12/03/2024
Keselamatan kita bukan hasil daripada amalan-amalan, perbuatan baik, hasil pemberian, usaha-usaha atau pengorbanan kita; tetapi keselamatan kita datang daripada anugerah Allah, Sang Pencipta langit dan bumi.
Rangkap di atas adalah rangkap ke-2,
dalam syair KJ #035 Tercurah Darah Tuhanku.
Rujukan:
Lukas 23:39-43 (AVB)
Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mula mencela-Nya. Dia berkata,
“Bukankah Engkau Kristus? Selamatkanlah diri-Mu dan kami!”
Tetapi seorang penjahat lagi menegurnya,
“Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita sama-sama dihukum mati. Bagi kita, hukuman ini adil kerana kita menerima balasan yang setimpal; tetapi orang ini tidak melakukan kesalahan apa-apa.”
Dia berkata kepada Yesus,
“Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.”
Yesus menjawab,
“Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus.”
Soli Deo Gloria!!