09/03/2024
Pesan kat adik-beradik kita..
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta, rumah, beli tanah, beli aset sendiri
Bagi ada harta dengan nama sendiri..
Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti..
Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah..
Tak guna...
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jangan fikir, jangan berharap.. jangan letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..
Jangan..
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti...tup² bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sgt² "hak" kita...
Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita...yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka...
Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini..
Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka..
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan.. tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka"..
Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut p**a.. 😥
Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka.. dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan..
Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?
Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb). Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.
Harta Pusaka termasuk :
1-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
2-Kutipan sewa dari harta si mati.
3- Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
4-Premium insurans.
5-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
6-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
Bukan Harta Pusaka :
-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.
Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.
Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.
#
Kredit : Rosdlina Sabiah & co