08/08/2021
ILMU HUTAN
1. LUMUT TAIK KERA. Kalau kita jalan diwaktu malam terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendar cahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, InsyaAllah tak langgar pokok.
2. ULAR TEDUNG. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je.Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur pelan-pelan.
3. KERA/LUTONG dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu baru lari (rasionalnya ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting).
4. HARIMAU.Kalau mancing dalam hutan, sedang dalam hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap terutamanya harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.
5. BERUANG MADU. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecik tu, sekerat pinggan dengan dada kaler oren) kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari.
6. KEPALA AIR. Kalau khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokoknya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu.
7.PETANDA KEPALA AIR.Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain2. Biasanya perubahan ni sekej*p saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, bentong saya dah kena. Tambah sikit, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat dari biasa, dari kejauhan dah dengar..
8. MASAK AIR.Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dan lain2l kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yang tengah-tengah.
9. BINATANG BESAR. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak, seladang dan lain2. Kalau dari jauh dengar bunyi kera dan buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu.
10. MAKANAN YANG DIMASAK. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang.
11. BUAT SEBELUM JAM 5. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dan lain2) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecond**gan matahari.
12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yang tak kena.
Masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni.)
1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, d**gak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnyanya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dan lain2,tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yang pokoknya besar2.
3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takde daun, so risiko terkena sengat lipan, kala jengking dan lain2 tu kurang sikit.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.
7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby dengan beberapa batang kayu panjang. Kalau boleh, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.
8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami s**a buat pagar dgn tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.
Moga bermanfaat.