Julaihi Narawi

Julaihi Narawi Page rasmi YB Dato Sri Hj Julaihi Hj Narawi, Menteri Utiliti & Telekomunikasi Sarawak/ADUN SEBUYAU

29.01.2025 BETONG : SAYA DAN RAKAN BERKUNJUNG KE RUMAH PANJANG TIMBALAN PREMIER SARAWAK YB DA DOUGLAS UGAH di Betong bar...
29/01/2025

29.01.2025 BETONG : SAYA DAN RAKAN BERKUNJUNG KE RUMAH PANJANG TIMBALAN PREMIER SARAWAK YB DA DOUGLAS UGAH di Betong baru-baru ini...yang penuh sejarah terutama sekali bentuk tiang belian yang digunakan.Rumah Panjang ini berusia sekitar 100 tahun.Berkunjung memenuhi jemputan makan malam.Terima kasih Datuk Amar.

Salam maju jaya.

29.01.2025 BCCK KUCHING: SEKITAR Sambutan Tahun Baru Cina Hari IniSaya hadir di majlis sambutan tahun baru Cina peringka...
29/01/2025

29.01.2025 BCCK KUCHING: SEKITAR Sambutan Tahun Baru Cina Hari Ini

Saya hadir di majlis sambutan tahun baru Cina peringkat Sarawak di BCCK hari ini.Gong Xi Fa Chai kepada semua.

Salam maju jaya.

29/01/2025
29.01.2026 BETONG : Menara Serudit Di Antara 441 Menara SMART Oleh SDEC Sudah DiudaraSaya berkesempatan meninjau tapak m...
28/01/2025

29.01.2026 BETONG : Menara Serudit Di Antara 441 Menara SMART Oleh SDEC Sudah Diudara

Saya berkesempatan meninjau tapak menara SMART yang dibina oleh Sarawak Digital Economy Corporation ( SDEC-salah satu agensi di bawah seliaan Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak ) di Serudit Betong baru-baru ini.Saya bersama YB Datuk Mohd Razi Sitam dan YB Dato Richard Rapu berjalan kaki nait bukit untuk sampei di tapak menara SMART tersebut.Walaupun pihak SDEC menaiki bukit mengguna kenderaan,kami memilih untuk berjalan kaki.Sampai di tapak menara,kami telah diberi taklimat oleh En Hamadlan Chief Technical Officer ( CTO ) Pegawai Teknikal SDEC.

Menara ini adalah di antara 441 menara SMART yang sudah siap dan diudara di Sarawak.SDEC membina 618 menara SMART di kawasan luar bandar Sarawak dan daripada jumlah tersebut,575 menara sudah siap secara fizikal.Daripada 575 menara yang siap dan dipasang dengan peralatan telekomunikasi mengguna teknologi MOCN ( Multi Operator Core Network ), 441 menara tersebut sudah diudara@on air.

Menara ini yang mengguna teknologi MOCN boleh diguna oleh semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti celcomdigi,maxis,u mobile,YTL dan MySRBN.

Turut hadir bersama kami ialah YB Dayang Norazah Awg Sohor ADUN Lingga,Residen dan Pegawai Pejabat Residen Betong dan KMKK dari sekitar Betong.

Salam maju jaya.

28.01.2025 GEDONG : Majlis Penutupan Digital Desa Oleh YAB PREMIERPagi tadi saya turut hadir di Majlis Penutupan Digital...
28/01/2025

28.01.2025 GEDONG : Majlis Penutupan Digital Desa Oleh YAB PREMIER

Pagi tadi saya turut hadir di Majlis Penutupan Digital Desa yang disempurnakan oleh YAB PREMIER SARAWAK DP TS ABG JO di Gedong.Program Digital Desa adalah program anjuran Bank Rakyat dan agensi-agensinya di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia...diketuai YB Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.

Salam maju jaya.

27.01.2025 KUCHING : Majlis Amanat MUT Dan Pelancaran Pelan Tahunan Bagi Tahun 2025.Sebelah petang tadi,saya berkesempat...
27/01/2025

27.01.2025 KUCHING : Majlis Amanat MUT Dan Pelancaran Pelan Tahunan Bagi Tahun 2025.

Sebelah petang tadi,saya berkesempatan menyampai ucapan@Amanat Kementerian Utiliti & Tekekomunikasi ( MUT ) Sarawak dan seterusnya melancar secara rasminya Pelan Tahunan MUT bagi tahun 2025.Pelan ini adalah perancangan sepanjang tahun 2025 yang akan dilaksanakan oleh Kementerian MUT dan semua jabatan dan agensi di bawah seliaan MUT.

Salam maju jaya.

27/01/2025

27.01.2025 KUCHING: ANNUAL PLAN @ PELAN TAHUNAN 2025 BAGI
KEMENTERIAN UTILITI & TELEKOMUNIKASI ( MUT ) SARAWAK Dilancar Hari Ini Selepas Menyampai Ucapan@Amanat tengah hari tadi...sekali lagi saya melancar pelan tahunan,kali ini bagi tahun 2025 tengah hari tadi.Pelan tahunan ini merupakan pelan tindakan Kementerian MUT bersama jabatan dan agensi pelaksana di bawah seliaan MUT.

Salam maju jaya.

26.01.2025 BCCK KUCHING: Sekitar Sebelum Dan Selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Malam Ini...saya hadir di mesy...
26/01/2025

26.01.2025 BCCK KUCHING: Sekitar Sebelum Dan Selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Malam Ini...saya hadir di mesyuarat yang dipengerusikan oleh YANG DIPERTUA PARTI PBB Merangkap PREMIER SARAWAK YAB DP TS (Dr) ABANG ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABG HJ OPENG.

Salam maju jaya.

26.01.2025 SEBUYAU : Rural High Speed Broadband Dilulus & Dilaksana Di Kawasan Sebuyau...perkongsian maklumat yang saya ...
26/01/2025

26.01.2025 SEBUYAU : Rural High Speed Broadband Dilulus & Dilaksana Di Kawasan Sebuyau...perkongsian maklumat yang saya sampaikan semasa berucap di majlis "Berkhatan Perdana" Daerah Sebuyau pagi tadi.

Rural High Speed Broadband ini telah dilulus oleh Kerajaan Sarawak melalui agensi pelaksana Sarawak Multimedia Authority ( SMA ) dalam program "The Southern Region Open Network ( SRON )".Kawasan lain bersama Sebuyau dalam SRON ialah Gedong,Simunjan,Sadong Jaya,Asajaya,Lingga dan Beting Maro.

Selain SRON,Betong Rural High-Speed Open Network ( BRON ) akan meliputi kawasan Beting Maro,Saribas,Bukit Saban,Layar,Kalaka dan Kabong.Projek yang serupa telah dilaksanakan sebelum ini di Sebauh Kemena,Bintulu.

Pada majlis berkhatan pagi tadi,seramai 122 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam progran anjuran Parlimen P.201 Batang Lupar & N.27 Sebuyau dengan kerasama Klinik Kesihatan Sebuyau dan Pejabat Daerah Sebuyau.

Hadir bersama saya dan YB Mohd Shafizan Hj Kepli Ahli Parlimen Btg Lupar ialah Ayuradiman Bin Bujang Pegawai Daerah Sebuyau,Dr Nurdarlina Bt Shaari Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Sebuyau,Dr Abdullah Luqman Bin Shamsudin Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sebuyau dan KMKK sekitar Sebuyau.

Salam maju jaya.

25.01.2025 BETONG : Mengusul MA 63 & IGC 1962 Jadi Silibus Sekolah & Universiti Diantara 14 Resolusi PBB Zon Betong...Al...
26/01/2025

25.01.2025 BETONG : Mengusul MA 63 & IGC 1962 Jadi Silibus Sekolah & Universiti Diantara 14 Resolusi PBB Zon Betong...

Alhamdulillah 14 Resolusi PBB dari 14 Cawangan PBB dalam Zon Betong yang saya bentang pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan PBB Zon Betong semalam@ari marek telah diserahkan kepada YAB PREMIER Merangkap Yang DiPertua Parti PBB SARAWAK.

Salam maju jaya.

25.01.2025 BETONG : Sekitar Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti PBB SARAWAK Zon Betong Oleh YAB PREMIER Merangkap Yang ...
25/01/2025

25.01.2025 BETONG : Sekitar Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti PBB SARAWAK Zon Betong Oleh YAB PREMIER Merangkap Yang DiPertua Parti PBB SARAWAK YAB Datuk Patinggi Tan Sri ( Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abg Hj Openg Hari Ini...saya hadir bersama para perwakilan PBB dari Cawangan PBB N.27 Sebuyau.

Pada Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Betong, saya ditugaskan membentang 14 Resolusi dari Zon Betong...seterusnya saya dan Pengerusi Zon Betong YB DA Douglas Ugah Embas menyerah resolusi tersebut kepada YAB PREMIER Merangkap Yang DiPertua Parti PBB.

Terima kasih kepada semua AJK ZON BETONG Yang Dipengerusikan oleh YB DA Douglas Ugah Embas,semua Ketua Cawangan dari 14 Cawangan PBB Zon Betong bersama semua perwakilan masing-masing atas kerjasama dan sokongan sehingga membolehkan perasmian ini berjalan lancar.Terima kasih kepada semua rakan-rakan PBB dari seluruh Sarawak yang turut hadir.Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang membuat liputan perasmian.

Salam maju jaya.

24.01.2025 LINGGA : Loji Rawatan Air Lingga Ditambah Keupayaan Mengguna Acute SystemPagi tadi saya berkesempatan melawat...
24/01/2025

24.01.2025 LINGGA : Loji Rawatan Air Lingga Ditambah Keupayaan Mengguna Acute System

Pagi tadi saya berkesempatan melawat Loji Rawatan Air Lingga berhampiran pekan Lingga.Loji ini yang berusia lebih 30 tahun kini mempunyai keupayaan menghasil air terawat sebanyak 0.6 MLD tetapi mampu menghasil air terawat ke tahap 0.8 MLD.

Memandangkan permintaan yang semakin bertambah,Kerajaan Sarawak telah melulus pembinaan loji baharu di tapak sebelah loji sedia ada mengguna "acute system" yang dapat menghasil 1.0 MLD apabila siap enam bulan dari sekarang.Ini bermakna kedua-dua loji ini akan dapat menghasil 1.8 MLD air terawat pada suku ketiga tahun ini.

Untuk jangka panjang,Lingga akan mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air Bayai ( kini berkapasiti 53 MLD ) apabila sistem grid menuju Lingga dan Pantu bakal dibina kelak.

Hadir bersama saya ialah YB Dayang Noorazah Awg Sohor ADUN Lingga,YB Datuk Mong Dagang ADUN Bukit Begunan, Syed Fauzi Sahab Timbalan SUT MUT, Ir Awang Mohd Fadillah Awg Reduan Pengarah JBALB dan Timbalan Residen Sri Aman,Pegawai Daerah Lingga serta KMKK Lingga dan kawasan sekitar.

Salam maju jaya.

Address

Ministry Of Utility And Telecommunication, 7th, 8th, 9th & 10th Floor, LCDA Tower, Lot 2879, The Isthmus, Off Jalan Bako
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Julaihi Narawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Julaihi Narawi:

Videos

Share