23/08/2024
DIMANA SILAPNYA..?
Kita orang berniaga. Ada kala sales kencang. Ada kala sales semput. Mahu salah siapa? + Marketing dah buat separuh nyawa. + Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana. + Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je. + Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan. Semangat mula luntur. Nanti dulu! Tinggalkan semangat yang berbaki. Ini bukan pengakhiran hidup. Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang. + Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan. Sedangkan janji Allah, Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu. Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku mudahnya menjemput rezeki. Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat. Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut. Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah --- PAUSE --- Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka. Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last. Pengajarannya Allah berikan sales yang slow. Tapi kita masih pura-pura tidak nampak. Mencari mana silap yang mahu di betulkan. Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri. Itu lah kita. Manusia yang pendosa, Yang sering bergantung harap pada manusia. Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick. Sedangkan Allah dah tunjuk, Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU. + Solat awal waktu + Bersedekah + Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia + Dhuha + Tahajjud + Taubat Muhasabah. Itu sebaik-baik tindakan. Perkongsian HEBAT dari SAHABAT..
SALAM JUMAAT