![Program Ziarah Kasih Pewaris Bangsaku Puteri UMNO Tenggara14 Disember 2024Sabtu9.00 pagi - 2.00 petangPuan Siti Khadijah...](https://img3.medioq.com/241/211/1130514862412117.jpg)
14/12/2024
Program Ziarah Kasih Pewaris Bangsaku Puteri UMNO Tenggara
14 Disember 2024
Sabtu
9.00 pagi - 2.00 petang
Puan Siti Khadijah, Ketua Puteri UMNO Bhg Tenggara dan barisan Ajk Pergerakan Puteri UMNO Bhg Tenggara mewakili Ybhg. Dato’ Sri Dr. Hj. Adham bin Baba, Ketua UMNO Bahagian Tenggara menyantuni Ibu muda yang baru melahirkan cahaya mata.
Seramai 15 orang ibu muda dan bayi mereka dapat kami santuni pada hari ini. Didoakan semoga anak-anak ini menjadi anak yang mentaati kedua orang tua, menjadi pemimpin yang menjaga agama Islam dan Bangsa Melayu. Menjadi anak2 yang berjaya di dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada Ketua-ketua Kampung, Ketua-ketua Cawangan, danKetua Wanita Cawangan yang turut serta dalam ziarah kasih ini.