DPTV Episode 5 Season 1 : Kejohanan Sukantara Peringkat Sekolah PART 2. Kejohanan Sukantara ini diadakan selama 2 hari di padang sekolah dengan melibatkan penyertaan semua murid SMK DP. Acara yang dipertandingkan ialah 100m, 400m, lontar peluru dan lompat jauh.. Part 2 ini menampilkan peserta kejohanan dari rumah Lekir (Hijau) dan Tuah (Kuning).
DPTV Episode 4 Season 1 : Kejohanan Sukantara Peringkat Sekolah PART 1. Kejohanan Sukantara ini diadakan selama 2 hari di padang sekolah dengan melibatkan penyertaan semua murid SMK DP. Acara yang dipertandingkan ialah 100m, 400m, lontar peluru dan lompat jauh.. Part 1 ini menampilkan peserta kejohanan dari rumah Kasturi (Biru) dan Jebat (Merah).
DPTV Episode 3 season 1: Warisan Setempat Sape'. Terima kasih kepada Sape' Movement dan Encik Aaron Alan atas kesudian menerima temubual dari DPTV Berwatak Studio. Penghasilan video ini adalah untuk menyertai pertandingan Video Terbaik TVPSS Peringkat Bahagian Miri yang bertemakan Warisan Setempat.
Behind The Scene The Making Of "Warisan Setempat Sape" at Sape' Movement Miri, Sarawak.
DPTV Episode 2 Season 1 : Mini Kolokium Pendekatan Bertema pada 15 Jun 2023 di Dewan Perdana SMK Dato Permaisuri
DPTV Episode 1 Season 1 : Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 'Permaisuri Run' 2023 pada 10 Jun 2023. Bersama pengacara DPTV, Nur Ariesya dan Desy Qaisara.
DPTV Berwatak Studio telah ditubuhkan pada 12 Jun 2023 setelah perancangan penubuhannya telah dibincangkan sejak Januari 2023.
DPTV Berwatak Studio ini ditubuhkan untuk dijadikan platform para pelajar SMK Dato Permaisuri mengetengahkan bakat dalam bidang pendidikan digital. Di samping itu, DPTV Berwatak Studio juga akan menjadi medan penyampai aktiviti sekolah, latihan pembikinan video, penulisan skrip, penerbitan dan sinematografi.
Oleh itu, penubuhan DPTV Berwatak Studio akan merancakkan lagi kemenjadian murid seiring dengan kehendak Program Transformasi Sekolah (TS25)..
1,2,3 action.. and Cut!