20/07/2024
Umpama sebuah pohon, apabila buahnya mula membusuk, maka yang perlu dirawat adalah pada akarnya. Bukan pada buahnya.
Buah dunia kita hari ini adalah kezaliman, penindasan, kehancuran, perpecahan, ketidakadilan, kesengsaraan, ketamakan, kemarahan dan berbagai lagi jenis buah buruk yang terpaksa rakyat bumi hari ini kunyah, dan telan.
Maka sewajarnya, di sinilah perlu kita perhatikan dengan tenang.. apakah punca kepada semua masalah yang berlaku pada dunia hari ini?
Jenis akar apakah yang sampai menghasilkan buah dunia kita hari ini jadi rosak sebegini?
Mampukah kita akui? Punca dari segala punca kerosakan di bumi ini, segalanya bermula dari nafsu di dalam diri manusia. Nafsu nafsi yang tidak dikawal dan tidak diatur oleh ajaran-Nya yang Maha Suci.
Mari perhatikan sepotong ayat dari surat Yusuf (12), ayat 53 berikut ini:
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Rabb-ku. Sesungguhnya Rabb-ku Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
Pada ayat ini sangat tegas dikatakan, bahawa nafsu itu sentiasa mengarahkan manusia kepada hal-hal yang buruk, jahat, atau negatif bagi dirinya mahupun bagi orang lain.
Nafsu-lah yang memerintah manusia melaksanakan hal-hal negatif. Erti kata lain, kita sebenarnya mampu menjadikan nafsu dalam diri ini sebagai Tuhan (Pengatur) yang mengatur hidup kita.
Perhatikan baris "kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Rabb-ku" di atas. Mampu kita teladani, bahawasanya inilah 'akar' yang perlu dirawat.
Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Pengampun, Maha Bijaksana dan ada 94 lagi sifat-sifatNya yang mulia. Maka inilah yang perlu kita akarkan dalam jati diri kita terlebih dahulu.
Jika dunia gelap ini telah mengajar kita untuk dipandu nafsu yang negatif, maka inilah masanya untuk kita mengawal semula nafsu kita dengan "nafsu yang diberi rahmat" p**a.
Allah itu Pengasih? Maka jadilah kita Pengasih. Allah itu Pengampun? Maka jadilah kita Pengampun. Allah itu Maha Lemah Lembut? Maka jadilah kita seperti Dia.
Benar, dalam dunia yang penuh dengan kebencian ini, tidak mudah untuk kita jadi seperti itu. Namun itulah ujian bagi orang yang benar-benar dahagakan redha-Nya.
Sanggupkah anda tempuhi ujian itu? Untuk menjadi Kasih dalam dunia Benci? Walau dicaci, dimaki dalam membawa kebenaran, tetap anda mengasih dan menyayangi?
Kita sudah sama-sama melihat, dan sama-sama sudah kita lalui keperitan, cukup juga rasai kepahitan buah dari akar nafsu benci yang ditanam oleh dunia ini, entah bagaimana p**a rasanya buah yang terhasil dari akar nafsu yang diberi rahmat oleh-Nya ya?
Namun persoalannya.. jika siraman ideologi dunia ini sudah sarat dengan kebencian, dari mana p**a untuk kita dapat disiram dengan Kasih Sayang yang Suci itu?
Di sinilah ayat-ayat Suci dari Tuhan itu memainkan peranan.
Aku yakin, seluruh ajaran dari kitab-kitab suci itu berakarkan ruh dan energi yang sama, yaitu Kasih dan Sayang, kerana semua kitab itu diturunkan dari Tuhan yang sama, yaitu Tuhan Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.
Maka untuk nafsu kita dikawal oleh Kasih dan diberi rahmat oleh Dia, di bawah sini ada landasan ayat-ayat suci yang boleh kita caknakan bersama.
QS, Surat Hidangan Dari Langit (5), ayat 68:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu."
Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.
•
Injil, Surat 1 Yahya 4, ayat 16:
"Kita sudah mengenal serta percaya akan kasih Allah kepada kita. Allah itu kasih, dan siapa tinggal di dalam kasih, ia tinggal di dalam Allah dan Allah pun tinggal di dalam dirinya."
•
QS, Surat Binatang Ternakan (6), ayat 54:
وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaikum. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
•
Jadi, matematiknya mudah. Untuk dapat kita mengisi spiritual kita dengan Kasih yang Suci itu, marilah kita semua kembali bertaubat kepada Dia dengan mengikuti ayat-ayat Dia dan tegakkanlah segala ajaran yang didapati di dalam seluruh kitab Dia.
Dunia gelap ini takut akan kekuatan Dia. Mereka bahkan takut akan kekuatan kita jika kita bersatu dalam cahaya Kasih yang suci dari-Nya.
Mereka berusaha untuk membuat tatanan dunia baru tanpa Cinta - tetapi mereka hanya mampu mencuba. Kerana pohon yang buruk itu sudah tiba ajalnya.
𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜, 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗜𝗡𝗚𝗜𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗨𝗠𝗕𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗠𝗔𝗛𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡
Kita memang boleh mengubah realiti. Tetapi, yang kita tak boleh ubah atau lari adalah konsekuensi yang terhasil dari proses dari berlakunya perubahan pada realiti.
Hakikat yang menyedihkan, bukan semua dan bukan mudah untuk ingat tujuan sebenar hidup kita sebagai manusia diciptakan dimuka bumi.
Dalam dunia yang kacau bilau sebegini, kerosakan yang nyata dapat dilihat di darat dan di laut, bahkan segala perkara yang suci, termasuklah kesucian manusia di bumi ini, telah dinajiskan dan jayanya telah rosak akibat tangan manusia itu sendiri.Misalnya, jenayah; bapa merogol anak, rasuah dimana mana, anak membunuh ortu, pemimpin membudakkan rakyat.
Alhasil, kita menjadi tertindas, hidup kita rasa tertekan dan tidak berupaya melihat kebenaran, kerana penglihatan kita telah digelapkan oleh mimpi-mimpi ngeri yang terjadi dan disajikan di bumi ini.
Yang berkuasa memijak yang lemah, sedangkan yang lemah hanya mampu diam ditindas. Yang kaya tetap kaya, sedangkan yang miskin bertambah miskin.
Ketakutan, kesombongan dan ego telah mengambil alih bentuk dan corak pemikiran kita ; manusia yakni hamba Tuhan.
Tetapi ingat, segelap mana pun sekeliling dunia kita hari ini, kita yang berada di sini masih diberi peluang untuk menjadi 'manusia baru'.
Kita masih diberi peluang untuk bantu mewujudkan syurga di bumi ini ke arah pembaikan yang baru.
Tapi bagaimana?
Jawapannya ringkas dan mudah, tapi agak sukar untuk dilaksanakan.
Kerana di sini, kita membicarakan tentang sebuah sistem kehidupan yang sudah rosak. Bahkan kita sendiri berada di dalam kerosakan ini, dan dalam sedar atau tidak, kita juga adalah antara perosaknya.
Tertanya? Fikir fikirkan