Info Media Malaysia

  • Home
  • Info Media Malaysia

Info Media Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Info Media Malaysia, News & Media Website, .

15/09/2025
https://s.shopee.com.my/2VVyGMpDlj
22/05/2024

https://s.shopee.com.my/2VVyGMpDlj

🚚 Local Seller ⚡ 24 hours local delivery in Malaysia. Description: 👉Easy Carry: The cup come with a built in handle portable and easy to carry out. 👉Leak-proof: The lid has a built-in sealing silicone ring, 360° leak-proof. 👉Double drink design: Direct drink/straw switch as you like, ...

Penduduk di kawasan yang mengalami gelombang haba perlu mengurangkan aktiviti luar. Buat persiapan raya di dalam rumah s...
06/04/2024

Penduduk di kawasan yang mengalami gelombang haba perlu mengurangkan aktiviti luar.

Buat persiapan raya di dalam rumah sahaja, pergi membeli belah persiapan raya pada waktu petang- malam apabila suhu panas sudah reda.

Pada waktu ini, peniaga peniaga memang mencabar kerana perlu berhadapan dengan gelombang haba.

24/03/2024

Cara penjimatan bil letrik aircond!! 🥵

Saya menggunakan aircond brand Daikin. Untuk penjimatan letrik saya set pada DRY mode agar humidity bilik antara 50-60%.

Dekat remote, saya set pada 26’C dan masih mendapat 24.3’C dengan 47% humidity. Kebiasaan humidity dibilik saya ialah 70%. Humidity yang sesuai, segar dan menyehatkan di Malaysia ialah antara 50-60%.

Ini bermakna aircon saya berfungsi dengan baik dan bersesuaian dengan saiz bilik. Suhu paling sesuai ialah 24’C atau 25’C untuk tidur malam. Jikalau anda set remote pada 16’C pun, suhu terendah yang anda dapat mungkin 19’C sahaja tetapi compressor bekerja non-stop, yang menyebabkan bil letrik yang tinggi 😭

Untuk penjimatan, set remote pada DRY mode (tanda air bukan tanda snow) dengan suhu 24’c atau 25’C. Jika tak selesa juga, set remote 22’C COOL kemudian tukar mode pada DRY.

DRY mode akan mendapatkan anggaran penjimatan 50% dari COOL mode kerana compressor kurang bekerja.

Untuk makluman, kos elektrik aircond satu jam, lebih kurang:

1hp (900w) - 20sen sejam.
1.5hp (1.2kw) - 30sen sejam
2hp (1.9kw) - 40sen sejam.
2.5hp (2kw) - 50 sen sejam

Semoga Bermanfaat 😁

Guna aircond model energy saving (inverter) antara yang boleh jimat tapi harga mahal boleh tengok sini https://shope.ee/3Ak8yFjiM2

Cakap terus terang wartawan dulu2.. 🤣🤣Kredit : Zaman Dulu Dulu
24/03/2024

Cakap terus terang wartawan dulu2.. 🤣🤣

Kredit : Zaman Dulu Dulu

21/03/2024

Seekor Harimau ditemui mati di Lebuhraya Pantai Barat (WCE) TRONG menghala BERUAS pada semalam berkemungkinan dilanggar kenderaan.

Cuaca panas melampau ekoran fenomena El-Nino mengakibatkan kuantiti air Tasik Ayer Keroh, Melaka berkurangan ketika tinj...
20/03/2024

Cuaca panas melampau ekoran fenomena El-Nino mengakibatkan kuantiti air Tasik Ayer Keroh, Melaka berkurangan ketika tinjauan hari ini.
Tasik yang terletak di daerah Melaka Tengah dan bersebelahan Zoo Melaka itu antara kawasan tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga pada waktu petang dan hujung minggu.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut dan cuaca panas dijangka berlarutan hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan.
📸 Zulhilmi Daud | BERNAMA

PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI PILIHAN RAYA UMUM 1969Pada hari ini dalam tahun 1969, KDYMM Sultan Is...
20/03/2024

PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI PILIHAN RAYA UMUM 1969

Pada hari ini dalam tahun 1969, KDYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan. Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali DUN Kelantan dan DUN Sabah turut terbubar atas perkenan ketua negeri masing-masing. DUN Kelantan dibubarkan pada 31 Mac 1969 manakala DUN Sabah p**a tidak dibubarkan kerana belum cukup tempoh lima tahun. Pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak pada 10 Mei 1969. Sebanyak 144 kerusi Parlimen dan 330 kerusi DUN dipertandingkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.

HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 34 stesen radio milik RTM.
3) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.







Saya tak ada akaun di KK Mart, tapi saya supply di supermarket.Proses nak masuk barang pertama kena buka akaun di syarik...
18/03/2024

Saya tak ada akaun di KK Mart, tapi saya supply di supermarket.

Proses nak masuk barang pertama kena buka akaun di syarikat tersebut. Proses nak dapat buka akaun bukanlah mudah untuk orang baru. Kadang kadang jangan kata nak melobi buka, nak jumpa person in charge pon berbulan bulan.

Sudah dapat buka akaun, nak list barang kena bagi proposal, kena bagi sample dan ada syarikat yang akan minta plan pemasaran, marketing dan lain lain. Kena check barang segala. Kalau makanan mungkin kena test dan benda ni selalunya dibawa ke meeting antara pihak pengurusan mereka. Bukan one person decision.

Nak listing tu p**a bukan percuma, kena bayar beribu ribu ringgit. Kalau KK Mart melibatkan puluhan ribu kalau 7 Eleven boleh melibatkan transaksi bayaran listing ratusan ribu ringgit.

Dah tu keluar PO pertama kita kena buat delivery, ada kena hantar ke DC, ada kena hantar ke cawangan. Setiap kali hantar barang kena inspect, kena check kalau ada tak kena atau rosak boleh kena reject.

Itu belum masuk proses lain daripada pihak mereka sehinggalah produk sampai digantung on shelves.

Jadi bagi kes KK Mart ni, sekiranya ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan, kita boleh fikir sendiri berapa banyak proses kesilapan yang perlu dilalui bermula dari kilang, pembekal hinggalah tukang QC dan tukang gantung produk dan jual kepada pelanggan.

𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧: 𝙃𝙪𝙨𝙖𝙢 𝙆𝙪

Cara penjimatan bil letrik aircond!! 🥵Saya menggunakan aircond brand Daikin. Untuk penjimatan letrik saya set pada DRY m...
17/03/2024

Cara penjimatan bil letrik aircond!! 🥵

Saya menggunakan aircond brand Daikin. Untuk penjimatan letrik saya set pada DRY mode agar humidity bilik antara 50-60%.

Guna aircond model ni weh 👉 Tgk KOMEN👇

Dekat remote, saya set pada 26’C dan masih mendapat 24.3’C dengan 47% humidity. Kebiasaan humidity dibilik saya ialah 70%. Humidity yang sesuai, segar dan menyehatkan di Malaysia ialah antara 50-60%.

Ini bermakna aircon saya berfungsi dengan baik dan bersesuaian dengan saiz bilik. Suhu paling sesuai ialah 24’C atau 25’C untuk tidur malam. Jikalau anda set remote pada 16’C pun, suhu terendah yang anda dapat mungkin 19’C sahaja tetapi compressor bekerja non-stop, yang menyebabkan bil letrik yang tinggi 😭

Untuk penjimatan, set remote pada DRY mode (tanda air bukan tanda snow) dengan suhu 24’c atau 25’C. Jika tak selesa juga, set remote 22’C COOL kemudian tukar mode pada DRY.

DRY mode akan mendapatkan anggaran penjimatan 50% dari COOL mode kerana compressor kurang bekerja.

Untuk makluman, kos elektrik aircond satu jam, lebih kurang:

1hp (900w) - 20sen sejam.
1.5hp (1.2kw) - 30sen sejam
2hp (1.9kw) - 40sen sejam.
2.5hp (2kw) - 50 sen sejam

Semoga bermanfaat 😁

kredit : Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Kejadian kebakaran di Mydin Manjoi, Perak malam tadi.
11/03/2024

Kejadian kebakaran di Mydin Manjoi, Perak malam tadi.

Pesan kat adik-beradik kita..Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta, rumah, beli ta...
09/03/2024

Pesan kat adik-beradik kita..

Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta, rumah, beli tanah, beli aset sendiri

Bagi ada harta dengan nama sendiri..

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti..

Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah..

Tak guna...

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jangan fikir, jangan berharap.. jangan letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..

Jangan..

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti...tup² bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sgt² "hak" kita...

Hak apa yg kita nak?

Hak apa yg kita tuntut?

Kita berhak ke?

Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita...yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka...

Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini..

Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka..

Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan.. tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka"..

Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut p**a.. 😥

Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka.. dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan..

Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?

Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb). Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.

Harta Pusaka termasuk :

1-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.

2-Kutipan sewa dari harta si mati.

3- Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.

4-Premium insurans.

5-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.

6-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.

Bukan Harta Pusaka :

-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.

-Harta yang telah dijual oleh si mati.

-Harta yang telah diwakafkan.

-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.

-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.

-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.

-Imbuhan dan saguhati.

-Pampasan insurans dan manfaat takaful.

-Khairat kematian.

Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.

Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.

#

Kredit : Rosdlina Sabiah & co

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Media Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share