Cheritaa.com

Cheritaa.com Jangan cerita kalau bukan cheritaa.com

Nabi Zakaria doa minta anak sejak umur 21 tahun, dapat anak umur 90 tahun. 69 tahun baru Allah kabulkan doanya. Sedangka...
24/05/2025

Nabi Zakaria doa minta anak sejak umur 21 tahun, dapat anak umur 90 tahun. 69 tahun baru Allah kabulkan doanya. Sedangkan dia nabi, yang sudah tentu beramal soleh . Tapi kita umat hari ini dosa banyak.. doa malam ni, nak Allah kabulkan esok. Bersabàrlah dalam brrdoa (Petikan kuliah Ustaz Das'ad)

Salam isyak😌

KUCING COMEL DITAHAN SELEPAS MENCAKAR DAN MENGIGIT ANGGOTA POLISSeekor kucing baka 'American Shorthair' 'ditahan' polis ...
24/05/2025

KUCING COMEL DITAHAN SELEPAS MENCAKAR DAN MENGIGIT ANGGOTA POLIS

Seekor kucing baka 'American Shorthair' 'ditahan' polis Thailand semalam selepas mencakar dan mengigit anggota polis. Menurut Berita Harian, kisah kucing ini telah tular di media sosial baru-baru ini. Kucing comel ini diserahkan penduduk kampung ke balai polis kerana dikhuatiri sesat.
Polis dengan senang hati menjaga kucing berantai merah jambu itu denga baik. Namun, kucing itu bertindak agresif dengan mencakar dan mengigit beberapa anggota polis dibalai tersebut.
Seorang anggota polis yang menjaga kucing itu Pakeesuk, telah memuatnaik hantaran di media sosial "Tolong kongsi hantaran ini supaya pemiliknya boleh datang menjaminnya," katanya dengan nada berseloroh.
Pakeesuk membawa kucing berkenaan pulang ke rumah dan memuat naik gambar kucing berkenaan duduk di dalam keretanya. Dia juga menyediakan tempat tidur, makan dan pasir untuk tetamu istimewanya.
Netizen turut membanjiri status Pakeesuk

"Langsung tidak nampak bersyukur" diselamatkan.

"Hei kucing, tanpa polis itu kamu mungkin masih merempat!," kata seorang lagi pengguna.
Sehari kemudian, pemilik asal kucing berkenaan tampil menghubungi balai polis untuk mengambil semula kucing berkenaan.
Menurut portal berita Thailand, Khaosod English, nama kucing berkenaan ialah Nub Tang, yang membawa maksud 'kira duit'.

Rupanya sudah 2 bulan bercerai, tetapi penyanyi "senior" Mas Idayu hanya tutup mulut. Spekulasi perceraian tersebut tela...
24/05/2025

Rupanya sudah 2 bulan bercerai, tetapi penyanyi "senior" Mas Idayu hanya tutup mulut. Spekulasi perceraian tersebut telah disahkan oleh bekas suaminya Muhammad Sufian Che isa.

Menurut Berita Harian, Sufian 54, mengganggap perceraian tersebut disebabkan tiada jodoh. Namun, desas-desus luar mengatakan Ratu Dangdut itu adalah dalang daripada perceraian mereka.

Menjawab spekulasi liar itu, Mas Idayu 53, meminta semua pihak tidak cepat menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Saya sebenarnya tidak baca komen netizen. Saya tidak tahu apa yang mereka cakap mengenai diri saya.

"Tetapi berdasarkan tangkap layar yang diberi peminat, saya dapat tahu mereka tuduh saya sebagai punca perceraian. Mereka cakap seolah-olah duduk dalam kain saya.

"Benar, saya minta untuk dilepaskan. Seorang isteri yang tuntut cerai tanpa sebarang alasan, memang tidak cium bau syurga... Saya sedar hal itu.

"Dalam situasi ini, saya layak (tuntut cerai). Jadi, jangan ada yang cuba manipulasi cerita atau anggap diri adalah mangsa kerana itu sangat bahaya," katanya.

"Saya bersyukur kerana urusan perceraian dipermudahkan. Kami tidak bergaduh dan tidak perlu hendak sebarkan aib kerana dia pernah jadi pasangan saya.

"Beberapa bulan sebelum memfailkan cerai, saya rujuk kepada kadi yang nikahkan saya, ustaz dan mutawif. Saya bertanya apakah saya layak tuntut cerai.

"Saya solat istikharah setiap malam untuk dapatkan petunjuk. Malah, sepanjang Rejab, saya sentiasa bersujud meminta Allah SWT berikan jawapan.

"Jadi, saya ada alasan kukuh untuk tuntut cerai. Buat apa kita hendak bertahan dalam perkahwinan kalau kita tahu tak mampu teruskannya," luahnya.

Untuk rekod, Mas Idayu telah berkahwin dengan Sufian pada tahun 2022. Rumah tangga mereka hanya kekal selama 3 tahun selepas Mas Idayu meminta untuk berpisah. Mereka tidak dikurniai anak.

Mahal juga Mykioks madani ni🧐
24/05/2025

Mahal juga Mykioks madani ni🧐

Lelaki Pakistan ditahan cabul pelajar ketika ke kelasMELAKA - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki menca...
24/05/2025

Lelaki Pakistan ditahan cabul pelajar ketika ke kelas

MELAKA - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki mencabul seorang penuntut wanita sebuah universiti dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh Lama, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 21 tahun berjalan kaki untuk pergi ke kelas.

"Ketika melalui kawasan tangga berhampiran medan selera Ixora, mangsa bertembung dengan suspek yang datang dari arah bertentangan.

"Semasa memberi laluan, lelaki terbabit secara tiba-tiba memeluk dan mencium p**i mangsa,"katanya pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa yang terkejut cuba melarikan diri namun berlaku sedikit pergelutan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian lengannya.

Tambah beliau, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan orang awam kira-kira jam 1 pagi pada Khamis di belakang sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Suspek berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan.

"Siasatan juga mendapati suspek turut memiliki satu rekod lampau membabitkan kesalahan dengan Jabatan Imigresen,” katanya.

Kata Christopher, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan wanita.

Dalam pada itu, gambar suspek turut tular di media sosial dengan keterangan ‘lelaki miang' dan penduduk sekitar Bukit Beruang dinasihat berhati-hati.

SYAMILAH ZULKIFLI
23 May 2025 7:03 pm

Kredit laporan berita Sinar Harian

Asalam & Salam sejahtera ni tadi ada jumpa bungkusan plastik ni di atas zink rumah, masa tu niat nak tampal Zink rumah y...
23/05/2025

Asalam & Salam sejahtera ni tadi ada jumpa bungkusan plastik ni di atas zink rumah, masa tu niat nak tampal Zink rumah yang bocor sebab setiap kali hujan ada je air masuk dalam rumah.

Tapi berbalik dengan bungkusan plastik hitam ni aku sendiri tak tahu siapa punya kerja lempar benda macam ni kat atas rumah aku, pastu aku sendiri pun tak tahu dah berapa lama bungkusan ni menetap kat atas tu.

Jadi dalam kata lain memang sah ada orang yang berniat jahat sebab buang benda ni kat rumah aku, patutlah sejak kebelangan ni asal waktu malam atau waktu magrib ada je benda tak kena kat rumah, dan Salah satunya muncul beberapa ekor tebuan entah datang dari mana...

Kadang ada juga jumpa Ular dalam rumah masa tu mak aku sibuk mengemas entah dah berapa lama benda tu menginap tapi bukan seekor je sebenarnya rupanya ada lagi kat atas Rak buku. Lepastu benda yang paling tak bestnya masa tiap malam Jumaat tu asyik nampak bayang-bayang pocong tapi agak Samar sikit, sebab cara dia muncul sekelip mata je pastu hilang dan bila aku masuk dapur pun macam tu juga.

Dan sekarang ni saya dah jumpa punca dari penyebab Gangguan yang berlaku di rumah aku, jadi sekarang ni kira nak tanam benda Ni jauh2 atau perlu ke jumpa Ustaz dulu sebelum tanam benda ni atau macam mana?

Kredit: KCHM

Tu makan dia, dah semua tak boleh😅
23/05/2025

Tu makan dia, dah semua tak boleh😅

Di Rwanda, seorang wanita berusia 104 tahun telah memeluk Islam pada usia 102. Kisahnya telah berlegar di media sosial. ...
23/05/2025

Di Rwanda, seorang wanita berusia 104 tahun telah memeluk Islam pada usia 102. Kisahnya telah berlegar di media sosial. Wanita itu masuk islam dua tahun lalu.

Selepas menerima Islam, dia tekun menghadiri solat harian di masjid dimana terdapat seseorang dari komuniti setempat akan membantunya sampai ke masjid. Dia akan duduk disana dari pagi hingga petang.

Dia sering lupa cara mengerjakan solat, tetapi dia tetap ingat yang Allah adalah tuhan yang satu, Jesus adalah seorang Nabi dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah.

Walaupun usianya sudah lanjut, dia mempelajari asas-asas imannya dan mendapat ketenangan dalam berdoa bersama jemaah.

Kisah ini adalah bukti kepercayaan bahawa masih belum terlambat untuk mencari iman dan memeluk Islam walau berapa pun umur seseorang.

Kredit: Patih karma wijaya

CEO Batu serah diri, ditahan reman bermula hari ini
23/05/2025

CEO Batu serah diri, ditahan reman bermula hari ini

Kenapa suami boleh berhenti cintakan isteri?Jawapan ni mungkin pahit, tapi… memang kena telan.Sebab kalau baca dengan ha...
23/05/2025

Kenapa suami boleh berhenti cintakan isteri?
Jawapan ni mungkin pahit, tapi… memang kena telan.
Sebab kalau baca dengan hati terbuka, mungkin… awak akan jatuh cinta balik dengan isteri awak. Dan lebih cepat dari yang awak sangka.
Seorang suami pernah cerita:
Dulu, aku tak sabar nak balik rumah.
Rindu suara dia, ketawa dia… bau rambut dia pun aku rindu.
Tapi sekarang? Aku sengaja balik lambat.
Rasa lagi seronok duduk dengan kawan-kawan.
Nak sembang dengan dia pun… malas.
Bila dia call, aku tak angkat.
Dia mesej… aku buat tak tahu.
Malam-malam bila dia baring dekat aku, aku cakap:
‘Penat… nak tidur je.’
Tapi… hakikatnya aku tak penat pun.
Aku cuma rasa… aku dah tak sayang dia.
Dia cuba cari jawapan.
Tanya kawan-kawan lelaki…
Kebanyakannya jawab, “Biasa lah tu. Cinta memang akan pudar.”
Tapi jawapan tu tak tenangkan hati dia.
Dia mula fikir…
Kenapa isteri masih sayang kita macam dulu?
Kenapa cinta dia tak mudah luntur macam kita?
Mungkin salahnya bukan pada dia… tapi pada aku sendiri.
Jadi dia jumpa pakar.
Pakar tu tenang je dengar cerita dia, kemudian tanya:
“Awak percaya pada Tuhan?”
“Ya…”
“Kalau macam tu, ikut satu je perintah Dia. Awak akan rasa berubah, walau tanpa ubat.”
“Apa dia?”
Lalu dia bacakan ayat ni:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, supaya mereka tundukkan pandangan mereka…”
(Surah An-Nur: 30)
Dan doktor tu cakap,
“Awak cuba tundukkan pandangan selama sebulan. Ikut betul-betul.”
Masa dia keluar dari klinik tu, seorang wanita cantik lalu.
Macam biasa, dia rasa nak tengok. Tapi dia ingat balik pesan doktor.
Dia tunduk… dan terus jalan.
Hari-hari lepas tu, berat sangat.
Kat jalan, kat media sosial, kat TV… semua penuh godaan.
Mata dia dah biasa tengok yang tak sepatutnya.
Tapi dia lawan. Dia cuba jaga.
Masuk hari ke-15… tiba-tiba hati dia rasa tenang.
Dia pandang isteri dia… rasa lain sangat.
Dia balik rumah awal.
Cari isteri dia. Nampak dia tengah sibuk kat dapur.
Tiba-tiba… hati dia cair.
Dia peluk isteri dia, kuat.
Dan dia bisik perlahan:
“Saya masih cintakan awak.
Saya cuma… tersesat sekejap.”
Dia pergi semula jumpa doktor tu dan ucap terima kasih.
Doktor senyum dan cakap,
“Bulan belum habis lagi.”
Dia jawab,
“Tapi saya dah dapat semula apa yang saya hilang.
Hati saya… dah kembali.”
Dia pandang ke langit dan ucap:
“Alhamdulillah… syukur Ya Allah atas nikmat ni.”
Sahabat lelaki, ingat…
Kadang, masalah rumahtangga bukan sebab isteri dah berubah…
Tapi sebab hati kita sendiri dah jauh dari Allah.
Bila kita tak jaga pandangan, tak jaga hati, tak jaga iman—
Kita mula rasa hambar dengan yang halal…
Dan mula rasa seronok dengan yang haram.
Nak bahagia semula? Islam dah ajar caranya:
• Tundukkan pandangan.
• Belajar syukur, tengok kebaikan isteri.
• Tingkatkan taqwa, jaga hubungan dengan Allah.
Nabi ﷺ pernah bersabda:
“Dunia ni penuh dengan nikmat. Tapi nikmat paling indah… isteri yang solehah.”
(Hadis Muslim)
Doa pendek tapi sangat bermakna:
اللَّهُمَّ اجعلني قنوعًا بِمَا رَزَقْتَنِي، وَبَارِكْ لِي فِيهِ، وَارْزُقْنِي حُبَّ أَهْلِي وَرِضَاهُمْ
“Ya Allah, jadikan aku reda dengan rezeki yang Engkau beri, berkati ia, dan kurniakan aku cinta terhadap keluargaku, serta cinta mereka kepadaku.”
Dan ya…
Kalau awak ada dua, tiga, atau empat isteri pun,
doa & pengajaran ni tetap kena pada tempatnya.

Kredit: Berita apa hari ini

Di dalam sebuah bilik senyap di Natural History Museum, tersimpan satu kepala. Bukan kepala manusia, bukan kepala haiwan...
22/05/2025

Di dalam sebuah bilik senyap di Natural History Museum, tersimpan satu kepala. Bukan kepala manusia, bukan kepala haiwan biasa, tetapi satu peninggalan terakhir daripada makhluk yang pernah hidup bebas tanpa rasa takut. Aku berdiri di hadapan kaca itu hampir setiap minggu, dan setiap kali, perasaan yang sama menyelubungi aku: kagum, hiba… dan bersalah.

Kepala ini, milik sang dodo. Burung yang telah pupus sejak 344 tahun lalu. Satu-satunya yang masih selamat daripada cengkaman masa dan kerakusan manusia. Ada sesuatu yang menyedihkan pada wajah beku itu. Seolah-olah ia memandang semula ke masa silam, mencari teman-temannya yang sudah lama tiada. Mauritius. Itulah rumahnya dulu. Sebuah pulau syurga di Lautan Hindi, tempat dodo hidup aman damai tanpa musuh semula jadi. Tapi kedamaian itu hanya sementara, sampai manusia tiba.

Dodo bukan makhluk bodoh seperti yang disangka sesetengah orang. Dia cuma tidak tahu apa itu bahaya. Tak pernah perlu lari. Tak pernah perlu melawan. Bila manusia datang dengan senjata, dengan anjing, dengan tikus dan kucing, dodo tak berlari. Dia hanya berdiri dan menunggu nasibnya.

Aku bayangkan seekor dodo, melihat kapal asing datang ke pantai. Langkahnya perlahan, ingin tahu, mungkin tertanya-tanya siapa makhluk yang datang itu. Dan beberapa dekad kemudian, tiada lagi yang tinggal. Hanya cerita. Hanya lukisan. Dan kepala ini.

Setiap kali pelajar-pelajar aku bertanya, “Kenapa kita simpan kepala ini?” Aku hanya jawab, “Kerana ini adalah bukti.” Bukti betapa manusia boleh menjadi pencipta, tapi juga pemusnah. Dodo tak pupus kerana alam. Dodo pupus kerana kita.

Dan kini, kepala terakhir ini bukan sekadar barang pameran. Ia adalah cermin. Ia tunjukkan siapa kita dan siapa kita boleh jadi kalau kita tak belajar dari sejarah. Kepala ini adalah suara bisu sang dodo, yang masih menunggu dunia memahami kenapa dia lenyap.

Comelnya mak dia 🤧
22/05/2025

Comelnya mak dia 🤧

Address

Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheritaa.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cheritaa.com:

Share