WAIfm IBAN

WAIfm IBAN WAIfm Sarawak nabur ka program dalam pengelama 24 jam sehari. WAIfm Segulai Sejalai.

๐–๐€๐ˆ๐Ÿ๐ฆ ๐ˆ๐๐€๐
๐‘†e๐‘”u๐‘™a๐‘– ๐‘†e๐‘—a๐‘™a๐‘–
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
(0600-0900)
โ€ข ๐—ช๐—”๐—œ๐Ÿต-๐Ÿญ๐Ÿฎ
(0900-1200)
โ€ข ๐—ก๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
(1200-1500)
โ€ข ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ก๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
(1500-1800)
โ€ข ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ถ
(1800-2100)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ
(2100-0000)
โ€ข ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ ๐—ง๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€
(0000-0600)

21/02/2025
21/02/2025
21/02/2025
20/02/2025
20/02/2025

SAMBUTAN HARI RADIO SEDUNIA ZON BORNEO GABUNG 15 STESEN RTM

LAWAS, 20 Februari: Buat julung kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Hari Radio Sedunia yang menggabungkan 15 stesen penyiaran RTM di Borneo.

Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat, berkata program bersepadu ini melibatkan kolaborasi RTM Sarawak, RTM Sabah, dan RTM Labuan. Ia berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Lawas.

Menurut beliau, program turun padang ini menjadi platform bagi RTM untuk mendekati komuniti selain memperkenalkan serta mempromos*kan daerah Lawas yang terkenal dengan ikan tahai.

Beliau berkata demikian pada majlis Welcoming Dinner Badudun Kitani bagi menyambut petugas RTM ke Lawas.

Program Hari Radio Sedunia Zon Borneo melibatkan sembilan stesen RTM Sarawak, antaranya LIMBANGfm, MIRIfm, SARAWAKfm, SIBUfm, dan WAIfm. Turut serta lima stesen RTM Sabah, antaranya SABAHfm, SABAHVfm, TAWAUfm, SANDAKANfm, dan KENINGAUfm, serta LABUANfm.

Hari Radio Sedunia Zon Borneo yang berlangsung di Stadium Tertutup Lawas hingga Ahad menyajikan pelbagai acara seperti Showcase Jom Baโ€™iuh, studio mini, kempen derma darah, Jualan Rahmah MADANI, serta rakaman Berambeh Raya.

Dalinee

20/02/2025

PENDUDUK TERJEJAS KEBAKARAN KAMPUNG TABUAN DAYAK BERPINDAH KE RUMAH SEWA DISEDIAKAN JKM

KUCHING, 20 Februari: Pusat Pemindahan Sementara, PPS Gereja All Saints Kampung Tabuan Dayak di Kuching yang menempatkan 18 individu dari 2 keluarga terjejas kebakaran ditutup pagi tadi.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam, APM Daerah Kuching, PPS tersebut ditutup pukul 10.00 pagi dan notis penutupan ditandatangan oleh Pegawai Daerah Kuching, Sofhi Jebal merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuching.

Kesemua mereka yang merupakan keluarga terakhir masih berlindung di PPS tersebut berpindah ke rumah sewa yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Dalam insiden kira-kira pukul 9.00 malam Ahad lepas, 21 individu dari 6 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 4 buah rumah sewa yang didiami mereka di kampung tersebut musnah dijilat api.

Susulan itu, PPS Gereja All Saints Kampung Tabuan Dayak diaktifkan kira-kira pukul 11.00 malam.

Jamalia
Foto : APM

20/02/2025

KUCHING CATAT ADUAN PENGGUNA TERTINGGI BERKAITAN HARGA BARANG

KUCHING, 20 Februari: Kuching merekodkan aduan pengguna tertinggi berkaitan harga barang.

Menurut Ketua Unit Pengurusan Aduan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sarawak, Sylvia Ebdi, setakat 14 Februari lepas, daripada 206 kes yang dilaporkan di seluruh negeri, separuh daripadanya direkodkan di Kuching.

"Even student dekat U sebagai contoh, student pun akan complaint harga makanan yang disediakan."

Jumlah itu bagaimanapun menunjukkan tingginya kesedaran masyarakat Kuching akan hak pengguna.

Sylvia menjelaskan perkara itu kepada RTM selepas menyampaikan ceramah pengguna pada Borneo International Consumer Expo di Pusat Konvensyen Borneo Kuching petang tadi.

Selain menyentuh isu harga barang, pembelian atas talian juga menjadi topik penerangan.

Bagi penganjur dan pengguna, ia satu isu yang tidak harus dipandang ringan.

"Online kadang-kadang you nampak, bila you terima lainlah, lain rasa juga."

"Memang banyaklah beli barang lain, order datang barang lain."

"Turun ke padang toklah, nangga barang real, nangga barang yang real, nangga TikTok belum tentu lagi ok ke s*k ok kah."

Oleh itu, beliau berharap lebih banyak expo sedemikian dianjurkan di bahagian-bahagian lain bagi meningkatkan pengetahuan pengguna akan hak masing-masing.

Selain KPDN, turut hadir memberi ceramah mengenai hak pengguna di media sosial ialah Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak, Sherry Belayong.

Sejumlah 500 pempamer dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan syarikat tempatan berkampung selama empat hari di pusat tersebut.

Dickin

20/02/2025

AIFFA, BELUM ADA KEPUTUSAN SAMADA AKAN DIADAKAN TAHUN INI

KUCHING, 20 Februari: Belum ada keputusan samada Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean, AIFFA akan diadakan pada tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datoโ€™ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan, keputusan berhubung perkara itu hanya akan dibuat selepas kementerian menerima taklimat daripada pihak penganjur.

โ€œSelalunya AIFFA diadakan tiap-tiap 2 tahun sekali, sepatutnya tahun ini diadakan, kalau mereka (penganjur) datang memberi taklimat dan taklimat memenuhi kriteria Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, kita akan aturkanโ€, jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Konsert โ€œNidji: Pelangi di Kuching 2025โ€™, di Kuching petang tadi.

Konsert kugiran terkenal dari Indonesia itu bakal berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching pada 26 April ini, dan dijangka akan menarik lebih 5,000 peminat di negeri ini.

Konsert turut akan dimeriahkan oleh bakat tempatan, Zah Amirul dan Bob Yunus selain Drama Band .

Jamalia

20/02/2025

POLIS KUCHING SAHKAN PESAWAT AIRASIA TERGELINCIR DI KIA TIDAK SAHIH

KUCHING, 20 Februari: Polis Kuching meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu mengenai sebuah pesawat AirAsia yang kononnya tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya telah mendapat pengesahan daripada Malaysia Airports Berhad bahawa perkara itu tidak benar.

ACP Mohd Farhan menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa paparan tersebut telah tular di Facebook pada pukul 3.09 petang tadi.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Pengurus Besar Malaysia Airports Berhad pada pukul 3.12 petang dan mengesahkan bahawa tiada sebarang pesawat yang tergelincir.

Justeru, orang ramai, khususnya pengguna media sosial, dinasihatkan agar lebih berhemah dan tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.

Tindakan tersebut boleh mengganggu ketenteraman awam dan menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai juga boleh membuat pengesahan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444.

DEBBIE AMANDA

20/02/2025
RVB ke Kpg Awat-Awat, Sundar, Lawas beserimbai enggau Hari Radio Zon Borneo 2025.
20/02/2025

RVB ke Kpg Awat-Awat, Sundar, Lawas beserimbai enggau Hari Radio Zon Borneo 2025.

Team Hari Radio Sedunia Zon Borneo 2025 RTM Sarawak, RTM Sabah & RTM Labuan di Lawas. Bersedia untuk ke lokasi masing-ma...
20/02/2025

Team Hari Radio Sedunia Zon Borneo 2025 RTM Sarawak, RTM Sabah & RTM Labuan di Lawas.

Bersedia untuk ke lokasi masing-masing
1. Pusat Manik Seramik Kampung Long Tumang (RVB)
2. Pusat Memproses Ikan Tahai Kampung Awat-Awat Lawas (RVB)
3. SK Pusat Lawas & PDK Banting Lawas (CSR)

20/02/2025

Team tahai bisai hantap!!!


CSR RTM bersama rakan strategik Maybank Cawangan Lawas di Sekolah Kebangsaan Pusat Lawas, Sarawak.
20/02/2025

CSR RTM bersama rakan strategik Maybank Cawangan Lawas di Sekolah Kebangsaan Pusat Lawas, Sarawak.




Mitos tauka fakta???
19/02/2025

Mitos tauka fakta???

Address

Jabatan Penyiaran (RTM) Sarawak, Jalan P. Ramlee
Kuching
93164

Opening Hours

Monday 06:00 - 00:00
Tuesday 06:00 - 00:00
Wednesday 06:00 - 00:00
Thursday 06:00 - 00:00
Friday 06:00 - 00:00
Saturday 06:00 - 00:00
Sunday 06:00 - 00:00

Telephone

+60138628422

Website

https://waifmiban.rtm.gov.my/, https://podcast.rtm.gov.my/program-area

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WAIfm IBAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to WAIfm IBAN:

Videos

Share

Category