26/03/2024
Rasanya ramai yang ikuti couple dari UAE ni. Saya antara yang s**a lihat kehidupan Khalid dan Salama. MasyaAllah memang loving couple. Antara sebab saya follow mereka berdua, mereka juga mempunyai anak istimewa seperti Lana.
Beberapa minggu lepas saya terbaca yang mereka sudah berpisah. Memang saya sangat terkejut dan sedih. Dan banyak yang menulis tentang penceraian mereka ni kerana Evil Eye. Saya agak bersetuju, apabila kita pamerkan kehidupan dan kebahagiaan kita di media sosial, pasti ada yang terlalu mengagungkan dan membenci kita.
Cuma disebalik kebahagiaan yang mereka pamerkan, kita tidak tahu apa yang mereka lalui.
Semalam saya sempat tonton 1 temubual bersama Salama. Dan barulah saya faham disebalik bahagia yang dipamerkan, Salama juga struggle dengan diri dia sendiri.
Salama mempunyai childhood trauma yang sangat menyakitkan. Di dera secara fizikal dan mental oleh keluarganya sendiri, setiap hari. Tak ada satu hari pun yang dia pernah rasa gembira. Katanya, semua kesakitan tadi membentuk diri dia pada hari ini.
1. Tidak ramai yang sedar luka emosi yang dibawa sejak kecil sangat memberi kesan dalam seluruh kehidupan kita jika dibiarkan. Semua trauma yang kita lalui tu membentuk diri kita pada hari ini dan sangat memberi kesan pada kehidupan kita terutamanya apabila sudah berkeluarga.
Walaupun Salama sangat berusaha untuk pulih dengan berjumpa dengan therapist, tetapi tidak mudah jika berjuang seorang diri. Kita akan lebih kuat jika pasangan sangat faham dan ada bersama sepanjang berusaha untuk keluar dari segala kesakitan.
2. Apa sebenarnya childhood wounds? Childhood wounds adalah luka emosi dari traumatic or stressful events yang berlaku pada zaman kecil kita. Tidak semestinya didera secara fizikal, seksual, tetapi mungkin juga kita tidak didengari, neglect, abandonment, rejection dan banyak lagi.
Ramai diantara kita tak perasan pun tidak didengari tu antara trauma yang tak terlihat. Semua emosi yang kita suppressed selama hari ini terkumpul dalam badan kita.
3. Semakin dewasa kita mula tak faham kenapa kita tiba-tiba didagnos anxiety, mdd, bipolar dan sebagainya. Terlalu banyak missing pages yang menyebabkan kita tak sedar datang dari mana semua ni.
Semuanya akan effect pada communication, trust, emotional intamacy, cara kita menyelesaikan masalah setiap kali ada conflict dengan orang lain.
4. Kata Dr Gabor Mate,
" You can't form meaningful relationships if you are not comfortable being alone,"
Benar, selagi kita tak kenal diri kita, kita abaikan semua respon dari diri kita, kita s**ar untuk hidup bahagia terutamanya bila dengan pasangan.
Childhood wounds sangat membentuk cara fikir dan kepercayaan dalam diri kita sehingga buatkan kita rasa tidak disayangi, tidak dihargai, tidak selamat, dan banyak lagi.
Dalam kes Salama, unresolved childhood trauma buatkan Salama tak dapat menjadi isteri yang tenang kerana tidak mempunyai sokongan dari pasangan. Dan akhirnya dia memilih untuk berpisah kerana start doubting everything including her marriage.
5. Dan yang sedang membawa trauma dari zaman kecil juga mungkin akan 'menarik' dan ' tertarik' pada pasangan yang dia rasa 'familiar' dengan apa yang dia pernah lihat dan lalui sepanjang membesar.
Menarik dan tertarik pasangan yang seakan sama. Contohnya jika mempunyai ibu atau ayah yang narsistik, kita akan menarik pasangan yang narsistik.Tanpa kita sedari. Sebabnya semua kita simpan dalam subconscious mind kita.
Jika ada antara kalian yang mula sedar tentang perkara ni, berusahalah untuk dapatkan bantuan trauma therapist. Dengan membuka luka-luka lama saja mampu buatkan kita berdamai dengan takdir hidup ini.
Syahirah Omar.