E-Catur

E-Catur Perkongsian game peribadi. Hubungi admin untuk sebarang pertanyaan.
(1)

12/11/2024

Daily chess game.

12/11/2024

Morning chess.

“Chess is a fairy tale of 1001 blunders”

(Savielly Tartakower)

ZwischenzugDalam catur, zwischenzug (Germany) atau intermezzo (Italian) atau in between move (English) merujuk kepada si...
28/10/2024

Zwischenzug

Dalam catur, zwischenzug (Germany) atau intermezzo (Italian) atau in between move (English) merujuk kepada situasi di mana pemain catur melakukan satu pergerakan perantara sebelum melakukan pergerakan yang lebih utama.

Zwischenzug selalunya berlaku dengan check ke atas Raja pihak lawan, atau membuat ancaman lebih besar.

Dalam gambar di bawah, Putih mengeluarkan Bishop sambil menyerang Queen Hitam, namun pergerakan itu adalah blunder.

Hal ini kerana Hitam boleh memainkan Qa5+, membuat fork ke atas King dan Bishop di petak b5.

Meskipun Putih boleh menjaga Bishop tersebut dan menghalang check dengan memainkan Nc3, namun di sini hitam mempunyai Zwischenzug Bxc3+!, dan selepas gxc3, Qxb5 membolehkan Hitam mendapat kelebihan satu piece.

Dalam catur, selain bermain dengan buah (pieces), bermain dengan masa juga adalah antara perkara penting yang perlu dibe...
21/10/2024

Dalam catur, selain bermain dengan buah (pieces), bermain dengan masa juga adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Dalam contoh di bawah, GM Arjun Erigaisi mempunyai kelebihan masa yang amat banyak berbanding lawannya, 53 min vs 4 min.

Disebabkan tekanan masa yang amat tinggi, pihak lawannya mengaku kalah kerana menyangka dia telah hilang satu piece di e2.

Hakikatnya, Qd5 dan Qd7+ membolehkan pertukaran Queen dibuat, dan endgame ini adalah draw. (Down 1 piece tapi ada 2 passed pawn sebagai balasan)

Terdapat faktor lain dalam perlawanan ini, antaranya kerana GM Tom merupakan seorang GM dengan rating lebih rendah serta lebih tua, justeru mungkin dia percaya yang Arjun mampu mengalahkannya (trusting the opponent effect).

Paul Morphy: Kebanggaan dan Kedukaan Dunia Catur.Bila berbicara tentang tokoh catur hebat, nama Paul Morphy selalunya me...
09/10/2024

Paul Morphy: Kebanggaan dan Kedukaan Dunia Catur.

Bila berbicara tentang tokoh catur hebat, nama Paul Morphy selalunya merupakan salah satu nama yang sering disebut. Morphy sering diangkat sebagai seorang genius catur, yang karier caturnya tercipta dan terhenti dengan amat cepat.

Morphy belajar bermain catur secara sendiri dengan melihat perlawanan catur antara ayah dan pakciknya. Ayah Morphy tidak pernah mengajar Morphy peraturan catur secara formal, jadi dia merasa terperanjat apabila Morphy berjaya mengalahkan dirinya dan pakcik Morphy sewaktu Morphy masih berusia lapan atau sembilan tahun.

Morphy kemudiannya mula bermain catur di kawasan kelab catur di berhampiran rumahnya di New Orlens, mengalahkan lawan yang lebih tua dari dirinya, serta membina reputasi sebagai seorang "prodigi catur". Pada usia 12 tahun, Morphy berjaya mengalahkan seorang pemain catur handalan (chess master), Johann Lowenthal dari Hungary.

Meningkat dewasa, Morphy dihantar untuk belajar ke England, dan jarang bermain catur selepas itu. Morphy dihantar untuk belajar menjadi seorang peguam, perjalanan karier yang sama seperti bapanya.

Setelah tamat belajar, terdapat tempoh senggang sebelum Morphy dibenarkan untuk mendapat lesen bekerja sebagai seorang peguam. Pada waktu itu, Paul Morphy mendapat undangan untuk menyertai Kongres Catur Amerika Syarikat pertama, satu pertandingan 16 pemain untuk merebut gelaran Juara Catur Amerika Syarikat.

Morphy berjaya menang pertandingan tersebut dan ditabalkan sebagai Juara Catur Amerika.

Pihak Kongres Catur Amerika kemudiannya mula mengusulkan untuk Morphy menentang juara catur dari Eropah, Howard Staunton. Staunton kemudian membalas bahawa Morphy patut hadir ke Eropah untuk bertarung dengannya serta pemain catur lain.

Morphy pergi ke Eropah untuk bermain catur, namun perlawanan antara Morphy dan Staunton tidak pernah berlangsung. Sebaliknya, Morphy berjaya berlawan dengan pemain catur professional dari Eropah seperti Adolf Anderssen (Jerman) dan Daniel Harrwitz (Perancis).

Pulang dari perjalanan di Eropah, Morphy merasakan bahawa tiada siapa lagi yang ada dalam dunia catur untuk dia kalahkan. Morphy kemudian bersara dari dunia catur. Hal ini kerana keluarga Morphy menghalang Morphy dari menjadikan catur sebagai kerjaya, kerana catur pada zaman dahulu melibatkan unsur perjudian.

Paul Morphy tidak pernah terlibat dalam apa-apa kejuaraan catur profesional selepas itu, dan karier peguamnya juga tidak begitu memberangsangkan. Morphy dikhabarkan menghidap masalah mental pada usia hujung 30-an, di mana dia bertindak ganjil seperti menyaman adik iparnya sendiri, serta mengajak rakannya bertarung (duel).

Pada usia 47 tahun, Paul Morphy meninggal dunia akibat strok. Morphy sering dianggap sebagai lagenda yang tidak pernah dapat dilihat potensi penuhnya kerana dia berhenti bermain catur pada usia terlalu muda.

"The ability to play chess is the sign of a gentleman. The ability to play chess well is the sign of a wasted life." - Paul Morphy

Gambar: Opera Game, salah satu perlawanan paling masyhur dalam catur.

06/10/2024

Antara benda utama yang jurulatih akan ajar kepada pelajar, terutamanya tahap beginner;

"Jangan pernah resign. Sentiasa main sampai habis, sebab kita tak tahu nasib kita macam mana."

Kira-kira kalau berminat nak pergi ke World Chess Championship 2024 di Singapura.Jumlah dalam anggaran RM250 untuk tiket...
03/10/2024

Kira-kira kalau berminat nak pergi ke World Chess Championship 2024 di Singapura.

Jumlah dalam anggaran RM250 untuk tiket dan pengangkutan, tidak termasuk makan minum + kecemasan.

Cadangannya adalah untuk beli tiket by pack (5 tiket sekaligus), dapat diskaun dalam sgd10 sorang.

Kaedah pengangkutan adalah menaiki pengangkutan awam (KTM + Bus + MRT). Takde tempat tinggal, sebab kita plan balik hari.

Sekadar kira-kira dulu.

Top 10 Malaysian Chess Player (October 2024).
02/10/2024

Top 10 Malaysian Chess Player (October 2024).

When your opponent attack your rook, offer more rook! As how Levy said it, "SAACCCRIFICEEEE THE ROOOOOKKKKKK!"Tactic: De...
17/07/2024

When your opponent attack your rook, offer more rook! As how Levy said it, "SAACCCRIFICEEEE THE ROOOOOKKKKKK!"

Tactic: Deflection
Previous move: Bb2

🙂

Tactic of the day.Black to play and win!
04/07/2024

Tactic of the day.

Black to play and win!

Simple calculation for amateur player.White to play and win.
26/06/2024

Simple calculation for amateur player.

White to play and win.

Simple tactic. White to play.
25/06/2024

Simple tactic. White to play.

09/06/2024

Playing hyper aggressive once in a while.

Bukan selalu sebenarnya rating 1900 kalah dengan rating 1000 dekat lichess. Berpeluh juga bila sedar kita tengah kalah t...
03/06/2024

Bukan selalu sebenarnya rating 1900 kalah dengan rating 1000 dekat lichess. Berpeluh juga bila sedar kita tengah kalah tu kan.

Tapi ada beberapa move yang nampak macam tak normal dalam game tu, dan bila check profile lawan yang rating 1000 tu, baru sedar, "Oh aku tengah lawan stockfish rupanya".

Bila kita lawan engine, ada satu macam positional squeeze yang engine dan orang terer je selalunya boleh buat (contoh macam Fischer dan Karpov).

Kita report akaun tu, dan alhamdulillah dapat semula rating yang hilang.

Buat semua pemain catur atas talian, jangan menipu ya. Kalah menang tak kisah, janji kita improve dalam game kita.

25/05/2024

Alien gambit works! 😂

17/05/2024

Chess during class break!

14/05/2024

Alien Gambit!

P/s: I don't know what I was doing 🤣

23/04/2024

Morning chess!

Address

Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E-Catur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to E-Catur:

Videos

Share