Ostaz Gugel

Ostaz Gugel penyatuan ummah

28/10/2022

Barang Naik

04/10/2022

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PENDIRIAN POLITIK SEMASA

PAS berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

PAS tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan.

PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan.

"ISLAM MENYATUKAN UMMAH"
“MALAYSIA SEJAHTERA"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Rabi’ul Awwal 1444 / 4 Oktober 2022

04/10/2022

KULIAH DHUHA JUMAAT

KITAB MUQADDIMAH AQIDAH MUSLIMIN

MAKNA RIDDAH (MURTAD)

▫️Murtad bermakna kembali kepada kufur setelah Islam.

▫️Seseorang muslim yang ingkar kepada apa-apa yang ditetapkan oleh Allah adalah menjadi murtad kecuali jika benar-benar jahil.

▫️Hukum murtad tidak diambil terhadap perkara yang kurang jelas atau sangkaan semata-mata. Ia perlu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin ditakwil melainkan kufur menurut nas yang jelas.

Sumber: YB TAN SRI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, 30/09/2022



04/10/2022

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ostaz Gugel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category