01/08/2019
Saya dengar sabah pun ada ambil bahagian. Ada Kraf, makanan tradisional dan macam-macam lagi.. siapa yang ada di sekitar sini jom lah kita join.. bah jan lupa share ni info.. set tu date k. hujung minggu ni tu..
***********************************
Setiap tahun kira-kira 7,000 pengunjung berkumpul di Taman Botani Negara Shah Alam, bagi mengadakan acara tahunan sempena sambutan "Selangor International Indigenous Art FESTIVAL 2019" (SIIAF 2019).
Melalui SIIAF 2019 pengunjung akan dapat mengenali dengan lebih dekat mengenai adat, budaya, karya seni dan kraf tangan serta pertuturan setiap kaun Orang Asal di Malaysia dan Luar Negara di dalam satu acara besar bertaraf antarabangsa.
Acara yang berlangsung selama dua (2) hari ini dianjurkan bersempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia yang jatuh pada bulan Ogos setiap tahun. Edisi tahun ini, dijangka akan turut serta Orang Asal dari Sepanyol, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan dan Korea Selatan.
Tandakan kalendar anda dan sertai kami! 🙌🏿
Acara: "Selangor International Indigenous Art FESTIVAL 2019" (SIIAF 2019)
Tarikh: 3 - 4 Ogos 2019
Tempat: Taman Botani Negara, Shah Alam
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang