit sehingga adunan tak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 45 min.
Tumbuk doh untuk buang angin.
Bahagikan doh lepada 6 bahagian dan bentukkan bulat.
4. Gelek dengan roller dan letak cheese. Bulatkan dan gelek semula.
Rehatkan doh sekejap.
5. Masak diatas kuali non-stick, tak payah sapu minyak. Masak dengan api yang terkecil sekali, tutup kuali.
Masak sehingga kedua belah permukaan roti nampak keperangan.
6. Setelah masak boleh sapu sedikit marjerin di bahagian atas untuk efek kilat.

Hidangkan dengan kuah kari.

Credit to owner

Resepi Crab StickBahan-Bahan:Crab stickTelurGaramLada sulahTepung bestari atau bread crumbCara-cara :1. Sediakan telur >...
30/09/2022

Resepi Crab Stick

Bahan-Bahan:
Crab stick
Telur
Garam
Lada sulah
Tepung bestari atau bread crumb

Cara-cara :
1. Sediakan telur >> Gaulkan tepung rangup bersama. (tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)
2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah.
3. Siapa nak letak sayur sikit tambah brokoli yang dicincang Tengok, tambah sikit manfaat.
4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
5. Elok tabur oregano. Bertambah wangi.

Kredit : owner

RESEPI BAKSO INDONESIABahan Kuah bakso :2 liter air1/2 kg tulang lembu/ ayam rebus1 labu bawang putih*1 paket lada sulah...
19/09/2022

RESEPI BAKSO INDONESIA

Bahan Kuah bakso :
2 liter air
1/2 kg tulang lembu/ ayam rebus
1 labu bawang putih*
1 paket lada sulah biji *
5 biji bawang merah kecil*
Blender bahan * tumis hingga garing api slow ya jangan kuat sangat ( sampai garing nanti kuah tak sedap)
Perasakan kuah dgn garam dan aji, klo ada guna royko, saya guna chiken stok lagi sedapp
Dah garing masuk dalam kuah

Cara-cara :
1.Untuk bebola boleh beli brand ahmed, tapi tak bole remdam dalam kuah lama nanti dia kembang, lagi elok beli yg home made di kedai aceh, saya order dr rakan fb asli indonesia buat sendiri
2.Bahan lain hiris kobis putih, daun sup, nak lagi mantop kicap abc, dan sos abc, bawang goreng pon saya buat sendiri,
3.Untuk sambal cili pedas 1 pkt cili kampung kukus atau rebus, bland letak garam cuka sikit atau perah limau
4.Rebus mihun 1 paket, ori guna suhun ada yg s**a mee maggie
5.Bakso asli indonesia tak pakai rempah, halia atau serai ya. nanti rasa lari
6.Selamat mencuba๐Ÿ˜˜

Credit : Nur Haslina Mhhr

TIP-TIP MEREBUS JAGUNG:* Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda.Selepas masak baru ...
18/09/2022

TIP-TIP MEREBUS JAGUNG:

* Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda.
Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
* Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
* Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
* Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
* Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
* Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

kredit: nor azlinda

Resipi Sandwich Telur Viral
16/09/2022

Resipi Sandwich Telur Viral

๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ฉ๐ข ๐€๐ฌ๐š๐ฆ ๐๐ž๐๐š๐ฌ ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐๐ข  ๐Ÿ ๐Ÿซ•Bahan-bahan:200 gram batang keladi (dihiris)200 gram keladi (dihiris)(Keladi dan bata...
15/09/2022

๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ฉ๐ข ๐€๐ฌ๐š๐ฆ ๐๐ž๐๐š๐ฌ ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐๐ข ๐Ÿ ๐Ÿซ•

Bahan-bahan:

200 gram batang keladi (dihiris)
200 gram keladi (dihiris)
(Keladi dan batangnya direbus terlebih dahulu supaya ia mudah empuk apabila dimasak di dalam kuah asam)
2 ulas bawang merah (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 batang serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 gram ikan bilis (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
100 ml air asam jawa
2 tangkai daun kesum
150 ml air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.

2.Kemudian , masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.
3.Selepas itu , masukkan serai, halia, daun kesum, batang keladi dan keladi dan kacau rata.
4.Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
5.Setelah keladi dan batangnya mula empuk , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

P/s:Resepi Batang Keladi Masak Asam sesuai dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Kredit : Resepi Memikat Suami

Minum petang kita buat bebola keledekAlhamdulillahโค๏ธsedap.Lembut di dalam ranggup di luarSaya guna resepi dibawah๐Ÿ‘‡Coqkod...
11/09/2022

Minum petang kita buat bebola keledek
Alhamdulillahโค๏ธsedap.
Lembut di dalam ranggup di luar
Saya guna resepi dibawah๐Ÿ‘‡

Coqkodok/Bebola Keledek Manis

Bahanยฒ
1 1/2 cwn keledek oren/ungu
siap direbus dan dilenyek
1/4 cwn gula pasir
1/2 cwn tepung pulut
3/4 cwn tepung beras
1 sdt baking powder
secubit garam

Caranya
~satukan semua bahanยฒ
~sebatikan sehingga jadi doh
uli manja2 je ye
~bulatยฒkan
~goreng sehingga masak dan kuning keemasan
~angkat dan hidangkan ketika panas
~siap

Selamat Mencuba

kredit : Eniza M. Salim

๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ฉ๐ข ๐Š๐ฎ๐ข๐ก ๐“๐ž๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฌ๐ŸฎBahan-bahan:2 cawan tepung beras4 cawan Santan fresh1 sudu garamInti kelapa1 biji kelapa (put...
09/09/2022

๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ฉ๐ข ๐Š๐ฎ๐ข๐ก ๐“๐ž๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฌ๐Ÿฎ

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
4 cawan Santan fresh
1 sudu garam
Inti kelapa
1 biji kelapa (putih sahaja)
1 cawan gula merah
1 1/2 air
1/2 gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sudu t. Gandum

Cara-Cara

Kacau santan, Tepung Beras & Garam..

Masak atas api bg pekat.. Utk inti

Panaskan gula merah, gula pasir, daun pndan..Secubit garam..

Dah cair semua Mas**an Kelapa kacau sebati....kering air..

Masukn tepung gandum...

Inti buat siap2 sehari sebelum nk buat tepung bungkus ๐Ÿ˜‹

Kredit : Resepi Viral

sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi..nk mkn dgn sos kastard atau pun dgn kelapa.cikza bgi resepi sekali.3 cwan sagu direbu...
08/09/2022

sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi..nk mkn dgn sos kastard atau pun dgn kelapa.
cikza bgi resepi sekali.

3 cwan sagu direbus separuh masak dn di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji ketepikan.
dlm periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir,air dan daun pandan disimpul.air dlm 1 litter.dh menggelegak masukkan sagu tdi kacau sampai masak dh x ada yg biji putih2.angkat dn boleh lah masukkan kedlm loyang.betul2 sejuk bru potong..

sos kastard.

1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
sedikit garam dan daun pandan
masak diatas api sampai menggelegak.

kelapa ambil yg putih sahaja dn dikukus skjp.
gaul garam.potong kuih sagu yg disejukkan terlebih dahulu golek2 kn dgn kelapa siap.
Kredit: Noriza awang hamat

Sagu Gula MelakaBahan-bahan & caranya :1. Masukkan 2 buku gula melaka ke dalam sauce pan, masukkan 2-3 cawan air, masak ...
06/09/2022

Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan & caranya :
1. Masukkan 2 buku gula melaka ke dalam sauce pan, masukkan 2-3 cawan air, masak sehingga gula melaka larut & likat, jangan lupa masukkan daun pandan. Tutupkan api dan ketepikan
2. Didihkan air dalam periuk, masukkan sagu biji, kacau-kacaukan supaya bahagian bawah tidak hangus, kalau tak cukup air boleh tambah
3. Bila nampak sagu dah elok, putih-putih pon dah tak nampak, sikit-sikit tu takpe, tapiskan sagu dan buang lebihan air
4. Masukkan sagu yang telah ditapis ke dalam air gula melaka, kacau-kacaukan supaya sagu & air gula melaka sebati
5. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai, tunggu sejuk dan masukkan dalam peti
6. Time nak makan curahkan susu cair @ santan yang telah dimasak
๐Ÿ“ท
Sagu gula melaka. Nak makan nanti curahkan susu cair @ santan yang telah dimasak
Cara rebus sagu tak susah. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan sagu.
Kena rajin kacau supaya bahagian bawah tak hangus. Kalau ada putih-putih sikit tu takpe sebab nanti dia akan masak dengan sendirinya.
Lepas tu boleh bilas kalau nak bilas, orang kata bilas untuk buang kanji, lebih baik bilas guna filter water. I tak bilas pon sebab yakin memang dah bersih.
Jangan cuci biji sagu sebelum kite masak sebab nanti dia melarut dalam air hilang dibawa arus ๐Ÿ“ท Kalau nak letak dalam bubur manis pon, macam bubur kacang, pengat pisang, bubur jagung, I akan rebus sagu secara berasingan. Ada banyak ni, nanti nak salut dengan kelapa muda parut sikit la ๐Ÿ“ท
Sukatan sagu:air takde, biar air lebih. Sebab nanti kita akan tapis sagu ni dan buang lebihan air ๐Ÿ“ท

kredit : emy melissa mohd kasim

Yang ni resepi easy peasy bak kata anak saya ๐Ÿ˜…Potong kecik, tggu sejuk skit makan bersama anak2, best ๐Ÿค—Resepi Jagung Man...
01/09/2022

Yang ni resepi easy peasy bak kata anak saya ๐Ÿ˜…
Potong kecik, tggu sejuk skit makan bersama anak2, best ๐Ÿค—

Resepi Jagung Manis Leleh ๐ŸŒฝ๐Ÿคค

5 biji jagung- potong 2@3 ikut pd kes**aan anda nak kecik ke besar.
5 sudu besar Tepung kastard.
1 cawan susu pekat manis.
1 tin susu cair.
Sedikit garam.

- Rebus jagung tanpa garam @ gula. Kalau tak nanti jagung mudah kecut. Xcantik.
- Jagung dah masak elok, angkat tos letak tepi. Tinggal sedikit shj air rebusan jagung. (Dalam 3,4 cawan shj).
- Perlahankan api,masukkn susu cair. Bila nk mendidih sedikit, masukkn susu pekat dan sedikit garam(1 sudu teh).
- Dah mendidih elok, masukkn tepung kastard. Kacau sampai pekat ikut pada citarasa anda nak, jika terlalu pekat tambah air pnas sdikit. *sentiasa kacau ye selepas masukkn tepung kastard.
- Manis dan pekat ikut pada citarasa masing2 ye, kalau saya nak manis lemak baru best ๐Ÿค—
- Dah siap! Kalau yg s**a chesse boleh tambah chesse last skali ye.

Selamat mencuba resepi yg xseberapa ini ๐Ÿ˜˜

Sumber : Nor Ashima Mohd Utama

Bawal Masam Manisresepi ikan bawalSesetengah ikan memang sedap dibuat masam manis, tambahan p**a ikan bawal. Memang enak...
01/09/2022

Bawal Masam Manis
resepi ikan bawal

Sesetengah ikan memang sedap dibuat masam manis, tambahan p**a ikan bawal. Memang enak dimakan bersama nasi putih panas, jadi anda wajib cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Hajar Mohd Idris di laman Facebook.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan Bawal
1/2 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang besar (dikisar)
3 sudu besar cili giling
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji epal hijau granny Smith (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum merah (dipotong dadu kecil)
1/2 biji capsicum kuning (dipotong dadu kecil)
Tomato (dipotong dadu kecil)
Daun kucai (hiasan)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Perencah Maggie Cukup Rasa
serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak dan air
Cara-cara:
Panaskan minyak
Gaulkan ikan bersama dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu hingga layu.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan masak hingga pecah minyak.
Satukan semua sos kedalam mangkuk dan masukkan air mengikut kepekatan yang diinginkan.
Masukkan campuran sos tadi ke dalam bahan tumisan.
Tambah perencah.
Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai. Gaul sebati.
Masukkan ikan bawal yang telah digoreng dan gaul sekejap.

Resepi Pizza kuali  utk 5x pizza๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡Tepung gandum 1kgAir suam 2 cawanMauripan 1 peketMinyak masak 2 suduGula 1 suduSecubit...
01/09/2022

Resepi Pizza kuali utk 5x pizza๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Berpeluh2 la jgk๐Ÿ˜„

๐Ÿ•Bahan topping๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Sos pasta tradisional-jenama bebas.

Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood

Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.

๐Ÿ•Step by step๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

1.gaul tepung dgn minyak..

2.tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.

*s**atan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.

3.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.

4.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.

5. bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.

6.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali

7.klu s**a kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping..

8.klu s**a lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan p**ak..

9.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..

*nka cpt..buat pkai roti nan/arab..

Kredit : Dapor Dyg Zakaria

*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau..

Ikan rebus ayaq asam dengan bendi rebus.. ๐ŸฅฐResepi Ikan Rebus Ayaq Asam* Rebus ikan dengan asam keping dan garam* Rebus b...
01/09/2022

Ikan rebus ayaq asam dengan bendi rebus.. ๐Ÿฅฐ

Resepi Ikan Rebus Ayaq Asam

* Rebus ikan dengan asam keping dan garam
* Rebus bendi
* Bawang kecil hiris nipis 2 biji
* Bawang putih bakar dan ketuk 2 ulas
* Air asam jawa ( bancuh air asam jawa guna air rebusan ikan tadi )
* Belacan bakar ( ikut selera masing2 )
* Cili ( ikut selera masing2 nak pedas macam mana )
* Garam
* Gula

1. Satu kan semua dlm satu bekas ( kecuali air asam jawa, dan ikan )

2. Masuk kan sedikit air asam jawa kemudian picit cili, belacan, bawang, garam dan gula

3. Masukkan air asam jawa dan gaul rata..

4. Tuangkan atas ikan yang dah dibuang tulang dan gaulkan

5. Boleh makan dengan bendi rebus atau apa saja sayur yang kita s**a..

Siap, Selamat Mencuba

kredit : Akma Abdullah

RESEPI SAMBAL BELACAN WANGI DAN TAHAN LAMABahan-bahan :6 biji limau kasturi (buang biji)50g belacan yang telah dibakar3 ...
01/09/2022

RESEPI SAMBAL BELACAN WANGI DAN TAHAN LAMA

Bahan-bahan :
6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
*(kisar kasar bahan-bahan)

Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.

Tips 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.

Tips 3
Limau kasturi yang dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.

Tips 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Kredit : Nurulain Insyirah | Daily Makan

Memandangkan isu CIMB ni tengah hangat.Ramai pertikai macam mana boleh transfer duit ke acc scammer tanpa TAC.Ini berlak...
21/08/2022

Memandangkan isu CIMB ni tengah hangat.

Ramai pertikai macam mana boleh transfer duit ke acc scammer tanpa TAC.

Ini berlaku kemungkinan acc anda dah link dekat telefon sc4mmer tu.

Sekiranya ada, boleh delete dan tukar password anda secepat mungkin.

Boleh check selalu untuk pastikan tiada telefon tidak dikenali ada access kepada acc CIMB anda.

Ini ikhtiar selain nak mengharap CIMB upgrade security mereka.

Boleh tengok gambar untuk semak langkah2 tersebut.

Kredit: FarizHazwan

kaksue share resepi mee goreng basah paling sedap,kaksue belajar dengan mak mertua dan biras kaksue yang memang niaga se...
19/08/2022

kaksue share resepi mee goreng basah paling sedap,kaksue belajar dengan mak mertua dan biras kaksue yang memang niaga sebelum ni.ada yang kaksue alter untuk kesesuaian bahan di dapur
tips nak mee goreng sedap

1. Guna sos sos mencukupi,jangan kedekut bahan
2. kalau nak ada kelainan,guna air rebusan daging dan hirisan daging.memang sedap giler
3. bawang putih kena banyak,tumbuk kasar kasar
4. masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee.lagi membangkitkan rasa

Ni resepi kaksue guna,korang boleh try

Mee Goreng Basah

1 peket mee kuning
minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 tbsp cili kering kisar
Lauk:ikut citarasa
ayam cincang
udang
daging
telur
sawi
tomato

Sos & Perasa
5 tbsp sos cili
1tbsp sos tomato
2tbsp sos tiram
1tbsp kicap manis
2tbsp kicap pekat
1tbsp sos ikan
1/2 tsp garam halus
1tbsp gula atau secukup rasa
1/2tsp ajinomoto jika s**a
1/2 cawan air

Cara penyediaan
1.panaskan minyak masak,tumis bawang putih
2. masukkan bawang holland,cili kering kisar
3. masukkan lauk pauk,tumis lagi
4. letak sedikit air dan semua sos
5. udang masuk kemudian pun takpa
6.pecahkan telur dan masukkan mee
7. masukkan sayur,kacau sebati.siap!

Kredit: suhasnida ismail

SAMBAL GARING pedas ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅhomemadeResepi...Cili kering yg pedas( cuci tos dn goreng dgn minyak,jgn lama sbb cepat garing),d...
19/08/2022

SAMBAL GARING pedas ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅhomemade

Resepi...
Cili kering yg pedas( cuci tos dn goreng dgn minyak,jgn lama sbb cepat garing),dn blend kering dgn sedikit garam, ( guna garam halus )

Ikan bilis ( goreng garing )
Bawang merah ( goreng garing)
Bawang putih ( goreng garing )

Cara2..
Panas kn sedikit minyak (2,3 sudu mkn) guna api kecil...
Masukkn semua bahan kacau bia sebati,tunggu sejuk bleh simpan dlm bekas....๐Ÿ˜siapppp

Makan dgn bubur pun sedap๐Ÿคค๐Ÿคค๐Ÿคค

Trima kasih atas perkongsian...akak halal kn๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Kredit: siti zubaidah hassan

Resipi mudah taufufa๐Ÿ˜šKredit: intan mazura
19/08/2022

Resipi mudah taufufa๐Ÿ˜š

Kredit: intan mazura

Resepi Maggi Kari Tumis ๐Ÿœ๐ŸฆTengah malam buat ni memang berebut lah dgn shuben korang ๐Ÿ˜†Cara:1) Tumiskan bawang putih + baw...
18/08/2022

Resepi Maggi Kari Tumis ๐Ÿœ๐Ÿฆ

Tengah malam buat ni memang berebut lah dgn shuben korang ๐Ÿ˜†

Cara:
1) Tumiskan bawang putih + bawang holland + cili padi

2) Masukkan udang atau apaยฒ lauk pilihan

3) Masukkan sambal. Gaul sehingga rata

4) Masukkan air, kemudian masukkan perencah megi kari

5) Sedikit air limau

6) Masukkan megi dan sayur pilihan. Besarkan api

7) Sebelum megi lembut, slow kan api, pecahkan sebiji telur. Lepas tu kuat kan api balik.

SIAP! Memang kenyang ๐Ÿ˜‹

Sumber : Wan Luqman

Address

Paka

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aboh Mung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Digital creator in Paka

Show All

You may also like