ROKOK Melayu tembakau kampung

ROKOK Melayu tembakau kampung Rokok daun yang juga dikenali sebagai rokok gulung kian menjadi perhatian orang ramai apabila harga rokok moden semakin meningkat. Assalamualaikum sahabat

Belakangan ini, permintaan rokok daun ini semakin menjadi-jadi akibat kesedaran rakyat terhadap bahaya rokok moden.

30/04/2023
27/10/2021
26/01/2021

Rokok daun yang juga dikenali sebagai rokok gulung kian menjadi perhatian orang ramai apabila harga rokok moden semakin meningkat. Belakangan ini, permintaan rokok daun ini semakin menjadi-jadi akibat kesedaran rakyat terhadap bahaya rokok moden.

22/01/2021

Terbaik Tuan Ocpd..

18/01/2021

Menimba ilmu sewaktu zaman muda2 dahulu....

Daun nipah Sebelum di potong jadi rokok...
16/01/2021

Daun nipah Sebelum di potong jadi rokok...

ROKOK daun nipah... Baru restok
16/01/2021

ROKOK daun nipah... Baru restok

Assalamualaikum teman2 FB...
16/01/2021

Assalamualaikum teman2 FB...

15/01/2021

USTAZ BADLISHAH - Sejarah Sebenar Melayu Melaka

SLUPRPPPP... ENAKNYA CACING KAYU 'TAMILOK'X MastikaSiapa penggemar makanan eksotik? Pernah dengar TAMILOK?Tamilok adalah...
15/01/2021

SLUPRPPPP... ENAKNYA CACING KAYU 'TAMILOK'

X Mastika

Siapa penggemar makanan eksotik? Pernah dengar TAMILOK?

Tamilok adalah merujuk kepada ‘cacing kayu’. Berwarna putih, bersaiz panjang, berlendir dan lembut seperti cacing. Walaupun kelihatan sama, ia sebenarnya BUKAN cacing.

Secara biologi, makhluk aneh ini merupakan moluska iaitu sejenis kerang laut yang banyak dijumpai di kawasan hutan paya bakau.

Penduduk Palawan dan Aklan di Filipina, memanggil cacing kayu ini dengan nama ‘tamilok’ dan ia dijadikan sebagai salah satu makanan istimewa di sana. Tamilok, secara dasarnya tidak membawa sebarang maksud atau makna dalam bahasa tempatan. Asal usul istilah itu telah diambil daripada perbualan dua orang rakyat Amerika.

Menerusi perbualan itu, salah seorang daripada pelancong tersebut sangat terkejut apabila melihat penduduk kampung memakan cacing kayu, lalu memberitahu rakannya, “Tommy, lihat! (Tommy, look!).” Bermula daripada peristiwa itu, warga tempatan mengguna pakai istilah ‘tomilok’ sebagai merujuk kepada makanan istimewa mereka, cacing kayu.

Seperti juga makanan eksotik lain, cacing kayu dari keluarga ‘Terendinidae’ ini agak sukar ditemukan. Bagi penduduk Palawan yang mana tinggal berhampiran laut dan kawasan bakau, mereka sendiri mengakui bahawa untuk menjumpai makhluk yang satu ini bukanlah satu kerja mudah.

Untuk mendapatkannya, pemburu tamilok perlu turun ke kawasan paya bakau dan mencari kayu bakau reput, tempat di mana hidupan itu tinggal. Apabila sudah menemukan kayu yang dicari, pemburu masih belum boleh tersenyum. Mereka harus menempuh satu lagi laluan paling mencabar iaitu membawa kayu bakau itu naik ke daratan dengan berjalan di atas lumpur berair yang sangat licin dan melekit.

Di daratan, tamilok akan segera dikeluarkan dari habitatnya. Caranya, kayu bakau reput tadi dipotong dan dibelah dua dengan menggunakan alat pemotong khas seperti kapak. Selepas kayu dibelah, kelibat cacing aneh ini akan mula terlihat. Bagi mereka yang jenis penggeli, melihat cacing kayu ini tidak digalakkan kerana pemandangan itu pastinya boleh menimbulkan rasa loya.

Namun bagi warga Palawan, ia merupakan perkara biasa dan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Dan sudah semestinya, sebaik sahaja mendapat tamilok, mereka tidak akan meninggalkan walau satu ekor pun cacing panjang itu dari dalam kayu yang dijumpai.

Tamilok yang hidup dalam sebatang kayu bakau buruk, berbeza-beza saiznya. Jika bernasib baik, pemburu boleh menemukan cacing bersaiz lebih besar iaitu sekitar 91 sentimeter (cm) hingga 31 cm panjang.

Dari segi warna p**a selalunya tidak sama kerana ada di antara cacing tersebut berwarna putih, kecoklatan dan hitam, bergantung pada banyak mana ia memakan kayu mati.

Cara menghidangkan makanan eksotik ini cukup mudah. Basuh bersih-bersih sampai pulpa dari dalam perut hidupan itu keluar sepenuhnya. Setelah siap dibersihkan, maka barulah boleh dimakan. Cara memakannya? Hanya ditelan secara mentah-mentah tanpa perlu dikunyah.

Menelan tamilok memerlukan keberanian. Ini kerana, ia sangat berlendir dan berbulu. Jika tersilap langkah, cacing panjang itu boleh melekat pada tekak. Diingatkan supaya ada air di tangan pada waktu memakannya bagi melancarkan proses menelan tamilok.

Tapi, jika tidak berani memakannya dengan cara begitu, anda boleh mencelup haiwan pelik berkenaan ke dalam cecair campuran cuka, jus lemon, hirisan bawang dan cili. Rasanya dikatakan masin, pedas, lembut dan sedap, sama seperti memakan tiram mentah, tetapi dikatakan lebih enak daripada itu.

Selain di Palawan, tamilok sebenarnya boleh didapati di beberapa bahagian lain di Filipina. Namun, Palawan dikatakan antara lokasi paling pop**ar dengan hidangan cacing kayu yang sering menjadi tumpuan dari kalangan para pelancong dalam dan luar negara.

Sebenarnya, cacing laut ini tidak hanya terdapat di Filipina. Menurut ahli biologi, morfologi cacing panjang berbentuk silinder itu boleh dijumpai di bahagian-bahagian lain di dunia. Namun, haiwan ini dikenali dengan nama berbeza di mana ia kadangkala dipanggil ‘anai-anai laut’. Dalam kalangan ahli biologi p**a, cacing kayu sangat terkenal dengan panggilan ‘cacing teredo’.

Berdasarkan sejarah, cacing teredo merupakan haiwan perosak kayu yang tenggelam di dalam air laut termasuk struktur jeti, cerucuk, dok dan kapal-kapal, sama seperti anak-anai.

Kehadiran cacing ini pernah menimbulkan krisis di Belanda pada abad ke-18 sehingga satu kajian terpaksa dilakukan untuk mengelak daripada serangan haiwan tersebut. Lama selepas itu, ia turut dilaporkan telah merosakkan pemasangan cerucuk air menyebabkan beberapa runtuhan kecil di sepanjang kawasan dermaga Sungai Hudson di Hoboken, New Jersey.

Namun, untuk cuba memakannya bukanlah satu kesalahan. Selain memerlukan keberanian, tiada lagi laporan menunjukkan memakan hidangan pelik ini boleh mengalami masalah kesihatan.

🌸*Kisah di atas sekadar informasi makanan pelik dari pelusuk dunia. Tak suruh korang makan pun. Tapi kalau nak try, silakan yeop, berani ke tidakkk...😛

Assalamualaikum teman2...
14/01/2021

Assalamualaikum teman2...

13/01/2021

Kediaman Terakhir kita nanti...

Address

Simpang 3 Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Telephone

+60108636077

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROKOK Melayu tembakau kampung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ROKOK Melayu tembakau kampung:

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Kota Bharu

Show All

You may also like