Media Pejuang Langkawi

Media Pejuang Langkawi info parti Pejuang Langkawi
(1)

Viral jemaah hilang di Mekah dah ditemui ‼️Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir 10 hari. Kesian tengok dia k...
10/12/2022

Viral jemaah hilang di Mekah dah ditemui ‼️

Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir 10 hari. Kesian tengok dia kehulu kehilir, syukur pak ibrahim sehat, cukup makan,cukup minum.

Saya tanya tido dimana, pak ibrahim jawab dia tido di tempat burung merpati kumpul. Muka nya ada sikit lebam kerana tersembam di batu, tapi semuanya selamat tiada ada apa apa yang yang cedera teruk.

Syukur *الْحَمْدُ ِللهِ *

Perkara pertama bila jumpa diberi nasi & air, tetapi pak ibrahim tak nak makan sebab terlalu teruja akhir nya ada orang malaysia yang tegur dia, sedih rasa hati ini bila melihat sendiri muka pak ibrahim.

Hari hari dia menangis sambil mencari jemaah nya, name taq travel nya serta beg sentiasa dia pakai tapi tak jumpa juga jemaah malaysia, nak cakap arab tak tahu, jadi pak ibrahim tak putus asa teruskan berjalan, hanya berhenti bila penat, dan tido dimana rasa nak tido.

Bila saya bagitahu ahli keluarganya serta jemaah yang semua dah p**ang ke Malaysia, saya cakap pak ibrahim jgn risau pak ibrahim pasti saya serahkan kepada pihak travel untuk uruskan pak ibrahim p**ang ke pangkuan keluarga tersayang.

Umur pak ibrahim 67 tahun (tak nyayuk lagi dia cakap). Asal dari langkawi. Terima kasih semua yang tak berhenti henti mendoakan beliau. Setiap langkah pak ibrahim akan di kira pahala insyaAllah.

Sumber: FB Nabil Alkhred

Pagi tadi DRB-Hicom telah perkenalkan sebuah kereta elektrik ‘Polestar 2’ kepada saya. Ini adalah sebuah kereta yang diu...
09/12/2022

Pagi tadi DRB-Hicom telah perkenalkan sebuah kereta elektrik ‘Polestar 2’ kepada saya. Ini adalah sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely, rakan usahama PROTON.

Saya difahamkan yang dengan sekali cas ianya boleh capai sehingga 400KM. Sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula p**a hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100% bekalan penuh. Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ianya mengambil masa selama kurang lebih 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesyen di seluruh negara, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan di mana sahaja.

Di kebanyakan negara Kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta letrik. Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran. Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesyen janakuasa juga mencemarkan udara. Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara. Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan. Sementara itu, untuk bersihkan iklim dalam bandar, kereta eletrik masih menjadi pilihan.

Pada pandangan saya dari segi rekabentuk, kereta ini amat canggih. Kereta ini tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang. Ciri-ciri rekabentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa.

Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri.

Kelab Che Det

Kenyataan Media Gerakan Tanah Air (GTA)1. Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Gerakan Tanah hari ini (06/12/22) telah membua...
07/12/2022

Kenyataan Media Gerakan Tanah Air (GTA)

1. Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Gerakan Tanah hari ini (06/12/22) telah membuat pascanilai tentang prestasi Gerakan Tanah Air yang menggunakan logo PEJUANG pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU- 15).

2. Mesyuarat juga telah membuat ketetapan untuk meneruskan usaha supaya pendaftaran Gerakan Tanah Air (GTA) diluluskan.

3. Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan Gerakan Tanah Air sebagai wadah perjuangan seperti yang telah diperakui sebelum PRU-15.

4. Mesyuarat dipengerusikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA).

5. Turut hadir semua presiden parti dan pemimpin NGO - YBhg. Dato' Paduka Dr. Ibrahim Ali (Presiden PUTRA), YBhg. Zamani Ibrahim (Presiden BERJASA), YBhg. Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir (Presiden PEJUANG), YBhg. Datuk Mohammed Mosin Abd. Razak (Presiden IMAN), YBhg. Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican (Pengerusi Forum Melayu Kebangsaan) dan YBhg. Haji Aminuddin Yahaya (Pengerusi Gagasan Bangsa)

Ketua Setiausaha
Datuk Wira Marzuki Yahya

PEJUANG akan terus memperjuangkan orang melayu..‼️‼️‼️PERJUANGAN Pejuang untuk membela dan memartabatkan masyarakat Mela...
02/12/2022

PEJUANG akan terus memperjuangkan orang melayu..‼️‼️‼️

PERJUANGAN Pejuang untuk membela dan memartabatkan masyarakat Melayu akan diteruskan walaupun parti itu tewas dalam pilihan raya umum ke-15 baru-baru ini, kata pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri yang mengetuai gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang tidak berdaftar itu berkata anggota mereka mahu terus memperjuangkan orang Melayu kerana merasakan objektif mereka adalah murni.

“Kami memperjuangkan tadbir urus yang baik, menentang rasuah dan memperjuangkan kedaulatan undang-undang.

“Ahli Pejuang percaya mereka adalah alternatif yang baik (untuk melindungi orang Melayu) berbanding Perikatan Nasional,” katanya kepada The Malaysian Insight.

30/11/2022

Rakyat Langkawi mengharapkan agar Kerajaan baru tidak menganaktiri kan Langkawi..semoga Program2 besar di Langkawi diteruskan...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un Al Fatihah buat arwah YBhg Dato Nawawi Ahmad 61 tahun Ketua UMNO Bahagian Langkawi t...
28/11/2022

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Al Fatihah buat arwah YBhg Dato Nawawi Ahmad 61 tahun Ketua UMNO Bahagian Langkawi telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi di Jerman. Beliau dalam urusan kerja sebagai Ahli Lembaga Pengarah TNB di Jerman. Jenazah akan dikebumikan di Jerman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Takziah kepada keluarga arwah. Turut berdukacita. Al fatihah

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI PEJUANG/GERAKAN TANAH AIR LANGKAWIAssalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahte...
26/11/2022

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI PEJUANG/GERAKAN TANAH AIR LANGKAWI

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

1. Saya mengutus surat ini untuk 4,566 pengundi-pengundi yang telah memberi undi mereka kepada saya di dalam PRU ke-15 untuk kerusi parlimen Langkawi.

2. Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima-kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya melainkan melalui surat terbuka ini.

3. Walaupun saya mungkin tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya merasa sangat berbesar hati kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk memberi undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA.

4. Di atas kesedaran ini, sekali lagi saya ingin ucap berbanyak-banyak terima kasih kerana mengundi saya.

5. Yakinlah bahawa walaupun kita tidak ramai, ia tidak bermakna perjuangan kita tidak benar. Malahan, kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadang-kala dipinggir.

6. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita.

Salam hormat,

*DR MAHATHIR BIN MOHAMAD*
26 November 2022

18/11/2022
Ayuhhh kita ramai2 dengarkan amanat Tun Mahathir ahli Parlimen P004 calon No 3 sebelum keluar mengundi esok...‼️‼️
18/11/2022

Ayuhhh kita ramai2 dengarkan amanat Tun Mahathir ahli Parlimen P004 calon No 3 sebelum keluar mengundi esok...‼️‼️

18/11/2022

Asssalamualaikum...
kami ingin sampaikan panggilan dari Tun M khusus kepada orang Langkawi...

18/11/2022

‼️PERJUANGAN DEMI TANAH AIR‼️

Lebih 70 tahun menjadi pemain politik tanahair, 22 tahun menjadi Perdana Menteri, salah seorang tokoh lagenda yang masih berjuang, itulah dia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perjuangan masih belum berakhir selagi martabat Agama, Bangsa dan Tanahair tidak diangkat semula!

Berikan undi anda kepada Tun M atas rekod perkhidmatan beliau, jasa beliau dan keikhlasan beliau!


CERAMAH MEGA GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️Ayuh warga Langkawi kita sama2 mendengar amanat dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum...
18/11/2022

CERAMAH MEGA GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️

Ayuh warga Langkawi kita sama2 mendengar amanat dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum kita mengundi pada esok 19hb..

Tajuk: PERJUANGAN DEMI TANAH AIR
Tempat: MAHA TOWER
Tarikh: 18/11/2022 (JUMAAT)
Masa: 5.00PM

Hala tuju negara bergantung harap kepada anak muda Malaysia! 💪🏼

Jadual Calon Parlimen P004 Langkawi‼️‼️
17/11/2022

Jadual Calon Parlimen P004 Langkawi‼️‼️

CERAMAH PERJUANGAN GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat L...
17/11/2022

CERAMAH PERJUANGAN GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️

Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Langkawi pada masa kini ..

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjemput anak anak muda untuk sertai ceramah khas untuk anak muda seperti berikut:

Tajuk: Bicara agenda baharu
Tempat: PDM Taman Nilam
Tarikh: 17/11/2022 (Rabu)
Masa: 9.00PM

Hala tuju negara bergantung harap kepada anak muda Malaysia! 💪🏼

Inisiatif berterusan untuk penduduk Langkawi‼️‼️
16/11/2022

Inisiatif berterusan untuk penduduk Langkawi‼️‼️

16/11/2022
CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Lan...
16/11/2022

CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️

Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Langkawi pada masa kini ..

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjemput anak anak muda untuk sertai ceramah khas untuk anak muda seperti berikut:

Tajuk: Bicara agenda baharu
Tempat: PDM Ladang Sungai Raya
Tarikh: 16/11/2022 (Rabu)
Masa: 9.00PM

Hala tuju negara bergantung harap kepada anak muda Malaysia! 💪🏼

Sambutan yg baik dari penduduk2 Pantai Cenang,Temonyong dan kawasan sekitar...Alhamdulillah ..‼️‼️Semua demi Langkawi...
16/11/2022

Sambutan yg baik dari penduduk2 Pantai Cenang,Temonyong dan kawasan sekitar...
Alhamdulillah ..‼️‼️
Semua demi Langkawi...

CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Lan...
15/11/2022

CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️

Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Langkawi pada masa kini ..

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjemput anak anak muda untuk sertai ceramah khas untuk anak muda seperti berikut:

Tajuk: Bicara agenda baharu
Tempat: PDM Kuala Teriang
Tarikh: 15/11/2022 (selasa)
Masa: 9.00PM

Hala tuju negara bergantung harap kepada anak muda Malaysia! 💪🏼

Majlis sembang santai bersama penduduk2 Temonyong...Alhamdulillah...majlis berjalan lancar...terima kasih tuan kedai...g...
14/11/2022

Majlis sembang santai bersama penduduk2 Temonyong...
Alhamdulillah...majlis berjalan lancar...terima kasih tuan kedai...gulai ayam kampung terbaik‼️‼️

CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Lan...
14/11/2022

CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️

Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Langkawi pada masa kini ..

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjemput anak anak muda untuk sertai ceramah khas untuk anak muda seperti berikut:

Tajuk: Bicara agenda baharu
Tempat: PDM Kuala Teriang
Tarikh: 14/11/2022 (Isnin)
Masa: 9.00PM

Hala tuju negara bergantung harap kepada anak muda Malaysia! 💪🏼

13/11/2022

Ini lah jadinya...bila kita seronok kata kt orang..tp kita terlupa cermin diri sendiri..

*Video sekadar hiasan

CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Lan...
13/11/2022

CERAMAH KELOMPOK GERAKAN TANAH AIR‼️‼️‼️

Bicara agenda baharu...isu semasa tentang permasalahan yang di hadapi rakyat Langkawi pada masa kini ..

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjemput anak anak muda untuk sertai ceramah khas untuk anak muda seperti berikut:

Tajuk: Bicara agenda baharu
Tempat: PDM Pulau Tuba
Tarikh: 13/11/2022 (Ahad)
Masa: 9.00PM

Hala tuju negara bergantung harap kepada anak muda Malaysia! 💪🏼

Alhamdulillah...‼️‼️Kehadiran yg mengejutkan di PDM Bukit Malut...Tiada sumbangan yg dijanjikan..semuanya datang seikhla...
12/11/2022

Alhamdulillah...‼️‼️
Kehadiran yg mengejutkan di PDM Bukit Malut...
Tiada sumbangan yg dijanjikan..semuanya datang seikhlas hati...semuanya demi Tun..Demi Langkawi...

Address

Langkawi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Pejuang Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Media/News Companies in Langkawi

Show All

You may also like