22/11/2022
TIP'S KULIT SIHAT & CANTIK
“Wah, makin cantiklah kulit kau. Cemburu p**a aku tengok. Kongsilah rahsia kecantikan kulit kau.”
Bayangkan ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang menegur anda macam ni. Mesti rasa diri sedang melayang-layang kan? Senyum pun panjang sampai ke telinga. Ayat yang sama terngiang-ngiang di telinga tak tahu berapa hari.
Nah, tips-tips kecantikan SUPER hebat khas untuk semua ❤
1. Lakukan Rawatan Ringan
Kadangkala kulit ditumbuhi jerawat disebabkan oleh perubahan hormon, cara basuh muka, solekan yang tebal, sarung bantal yang kotor dan sebagainya.
Jika disebabkan oleh hormon, segera berjumpa dengan pakar kulit. Jika disebabkan oleh solekan, pastikan kandungan bahan di dalamnya tak buat kulit anda alergik dan tersumbat.
Jika kulit anda banyak jerawat dan bintik hitam, rawat masalah itu terlebih dahulu. Jangan terburu-buru membeli produk pencerahan kulit.
2. Minum Air Secukupnya
Jangan ingat kita minum air untuk hilangkan haus saja tau. Kulit juga memerlukan air untuk memelihara kelembapan. Air bukan saja untuk menghidrat, malah memberi nutrisi kepada sel-sel kulit.
Kekurangan air akan menyebabkan kulit muka menjadi kering, bersisik dan gatal.
Yang paling teruk kulit muka akan kurang anjal dan anda senang nampak tua! Jangan lupa minum lapan gelas air setiap hari bergantung pada berat.
3. Elakkan Stress
Semua orang ada masalah. Tak kira suri rumah, pelajar, wanita bekerjaya dan sesiapa saja. Namun, kita tak patut hidup dalam stres setiap masa. Cari jalan untuk keluar dari masalah. Antaranya keluar shopping, tanam pokok bunga, bercuti dan sebagainya.
Apa kata mulai hari ni, sentiasa senyum dan positif. Bukan anda saja yang nampak perubahan pada wajah, tapi orang di sekeliling juga.
4. Jangan Salah Pilih Produk Wajah
Nampak orang lain cantik, kita pun nak cantik sama. Nampak orang lain putih, kita pun nak ikut sama. Ini ialah kesilapan terbesar yang sering kita buat!
Setiap wanita mempunyai kulit yang berlainan. Ada orang yang mempunyai kulit yang berminyak, normal dan kombinasi. Malah, ada p**a yang mempunyai masalah kulit sensitif dan masalah lain macam ekzema dan sebagainya.
Oleh itu, pakai produk yang sesuai dengan anda bukan orang lain. Paling penting beli produk yang mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jangan sesekali beli produk ‘timbang kilo’.
Nak semak produk kosmetik yang telah diharamkan oleh KKM, anda boleh melayari laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency Malaysia (NPRA).
5. Kerap Bersenam
Jangan lupa kita perlu nampak cantik dan pada masa yang sama sihat tubuh badan. Oleh itu, sihat dan cantik perlu bergerak seiring. Bersenam banyak kebaikannya pada kulit wajah.
Kulit mendapat nutrien melalui pembuluh-pembuluh darah di bawah permukaan kulit. Apabila kita bersenam, denyutan nadi akan bertambah. Oleh itu, darah akan membawa lebih banyak nutrien dan oksigen ke kulit.
Tak perlu membuat senaman berimpak tinggi, cukuplah dengan hanya membuat brisk walk, berjoging dan berjalan di keliling rumah. Nak pusing-pusing di mall pun boleh.
6. Jaga Kebersihan Diri
Muka saja kalau cantik tak guna kalau kebersihan diri diabaikan. Bangun saja pagi, jalan lupa basuh muka bersih-bersih. Kotoran yang terkumpul sepanjang malam perlu dibersihkan iaitu minyak di muka, peluh, habuk dan air liur basi anda.
Jangan lupa tukar sarung bantal dan tilam dengan kerap. Di situlah pusat terkumpulnya semua habuk dan kuman. Malah, jangan lupa basuh tuala muka dan badan juga. Pastikan tuala dikeringkan selepas digunakan. Jika lembap dan basah, banyak bakteria yang akan terkumpul.
7. Amalkan Gaya Pemakanan Yang Sihat
Amalan pemakanan yang sihat mengikut saranan KKM dan piramid makanan bukan saja penting untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga kecantikan kulit. Kurangkan makanan yang manis, tinggi garam, berproses dan makanan segera.
Lebihkan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, kalsium dan magnesium yang baik untuk kulit.
Cara penyediaan makanan juga perlu dititik beratkan. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Lebih baik amalkan pemakanan yang dimasak secara rebus, kukus dan bakar.
8. Jangan Tidur Lewat
Waktu tidur ialah masa untuk kita merehatkan diri setelah sehari suntuk bekerja. Badan dan otak juga perlu berehat. Seelok-eloknya tidur seawal 10.00 malam dan dapatkan tidur yang mencukupi selama lapan jam.
Jika tak cukup tidur, wajah akan nampak sembap, tak bermaya, kering dan cepat nampak tua. Bawah mata juga akan nampak gelap dan kendur. Oleh itu, pastikan anda dapat tidur yang berkualiti.
Kesimp**annya, penjagaan kulit muka memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Tak semestinya anda perlu membelanjakan wang yang banyak untuk rawatan dan produk kosmetik. Yang paling penting ubah amalan harian yang mungkin tak bagus untuk kulit.