Long Tanid
Mana tau ada yang rindu kampung 😄
Makan angin di pedalaman Lawas, Sarawak
Puneng Tusan - Lawas, Sarawak.
Kali ini merantau ke pedalaman Lawas untuk membuat sedikit penggambaran bersama dengan komuniti di sini. Sebuah perkampungan kecil yang kaya dengan beras. Sawahnya luas bukan alang-alang. Kerbau dan bangau pun hidup bahagia di sini. "Highway" ke sini penuh dengan pemandangan gunung dan sungai.
_ _
Satu inovasi yang diciptakan untuk membantu komuniti di luar bandar khususnya, bagi meningkatkan sosio-ekonomi mereka;
https://www.facebook.com/share/v/nnGPUpvZTenkPLdG/
Suasana Pagi Hari di Pedalaman Timur Sarawak
Seperti orang-orangnya juga, kampung ini memang cantik. Kaya dengan hasil tani. Udara gred A+
Kampung Puneng Trusan. Salah satu daripada kampung masyarakat Lun Bawang di kawasan timur di pedalaman Sarawak. Lebih kurang 105km jaraknya dari bandar Lawas.
Mari ke taman permainan
Cuaca yang panas adalah waktu yang indah untuk merendamkan diri😇
Laluan Bersejarah
Sungai berbatu ni payah dibuat kawan. Sikit-sikit jeram. Ke hulu jeram, ke hilir pun jeram.
Di sekitar kawasan kampung, boleh dikatakan semua jeram ada nama diberi. Semua orang yang bawa perahu pun kenal sangat selok belok sungai dan jeramnya.
Namun lain pula ceritanya apabila kita pergi jauh ke hilir dari kampung. Jeramnya di sana, kita yang generasi anak-anak muda ni tak berapa nak kenal sebab memang tak pernah lalu pun kawasan sana. Sudahlah tak kenal, ganas-ganas pula tu. Tak kenal maka tak cinta lah kan.
Tapi kalau bab-bab hutan dan sungai ni tetap ku sinta biarpun tidak kenal.
Bila kita jalan jauh begini, pasti ilmu dan pengalaman akan bertambah. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. Luas juga sakit belakang ku kalau berkali-kali jumpa jeram.
Oleh yang demikian, jika kita berhasrat untuk pergi mengembara jauh, pastikan kelengkapan semua tersedia rapi, kerana bertembung batu itu tidak seindah bertembung kamu😌
Sekian terima kasih.
- - -
Mari saksikan episod sebelumnya di:
Facebook / https://fb.watch/qp-DtY-noa/
Youtube / https://youtu.be/5NwzvopuSa4
Kubu Orang Lama
Banyak terjumpa jeram-jeram liar yang menyeramkan sepanjang perjalanan menuju ke sini.
Kawasan ini memang jarang dilawati manusia. Jauh dari perkampungan orang. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan arus sungai yang ganas menjadikan kawasan ini kurang sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan.
Namun suatu ketika dahulu, ini merupakan Kubu orang Kelabit dan juga tempat persinggahan bagi mereka apabila mereka turun ke bandar melalui jalan sungai untuk tujuan berdagang (ke Marudi-Miri).
Dokumentari pendek mengenai tempat ini:
https://fb.watch/qgMNWrE-Tj/
Cerita perjalanan ke tempat ini, part 1:
https://fb.watch/qgMWyJYc3i/
Boleh saksikan di Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=5NwzvopuSa4
Rider Sungai
Hujan lebat masa ni. kebetulan masa nak balik tu semua cabang sungai di hulu banjir. Kalau tengok paras sungai naik ni hati memang senang, batu semua terbenam, kita pun duduk mengeram.
Oleh sebab pilot kita pro Ephui Ephui boleh lah duduk santai sampai tiba di kampung.
Ketika air surut, janganlah ke hulu
Kerana ketika sungai cetek, maka pinggang dan tulang belakang lah yang akan bekerja lebih keras daripada enjin perahu. Namun tidak mengapalah, badan pun sudah macam beruang, sesuai jugalah kalau bakar-bakar kolesterol. Konon😌 Padahal pergi ke hulu tu mencari makan.
Lokasi: Kampung Long Lellang, Sarawak
Jika diseru, pasti akan datang..
Tempoh hari ke Kalimantan Utara, inilah tujuannya. Ditugaskan untuk membuat liputan media terhadap projek penyiapan Micro Hydro di sebuah perkampungan kecil yang jauh di pedalaman Kalimantan, Indonesia yang dinamakan Desa Tadungus.
Setelah sekian lama, akhirnya penduduk di kampung ini dapat menikmati renewable energy dari sistem Micro Hydro yang dibangunkan sendiri oleh penduduk kampung dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada team TONIBUNG - TObpinai NIngkokoton koBUruon kampuNG.
Sebelum ini, mereka menggunakan 'genset' atau generator, itupun segelintir dari mereka sahaja. Kos bahan bakar pun bukannya murah untuk kegunaan harian kan. Kampung pun jauh dari pekan/bandar.
Namun, apa yang pasti, ibu-ibu di sini boleh sudah masak sup Ikan Pelian extra kaw malam-malam.😍 Terima kasih buat penduduk Desa Tadungus atas hospitality anda yang sungguh luar biasa. Tetamu yang datang hanya 7 orang, namun makanan yang dihidangkan setiap hari boleh kasi makan 1 kampung!🤣
Terima kasih. Onsoi!
- -
Kawan-kawan silakan tengok full video di sini ya.
https://fb.watch/q7u8q7Gm4V/
Jika anda ada keperluan dan keinginan untuk mengenali sistem Micro hydro ini, silakan berhubung dengan:
Right Energy Partnership
https://rightenergypartnership.org/about/
Create Borneo
https://createborneo.org/what-we-do/
Filmed by Third Rice Culture Media Productions
Candy Yik, Chee Ming
Mari test perahu baru
Tuan punya perahu sudah pulang ke kampung, maka turunlah perahunya ke sungai. Jarang sekali perahu ni mandi sungai kerana tuannya pun jarang balik kampung.
Panjang perahu lebih kurang 6 depa setengah. Ini boleh dikatakan perahu sederhana besar di sini. Orang kampung tak minat sangat perahu besar ni sebab berat, agak mencabar pinggang dan tulang belakang kalau dijadikan perahu kegunaan harian.
Sungai di sini pun jenis berbatu dan deras. Oleh yang demikian perahu yg lebih kecil menjadi pilihan masyarakat setempat, lebih mudah untuk dikemudikan terutamanya di selok-belok sungai yang bahaya. Kalau sangkut pun lebih mudah dan ringan untuk ditarik.
Akan tetapi, kalau air pasang, perahu besar ni lah yang terbaik.
Lokasi: Long lellang, Miri, Sarawak
Setiap rumah dipenuhi kayu api..
Sempat bertukar cerita, berkongsi pengalaman dengan penduduk di kampung di sini mengenai kehidupan di pedalaman nun jauh di pelusuk hutan tebal. Saya sendiri juga lahir dan membesar di pedalaman. Banyak perkara yang saya rasakan di sini membuat saya terkenang dengan kampung sendiri.
Seperti kayu api dan dapur api di luar rumah. Makanan yang dimasak menggunakan kayu api ni memang tiada tandingan. Hidup di kampung ni cukup sederhana dan kebanyakan keperluan adalah free dengan syarat diri harus rajin. Rajin mencari bukan rajin mencuri ya🤣
Info Update:
Desa Tadungus Kc. Lumbis Ogong, kab. Nunukan Provinsi kalimantan utara. Desa kami ini berada di daerah pedalaman kalimantan utara. dan pada umumnya terletak diperbatasan Indonesia-Malaysia - Yosep tadungus
Selepas makan kepala ikan, malam-malam dengar bunyi beruang..
Setelah 4 jam duduk dalam perahu berkelajuan tinggi. Disambut pula dengan sup terjun Ikan Pelian, waduh!! Nikmat! 12 jam lebih perjalanan untuk sampai ke destinasi, semuanya keletihan. Maka tidurnya keluar mantera beruang.
Video seterusnya kita akan kongsikan tujuan kita ke Kalimantan ya!
Ada yang panggil ketinting, keteteng, setinting, tinting. 🤣 Yang penting istilahnya difahami saja.
Semakin Jauh, Semakin Jernih..
Sungai yang bersih dan cantik itu kebanyakannya jauh di hulu, di kawasan pergunungan..
Sungai ini terletak di sebuah perkampungan orang Murut Agabag yang digelar sebagai Desa Tadungus di Kalimantan Utara. Cantik sungai ni. Sejuk dan disembunyikan oleh pohon-pohon yang tinggi, hutannya masih tebal tidak terkacau.
Penduduk di sini pun pandai pakai ketinting, sama macam di Sarawak😄 cuma design perahu ada berlainan sedikit.
Sungai Sumber Kehidupan..
Ada kawan-kawan kita yang tanya sungai ni pandai jernih juga ka..
Selalunya sungai-sungai besar ni memang sentiasa keruh. Mungkin 300 tahun dahulu pernah jernih? Kita pun kurang pasti. Yang pastinya sekarang sungai di sini memang akan sentiasa dikeruhkan oleh pembangunan dan kemajuan.
Hakikatnya begitulah, di mana ada permintaan untuk kemajuan, di situ pastinya ada alam dikorbankan.
Kampung Terakhir di Sabah..
sebelum masuk ke Kalimantan, inilah kampung terakhir, paling hujung di Sabah yang terletak di kawasan perbatasan Malaysia-Indonesia. Namanya Kampung Bantul.
Sempat merasa sekejap duduk di beranda rumah sambil menikmati pemandangan hutan tebal dan sungai yang luas di depan rumah. Bayangkan kalau ada kopi sama biskut Hup Seng. Waduh nikmat!
Pembangunan di Pelusuk Rimba
Dari jauh kelihatan seperti 5 Star Resort. Kurang pasti pembangunan apakah ini. Mungkin ada kawan-kawan dari Kalimantan Utara yang tahu?🤔
Indahnya Pemandangan Kalimantan
Pengalaman pertama menjejak kaki ke Kalimantan Utara melalui pengangkutan sungai. Sungainya punya deras, luas, ombaknya tinggi bukan alang-alang bos.
Akan tetapi, hati sungguh teruja melihat keadaan kampung-kampung di sepanjang pinggir sungai di sini, rumahnya semua tersusun rapi. Di sini merupakan kawasan penempatan suku Dayak Murut. Memang orang-orangnya handal bertukang dan mengemudi perahu.