Ape ape aje

Ape ape aje Seasonal Reseller

16/05/2023
MACBOOK AIR 2020 M1 UNTUK DILEPASKAN -masih baru 💻🔗SPECS-8GB RAM-245 SSD-M1 chip-like new-rarely be used (only 50 more o...
11/05/2023

MACBOOK AIR 2020 M1 UNTUK DILEPASKAN -masih baru 💻

🔗SPECS

-8GB RAM

-245 SSD

-M1 chip

-like new

-rarely be used (only 50 more or less cycle count)

-no scratch

-no internal and external problem

-everything smooth

-macbook air M1’s battery can lasting up to 18 hours

-price :Rm 3325 ( you will find this price is cheaper among other MacBooks and also too cheaper than its original price)

07/05/2023

New stock in Macbook Air M1 2020
Like new
RM3320

01/05/2023

Macbook Air M1
2020
RM 3300 untuk dilepaskan !!!!!

Cara  menjaga  Bateri  Macbook/LaptopPenjagaan bateri laptop sangat penting untuk diketahui supaya laptop yang digunakan...
29/04/2023

Cara menjaga Bateri Macbook/Laptop

Penjagaan bateri laptop sangat penting untuk diketahui supaya laptop yang digunakan akan dapat bertahan lebih lama sehingga dapat digunakan bertahun-tahun lamanya tanpa perlu menghabiskan duit membeli bateri baru. Begitu hal nya dengan Macbook pengguna Apple mesti ambik tahu akan produk Apple yang satu ini kerana kos menggantikan bateri tidak murah di samping dapat mengurangkan produktiviti seharian pengguna.

Ada pengguna mempunyai rekod cycle count 160 lebih atau kurang tapi Kesihatan Baterinya baru sahaya turun 3 peratus (97%) ade macboook cycle count-nya 48 tapi peratus Kesihatan Bateri turun 4 peratus (96 %) walhal penggunanya jarang menggunakannya ada sahaja yang lebih teruk daripada situasi tersebut, situasi ini menggambarkan perbezaan jauh kesihatan bateri bergantung kepada penggunanya. Apple menyatakan bahawa apabila paras kesihatan bateri jatuh pada 75% ke bawah maka macbook tersebut harus diservis baterinya (tukar bateri) atau dipaparkan status bateri untuk diservis pada Battery Setting.

Berikut Langkah-Langkah Penjagaan Kesihatan Bateri Macbook

1. Jangan overcharging macbook 🚫

Ini adalah tabiat yang harus sama sekali dihindari, mengecas melebihi 100% sangat efisien dalam mengurangkan hayat bateri anda sebaiknya cas sehingga 80-90% sahaja sudah memadai

2. Jangan menyambung low power outside device dengan macbook anda,🚫

Apabila third party device misalnya iphone anda dalam keadaan 80% baterinya jangan disambung dengan macbook ini kerana peranti luar yang tidak mencapai 100% bateri akan menarik kuasa bateri pada macbook seterusnya memberi kesan buruk yang sangat cepat kepada macbook.

3. jangan menggunakan macbook anda dalam mode mengecas🚫

Amalan ini sangat dilarang semasa macbook dalam mode mengecas

4. Kenali Macbook/Laptop anda, jangan menggunakan macbook atau laptop anda di luar kapasiti kemampuan macbook/laptop anda ⚠️

Jika Macbook anda adalah dari model Macbook Air anda seharusnya menggunakan model ini sesuai dengan kapasitinya anda tidak boleh menggunakan Macbook Air seperti layaknya Macbook Pro kerana kedua-dua jenis ini mempunyai kemampuan berbeza sebaliknya Macbook pro tiada masalah untuk digunakan secara ringan atau berat. Jika Macbook Air anda terasa panas anda harus cepat keluar dari software yang berat yang di luar kemapuan Macbook Air.

5. Membiarkan Macbook dalam keadaan very low power batery⚠️

Jangan dibiarkan macbook anda dalam keadaan 20% ke bawah untuk dicas.

29/04/2023
MACBOOK AIR M1 VS MACBOOK AIR M2: KURANG TIDAK LEBIH POM TIDAKMacbook adalah keluarga ketiga laptop keluaran apple setel...
08/03/2023

MACBOOK AIR M1 VS MACBOOK AIR M2: KURANG TIDAK LEBIH POM TIDAK

Macbook adalah keluarga ketiga laptop keluaran apple setelah Powerbook dan iBook yang merupakan dari susur galur teknologi komputer Macintosh yang dibangun oleh Steve Job. Macbook pertama kali dibangun pada tahun 2006 dan telah mengalami inovasi demi inovasi hingga akhinya Apple Inc memperkenalkan cip jenama mereka sendiri M1 dan M2, menjadikan Macbook mereka begitu berkuasa dan unik tetapi yang akan dibahas di sini ialah Macbook Air.

Kenapa tajuknya merujuk kepada Macbook Air? Kerana model ini adalah terpaling laris yang diciptakan bagi tujuan penggunaan yang umum dan sesuai bagi kebanyakan pengguna di luar sana sama ada pelajar mahupun pekerja. Berbanding dengan Macbook Pro yang pasarannya lebih kecil iaitu untuk pengguna dari bidang pekerjaan profesional yang memusatkan pada komputer dengan keupayaan super dan mereka ialah filmmaker, video editor yang menyunting video dengan resolusi melebihi 4k, musicmaker, 3D modeling, high-level graphic design dan sebagainya, kesemua mereka ini memerlukan komputer yang memerlukan alur kerja GPU yang ekstrim.

Terbaharu, Apple telah mengeluarkan dua jenis Macbook Air yang berbeza dipicu dengan Apple Silikon cip pemprosesan yang berbeza iaitu M1 dan M2. Jika ditanya admin yang manakah yang sesuai dan terpaling cekap di antara Macbook Air M1 dan Macbook Air M2 maka akan admin katakan ‘tiada’ kerana kedua peranti ini bergantung kepada kecenderungan pilihan dan mempunyai keupayaan yang tersendiri. Kendatipun begitu, pada asalnya cip M2 dibangunkan untuk mengatasi kebolehan M1 tetapi pada pilihan admin Macbook Air M1 adalah lebih berbaloi dan masih terpadu dalam kelas Macbook Air tersendiri, dimana terdapat beberapa segmen yang dimenangi oleh M1 ini antara contohnya adalah capaian penghantaran file terpantas berbanding M2, Macbook Air M1 juga mempunyai kompenan kipas yang lebih besar berbanding M2 menjadikannya lebih sejuk dalam melakukan tugasan, M1 juga mempunyai longevity yang lebih lama daripada M2 menjadikan penggunanya boleh melakukan kegiatan yang berat dengan lebih lama, kemudian pada aspek kebolehan multi-tab browser M1 lebih selesa dan cekap.

Macbook Air M2 dibangunkan dengan GPU yang lebih tinggi berbanding M1 tetapi perbezaan ini tidak terasa dalam realiti apabila kita menggunakan peranti ini, kebolehan dan capaian yang ada pada M2 sebenarnya sudah mampu dilakukan dengan baik oleh M1 tanpa masalah tetapi di sana admin tidak nafikan bahawa ada beberapa ciri yang lebih berbanding M1. Pada sudut rekaan Apple memberi nafas baru kepada model M2 ini dengan rekaan yang lebih nipis dan flat dihadirkan dengan warna yang lebih cerah dan premium, berbanding dengan model M1, Apple masih menggunakan rekaan lama dan pada hemat admin kerana apple beranggapan bahawa rekaan lama itu sudah sempurna tanpa perlu diubah. Apple juga menghadirkan model M2 ini dengan resolusi 1080p yang lebih cantik berbanding M1 iaitu hanya 720 pixel sahaja, kemudian pada paparan p**a M2 hadir dengan 13.6 inch berbanding 13.3 inch dengan resolusi 2560 x 1664 beserta 500 nits kecerahan daripada 400 nits pada M1 selanjutnya Apple menambah port tambahan iaitu Magsafe port pada M2. Dengan kehadiran ciri-ciri yang baharu didatangakan dengan harga yang tidak murah iaitu RM5499 dengan nilai tambah 1000 ringgit berbanding M1.

Adakah ia berbaloi? Seperti yang admin katakan tadi bergantung, jika anda seorang yang lebih cenderung dengan paparan yang cantik serta rekaan yang segar M2 adalah pilihan tetapi jika anda lebih cenderung kepada kecekapan dan persembahan prestasi M1 adalah pilihan yang cemerlang, walaupun begitu kedua-dua ini sememangnya mahal berbanding dengan laptop windows sehingga wujud skeptikal dan persepsi buruk bahawa memiliki produk ini adalah semata-mata gaya hidup dan lambang kelas seseorang.

p/s: jika anda mencari macbook air M1 yang harganya dibawah 4K dan masih dalam warranty boleh hubungi admin, cepat sementara stoknya masih ada

Macbook Air M1 2020 untuk dilepaskanDibeli dengan harga RM4399Keadaan barang sangat baik jarang diguna.Mempunyai warrant...
03/03/2023

Macbook Air M1 2020 untuk dilepaskan

Dibeli dengan harga RM4399
Keadaan barang sangat baik jarang diguna.
Mempunyai warranty sehingga tahun ini.
8GB RAM.
256 SSD.
M1 chip one of the most powerful processor chip in computer.
Sebab dilepaskan kerana jarang pakai dan dah tak guna dah
Battery health : normal 96%
Bateri boleh bertahan sehingga hampir 18 jam
cycle count : 47

sangat sesuai diguna oleh orang yang bekerja dan pelajar. sangat laju,sejuk,lancar dan komputer yang sangat berkuasa

Harga masih boleh dirunding

APPLE WATCH. BERBALOIKAH ATAU RUGIKAH?Sudah Berminggu-minggu dan berhari-hari memikirkan adakah berbaloi menggunakan jam...
02/03/2023

APPLE WATCH. BERBALOIKAH ATAU RUGIKAH?

Sudah Berminggu-minggu dan berhari-hari memikirkan adakah berbaloi menggunakan jam pintar berjenama apple ini, jika dilihat dari ciri-ciri yang ditawarkan beserta spesifikasi yang dimiliki oleh jam pintar ini sememangnya agak menarik dan membuat kita tertarik.

Admin sendiri walau bukan mahir di dalam teknologi gadjet-gadjet terkini tetapi berdasarkan pembacaan dan pemerhatian yang dibuat dapat disimpulkan gadjet ini walaupun bermanfaat kepada sudut kesihatan umumnya kepada manusia tetapi mempunyai batasan penggunaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan batasan penggunaan? baik, disebalik keupayaan unggul yang dimiliki oleh jam pintar ini yang tidak perlu admin nyatakan disini nyatanya livespan appel watch sangatlah pendek iaitu cuma tiga tahun sahaja;yang dimaksudkan dengan tahun sahaja ialah kemampuan bateri dalam kondisi sihat, oleh kerana jangka hayatnya begitu pendek dan cepat penurunan hayat baterinya membuatkan admin terfikir bahawa kalau menjadi reseller kepada apple watch ini sangat berisiko dari sudut kualiti memandangkan admin terlalu menitik beratkan kualiti barang preloved.

Preloved pada definisi admin berbeza dengan definisi orang lain, preloved pada pandangan admin Ape ape aje adalah barang yang masih baru yang umurnya hayatnya tidak mencapai satu tahun, hayat baterinya mesti sihat dan bagus mesti 95 peratus ke atas, bentuk fizikalnya masih baik tanpa calar dan cacat dan fungsinya mesti 100% berfungsi dan yang paling penting TULEN dan ASLI (ORIGINAL)

26/02/2023

Upcoming!!!!
Apple macbook air m1 2020
Harga terkejut omakss menanti

Nike Air force 1 Size :uk 8Keadaan: preloved (barang sangat baik) hanya yang tahu sahaja yang tahuHarga di pasaran : RM4...
26/02/2023

Nike Air force 1

Size :uk 8

Keadaan: preloved (barang sangat baik) hanya yang tahu sahaja yang tahu

Harga di pasaran : RM438
Harga di *Ape ape aje*: RM300

Boleh hubungi saya ,
First dm first serve

13/06/2022

Mulakan hari anda dengan bacaan al-Quran

22/07/2020

Sedap ngat tengop dia makan nasi Husna nih

Semangatluh teman-teman
22/07/2020

Semangatluh teman-teman

22/07/2020

Jangan lupa pelanggan yang disayangi dapatkan sarapan terbaik anda dari kami

Harga setiap hidangan
22/07/2020

Harga setiap hidangan

Feedback pelanggan
22/07/2020

Feedback pelanggan

 Yang masih bujang yang berangan nak makan nasi minyak bersama bakal isteri tak yah tunggu bernikah nak rasa nasi minyak...
22/07/2020



Yang masih bujang yang berangan nak makan nasi minyak bersama bakal isteri tak yah tunggu bernikah nak rasa nasi minyak bila2 pom boleh rasa .....jom oder dengan kami, ambik aura dan semangat berkhawin sebelum duk di pelamin

Nasi Minyak Basmathi

 Perangkat nafsu makan anda, luaran memang garang merah menyala tapi manis rasanyaNasi berlauk Ayam Pedas
22/07/2020



Perangkat nafsu makan anda, luaran memang garang merah menyala tapi manis rasanya

Nasi berlauk Ayam Pedas

 Ini hidangan antara admin paling s**a, selalu makan yang nih.....Nasi Dagang Ikan Gulai
22/07/2020



Ini hidangan antara admin paling s**a, selalu makan yang nih.....

Nasi Dagang Ikan Gulai

 Di kelantan yang paling orang s**a nasi berlauk ikan gulai tapi kalu di luar negeri misalnya di Shah Alam nasi berlauk ...
22/07/2020



Di kelantan yang paling orang s**a nasi berlauk ikan gulai tapi kalu di luar negeri misalnya di Shah Alam nasi berlauk ayam papriklah yang cepat habis....dan ramai cakap ssseeedaaapppp

Nasi berlauk ayam paprik

 Antara Hidangan kami sediakan, biasenye rakyat Kelantan paling berahi lauk nih..nasi berlauk ikan gulai
22/07/2020



Antara Hidangan kami sediakan, biasenye rakyat Kelantan paling berahi lauk nih..

nasi berlauk ikan gulai

Pengedar husna nasi berlauk di Kelantan khususnya di Machang.
21/07/2020

Pengedar husna nasi berlauk di Kelantan khususnya di Machang.

11/05/2020

Belajar upgrade komputer

Teruskan beristiqamah
01/04/2020

Teruskan beristiqamah

PAS adalah parti yang terus hidup dan berkembang bersama Islam, mewarisi kesinambungan perjuangan Islam yang tidak mati dengan kewafatan Rasulullah S.A.W.

PAS menghadapi cabaran kerana terus beristiqamah untuk menyelamatkan masyarakat dengan Islam, menghadapi penganut Islam yang tenggelam di dalam kejahilan beragama, dan kalangan bukan Islam yang tenggelam dalam kekeliruan dan fitnah ‘Islamofobia’.

PAS tetap berterus terang bersama Islam. PAS tidak terikut dengan langkah pengecut yang malu menyebut Islam, dan PAS juga menolak pendekatan keras tanpa kebijaksanaan.

Alhamdulillah PAS berjaya mempertahankan ciri-ciri parti Islam secara amali yang tidak mampu diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam sejak zaman penjajah sehingga kini.

Klik segera untuk pendaftaran keahlian PAS secara online:
https://keahlian.pas.org.my/
https://keahlian.pas.org.my/
https://keahlian.pas.org.my/

Address

Machang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ape ape aje posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ape ape aje:

Share


Other News & Media Websites in Machang

Show All

You may also like