ᙢᗩᎩᕊᙓMe𝓝𝓸𝓸𝓫XᏩᎪᎷᏆNᏩ

ᙢᗩᎩᕊᙓMe𝓝𝓸𝓸𝓫XᏩᎪᎷᏆNᏩ IGN:YBrbsX86 -51334462245 IGN:Rizwan〤-5852322088

30/05/2023

PUDING KEK KARAMEL

Bahan A (KARAMEL):
* 2 sudu besar gula pasir

Cara-cara:
1. Gula pasir ditabur pada dasar dua biji loyang bulat ukuran 8” dan letak atas dapur gas dengan api kecil.
2. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan.
3. Ketepikan dahulu loyang.

Bahan B (PUDDING):
* 6 biji kuning telor
* 1 tin susu cair / susu sejat
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 sudu teh esen vanilla
* Sedikit esen warna kuning telor

Cara-cara:
1. Satukan susu cair, susu pekat manis, telor, esen vanilla dan esen warna kuning dan kacau dengan whisk hingga rata tetapi jangan sampai berbuih.
2. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.

Bahan C (KEK):
* 3 biji kuning telur
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan makan gula castor
* 1/2 cawan air sejuk
* 1/4 cawan minyak jagung
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 sudu teh baking powder
* Esen warna hijau, biru, pink, kuning telor atau apa2 warna yang digemari.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit2 dan putar lagi hingga rata.
4. Ketepikan dahulu adunan.

Bahan D (MERINGUE):
* 6 biji putih telur
* 4 sudu besar gula castor
* 1 sudu teh cream of tartar

Cara-cara:
1. Satukan putih telur, gula castor dan cream of tartar dan putar hingga berbuih dan putih telur betul2 kental. (Terbalikkan tak jatuh).

CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.

2. Bahagikan adunan kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen pewarna hijau, biru, pink dan kuning telor atau dengan apa2 warna yang digemari.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A dan B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, biru, hijau dan kuning telur hingga adunan habis.

4. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit atau bergantung pada oven masing2

5. Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/ renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan diatas pinggan.

6. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk. Selamat mencuba 😍

Kredit: Nor Al Fatihah

30/05/2023

Pulut Kuning
════•❁🌸⚘🌼❁•════

ResepiRendangDaging
1/2 kilo daging
*Bawang besar 3biji
*Bawang putih 3ulas
*Halia 1 inci
*Lengkuas besar ibu jari tangan dewasa.
*Cili mesin 3sudu makan
Gula merah 2sudu makan
Kerisik 2sudu makan
Santan 1 biji kelapa

-Blander bahan2 yg bertanda *
-masukkan dalam kuali bahan yang diblender dan letakkan bunga lawang 1 kuntum dan kulit kayu manis.
-masukkan daging biar mendidih sekejap terus masukkan santan. Gula merah dan kerisik.
-slow api.. biarkan selama sejam.. sehingga daging empuk.
-dah empuk daging baru lah masukkan perasa gula dan garam.
😉 selamat mencuba..

ResepiPulutKuning

Bahan-bahan:
Rendam beras pulut malam kalau nak masak pagi.. sekurang2nya 6jam.. rendam.
500g beras pulut
1 sudu kecil kunyit
1biji santan dari kelapa parut.
garam secukup rasa

Cara-cara:
Rendam pulut yang dengan kunyit semalaman. Sekurang2nya 6 jam.
Toskan pulut (buang airnya).
Panaskan periuk kukus15minit dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
Masak santan bersama gula dan garam bagi mendidih kejap. JANGAN SAMPAI PECAH MINYAK.
Masuk santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap.
Setelah sebati.. kukus kan sekali lagi selama 5minit jer. untuk elakkan pulut menjdi cepat basi .
Taraaa.... siapp...

kredit : Syazwana Adnan‎

17/05/2023

Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah

500++ grm daging
Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada hitam biji*
2 sudu makan jintan manis biji*
Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*
Kicap lemak manis 2 sudu besar*
Sos tiram 2 sudu besar*
Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)
Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*
Cuka 1 sudu kecil
Minyak secukupnya

Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api
Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup

Cara
Blend bahan yg bertanda *
Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min
Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)
Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk
Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.

Kredit : Maggie Mohamed





17/05/2023

RESEPI DAGING MASAK ASAM

Cara-cara dan bahan-bahan :
1.Daging sy rebus dulu td.
2.Tumbuk kasar bwg merah,bwg putih,halia,jintan manis,lada hitam, tumis kn smua spi naik bau..msuk dgg yg dah rebus td..msuk air sikit x bg kering sgt...letak air asam jawa,serbuk kunyit, garam,aji dan gula..
3.last msuk bwg besar dan cili utk hiasan..
4.siap

Credit : Nurul Nadia




17/04/2023

🌼 APAM KUALA KANGSAR 🌼

>> Bahan A
1/2 cawan tepung beras ] ayakkan
1/2 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil yis kering

>> Bahan B
1/2 cawan tapai nasi
3/4 cawan air

Kelapa parut muda ]
Garam ] gaulkan

>> Cara
- Gaulkan bahan A sama rata.
- Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
- Bubuh pewarna jika mahu.
- Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
- Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
- Sapukan minyak pada loyang/alaskan loyang dengan daun pisang dan tuangkan adunan.
- Kukus selama 10 - 12 minit.
- Bila telah masak sejukkan.
- Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.

>> Bahan Tapai Nasi
3 cawan nasi sejuk - leraikan
1/4 (suku) biji ragi tapai - hancurkan & ayak

>> Cara
- Gaulkan nasi sejuk dengan ragi & simpan dalam bekas bertutup & simpan di tempat yang gelap.
- Biarkan selama 3 malam. Bila tapai dah masak & mengeluarkan air, bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
- Jika ada lebih bolehlah disimpan untuk kegunaan akan datang.

10/04/2023

Geng s**a makan ayam stim..masukkkk
ayam stim chinese yg simple sangat..rasanya...paduuuu👍👍👍😋
ok buat geng grup semuanya minta resepi ye.....terlalu simple sgt semua boleh buat..tapi terp**ang pada skill memasing lah yer ..

Ayam Stim Chinese
--------------------------------
ayam - potong kecil-kecil
3sb kicap cair
2st minyak bijan
1st serbuk lada hitam
2st gula
garam
daun bawang
halia 2"
Resepi 👉 kliksini.top/Aneka-Resepi-Daging

caranya:
ayam diperap bersama kicap..myk bijan n serbuk lada hitam..gula dn garam sedikit..(agak2 masinnya)
perapkan selama sejam
kemudian aturkan didlm loyang pengukus n taburkan dgn halia dn daun bwg..kukus hingga ayam masak.. siap...👍
Sumber : Zarina Ayna

24/03/2023
24/03/2023
19/03/2023

Jika anak-anak kita s**a makan pulut tentu juga mereka s**a jika disajikan kuih seri muka.

19/03/2023

RESEPI MEE UDANG

Bahan-bahan :
1kg udang galah saiz sederhana
5sb bawang merah bawang putih kisar (post KD sebelum ni)
3 batang serai dititik *
Halia 3 ruas jari ditumbuk lumat *
1sk udang kering ditumbuk kasar *
1sk halba *
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga *
2sb cili kering kisar *
5 - 6 sb rempab Kari Udang Baba's (plastik kuning)
1/2 sk asam jawa
1 kotak santan
Air secukupnya

Bahan-bahan :
1.Tumis bahan bertanda
2.Bila naik bau, masukkan rempah kari dan asam jawa
3.Masukkan air dan biarkan mendidih lama
4.Tambah santan dan udang akhir
5.Perasakan dan siap ..!
6.Aksesori bersesuaian untuk dipadan bersama seperti telur, cili api, bawang goreng, daun sup, taugeh, pak choi celur, fiahcake, tauhu goreng dan bahan lain bergantung selera sendiri.

Credit : Mohd Aripin

19/03/2023

Resepi pembuka selera. Sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi minyak atau nasi berani.

RESEPI ACAR RAMPAI

BAHAN-BAHAN :

2 biji timun
2 batang carrot
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau
4 inci halia
1 peket kecil udang kering
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Garam halus
Ajinomoto
Kapur makan
Minyak masak
Biji sawi (disangai)

CARA-CARA :

1. Timun dan carrot (dibuang hempulur ) dan halia di hiris memanjang spt batang mancis. Rendam dalam air kapur selama 15 minit (supaya rangup). Kemudian di basuh dan dituskan hingga kering airnya.

2. Bawang merah dan bawang putih jika besar ukurannya hendaklah di belah dua. Cili Padi dibuang tangkai.

3. Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering hingga halus.

4. Panaskan minyak hingga pijar dan tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi hingga naik minyak. Kemudian masukkan cuka, air, gula, garam halus dan ajinomoto. Masak bahan selama 1/2 jam hingga kuahnya pekat.

5. Bila kuah telah pekat baru masukkan halia, carrot, bawang merah, bawang putih, cili padi Dan timun. Gaulkan hingga rata baru masukkan biji sawi yang telah disangai dan gaul lagi hingga rata dan tutup api.

6. Biarkan acar di dalam kuali selama 1/2 jam barulah dihidangkan.

Nota : Acar rampai sedap di makan bersama nasi panas atau nasi minyak atau nasi beriani.

Kredit : fauziah ali

19/03/2023

Resepi chicken salad yang teramat mudah tapi sangat sedap sampai rasa nak makan hari-hari😂

Chicken Salad :

1. Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut s**a hati bentuk apa pun.

2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.

3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut taste masing2.

4. Hidang ayam grill tadi atas salad.

5. Tabur cherry tomatoes.

6. Letak telur rebus.
( cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)

7. Last sekali, dressing dengan Kewpie dressing.

Semua bahan seperti dalam gambar. Semua bahan saya beli di Mydin je😁

Selamat mencuba! ❤️

kredit: nabihah azhar

19/03/2023

SATAY SOSEJ ROLL CHEESE

Bahan-bahan:
* Roti
* Cheese keping
* Sosej
* Serbuk roti
* Telur
* Lidi

Cara-cara:
1. Leperkan roti, letak cheese dan sosej kemudian gulungkan
2. Kemudian potong roti tadi (sekeping dapat 6 gulung)
3. Ambik lidi dan cucuk macam satay
4. Celupkan dalam telur yang sudah di pukul
5. Taburkan serbuk roti hingga sekata, kemudian goring hingga keperangan
6. Siap. Hias dengan sos dan mayonis. SELAMAT MENCUBA!!!

Kredit: Yunk Mardhiah

19/03/2023

RESEPI NASI AYAM SEDAP
Resepi ini adalah untuk sesuai untuk: 4 orang makan
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk ayam (direbus):
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap):
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan – AYAM:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
+ Basuh beras dan tos air.
+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)
Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

19/03/2023

Resepi Daging Masak Hitam

1kg daging lembu
Kicap cap unta / kicap tongnam
2 sudu gula atau gula apong
Setengah sudu serbuk jintan putih
Setengah sudu serbuk jintan manis
1 cawan kismis
Minyak utk menumis
Serbuk secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan

Bahan blend
20 tangkai cili kering
Bawang putih blend 1 sudu
Bawang merah blend 2 sudu
1 batang serai
Lengkuas 2 inci
Halia 1 inci

1. Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gulapong dan kicap selama 3 atau 4jam.
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.
5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. S**a makan kismis begala)
7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2. My kids doesn't really like sweet so I don't add sugar anymore.
8. Siap utk dihidang.

Kredit Caesarena Anak Peter

19/03/2023

Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik kan? Ramai tak tahu, guna telur ayam pun boleh juga rupanya. Hasilnya tetap sama macam telur itik. Lagi satu, kalau beli yang dah siap pun boleh tahan mahal [...]

19/03/2023

RESEPI SIMPLE UNTUK IKAT PERUT SUAMI 🥰

TELUR AIR ASAM
• Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap)
• Hiris bawang dan lada cili
• Buat air asam jawa
• Letak sikit gula n garam dan aji(kalau s**a)
• Pastu tuang atas telur rebus yg dah dibelah dua
• Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur

Makan dengan nasi panas2 🤗😋

Selamat mencuba ✌️

Sumber : Mahfuzah Aidi




18/03/2023

RESEPI Ayam masak kicap.

Gaul ayam dgn kunyit dan garam.
(Goreng & ketepikan)
Bawang holland dihiris**
Bawang putih diketuk**
Cabai melaka diketuk**
Serbuk cili 2 sudu kecik
Cili sos 1 sudu besar
Lada hitam tumbuk kasar sikit
Kicap secukupnya
Carrot dan brokoli
(ikut s**a nak telak boleh taknak letak pon boleh)

Tumis bahan bertanda ** sampai layu.
Kemudian masukkan serbuk cili.

Kacau sat,masukkan air sikit.
Masukkan cili sos , kicap dan lada hitam tumbuk kasar.

Gaul sebati.
Masukkan ayam yg digoreng tadi,carrot dan brokoli.
Gaul semua bahan sampai sebati. Siap !

Kredit resepi ini kpd Has Amira Damia

18/03/2023

Menu nasi lemak memang menjadi kegemaran ketika sarapan.  Digandingkan p**a dengan aneka sambal antaranya sambal sotong, sambal kerang , ayam dan sebagainya. Namun sudah jadi kemestian bila nasi lemak dipadu dengan sambal ikan bilis, terangkat [...]

18/03/2023

Bila puding sejuk masuk tekak nyamannye terasa. Cik Nor @ No Or berkongsi resipi puding sedap yang simple dan paling mudah dibuat. Nak tambah biji jagung pun boleh juga, PUDING KASTAD JAGUNG Bahan untuk Puding: [...]

18/03/2023
18/03/2023
18/03/2023
18/03/2023

🥚Martabak Telor
by

Bahan isian:
🥚200 gram daging sapi giling
🥚5 batang daun bawang (aku cm pake 3 karena kehabisan, kalau pake 5 hasilnya lebih cantik dan padat)
🥚4 siung bawang merah
🥚3 butir telor
🥚1sdt Garam
🥚1/2 sdt Merica
🥚1/2 sdt Penyedap

Secukupnya kulit ( ini jd nya 2 martabak, jadi kulitnya pake 2 buletan adonan.
Lihat resep

Cara :
🥚Campurkan semua bahan isian ke dalam 1 wadah, lalu kocok sampai berbusa.
🥚Panaskan wajan, beri minyak atau margarin. Aku lebih s**a pake margarin.
🥚Setelah cukup panas, bentangkan adonan diatas wajan. Apinya kecil aja.
🥚Taruh isian di tengah, lalu sedikit ratakan.
🥚Lipat sisi sisi kulit yg tidak terkena adona sehingga menutupi adonan. Adonan jangan terlalu banyak, harus pas supaya kulitnya bisa membungkus semua.
🥚Setelah bagian bawah kecoklatan, balik adonan. Tunggu sampai matang.
🥚 Potong sebelum disajikan
🥚 Sajikan dengan acar lebih nikmat.(aku gak bikin karena gak keburu.
Thx dear

⁣⁣

18/03/2023

RESEPI ROTI CANAI

Bahan-bahan :
1/2 kg tpg gandum
1 sudu bsr minyak msk
2 sudu bsr susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cwn air -ni anggaran..tuang sedikit2 sambil uli hingga mnjadi doh

Cara cara :
1.Satukan susu,telur,garam dan air-kacau sampai larut
2.Masukkan tpg dan minyk dlm bekas.kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yg licin dan lembut
3.Buat bulat2 anggaran 75g-80g setiap bola
4.sapu setiap bola dgn marjerin dan letak dlm bekas.tuang sedikit minyak msk.perap adunan 6-7 jam @ semalaman..bagi yg tk sabar mcm sis perap 4 jam pn dh bleh tebar..
5.goreng & siap..

Credit : Rahmah rosmin

17/03/2023

DAGING GORENG ALA THAI

1/2kg daging (hiris nipis)
(bersihkan ,tos kan air, masukkan dlm kuali rebus sehingga lembut dn kering air..ketepikan)

Bahan A:

3 ulas bawang putih (cincang halus)
4 biji bawng merah (hiris nipis)
1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)

Bahan B:

2 sudu besar Nampla (sos ikan)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk cili (boleh tmbah jika nk pedas)

Bahan C:
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar lime jus @ air limau nipis
1 sudu besar beras ( di sangai @ goreng tanpa minyak dn di tumbuk halus)
1 biji bawang besar (hiris halus )
Daun ketumbar di hiris

Cara-cara:

Panas kan minyak. Tumis bahan2 A shgga naik bau. Masukkan daging yg dh siap rebus td . Masukkan bahan2 B gaul sebati. Akhir sekli masukkan bahan2 C.

Kredit: Ziema Deqma

17/03/2023
17/03/2023

Resepi Nasi Ayam Hainan. Resepi Nasi Ayam boleh mengenyangkan seramai 10 Orang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Naim. Bahan-Bahan Yang Diperlukan Adalah: 4 Cawan Beras Wangi/Biasa. 4 Cawan air. 4/5 Paha Ayam. 1 bawang besar [...]

17/03/2023

Sambal sardin cili padi + kentang+ petai

Bahan:
1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)
*3 biji cili masak/cili besar
*12 biji cili padi
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 biji kentang-hiris n goreng
1 biji tomato-hiris nipis
Petai/jering
1 biji bwng besar-hiris bulat
Garam n perasa

Cara:
Mesin kasar bhn bertanda *
Tumis bhn mesin..masukkan tomato hiris
Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing
Masukkan garam n perasa
Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai n bawang hiris..gaul rata..

Kredit resepi ini kpd Mazliza Ahmad

15/03/2023

Bakwan Jagung

Bahan:

- 1 bh jagung manis, pipil
- 1 bh wortel, potong kotak kecil
- 1/2 bh paprika merah, potong kotak kecil
- 1 btg daun bawang, iris halus
- 3 bh bawang merah, cincang halus
- 1 bh bawang putih, cincang halus
- Garam, merica bubuk dan kaldu jamur secukupnya
- 4 sdm terigu
- Air secukupnya

Cara:

1. Campur semua bahan, aduk rata

2. Goreng sampai matang

3. Sajikan hangat2

Address

Maradong
96500

Telephone

+60128470681

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ᙢᗩᎩᕊᙓMe𝓝𝓸𝓸𝓫XᏩᎪᎷᏆNᏩ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ᙢᗩᎩᕊᙓMe𝓝𝓸𝓸𝓫XᏩᎪᎷᏆNᏩ:

Share

Category


Other Maradong media companies

Show All

You may also like