Pembangunan Usahawan Desa KPLB Sabah
Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo 25 Julai 2020
Bersama Hikma Juni
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) Sabah memperuntukkan RM2 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan keusahawanan desa dan peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar, tahun ini.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu RM1 juta diperuntukkan untuk Pembangunan Usahawan Desa (PUD) dan RM1 juta lagi untuk Satu Daerah Satu Produk(SDSP).
Berita selanjutnya:
https://youtu.be/CA_SgMN1ge4
#teruscemerlang
#luarbandarsabahsejahtera
#kplbs
Pelancongan Berasaskan Komuniti Luar Bandar
Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo 21th July 2020
Bersama Reetasha Joanes Mijol.
Perusahaan pelancongan berasaskan komuniti khususnya di luar bandar boleh membantu merancakkan semula aktiviti ekonomi dalam negeri, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick.
Berita selanjutnya:
https://youtu.be/3h0fyBFqRXU
Lawatan ke Kg.Kolosunan Inanam
Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo 17th July 2020
Kampung Kolosunan, Inanam dicadang untuk dimasukkan di bawah Program Kampung Sejahtera Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB Sabah
Berita selanjutnya:
https://youtu.be/ub_qTbYAwSI
Perasmian Galeri, Perpustakaan dan Buletin KPLBS
Perasmian Galeri, Perpustakaan dan Buletin KPLBS pada 16 Julai 2020
Kota Belud antara daerah paling terjejas akibat banjir di Sabah, Sabtu lalu
02 Julai 2020
Berita BT tv/ Berita Borneo/ Lensa Borneo
Kota Belud antara daerah paling terjejas akibat banjir di Sabah, Sabtu lalu.
Jalan Melangkap, Jalan Purak Ogis, Jalan Bongol, Jalan Tambatuon dan Jalan Pompod di kawasan Kadamaian mengalami kerosakan akibat tanah runtuh.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick berkata Jabatan Kerja Raya, JKR serta syarikat-syarikat konsesi, sedang melaksanakan kerja-kerja membaikpulih laluan berkenaan.
Beliau juga akan menggunakan peruntukan ADUN bagi membantu membaikpulih beberapa kawasan yang berada di luar bidang kuasa JKR dan syarikat-syarikat konsesi mereka.
Berita selanjutnya:
https://youtu.be/ZcS7FzUMgyQ
#teruscemerlang
#luarbandarsabahsejahtera
#kadamaianprogresif
KPLB Sabah Bina Tiga Bengkel Keusahawanan Desa Di Kuala Penyu
Berita BTtv/ Berita Borneo
Lensa Borneo
1st July 2020
Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB Sabah membina tiga buah bengkel keusahawanan desa di Kuala Penyu bagi melahirkan lebih ramai usahawan kecil luar bandar.
Bengkel berkenaan ialah menjahit pakaian tradisi, pemprosesan makanan berasaskan sagu dan anyaman kraftangan rumbia.
Berita selanjutnya:
https://youtu.be/BhoR1Zhu59U
Jambatan Baru Jalan Pomotodon Kota Belud Dalam Proses Pembinaan: Ewon
BTTV : 30 Jun 2020
KOTA BELUD: Sebuah jambatan baru sedang dalam proses pembinaan bagi menggantikan low level crossing di Jalan Pomotodon, Kota Belud yang rosak berikutan hujan lebat beberapa bulan lepas.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Belud telahpun melantik kontraktor dan kerja-kerja awal sedang dilaksanakan.
Berita lanjut:
https://youtu.be/ukhUkFZonHg
#bttv
#teruscemerlang
#luarbandarsabahsejahtera
#kadamaianprogresif
Mesej Pelancongan Kaingaran Tambunan
Keadaan cuaca di perkampungan Mesej Kaingaran yang ala-ala Kundasang, bentuk muka bumi dan lokasi yang strategik, pastinya akan menarik ramai pengunjung ke situ.
#luarbandarsabahsejahtera
#teruscemerlang
Program Kampung Sejahtera Kg. Tagapalang Paitan
PROGRAM KAMPUNG SEJAHTERA KG.TAGAPALANG, PAITAN
Pada 30 Oktober 2018, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick merasmikan Penutupan Bengkel Pelan Tindakan Desa Kampung Sejahtera Kg Tagapalang.
Hasil lawatan kerja itu, beberapa kemudahan asas seperti Jambatan Gantung, Air Graviti dan Rumah PPRT telah dibina dan siap pada tahun 2019.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan meneruskan pelaksanaan Program Kampung Sejahtera bagi membangunkan kemudahan asas, ekonomi dan sosial di kampung-kampung yang terpinggir dan jauh dari kawasan pekan secara berperingkat.
Program Kampung Sejahtera penting bagi menyalurkan peruntukan pembangunan berkaitan kepada kampung-kampung terpilih agar penduduk turut sama menikmati arus pembangunan.
Kampung Tagapalang dipilih untuk dimasukkan dalam program itu memandangkan kedudukan kampung itu terletak jauh dari pekan dan masih memerlukan banyak kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air, ameniti sosial, bantuan rumah serta pemilikan tanah, aktiviti ekonomi dan pendidikan.
Bengkel itu yang melibatkan pelbagai Jabatan dan agensi kerajaan antara lain bertujuan mendapatkan input dan aspirasi para penduduk kampung berkenaan.
Antara yang terlibat ialah KPLB Sabah, KPLB Persekutuan, Pejabat Daerah Kecil Paitan, Pejabat Daerah Beluran, Unit Perancang Ekonomi Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah, Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Daerah Beluran dan Polis Diraja Malaysia.
#luarbandarsabahsejahtera
#teruscemerlang