Chester Pang彭

Chester Pang彭 We talk & share about digital content providers & players as well as public interest issues

Perkongsiaan pertama 2025!1. Sebagai pembuka FB page peribadi saya untuk tahun ini, selain filem arahan pertama saya   a...
18/01/2025

Perkongsiaan pertama 2025!

1. Sebagai pembuka FB page peribadi saya untuk tahun ini, selain filem arahan pertama saya akan ke layar perak suku tahun ke-2 2025, awal bulan ni juga kami baru sahaja siap penggambaran sebuah telefilem dimana saya hanya sebagai producer.

2. Tapi semua tu bukan topik yang saya nak share disini tapi lebih berkenaan dengan pelakon pelapis muda untuk industri kreatif Sabah.

3. Baru-baru ni, pengarah Cinta U, Sdr Ramli Carlo ada menyuarakan tentang defisit pelakon utama wanita muda di Sabah. Luahan beliau turut dikongsi oleh salah seorang lagi pengarah senior Sabah, Marlin Brando dengan jawapan berseloroh "Tidak dpt pla kita kasi muda balik pelakon senior perempuan yg bagus2 ni Li".

4. "susah cari he**in muda, ada yg mau tapi tidak memenuhi p**a syarat asas dikenakan oleh pihak penyiar spt dikenali n seumpamanya" tambah Marlin.

5. Sebenarnya Sabah ada ramai pelakon yang berbakat tetapi kriteria penerimaan pelakon yang ditetapkan terutamanya oleh stesen TV adalah bersyarat. Saya rasa ramai sudah tahu apa syarat-syaratnya kerana pernah suatu ketika dahulu hangat diperbincangkan di dalam media sosial. Tetapi kalau anda belum tahu, nanti lain kali kita kongsikan.

6. Balik kepada apa yang saya ingin kongsikan. Untuk mengisi defisit ni sebenarnya 2 organisasi di Sabah berikut banyak membantu.
i.
ii.

7. Saya sendiri sudah pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon graduan dari UMS, malah dengan kru belakang tabir yang berkemahiran tinggi. Yang ke-dua ialah atau .

8. Saya nak cerita lebih berkenaan UNK ni. Berbeza dengan ASTIF, UNK ni merupakan pertandingan ratu cantik. Para peserta dari awal perlu ada kekuatan mental untuk menyertai pertandingan diperingkat daerah sebelum terpilih ke peringkat nasional di KDCA, Penampang. Mereka perlu bersemuka dikhalayak ramai dengan keyakinan diri, memperagakan keanggunan diri dengan pakaian tradisional, menjawab soalan spontan dan macam-macam lagi. Dengan glamorous sebagai peserta mereka dengan mudah boleh mendapat ramai pengikut di media sosial.

9. Sepanjang proses hampir sebulan bagi 51 perserta yang terpilih, mereka terus dilatih dan diajar bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Dari sana para peserta UNK akan mengalami pelbagai cabaran dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menjadi yang terbaik.

10. Pendek kata, UNK merupakan salah satu platform yang dapat melahirkan lebih ramai pelakon pelapis untuk industri kreatif di Sabah dan yang penting dapat memenuhi syarat & kriteria stesen TV kerana mempunyai paras rupa, ramai follower dan yang penting sekali boleh berlakon.

11. Berikut (poster) antara gabungan UNK senior dan junior dalam filem .

12. Ketika saya sedang menaip perkongsian ini pun, sebuah produksi dari Malaya sedang membuat penggambaran telefilem RTM "Mistik Klinik" disini.

Sampai berjumpa lagi di lain lembaran.





Like and follow for more update!


1. Sejak penubuhan FINAS awal 1980an, rakan-rakan industri di Semenanjung Malaysia selama lebih 30 tahun sudah menikmati...
27/09/2024

1. Sejak penubuhan FINAS awal 1980an, rakan-rakan industri di Semenanjung Malaysia selama lebih 30 tahun sudah menikmati bantuan dan sokongan dana berjumlah ratusan juta.

2. Kita di Sabah cuma bermula 2019. YB Gobing Singh menteri KKMM masa tu (2018) datang berjumpa dengan penggiat industri Sabah). Itu pun 2020-2021 ada gangguan Covid.

3. Kami di Sabah dan Sarawak tidak perlu 30 tahun, hanya perlu 5 tahun saja lagi untuk membangun setaraf dengan rakan-rakan penggiat filem di seluruh Malaysia.

4. Cadangan untuk khidmat Pengerusi dan CEO FINAS dilanjutkan sekurang-kurangnya 4 tahun daripada 2 tahun untuk memastikan pelan perancangan dapat dilaksanakan juga harus disokong.

Fahmi Fadzil

KOTA KINABALU: Sabah filmmakers welcome the National Film Development Corporation Malaysia (Finas)'s plan to establish a Borneo Media Excellence Center in Kota Kinabalu.
President of the Kota Kinabalu Film and Video Association (KKFVA), Chester Pang, said they have long awaited such infrastructure to be built in Sabah and hope that the plan will become a reality.
"Currently, Finas is in the process of collecting the necessary data for a feasibility study so that a proposal for the establishment of this center can be submitted for inclusion in the 13th Malaysia Plan (13MP).
"As a filmmaker myself, I hope more initiatives and facilities will be provided under the 13MP to boost the film industry in Sabah and Sarawak.
"The film industry in both states is still in its developmental stage. Therefore, a center like this is crucial for filmmakers in these regions to improve their productions.
"If it becomes a reality, I am sure it will also facilitate Finas' initiatives to enhance cooperation between Sabah and Sarawak film productions and those within the East ASEAN Growth Area - Brunei Darussalam-Malaysia-Philippines (BIMP-EAGA)," he said on Thursday.
Earlier, the media reported that Finas plans to establish a Borneo Media Excellence Center here, which will provide post-production facilities to help Sabah filmmakers develop their works.
Meanwhile, Chester hopes the Ministry of Communications will continue the Borneo Pitch Fund for filmmakers in Sabah and Sarawak.
He added that the RM11 million allocation under the Creative Content Fund (DKK) for the Film Sector, recently announced by Communications Minister Fahmi Fadzil, is insufficient for the whole country.
"We are grateful for the Ministry's concern in introducing the DKK. However, what filmmakers in Sabah and Sarawak are most looking forward to is an increase in the Borneo Pitch Fund.
"But we were disappointed when the minister did not announce it during the recent meeting with filmmakers in Kota Kinabalu, only stating that quotas for Sabah and Sarawak would be introduced."
According to him, the Borneo Pitch Fund has significantly helped filmmakers in Sabah and Sarawak, not only in producing higher-quality productions but also in terms of networking.
"We welcome Finas' initiative to focus on stories and collaborations with countries under BIMP-EAGA.
"However, without the Borneo Pitch Fund, how can we develop our works to support this initiative?
"For now, KKFVA has taken its own initiative to participate in the TiFFCOM Film Market in Tokyo, Japan, from October 30 to November 1, as part of our efforts to promote and introduce Sabah films to the international stage. The Kota Kinabalu International Film Festival (KKIFF) also just started a similar initiative," he added.
He said that without the special fund, filmmakers in both regions now have to compete with their counterparts in Peninsular Malaysia to secure the DKK.
Therefore, he hopes the criteria and conditions for applying for the DKK will be relaxed for industry players in the two Borneo states.
"The criteria and conditions set are too difficult to meet for film productions in Sabah and Sarawak, especially compared to productions from the peninsula, which have benefited from Finas for the past 30 years.
"In contrast, the film industry in Sabah and Sarawak only began receiving attention in 2018, and the two-year Covid-19 pandemic has hampered the development of the industry in both states," he said.

Credit:

Skrip!1. Adakah visual dan lakonon yang dipamerkan dalam filem memenuhi imaginasi si pembaca dengan apa yang diceritakan...
12/07/2024

Skrip!

1. Adakah visual dan lakonon yang dipamerkan dalam filem memenuhi imaginasi si pembaca dengan apa yang diceritakan dalam skrip?

2. Selalu saya kongsi dengan kawan-kawan, kalau setakat cerita baik bila dibaca tidak bermaksud dalam filem ianya akan menjadi. Selain faktor lakonan, prop & wardrobe amat penting untuk melengkapi keseluruhan penceritaan.

3. Biasanya untuk merealisasikan skrip kepada filem bermula diperingkat PRODUKSI tapi sebelum itu, PreProd paling awal perlu dilakukan ialah SKRIP.

4. Dari skrip barulah kita tahu berapa bajet, siapa tenaga produksi, siapa pelakon dan lain-lain persiapan seperti cadangan pakaian, prop, lokasi dan sebagainya.

5. Secara ringkas dari pengalaman saya sebagai Pengarah filem cereka kali pertama dalam Filem MANTERA, saya mengambil masa lebih dari 9 bulan untuk menambahbaik skrip sebelum memulakan penggambaran.

6. Selain meminta pandangan rakan-rakan dalam dan luar bidang, saya turut mendapatkan komen dan pandangan skrip dari tokoh akademik. Hasilnya ialah skrip versi 31 Ogos 2023 telah mengalami perubahan drastik dari segi struktor plot, pembangunan karakter dan "show don't tell" menjadikan 118 mukasurat kepada 98 mukasurat.

7. Akhir sekali melalui penghayatan skrip oleh semua pelakon dan komen lojik dan keperluan dialog dalam sesi bengkel dan skrip reading, skrip versi Final 1.4 MANTERA bagi saya telah mencapai 99% mantap dan digunakan untuk peringkat PRODUKSI.

8. Cerita kita sudah ada, Produksi sudah siap dan kini diperingkat Pasca Produksi - editing. Semoga visual dan standard pelakon memenuhi apa yang diharapkan dan yang paling penting ialah memenuhi citarasa majoriti penonton.

9. Mari kita sama-sama doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan diberi keberkatan.

P.s Jangan lokek kasih orang baca skrip.

Sekian. Orang baru dalam industri.

Credit: Skrip asal Kimberlie Chaw



1. Tahniah tompinai Marc Abas kerana share kadar bayaran (rujukan) untuk para pelakon.2. Memang betul lain produksi lain...
05/06/2024

1. Tahniah tompinai Marc Abas kerana share kadar bayaran (rujukan) untuk para pelakon.

2. Memang betul lain produksi lain kadar (rate). Ada lagi kadar untuk Telemovie, Drama, Majalah dan yang paing tinggi untuk filem dan komersial.

3. Biasanya, para pelakon akan tanya berapa babak (scene) dan berapa hari, dimana (transport) dan makan minum + penginapan (jika jauh) tetapi kalau boleh minta dahulu skrip supaya kamu boleh kira sendiri scene dan watak yang anda ditawarkan.

4. Akhir sekali, jika anda sudah setuju dengan kadar dan bayaran, kerja lah dengan apa yang anda sudah sign (contract). Jangan p**a lepas shoot pandai cakap belakang kononnya tidak puas hati dengan bayaran lah, bayaran sepatutnya kira per scene bla bla bla...

Sekian, perkongsian kawan-kawan.

Ramai bakal2 pelakon bertanyakan saya bayaran sebagai pelakon di Sabah.
Begini , saya tidak tahu kadar bayaran tetap, tetapi saya bagitahu berapa kalau saya bayar jika projek saya , yang ada dana .

Pelakon Extra : 50rm , bersama saya untuk hari itu, samada satu atau tiga scene, selama 8 jam.

Pelakon Tambahan : Berdailog , 100rm . Sehari bersama saya, sekitar 8 jam, 1- 5 scene.

Pembantu pelakon : Package 1000rm - 3500rm.

Pelakon Utama : Package 7,000rm-10,000rm +
Bergantung pada Nama, Pengalaman, Pop**ariti.
"Ini kadar bayaran yang saya bagi, 2 tahun lalu.
Sekarang lain cerita."

Makan / minum ditanggung , jika jauh , tempat tinggal dan pengangkutan disediakan .

Jika tiada Dana, itu lain cerita, itu perbincangan antara kita berdua.
Moga jawapan ini boleh melindungi anda sebagai bakal2 pelakon kelak.

1. Perlukah kru produksi dari Semenanjung Malaysia (Malaya) atau Sarawak memperolehi permit Jabatan Ketua Menteri (HEDN&...
03/06/2024

1. Perlukah kru produksi dari Semenanjung Malaysia (Malaya) atau Sarawak memperolehi permit Jabatan Ketua Menteri (HEDN&P) untuk membuat penggambaran (produksi) di Sabah?

2. YA, Ya dan ya!

3. Sama juga kepada kru yang hendak membuat penggambaran di Sarawak. Sabah dan Malaya perlu memohon melalui Jabatan Premier Sarawak untuk kebenaran penggambaran (produksi).

4. Semua itu termaktub dalam bidang kuasa dan undang-undang dalam negeri Sabah dan Sarawak. Kalau kamu hendak curi-curi masuk tanpa memohon pas/ permit maka anda perlu tanggung implikasi perundangan apabila ditangkap atau ditahan oleh pihak berkuasa.

5. Antaranya anda boleh di tahan dibawah akta imigresen Sabah, peralatan anda dirampas oleh DBKK atau pegawai penguatkuasa majlis perbandaran atau daerah tempatan.

6. Laporan boleh dibuat dengan JKM-HEDN&P, Imigresen Sabah dan Kerajaan Tempatan seperti DBKK, Majlis Perbandaran dan Pejabat Daerah. Boleh google saja melalui telefon pintar anda.

7. Saya juga ingin mencadangkan kepada iaitu bila ada produksi ingin memohon SPP untuk penggambaran di Sabah dan Sarawak perlu ada *Notis makluman - produksi perlu memohon Pas / Permit dari Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM) atau Jabatan Premier Sarawak (JPS) agar mereka tidak salah faham dengan fungsi Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) Finas.

8. Sebagai info tambahan kepada syarikat produksi Sabah dan Sarawak, jika anda ingin membawa masuk artis atau kru dari luar negara (luar dari Msia) perlu melalui PUSPAL terlebih dahulu sebelum ke JKM / JPS.

9. Bagaimana p**a dengan KOL atau Influncer( dari luar Sabah)? Biasanya mereka tidak apply sebab mereka datang pun 2-3 org sahaja untuk membuat konten media sosial sambil melancong. Jadi, ada kelonggaran sedikit.

10. Sebagai penutup, janganlah main langgar saja kalau hendak masuk ke Sabah atau Sarawak sebab di Sabah dan Sarawak ada kru juga yang kamu boleh ambil berkhidmat. Mungkin anda ada sebab tersendiri mahu bawa orang dari luar tetapi kamu perlu hormati undang-undang (Pas/ Permit) kerana tujuannya dibuat adalah untuk melindungi kepentingan (kru/ artis) tempatan.

Chester Pang
Presiden
Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu



bahagian Pas, Visa & Permit



👇🏼Shooting untuk Malaysia Tourism pun perlu apply Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK).

24/05/2024

Shoot filem cereka tapi budget SuperTeli konon!

1. Saya agak terkejut dan terkilan apabila seorang producer (orang baru) mengaku budget SuperTeli hanya kerana ingin sewa equipment saya dengan harga murah padahal produksi dorang mendapat Dana (DKD) Finas untuk Filem Cereka (Feature Film).

2. Dalam fikiran saya sama ada dia cuba mahu buyuk untuk mendapatkan harga murah atau boss dia tidak beri maklumat atau info penuh (tipu) kepada dia sehingga kelihatan macam kurang bijak.

3. Untuk makluman, Finas hanya meminta kredit "disokong dengan DKD Finas" bagi syarikat yang menerima tawaran pada penghujung filem bermaksud dana yang diberi hanya untuk menyokong jumlah kos penggambaran. Bukan biaya sepenuhnya, dan bermaksud lagi, produksi perlu cari baki kekurangan.

4. Sebagai contoh budget sebuah projek filem ialah RM1.2 juta. Produksi hanya ada RM400k dan memohon dana RM800k tetapi Finas hanya tawarkan RM500k maka kurang RM300k. Jadi macam mana?

5. Macam ni;
a. Cari tu RM300k dari funder lain atau sponsor.
b. Kecilkan produksi ke RM900k
Bermaksud produksi dengan modal sendiri RM400k dan DKD Finas RM500 = RM900k.

6. Macam mana pun tidak mungkin dengan budget SuperTeli iaitu antara RM180k-RM250k kalau projek dibawah stesen tv tempatan. Ini kita faham sebab untung hanya sekali kerana ip milik stesen tv.

7. Sebagai seorang producer, saya faham yang produksi mahu untung/ jimat tetapi bukan dengan cara mahu kaut dari DKD kerana kru kerja macam kena buyuk dan paling teruk ialah kualiti produksi akan terkesan. Sudahlah budget tak cukup, mahu songlap lagi dana bantuan.

8. Akhirnya industri kreatif dan kualiti karya (filem cereka) kita di Sabah tidak akan meningkat dan pada masa yang dipandang rendah kerana berkarya dengan cara tidak ikhlas dan berbohong.

9. Bagi saya p**a selepas mengarah filem cereka pertama dengan sokongan DKD, saya terima teguran iaitu kalau tiada duit jangan buat filem. Maksudnya, pastikan sudah cukup bajet baru roll... setakat jangkaan dan pengiraan itu masih tidak memadai - Saya lalui tekanan emosi & stress tahap Gaban juga.

*Sentiasa dalam ingatan saya: Orang ada keluarga mahu dikasih makan dan bil untuk dibayar.

**Teguran dan cakap belakang tu saya terima dengan hati terbuka untuk majukan diri.

***majulah filem untuk negara.

04/04/2024

Tahun ini berapa job untuk Sabah?

1. Setakat 4 April 2024, Finas telah luluskan DKD bernilai RM800,000 kepada 4 syarikat. Iaitu sebuah filem cereka & 3 dokumentari.

2. Akan datang, pengumuman berkenaan Dana Finas-RTM iaitu Dana dari Finas Supertele untuk siaran RTM. Buat masa ni hanya 1 syarikat yang saya tahu telah mendapat email dengan DANA RM100,000 (Supertele tapi RM100k saja). Kita tunggu pengumuman dari Finas dalam masa terdekat ini.

3. Bermaksud untuk Sabah bagi suku pertama 2024 (fasa II 2023 punya budget) setakat hari ini confirm hanya dapat lebih kurang RM900,000 untuk 5 syarikat.

4. Diharapkan keputusan pitching RTM akan datang akan beri lebih banyak peluang kepada produksi Sabah (Saya tiada hantar proposal tahun ini). Kalau hanya bergantung dengan 3 doku & 1 telemovie itu, susah penggiat filem kita cari makan.

5. Walau apa pun, baki 2 projek lepas iaitu North Borneo Crisis dan 8 Ringgit Millionaire dengan jumlah Dana RM1 juta iaitu RM500,000 masing-masing ditambah lagi sponsor dan funder sudah pasti akan dapat membantu penggiat untuk 3 bulan mendatang ini.

6. Sekurang-kurangnya 💰 30% akan ke kru dan 10% ke cast. Pandai-pandailah kamu pi hantar resume & hadir casting.

7. Industri kreatif perfileman kita di Sabah ni masih kecil. Hanya dengan support-mengsupport saja kita boleh bertahan. Saya percaya Finas juga akan mencari kaedah terbaik untuk membantu kita di Sabah.

*Bah, mari kita patak-patak modal buat filem.

**Selepas raya ni saya sudah free. Siapa mau ambil saya jadi AD atau PM atau ART atau Best boy, PM saja... harga kawan-kawan 😅

Notis: Posting ini diturunkan diatas permintaan majoriti HoD.
31/03/2024

Notis: Posting ini diturunkan diatas permintaan majoriti HoD.

31/03/2024

Sunday tu Ahad

1. Thank you kawan-kawan Penerbit, Pengarah dan penggiat industri yang menghubungi dan text saya sejak kelmarin. Selain memberi semangat, banyak juga rintihan yang mereka kongsikan.

2. Selain bertukar-tukar info terkini berkenaan industri Filem Sabah yang masih kecil ini, kami juga berkongsi pandangan tentang tahap dan perkembangan pelakon dan kru.

3. Rata-rata penerbit/ director memberi pandangan positif terhadap peningkatan pelakon / kru. 2-3 orang yang selalu buat masalah tu perkara biasa kerana sikap ego dan kaki batu api yang tertanam dalam dirinya yang mungkin dia sendiri tidak sedari. Jadi saya pun setuju dengan mereka agar jangan libatkan orang macam tu dalam produksi kelak.

4. Antara topik yang kami kongsikan ialah penggambaran filem Giring, SDB, Terjebak, Mantera dan akan datang 2 filem yang akan memulakan penggambaran selepas raya dan dalam bulan Mei. Kebetulan kedua-dua filem ini juga dalam bahasa Mandarin iaitu North Borneo Crisis oleh Michelle Xin iaitu antara 4 syarikat yang mendapat Dana DKD tahun lepas bersama-sama dengan Giring, SDB & Mantera dan 8 Ringgit Millionaire oleh Katak Chua yang mendapat Dana DKD 2020 tetapi tertangguh disebabkan oleh Pandemik Covid. Selain itu, Michelle Xin turut mendapat Dana Kedua iaitu Rise of Lion 2 tetapi belum ada info tarikh penggambaran tetapi usaha pre-prod sedang berjalan.

5. Tahun ini juga dijangkakan 2 filem tempatan Sabah iaitu Sinakagon dan Bagaton akan ditayangkan dipawagam sementara itu Once Upon The Time In Tamparuli masih lagi dalam proses akhir persiapan. Filem Kembali juga masih menunggu update tetapi yang pastinya tahun hadapan 2025 akan menjadi tahun meriah kerana sekurang-kurangnya 6 buah filem akan berada di layar perak (pawagam).

6. Baru-baru ni juga Finas telah umumkan keputusan penerima DKD Dokumentari iaitu 3 syarikat dari Sabah dan dalam masa 2 bulan mendatang ini akan ada lagi pengumuman keputusan untuk penerima RTM, TVS dan Finas bagi Telemovie.

7. Sekian serba sedikit celotehan saya sementara menyelaras offline Mantera sebagai director.



15/03/2024

Semalam saya termimpi lagi dengan penulisan menarik sahabat saya Ramli Carlo. Trus sy bangun mencapai hp buka fb utk bagi sikit pencerahan sebab nanti ada yg salah tafsir berkenaan perenggan yg last pasal dana.

Takut semua mempunyai tanggapan bahawa DKD tu dana utk membiayai penuh kos projek atau boleh ambil untung dari dana yg diperolehi.

Contohnya filem Mantera perlu budget RM1.2 juta tapi Finas bagi 500k jadi produksi perlu cari & tambah 700k. Jadi saya yakin tambahan ni sama dengan dana sendiri cuma kelebihannya ialah meringkan beban dan memudahkan produksi mendapat investor kerana ada sokongan .

Saya ambil contoh Mantera atau Craze Below The Wind (CBTW) sebab produksi yang lain saya tidak mahu sentuh sebab yang menonton filem mereka sendiri boleh nilai budget pembikinan walaupun dengan sokongan Finas.

Sekali lagi saya bimbang mereka yang membaca tersalah tafsir bahawa dana DKD Finas adalah duit pembiayaan sepenuhnya untuk menghasilkan filem walhal hanya menyokong beban budget.

Sebagai producer CBTW dan kini Pengarah Mantera yang telah kami rancang sejak tahun 2019 bermula dengan budget RM2.5 juta telah gagal mendapat dana pada sesi pitching Finas 2020 di LeMeridien, kemudian kami adjust jadi drama 20 ep RTM 2021 tapi gagal juga. Tahun 2022 team saya mohon dana micro untuk hasilkan filem pendek tapi terlepas sebab lambat membalas tawaran dana 30k Finas iaitu perlu membalas penerimaan dalam jangka masa yang ditetapkan.

2023 saya telah susun semula skrip dengan membuang lebih kurang 100 muka surat yang melibatkan 80 scene supaya budget dari 2.5 juta ke 1.2 juta. Jodol filem pun bertukar dari Rinait ke Sindaat dan kini Mantera (lebih daripada 15 org individu yang telah saya temui untuk meminta feedback berkenaan skrip - terima kasih, jasamu dikenang 🙏🏼).

Ok, setakat ni dulu sharing-sharing saya, mau turun set sudah start rolling. Nanti producer marah.

Saya akhiri cerita mimpi dengan serangkap pantun.

Pergi Tambunan beli bambangan
Menyimpang p**a beli tumpung
Dana hanya untuk sokongan
Bukan untuk kita kaut untung

Penggambaran Mantera tinggal 7 hari sudah. Buat masa ni, segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun ada sikit kecaca...
14/03/2024

Penggambaran Mantera tinggal 7 hari sudah. Buat masa ni, segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun ada sikit kecacatan darisegi tenaga kerja tetapi saya akan cuba atasi kerana mereka semua sama ada saya yang pilih atau Head of Department (HoD) yang pilih.

Untuk penggambaran kali ini saya menggunakan sistem HoD iaitu mereka masing-masing mengetuai setiap department/ unit dimana kru mereka pilih sendiri iaitu secara ringkas seperti berikut;
1. Director Dept- AD, Conti gitu...
2. Prod Dept- PM, APM, PA, Location
3. Art Dept- Prop, MUA, MFX, wardrobe, set
4. Tech Dept- DoP, AC, Gaffer, Grip, Audio, rig...
5. Cast Dept- Coaching, coordinating on set
6. Stunt Dept- Rigging, stuntmen
7. Post Dept- DIT, offline, online, music scoring, VFX, CGI, SFX, audio...

Semua HoD yang saya pilih ni memang cukup berpengalaman sebab diantara mereka ialah pengarah Telemovie, pelakon puluhan tahun, terlibat dalam pembikinan filem cereka dll.

Seperti saya katakan ada sedikit kecacatan kerja kru yang saya rasa kerana kurang pengalaman tetapi semangat mereka tinggi untuk buat yang terbaik.

Semoga baki 7 hari mendatang ni berjalan lancar dan ada kemasukkan 💰 untuk kami bayar-bayar kos penggambaran yang telah tertangguh sejak 27hb Febuari 2024.




Saya mahu gembira atau menangis? Dalam 30 hari baru 100 reaction...? 🥹
12/01/2024

Saya mahu gembira atau menangis? Dalam 30 hari baru 100 reaction...? 🥹

07/01/2024

Today is 1st Sunday of year 2024. Happy new Sunday!
Think positive 💭
Controversial can be part of promotion... 🎥

Berapa Sabah dan Sarawak akan sangkut?1. Semalam semua pembekal kandungan yang berdaftar dengan RTM  (M*F & Kementerian ...
27/12/2023

Berapa Sabah dan Sarawak akan sangkut?

1. Semalam semua pembekal kandungan yang berdaftar dengan RTM (M*F & Kementerian Komunikasi) telah menerima email berkenaan permohonan untuk menyertai Perolehan Pembekalan Program TV (RTM) Tempatan Swasta Baharu telah dibuka.

2. Kali ini secara terang dan jelas ditulis iaitu untuk tahun 2024 lebih kurang 97 proposal sahaja yang bakal dipilih dan dapat pekerjaan daripada RTM. Jumlah tersebut telah meningkat 100% berbanding tahun 2023 yang hanya 47-48 proposal yang sangkut.

3. Sabah bernasib baik berbanding Sarawak kerana Sabah masih berjaya dapat satu. Kalau dapat satu sudah bernasib baik, berapakah yang rakan kita di Sarawak dapat?

4. Lupakan dulu yang 47 proposal yang diperolehi oleh produksi Semenanjung Malaysia. Walaupun 47 iaitu 96% mereka dapat tetapi jumlah tersebut masih dikira kecil berbanding syarikat yang berdaftar dengan RTM.

5. Jadi apa yang saya merepek ni ialah janganlah kita menaruh harapan yang setinggi gunung dengan RTM tetapi jangan juga putus asa. Bak kata pepatah Cina "kalau beli mungkin ada peluang kena, tapi kalau tiada beli konfom tidak kena". Buat yang terbaik, atur baik-baik... kumpul modal secukupnya untuk rolling. Jangan macam saya, sana-sini minta pinjam duit!

Sekian, merepek kesan Nasi Goreng Ayam Lalap.





4.

Mantera: Filem Sabah atau Filem Malaysia?1. Minggu lepas saya berkesempatan membuat kunjungan ke 2 buah syarikat pengeda...
25/12/2023

Mantera: Filem Sabah atau Filem Malaysia?

1. Minggu lepas saya berkesempatan membuat kunjungan ke 2 buah syarikat pengedar filem iaitu Skop Production & MIG di Kuala Lumpur.

2. Saya telah ditanya oleh mereka filem jenis apa yang saya hendak hasilkan. Saya faham maksud soalan mereka berpandukan 6 buah filem Sabah yang telah ke pawagam sejak 2020 - 2023 dan jangan kamu lupa saksikan filem ke-7 dari Sabah iaitu Namatai yang akan berada di pawagam bermula 28/12/2023.

3. Saya telah kongsikan sinopsis Mantera dan hasil penceritaan visual yang diharapkan dari filem arahan pertama saya ini. Dan antara yang saya ditawarkan ialah sign NDA untuk memantapkan skrip supaya bersesuaian untuk penonton Malaysia dan nasihat "lembu sudah beli, jangan p**a tiada bajet beli tali", bermaksud filem sudah dihasilkan, jangan tiada bajet buat promosi. Nanti tu lembu terlepas p**a...

4. Secara terus terang. Setakat ni hanya sekitar 25% kerja Pre-production telah siap. Banyak kerja tertunggak lain masih belum siap. Tinggal 2 bulan lagi ni...😖

5. Kerja-kerja pre-production diantaranya ialah persiapan skrip, lokasi penggambaran, pengangkutan, penginapan, logistik, katering, pelakon, kru penggambaran, permohonan permit seperti JKM, Pejabar Daerah, PDRM, dan SPP Finas, props, wardrobe, equipment, stunt rigging, pre makeup FX & VFX, cast workshop dan shopping production.

6. Kini saya masih mencari he**in Sabahan yang akan melakonkan watak Tana untuk digandingkan dengan hero dari Semenanjung Malaysia.

7. Sebenarnya banyak lagi saya mahu tulis ni tapi penat p**a menaip di fon. Bah, gitu saja lah cuma harapkan doa dari kawan-kawan semua semoga dipermudahkan segala urusan.

Sekian, celoteh Xmas🎄

Gambar: kenangan bersama Datuk Yusof Haslam, entourage firdaus_jenar dan Bobby Kiran

Aprisasi dan Ulasan KKFVA GoWA ke-31. Sebagai pembuka bicara, saya mulakan dengan salam KKFVA dan ucapan terima kasih ke...
15/12/2023

Aprisasi dan Ulasan KKFVA GoWA ke-3

1. Sebagai pembuka bicara, saya mulakan dengan salam KKFVA dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan komuniti kreatif Sabah yang sudi hadir ke program kami. Majlis anugerah yang sederhana menjadi meriah dan sukses kerana kehadiran dan sokongan anda semua.

2. Selepas skrol FB tadi, nampaknya majoriti berpuas hati dengan keputusan juri. Disini saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan saya kepada juri profesional Azharul Azmir Kamarulzaman, ChongLee Yow & Jimz Lee kerana meluangkan masa mengadili karya peserta filem, malah sanggup berkorban masa terbang dari KL ke KK sebagai panel forum. Tidak juga dilupakan kepada mentor saya Dr Zairul Anuar yang sanggup berbahagi masa dengan konvo UMS untuk menerima pelawan kami sebagai Moderator.🙏🏼

3. Seterusnya sudah pasti penghargaan saya kepada warga FINAS yang diketuai oleh CEO (kelmarin sudah berabis saya bodek, jadi endah payah lah lebih2 lagi disini. Jangan kasih ketara bilang si Ebi Kornelis), walau begitu saya masih mahu ucapkan terima kasih kepada En Rizal & Drusella serta team Finas Sabah yang banyak membantu darisegi kehadiran management dari FINAS pusat. Happy juga saya nampak Pn Yee I-Lann ahli perbadanan FINAS yang begitu bersemangat.

4. Selain Penasihat Kehormat KKFVA Datuk Michael Lui yang setiasa dan pada setiap masa mencurah tenaga menyokong kami, KKFVA juga amat bertuah kerana YB Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan Sabah juga salah seorang pemimpin yang tidak pernah melupakan kami dan para komuniti kreatif filem seperti anugerah sebelum ini dengan menaja hadiah wang tunai kepada para pemenang. Juga tidak dilupakan kepada Sabah Tourism Board dan City Mall, Kota Kinabalu.

5. Nampaknya yang mahu di thank you lebih kurang... sudah kena sebut. Jadi last but not least dalam bahasa Dusun bilang, kepada barisan ajk dan petugas yang bekerja bertungkus lumus termasuk yang buat graphic, multimedia, sound system, mcp Live Stream, printing, jamuan ringan, meja kerusi, staff City Cineplex, City Mall, Kota Kinabalu, persembahan melody instrument, MC yang lawa & hansom, pembekal trophy GoWA dan bla-bla-bla-bla... (yang tidak kena sebut tu under ni kategori bla-bla...).

6. Akhir kata, sekali lagi terima kasih dan terima kasih kepada anda yang sudi hadir walaupun hari bekerja dan masa petang. Tanpa kamu, semua ni tidak akan menjadi memori yang indah.

Sekian dan jumpa lagi dilembaran seterusnya.

P.s: Hutang dulu payment. 😅

Gambar: saya kena caj RM45 untuk sisir ni rambut di City Mall 😤

Salam Sabah Maju Jaya1. Bercerita tentang maju, dalam bidang produksi utk program tv ataupun filem, kita perlu rajin mem...
11/12/2023

Salam Sabah Maju Jaya

1. Bercerita tentang maju, dalam bidang produksi utk program tv ataupun filem, kita perlu rajin membuat proposal dan hantar ke platform yang berkaitan. Tetapi kita perlu belajar dari kegagalan dengan membuat persiapan lebih rapi terutamanya sizzler - Look & Feel supaya para panel lebih mudah memahami proposal Kita.

2. Sebagai contoh projek RTM 13 ep yang berjaya diperolehi baru-baru ini sebenarnya sudah 2 kali gagal dalam sesi pitching bermula dari Finas, kedua 8tv media prima sampai perlu terbang ke KL lagi. Jaya tidak akan lupakan mereka yang terus berusaha.

3. Sama juga seperti proposal proposal yang lain. Berlambak proposal yang telah saya hantar namun hasil yang berjaya hanya antara 10-50% sahaja. Contoh saya cuba 3 kali dapat 1, hantar 5 kekadang 1 pun tidak dapat 😅

4. Walau apapun, Proposal ini bakal diarahkan oleh tuan Ramli Carlo dan saya hanya sebagai producer.

5. Ada masa nanti saya buat bengkel kongsi ilmu dan teknik membuat proposal dan menghadapi pitching.

6. Semoga ada rezeki untuk tahun hadapan dan dipermudahkan segala urusan.

Address

Inanam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:30
Saturday 10:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chester Pang彭 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Chester Pang彭:

Videos

Share