Proton Kuala Terengganu

Proton Kuala Terengganu Proton Sales Advisor
Kuala Terengganu

23/12/2024

Beli kereta

Dapat RM7000

19/12/2024

Gaji baru SSPA dah start harini

Jom gaji baru, kereta baruπŸ˜†

PROTON e.MAS 7 KINI RASMI DI PASARANHARGA: RM109,800 (Prime) | RM123,800  (Premium)3,000 pembeli pertama dapat rebat RM4...
16/12/2024

PROTON e.MAS 7 KINI RASMI DI PASARAN

HARGA: RM109,800 (Prime) | RM123,800 (Premium)
3,000 pembeli pertama dapat rebat RM4,000

- Dua varian: Premium | Prime
- Jenis Bateri: Aegis Short Blade
- Kapasiti Bateri: 49.52kWh (Prime) | 60.22 (Premium
- Jarak Pemanduan (WLTP): 345km (Prime) | 410km (Premium)
- Pengecasan Pantas 30%-80% (DC): Hanya 20 minit
- 0-100km/j: 6.9 saat
- Sistem keselamatan ADAS
- 15.4 inci skrin sesentuh dengan paparan 2.5K
- Saiz tayar 19"

Warna warni Proton Saga
12/12/2024

Warna warni Proton Saga

10/12/2024
02/12/2024

You’ll always be smiling when you drive a Proton Saga.

Rebate RM500
02/12/2024

Rebate RM500

Light up the night with the Proton Persona’s stylish design. Illuminating every drive, perfectly suited for an urban adventure.

28/11/2024

Jumlah mangsa banjir terutama di dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan mendadak pagi ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29,023 berbanding 21,568 yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam semalam.

Sementara itu situasi banjir di Terengganu juga terus memburuk dengan jumlah mangsa direkodkan meningkat kepada 8,215 berbanding 3,768, 8 malam, semalam.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2368516

14/11/2024

Proton X50 dan Honda HR-V.

Aku banyak kali terjumpa dua jenis SUV ini macam berkejaran atas lebuhraya.

Kedua-dua SUV ini duduk di dalam segmen yang sama, SUV segmen B. Jom kita buat perbandingan kuasa enjin antara kedua-dua SUV ini.

Kita mulakan dengan X50.

X50 ada dua jenis enjin,
1.5L Turbo GDI berkuasa maksimum 177 ps @ 5500 rpm, tork maksimum 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

Satu lagi enjin, 1.5L Turbo juga tetapi bukan Turbo GDI tetapi Turbo PFI, kuasa maksimum 150 ps @ 5500 rpm, tork maksimum 226 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

Kedua-duanya menggunakan transmisi dwi klac 7-kelajuan.

HR-V p**a ada 3 jenis enjin, ada yang NA dan hibrid, kuasa maksimum tak berapa besar sangat jadinya tak perlulah kita nak banding dengan X50.

Tetapi HR-V ada juga enjin 1.5L Turbo GDI, beza dengan enjin X50, enjin HR-V 1.5L Turbo GDI merupakan enjin 4-silinder, manakala enjin 1.5L Turbo GDI Proton X50 merupakan enjin 3-silinder.

Kuasa maksimum enjin HR-V 1.5L Turbo GDI 181 ps @ 6000 rpm, tork maksimum p**a 240 Nm @ 1700 - 4500 rpm.

Nampak di situ kuasa maksimum enjin HR-V 1.5L Turbo lebih besar 4 ps berbanding enjin X50 Turbo GDI. Tetapi nilai tork maksimum p**a menang dekat X50 Turbo GDI, 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm, 15 Nm lebih tinggi berbanding HR-V 1.5L Turbo.

Nak tunjuk beza pada tork sahaja mungkin sukar sedikit kita nak faham, jadinya aku tunjuk beza guna unit kuasa kuda metrik pada kedudukan tork maksimum kedua–dua SUV ini.

Tork maksimum HR-V 1.5L Turbo 240 Nm @ 1700 - 4500 rpm. Oleh itu kuasa HR-V 1.5L Turbo pada
1700 rpm adalah 58 ps.
2000 rpm - 68 ps.
3000 rpm - 103 ps.
4000 rpm - 137 ps.
4500 rpm - 154 ps.

Untuk X50 Turbo GDI p**a, tork maksimum 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm. Oleh itu kuasa X50 Turbo GDI pada
1500 rpm adalah 54 ps.
1700 rpm - 62 ps.
2000 rpm - 73 ps.
3000 rpm - 109 ps.
4000 rpm - 145 ps.

Jadinya nampak di situ bahawa walaupun kuasa maksimum enjin HR-V 1.5L Turbo adalah 4 ps lebih besar dari kuasa maksimum enjin X50 1.5L Turbo GDI, pada rpm rendah hingga pertengahan, kuasa enjin X50 Turbo GDI lebih besar antara 4 ps hingga 8 ps.

Dari rpm rendah hingga pertengahan, kuasa X50 Turbo GDI lebih cepat meningkat berbanding HR-V 1.5L Turbo.

Mungkin disebabkan itu di dalam spesifikasi X50 Turbo GDI boleh memecut 0-100 kmsj lebih cepat dari HR-V 1.5L Turbo, 7.8 saat sahaja berbanding HR-V antara 8.7 hingga 8.8 saat, kerana kuasa enjin X50 Turbo GDI lebih cepat meningkat dari rpm rendah hingga pertengahan.

Jika korang tengok pada kuasa maksimum pun, enjin X50 Turbo GDI dapat kuasa maksimum pada rpm yang lebih rendah, 5500 rpm sahaja berbanding kuasa maksimum HR-V 1.5L Turbo pada rpm lebih tinggi, 6000 rpm.

Mungkin kuasa enjin HR-V 1.5L Turbo pada 5500 rpm lebih kurang sahaja dengan X50 Turbo GDI.

Dari sudut kelajuan maksimum, Proton tak ada bagi nilai sebenar, tetapi Honda ada bagi untuk HR-V, 200 kmsj. Itu sebenarnya bukan kelajuan maksimum yang sebenar kerana dari apa yang aku tahu, 200 kmsj tersebut adalah had yang telah ditetapkan oleh Honda untuk kereta dan SUV 1.5L Turbo bertransmisi CVT, jika di Eropah pun yang CVT ada had kelajuan, mungkin kerana nak jaga kesihatan transmisi CVT.

X50 p**a guna transmisi dwi klac, mungkin tiada had kelajuan tetapi dari apa yang aku tahu, kelajuan maksimum X50 Turbo GDI sebenarnya lebih kurang sahaja dengan kelajuan maksimum HR-V 1.5L Turbo.

Sebab itulah bila aku nampak diorang main kejar-kejar di jalan lurus, jarak kedua-duanya tidak jauh. Macam hampir sama sahaja kelajuan maksimum kedua-duanya.

Spesifikasi Proton X50.

Versi Turbo GDI (1.5 TGDi Flagship).

Enjin: 1.5L (1477 cc) 3-silinder DOHC 12-injap Turbo GDI.

Kuasa maksimum 177 ps / 130 kW @ 5500 rpm.
Tork maksimum 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

Transmisi 7-kelajuan dwi klac.
Pacuan hadapan.

Berat 1370 kg.
0-100 kmsj 7.8 saat.

Versi Turbo PFI:

Enjin: 1.5L (1477 cc) 3-silinder DOHC 12-injap Turbo GDI.

Kuasa maksimum 150 ps / 110 kW @ 5500 rpm.
Tork maksimum 226 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

Transmisi 7-kelajuan dwi klac.
Pacuan hadapan.

Berat 1325 kg (1.5T Standard), 1345 kg (1.5T Executive).

β€”------------------------------------------

Honda HR-V.

1.5L Turbo GDI.

Enjin 1.5L (1498 cc) 4-silinder Turbo GDI.
Kuasa maksimum 181 ps / 133 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum 240 Nm @ 1700 - 4500 rpm.

Transmisi CVT.
Berat E-spec 1380 kg, V-spec 1403 kg.
0-100 kmsj E-spec 8.7 saat, V-spec 8.8 saat.
Kelajuan maksimum 200 kmsj.

1.5L NA.

Enjin 1.5L (1498 cc) DOHC 16-injap PFI.
Kuasa maksimum 121 ps / 89 kW @ 6600 rpm.
Tork maksimum 145 Nm @ 4300 rpm.

Transmisi CVT.
Berat 1273 kg.
0-100 kmsj 12.1 saat.
Kelajuan maksimum 187 kmsj.

1.5L hibrid (e:HEV).

Enjin 1.5L (1498 cc) DOHC 16-injap Atkinson Cycle.

Kuasa maksimum enjin 107 ps / 79 kW @ 6000 - 6400 rpm.
Tork maksimum enjin 131 Nm @ 4500 - 5000 rpm.

Kuasa maksimum motor elektrik 131 ps / 96 kW @ 4000 - 8000 rpm.
Tork maksimum motor elektrik 253 Nm @ 0 - 3500 rpm.

Transmisi CVT.
Berat 1393 kg.
0-100 kmsj 10.7 saat.
Kelajuan maksimum 170 kmsj.

Address

Ramaco Motor Sdn Bhd, Lot 14947, Jalan Kuala Berang, Kampung Padang Midin
Kuala
21400

Telephone

+60145177612

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Proton Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share