Buat Cara Mudah

Buat Cara Mudah Meluah dengan PENULISAN📝, MENULIS sebagai hobi📖💓, tetapi saya bukan PENULIS..🙅‍♂✍️

05/11/2024
Alhamdulillah lama perjalanan ekzema anak saya  dari 6M. Sekarang anak da 1y5M. Maaf, dah lama saya xmenulis sebab buzy....
09/10/2024

Alhamdulillah lama perjalanan ekzema anak saya dari 6M. Sekarang anak da 1y5M. Maaf, dah lama saya xmenulis sebab buzy. Ramai DM saya bertanyakan tips. Saya bukan sesiapa untuk kongsikan tips tapi saya hanya berkongsi melalui pengalaman saya merawat anak saya. Doakan saya semoga dapat kongsikan apa yang bermanfaat pada anda semua. So, sekarang, MasyaAllah tabarakAllah Ekzema anak da makin improving, daripada susu special dah boleh tukar kepada susu lembu susu biasa. Alhamdulillah. So, kalau ada sesiapa yang nak cuba tukar susu atau baru first time nak cuba susu, boleh cuba susu yg tiada maltodextrin & yg ada probiotic(bagus untuk gut) daripada farmfresh ni. Boleh baca sedikit tips di komen sy juga nanti. TQ korang.

Scond try, ank sy ngam dgn Susu Farmfresh Alhamdulillah 🥰. Mommy yg tgh cari2 susu apa, sy recommend susu ni | 1 likes , watch 's video in Shopee Video

27/03/2024

Nantikan Episod Ekzema yang seterusnya bersama saya tau guys. Buat masa sekarang ini, saya sedang mengisi masa untuk berehat sekejap sambil mencari ilham dan di samping mengisi masa dengan jadual yang agak padat dengan kelas tutor online.

27/03/2024

💕💖Tips mengawal Ekzema dengan menggunakan produk alami.💕💖

Sesiapa nak dengar boleh jemput dengar. Selepas 30 hari, video ni automatik akan disable. Perkongsian dalam video ni diconduct pada tarikh 19 Mac 2024.

•~30% topikal, 70% dalaman (usus)~•

Bergantung pada sapuan semata-mata tidak akan membantu untuk selesaikan masalah Ekzema. Sapuan secara topikal hanya 30% . Majoriti dan punca besarnya datang dari dalaman iaitu "gut" atau "gastrointestinal". Maka, Sihatkan usus, tingkatkan imun sistem, E semakin membaik. Dengan izin Allah.

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞---------------------------------------------------------------------------...
06/03/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞
--------------------------------------------------------------------------
-EPISOD 8- "Alternative way( Non-Steroidal Option)"
-----------------

💓 Ekzema Rizqy makin lama makin besar. Umi Abi semakin risau. Cubaan pertama Umi Abi adalah dengan membawa Rizqy untuk berjumpa dengan seorang doktor yang menawarkan konsultasi Ekzema secara percuma pada ketika itu.
💕 Sebenarnya Umi terjumpa tentang kaedah semulajadi tersebut iaitu (Non-Steroidal Option) daripada perkongsian oleh salah seorang ahli kump**an tersebut.
💕 Umi Abi berniat untuk mencuba, maka Umi menghubungi Farmasi tersebut dan seterusnya Umi Abi terus menetapkan tarikh temujanji bagi membawa Rizqy untuk berjumpa dengan doktor tersebut bagi mendapatkan konsultasi Ekzema.
💕 Setelah Konsultasi, banyak tips yang dikongsikan oleh doktor tersebut yang membuatkan Umi baru sedar tentang Ekzema dan masalah yang dihadapi oleh Rizqy. Penerangan yang sangat jelas daripada doktor tersebut.
💕 Dari situ juga Umi mulai belajar tentang apa itu Ekzema, cara rawat dan kawal Ekzema, Ekzema berpunca daripada mana dan tentang benda2 atau allergens yang boleh merangsang Ekzema. (Nanti saya akan kongsikan di post yang lain nanti)
💕 Setelah konsultasi, Doktor menawarkan untuk Umi Abi mencuba losyen yang doktor sendiri formulasikan dengan menggunakan dan berasaskan bahan2 semulajadi.
💕 Dipendekkan cerita, untuk percubaan pertama, Doktor sendiri yang memberi cadangan tentang apa yang diperlukan untuk rawatan Ekzema Rizqy.
💕 Jadinya pada ketika itu, Umi membeli Nanosilver spray (rawat infeksi), Potassium Permanganante (antiseptic), Losyen Tamanu (pelembab) , Balm (anti-radang) yang diformulasi sendiri oleh doktor tersebut.
💕 Setelah beberapa hari, yang mana hampir seminggu barulah nampak kesan yang kulit Rizqy semakin bertambah baik dan elok. Rizy pun nampak kurang menggaru apabila Umi sapukan Tamanu balm. Umi sempat beli untuk kali kedua losyenTamanu tersebut tetapi bilamana ulang kali kedua, Ekzema Rizqy tidak nampak sebarang perubahan.
💕Umi pada ketika itu masih positif dan masih mengharapkan Ekzema Rizqy akan pulih tetapi bilamana ulang pakai untuk kali kedua, tiada sebarang perubahan malah makin teruk. Kulit Rizqy pernah membaik sehingga habis 1 bekas losyen tersebut Umi sapu jadinya iainya mungkin bukanlah punca Ekzema Rizqy makin teruk. Mungkin pemakanan Umi juga. Rizqy fully BF. Jadinya, bila Umi tersilap makan, allergens2 yang jahat ni terus menerus serang Ekzema Rizqy sehinggakan Tamanu losyen tersebut tidak dapat mengawal tindak balas tersebut. Sangkaan Umi begitula.

-Belum tamat lagi., nantikan episod seterusnya-

~lainoranglaincarainicarasaya~
~sihatusussihatEkzema~

Nantikan cerita2 seterusnya dan pelbagai tips yang akan saya kongsikan setelah tamat episod perjalanan ekzema anak saya. Jom follow page saya untuk cerita seterusnya. TQ

Nantikan tips dan sharing saya pasal Colloidal juga. "Apa2 kalau nak pakai, pakai dan guna secara bersederahana dan jangan berlebihan". Sesiapa nak dapatkan Colloidal Silver, saya boleh recommend brand ini pada U guys
1)Colloidal Silver Spray
https://shope.ee/9ex3XKqxM0

2) Potassium Permanganate
https://shope.ee/10fBrfpemk




Potassium permanganate is a strong oxidizing agent with disinfectant properties. Generally used to clean and disinfect minor wound externally. Can also be use to disinfect item from bacteria and parasites. - Buy [ 15 / 30 / 100 gram ] Pure Potassium Permanganate

05/03/2024

Tips Eczema with Jualan Barangan Raya & Balik Kg

01/03/2024

Guys, sesiapa ada masalah Eczema atau nak dengar saya atau anak saya berceloteh, jomla dengar live saya yang pertama ni tanda suppport. Next time,mungkin pengisian berbeza. Jom guys. Tq mana support

Shopee Live: Story2 Ikhtiar Rawatan Eczema. Watch DigiDeco Space ©°'s replay now:

29/02/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞
--------------------------------------------------------------------------
-EPISOD 7- Tunjukkan Jalan
-----------------

💓 Apabila keadaan menjadi semakin teruk, Umi jadi buntu. Buntu, stres, sedih, kecewa, frustrated, fed up, semua ada. Perasaan bercampur baur dan bukan Umi sahaja yang merasakan begitu. Abi pun merasakan benda yang sama. Kasihan, kasihan bila tengok anak Umi Abi macam itu pada ketika itu. Abi yang kerja pun tidak senang kerja, 24jam mesej Umi bertanyakan keadaan Rizqy di rumah.
❤ Sampai ada satu ketika, ada hamba Allah yang share pada Umi untuk masuk ke satu group di FB. Maka, dari situ hari ke hari Umi cedok seberapa banyak ilmu dan juga perkongsian daripada pelbagai orang yang mengalami benda yang sama. Melalui group tersebut, dan Umi ada juga buat research dari pelbagai sumber.
❤ Setelah di study, barulah Umi tahu dan boleh percaya bahawa anak Umi ni rupanya ada Eczema.
❤ Sebelum itu, Umi langsung tidak tahu- menahu apa itu Eczema walaupun dicorong corong media atau iklan sering terpapar tentang Ekzema. Umi langsung tidak ambil endah dan peduli. Tapi bilamana Umi dapat tahu Rizqy ada Ekzema, maka disitulah bermulanya titik dimana Umi bermula untuk belajar mengenali apa itu Ekzema.
❤ Ada hamba Allah yang anggap Umi ni lambat bertindak. Ya la. Maklum sajalah,,Umi ni First-Time-Mom a k.a FTM. Jadinya, F.T.M ni lambat bertindak untuk sapu krim pada Rizqy. Umi lambat bertindak bilamana Umi hanya menunggu sahaja doktor mengesahkan bahawa itu Ekzema dan baru Umi hendak bertindak. Tidak mengapa, Umi telan sahaja apa kata orang dan Umi belajar lagi. Kadang orang ni tidak ada dalam kasut kita, jadinya orang hanya sedap untuk berkata macam-macam.
❤ Point penting juga, sebelum Rizqy terkena Ekzema, Umi langsung tidak baca mana2 page berkaitan Ekzema, tapi di tiktok Umi pada ketika itu, bilamana Umi slide, Umi dapat tonton video seorang lelaki yang telah mengaku bahawa dia telah mendapat kesan sampingan daripada ubat steroid. Padahal Rizqy belum kena Ekzema pada ketika itu dan Umi memang langsung tidak tahu apa itu Ekzema. Tapi pada ketika itu, Umi terdetik untuk tonton video klip tersebut sehingga habis. Dari situ, Umi "alert" dengan kesan sampingan jangka masa panjang sekiranya "bergantung" pada namanya ubat tersebut. Tapi Umi bersyukur sangat2 sebab terlihat video klik di tiktok milik seorang lelaki tersebut yang membuatkan Umi sedar tentang kesannya walaupun pada hakikatnya Umi seorang alumni Phytomedicine yang belajar tentang steroid tu semua. Umi lupa. Walaupun belajar tentang chemical compound tu semua tapi Umi lupa. Tapi Umi bersyukur sangat2. Umi alert dan sampai sekarang Umi sedar. Ubat tersebut tidak salah. Umi juga bukan "Anti-Steroid" . tetapi selagi boleh elak, Umi cuba untuk elak. Traditional dan Modern complement to each other. Tapi kadang2 kita perlu pandai membuat pilihan. Sebab dua dua ada pro and cons.
❤ Terima kasih Allah kerana tunjukkan kami jalan dan ilham untuk melangkah. Umi Abi akan terus melangkah ke langkah yang seterus dan seterusnya bagi mencari penawar untuk seketul Rizqy.

-Belum tamat lagi., nantikan episod seterusnya-

~lainoranglaincarainicarasaya~
Nantikan cerita2 seterusnya dan pelbagai tips yang akan saya kongsikan setelah tamat episod perjalanan ekzema anak saya. Jom follow page saya untuk cerita seterusnya. TQ




29/02/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞
--------------------------------------------------------------------------
-EPISOD 6- Sekelip Mata
-----------------

💓 Sedar tak sedar, selepas beberapa minggu p**ang dari Kg (13/8/2023) dan sapu bermacam-macam krim dari klinik dan sebagainya, ternyata keadaan bukan bertambah baik malah lebih memburuk.
❤ Awalnya hanya bermula dengan lingkaran di mata kiri dan akhirnya merebak menjadi besar serta merebak ke bahagian telinga (14/8/23) dan mata belah kanan p**a. (18/8/2023). Sungguh, benda tu terjadi dengan tidak semena-mena. Seolah olah macam magic. P tang tu p tang ni.
❤ Pada ketika itu, Umi hanya pakaikan lotion Cetaphil. Dah apabila habis lotion Cetaphil, Umi beli Sebamed Lotion. Umi beli yang besar 400ml p**a tu. Malangnya tidak sesuai dengan Rizqy. Maka, jadi lah khazanah sampai sekarang Si Sebamed tu tiada sesiapa yang nak pakai.
❤ Bila itu ini tidak sesuai, Umi jadi takut dan tidak ingin mencuba lagi. Jadinya, Umi tidak pakaikan apa apa selepas dari itu.
❤ Apabila keadaan menjadi semakin teruk dan merebak sana sini, barulah Umi buat study dan cari cara serta pelbagai alternatif untuk merawat kulit anak Umi ni. Kesian, waktu ni Rizqy dalam 3m, belum pandai menggaru, tapi asyik menangis. Pada mulanya Umi masih xfaham kenapa Rizqy asyik menangis. Rupa-rupanya sebab gatal. Ini pun Umi tahu setelah nampak Rizqy seolah macam nak menggaru (bila Rizqy semakin meningkat usia, makin pandai menggaru).

~lainoranglaincarainicarasaya~
Nantikan cerita2 seterusnya dan pelbagai tips yang akan saya kongsikan setelah tamat episod perjalanan ekzema anak saya. Jom follow page saya untuk cerita seterusnya. TQ




27/02/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞
--------------------------------------------------------------------------
-EPISOD 5- Bolehkah Zn O untuk Muka?
-----------------

💓 Genap 3 bulan, Umi bawa Rizqy ke klinik untuk cucuk dan pemeriksaan berkala.
❤ Selain daripada cucuk, Umi bertanyakan pada doktor tentang rashes Rizqy yang semakin besar. Waktu itu Umi memang tidak tahu lagi bahawa itu memang Eczema dan pada ketika itu doktor pun hanya mengatakan itu ruam panas biasa. Umi pun mengiyakan sahaja.
💕 Selepas selesai berjumpa doktor, Umi bergegas ke Farmasi bagi mendapatkan ubat. Kemudian, farmasi bekalkan Aqueous Cream dan "ZINC OXIDE" . Pada ketika itu jugalah mungkin berlaku kesilapan yang mana Umi tidak bertanyakan tentang cara penggunaan krim yang betul pada pihak farmasi. Kebiasaannya Farmasi yang akan terangkan penggunaan dan Umi akan ulang semula penerangannya kepada pihak farmasi. Tetapi ketika itu, ahli Farmasi tersebut nampak macam agak sibuk sehinggakan Umi tidak sempat untuk bertanyakan tentang cara penggunaan krim tersebut. (silap Umi juga waktu itu,walaupun Umi kerja di lab dan familiar dengan nama2 chemical dan raw mat, tapi Umi terlepas pandang bab ni, Umi percaya bulat2 tanpa semak dulu fungsi nya dan hanya fikir Zinc Oxide boleh digunakan untuk rashes Rizqy. Setelah Umi tahu tentang fungsi Zn O yang sebenarnya, barulah timbul persoalan kenapa doktor tersebut berikan krim Zn O sedangkan tujuan utama Umi berjumpa doktor adalah disebabkan ingin bertanyakan rashes di mata Rizqy yang semakin membesar dan bukannya disebabkan bontot melecet. Persoalannya, kenapa Doc muda tersebut berikan Zn O. Farmasi hanya akan ikut prescription yang diberikan oleh Doc. (sekarang baru Umi tahu tentang Zn O)
💕Awalnya, Umi tidak tahu fungsi Zn O tersebut, jadinya Umi guna dan sapu pada rashes di mata Rizqy. Kemudian selepas sapu aqeous dan Zn tadi, merah semakin membesar dan jadi makin teruk. Mungkin boleh guna Zn O untuk muka. Tapi untuk baby boleh ke? Selamat ke?

~lainoranglaincarainicarasaya~
Nantikan cerita2 seterusnya dan pelbagai tips yang akan saya kongsikan setelah tamat episod perjalanan ekzema anak saya. Jom follow page saya untuk cerita seterusnya. TQ




24/02/2024

Dah beberapa hari cuti menulis ni.. Ini menandakan betapa busy nya umi Rizqy ni dgn pelbagai urusan dan kerja2 freelance. Ada masa nanti kita sambung episod seterusnya lagi ya. Saya nak habiskan episod bersiri dahulu sebelum start bagi tips dan pengalaman lain. Jemput follow saya guys. TQ for your support🌸

~lainoranglaincarainicarasaya~


19/02/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞
--------------------------------------------------------------------------
-EPISOD 4- Perjalanan Pulang dari Kg
-----------------

💓14/8/23,
--> Pada hari tersebut, sepanjang perjalanan duduk di dalam kereta dan dalam aircond sehingga membuatkan kulitnya menjadi kering.
--> Pada ketika itu, Umi memang zero knowledge dan langsung tidak sediakan sebarang "cream/lotion/minyak" untuk melembapkan kulit Rizqy.
--> Kulit Rizqy yang agak kering disebabkan penghawa dingin dan ditambah lagi dengan cuaca yang membahang pada hari tersebut membuatkan lingkaran membulat menjadi semakin bertambah besar.
--> Apakah penyebab utamanya? Adakah saling berkait? Sejuk dan panas silih berganti? Kulit yang kering membuatkan kulit jadi gatal?
--> Tidak tahu macamana, dengan tidak semena-mena , lingkaran tersebut semakin membesar.
--> Kulit Rizqy kalah dengan cuaca panas membahang juga mungkin.
--> Awalnya memang tidak tahu-menahu tentang kaitan antara cuaca dan penghawa dingin dan sebagainya tetapi selepas keadaan menjadi lebih teruk, barulah Umi membuat kajian tentang Ekzema dan gambar yang Umi ambil setiap detik adalah sebenarnya bukti dan cerita yang menceritakan segalanya tentang titik tolak bermulanya perjalanan ekzema anak Umi ni.
--> Umi hanya perasan lepas belek2 semula gambar untuk mengenalpasti dan mencari apakah antara faktor terawal yang membuatkan Rizqy terkena Ekzema.

~lainoranglaincarainicarasaya~
Nantikan cerita2 seterusnya dan pelbagai tips yang akan saya kongsikan setelah tamat episod perjalanan ekzema anak saya nanti. Jom follow page saya untuk cerita seterusnya. TQ




17/02/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞
--------------------------------------------------------------------------
-EPISOD 3- Ikhtiar Berubat Kg
-----------------

💓13/8/23,
-->Pulang ke kg halaman disebabkan Umi ada urusan.
-->Kebetulan, ayah kepada si ipar ada pengalaman merawat ramai orang dengan cara ikhtiar cara kg dan air tawar.
-->Setelah bercakap-cakap akhirnya suami bersetuju untuk membawa anak bersama-sama menziarah ke rumah ayah kepada si ipar untuk ikhtiar cara kampung.
-->Pada ketika itu, bulatan atau circumference bersebelahan mata kiri anak sudah jadi makin besar yang mempunyai radius (π) lebih kurang dalam 1 cm dan berdiameter (d)=2cm. Boleh agak2 la besar mana kan,iainya seperti ringworm yang membulat dan membesar disitu. 😅
-->Setelah berbual-bual dan minum air yang dihidangkan oleh ibu kepada si ipar, maka barulah ayah kepada si ipar keluar bagi untuk merawat.
-->Dipendekkan cerita,,beliau melihat keadaan Rizqy dan baca baca untuk merawat. Di akhir rawatan, beliau bekalkan air tawar dan juga bedak sejuk yang telah dibaca-baca.
-->Ni first ikhtiar sebab memang tidak pernah alaminya sebelomnya
-->Kemudian, setelah menggunakan bahan2 yang dibekalkan tersebut. Saya dapati tiada sebarang perubahan terhadap kulit Rizqy. Maka, saya terus hentikan dengan menyapu bedak sejuk trsebut. Mungkin tidak sesuai dengan anak saya. Saya berterima kasih juga dengan keluarga ipar sebaik baik hati hendak menolong saya cumanya kulit anak saya ni terlalu sensitif.

~lainoranglaincarainicarasaya~
Nantikan cerita2 seterusnya dan pelbagai tips yang akan saya kongsikan nanti. Jom follow page saya untuk cerita seterusnya. TQ




15/02/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA💞
--------------------------------------------------------------------------
-EPISOD 2- Detik Permulaan
-----------------

💓18 JUL 2023
-->Perasan ade lingkaran merah di kawasan mata belah kiri. Semacam ringworm tapi macam rashes (Inilah titik permulaan bermulanya ekzema yang semakin melarat sehingga beberapa kali kene warded)
-->First mom, so memang I zero knowledge pasal ekzema itu sendiri dan juga tentang ruam. Tidak tahu bagaimana nak bezakan ruam dan ekzema dan disebabkan kulit anak sebelomnya licin bersih, jadi saya risau dan takut untuk try and error mana2 lotion baby yang ada di pasaran. Silap saya juga. Sepatotnya saya perlu kekalkan kulit anak lembab sentiasa. Tapi saya silap dengan tidak berani mencuba disebabkan kulit sudah cantik.

-->Bilamana ade c/up bulanan di KK,itu pertama kali saya bertanya pada doktor berkaitan ruam tersebut dan doktor maklumkan pada saya bahawa itu adalah ruam biasa dan saya hanyalah dibekalkan dengan calamine lotion. Pada waktu itu, salah siapa? Salah saya juga kerana tidak buat further study pasal Ekzema, untuk membezakan Ekzema dan ruam dan juga bagaimana rawatan awal untuk menangani masalah Ekzema. Ini jugalah yang dimomokkan sesetengah orang bahawa saya tidak membuat langkah awal untuk mencegah. Saya lambat bertindak menurut pemikiran sesetengah pihak. (Dulu memang saya zero knowledge tapi sekarang saya sudah boleh menutup mulut orang).

Note: Saya menulis perjalanan ekzema anak saya ini disini dan dipage ini untuk tatapan semua agar dapat memberi manfaat kepada semua dan yang paling penting untuk tatapan dan memori untuk diri saya sendiri, suami dan juga anak saya nanti bilamana dia sudah besar nanti.

Disclaimer: Ade tarikh yang betul tepat dan ada tarikh yang saya agak2 secara kasar sahaja. Dulu tiada diari, sekarang baru ada kesempatan untuk menulis semula💓

Jom follow saya supaya tidak terlepas dengan episod ini dan juga tips2 yang saya akan kongsikan di kemudian hari nanti. TQ💞

~lainoranglaincarainicarasaya~

15/02/2024

💞RENTETAN CERITA PERJALANAN EKZEMA BAYI SAYA.💞
--------------------------------------------------------
-EPISOD 1- Awal Cerita
-----------------
💓Lahir-7hari:-
-->Kulit licin, lembab, bersih hanya di kening sahaja yang ada keruping. Tetapi selepas tamat berpantang,keruping tersebut terus hilang.

💓7hari-60hari
-->Setelah mencukur kepala pada hari ke-7, kulit kepala sudah mulai jadi bersisik dan berkeruping. Mungkin ralat juga pada ketika itu kerana menggunakan shaver aloevera yang biasa dan agak murah waktu itu. Tidak salahkan takdir atau shaver tersebut, tetapi besar kemungkinan kulit kepala anak yang sensitif dan ditambah lagi dengan penggunaan shaver Aloevera tersebut yang membuatkan kulit kepala menjadi semakin kering dan bersisik.

Note: Saya menulis perjalanan ekzema anak saya ini disini dan dipage ini untuk tatapan semua agar dapat memberi manfaat kepada semua dan yang paling penting untuk tatapan dan memori untuk diri saya sendiri, suami dan juga anak saya nanti bilamana Rizqy sudah tumbuh membesar nanti.

Disclaimer: Ade tarikh yang betul tepat dan ada tarikh yang saya agak2 secara kasar sahaja. Dulu tiada diari, sekarang baru ada kesempatan untuk menulis semula💓

Cerita baru bermula, jom bantu follow saya agar dapat baca cerita lengkap tentang perjalanan dan perkongsian saya tentang rawatan untuk anak saya dalam episod yang seterusnya. Kalau ada sebarang teguran, saya menerima dengan hati yang terbuka, kita sama2 belajar dan saling dapat manfaat.
TQ semua.

~lainoranglaincarainicarasaya~


Salam n hi to all,🌸JUALAN PINDAH RUMAH🌸Hi hi guys,bantu saya clearkan barang rumah. Saya trusted seller. Kalau xpercaya,...
13/02/2024

Salam n hi to all,

🌸JUALAN PINDAH RUMAH🌸

Hi hi guys,bantu saya clearkan barang rumah.

Saya trusted seller.

Kalau xpercaya, jom datang view dahulu. Saya prefer yang dekat2 boleh view barang berbanding yang jauh. Maaf kepada yang jauh sebab saya xbuat postage. Hanya COD pada yang berdekatan kawasan SERI KEMBANGAN, PUTRAJAYA,CYBERJAYA atau PUCHONGsahaja.

Berminat? Boleh datang view dulu sebelom buat pembelian.

Masih dalam proses kemas rumah, ade juga lagi barang2 yang hendak dijual dan disedeqahkan. Jom follow page saya supaya tidak terlepas.

~lainoranglaincarainicarasaya~

13/02/2024

Lapar.

Roti wholemeal ada,telur omega pun ada..

So,apalagi..

Roti telurrr jom,

🌹Note🌹

Guys, menggoreng menggoreng jugak, minyak pun minyak jugak,,tapi jangan lupa kesihatan tu perlu dijaga jugak. 🤗

Kalau ada rezeki lebih,jom kita tukar daripada ROTI PUTIH kepada ROTI WHOLEMEAL sebab banyak sangat tau manfaat ROTI WHOLEMEAL ni.

Lagi2 untuk ibu mengandung..Memang bagus sangat makan ROTI WHOLEMEAL. Memang cepat muak tapi ROTI WHOLEMEAL ni tinggi serat tau, kaya dengan vitamin dan rendah kalori. Jadinya, sesiapa yang nak turunkan berat badan, nak jaga kesihatan jantung dan cepat kenyang, tukar la kepada ROTI WHOLEMEAL 🥰🥰

~lainoranglaincarainicarasaya~


Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buat Cara Mudah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Digital creator in Kota Bharu

Show All