07/10/2024
Budaya Makan Orang Kelate yang semakin ditelan zaman.
Kata orang kalau nak kenal sesuatu masyarakat, kena tengok gaya dan adat makan minum dia. Sama jah nak kenal orang Kelate, cara mereka mengadap rezeki.
Jadi Abe La listkan terus
1. Makan Hidey(hidang) apabila tetamu datang ke rumah untuk upacara tertentu, contohnya ngatik, maye hajat, bekwoh. Make hidey biasanya setiap lauk diletakkan dalam pinggan kaca lama berasingan.
2. Air basuh tange adalah wajib ada, biasanya dalam bekas dan teko plastik
3. Ju kako (jung kako) adalah individu yang bertanggungjawab menambah nasi atau gulai tamboh.
4. Budu wajib ada di setiap meja,
5. Bila teramu sampai di rumah, tuan rumah laung “buat air terrr” akan suruh orang tino(orang rumah) buat air. Maksudnya sediakan makanan kepada tetamu.
6. Mmanih, atau kuih akan dihidangkan selepas makan, biasanya Bledo sirap( agar-agar sirap). Atau buah-buahan daripada kebun sendiri dengan tangkai lagi.
7. Makan biasanya atas kain sproh atau Kain Saprah(alas meja). Makan bersila ramai-ramai.
8. Tuan rumah biasanya tidak makan sekali, lepas tetamu balik baru mereka makan ramai-ramai.
Abe la bagi juga Pantang Larang orang Melayu dulu dulu secara Umum
Makan mencangkung, susah dapat rezeki
Makan dalam belanga, anak jaid huduh
Makan nasi mentah, sakit kuning
Makan sisa anak, anak jadi degil
Makan kepala ayam, mengantuk bersanding
Makan tukar2 meja, isteri ramai
Makan pinggang sumbing, mulut jd sumbing
Makan tak basuh, tak dapat menantu
Menarik sungguh adat dan pantang larang orang Kito, ada lagi dop😃😃😜