Group Parit Melana Durian Tunggal Melaka

Group Parit Melana Durian Tunggal Melaka GROUP PARIT MELANA DURIAN TUNGGAL ,MELAKA.. Group Ini ditubuhkan untuk menyatukan Perpaduan..

10/07/2024
26/06/2024

Rabu,19 jun 2024: Pesta Bendang akan diadakan di Parit Melana Durian Tunggal Melaka...
Wahh.. Jangan lepaskan peluang untuk
bersama - sama.., Mummy Didie Alias dan rakan artis turut sama memeriahkan lagi program Bendang di Parit Melana Dun Durian Tunggal Melaka .,
Mane lagi..!!!..Melaka Leerrrr..!!!...

Kerajaan Negeri Melaka
AbRauf Yusoh
Zahari Abd Kalil
DidieAlias



13/02/2022

Semoga Bermanfaat.. ♥️

13/02/2022

Hanya di Parit Melana Durian Tunggal Melaka, telah meggunakan teknologi drone meracun serangga di sawah padi.. , Ini la petani modern yang banyak membantu masyarakat Dan menarik taraf ekonomi ..

22/11/2020

Durian tunggal hujan lebat tak berhenti dri jam 8 lebih mlm hingga jam 10.40 mlm ..

Moga yang alami kawasan banjir bersabar , semoga allah permudahkan segala urusan mangsa banjir ..

Melawat kawasan banjir di beberape Dun Durian Tunggal Melaka... Di beberapa titik, banjir masih menggenangi, bahkan seti...
22/11/2020

Melawat kawasan banjir di beberape Dun Durian Tunggal Melaka...

Di beberapa titik, banjir masih menggenangi, bahkan setinggi paras pinggang dan belum surut.
Marilah kita berdoa supaya banjir lekas reda, dan mereka senyum kembali merekah indah di wajah-wajah para korban banjir. Aamin...

..

12/11/2020

COVID-19: Lebih 8,000 pekerja kilang Kluster Berendam jalani saringan

MELAKA 12 Nov. – Lebih 8,000 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam di sini, akan menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh terdekat berikutan terdapat kakitangan mereka dikesan positif wabak itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata langkah itu diambil kerana berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang sehingga wujud kluster baharu dikenali sebagai Kluster Berendam.

Katanya, sehingga semalam, kluster Berendam merekodkan 19 kes aktif dan 18 daripadanya sedang dirawat di Hospital Melaka.
“Kluster Berendam melibatkan sebuah kilang bersaiz besar dan sehingga semalam, Jabatan Kesihatan Melaka dengan kerjasama pihak kilang melakukan saringan ke atas 2,118 orang melibatkan 1,892 pekerja dan 226 kontak rapat terdiri daripada ahli keluarga mereka.

“Daripada jumlah itu, 240 kakitangan masih menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 dan saringan menyeluruh terhadap semua pekerja kilang itu akan dilakukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Melaka mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kilang dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dan kos saringan ditanggung pengurusan kilang berkenaan.
Katanya, Jabatan Kesihatan Melaka dan kilang berkenaan juga mencari penyelesaian terbaik bagi mengekang penularan COVID-19 dari Kluster Berendam memandangkan pekerja kilang berkenaan tidak tinggal berpusat seperti di asrama pekerja sebaliknya dari ketiga-tiga daerah di negeri berkenaan.

Beliau berkata fasa pertama Kluster Berendam dikesan selepas salah seorang pekerja kilang tersebut yang baru pulang dari zon merah disahkan positif COVID-19 menerusi saringan wajib yang dijalankan pihak kilang.

Katanya, penularan dalam kalangan pekerja kilang tersebut dikesan selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah resort di Alor Gajah.

Sumber : Parit Melana Durian Tunggal Melaka .

11/11/2020

Hasad Dengki.. , Orang ade Sifat Hati Macam Ni Memang Bangkai, Busuk ..


10/11/2020

Daripada Cari Kesalahan Orang , Lebih Baik Cari Kesalahan Ejaan Bahase Melayu ..

10/11/2020

Cuba Benda Baru 😂

10/11/2020

Agak Ape Jadi Ye Orang Bawah tuu.. 😂

09/11/2020

Habis Lebur Amal Kebaikan, Jika Niat Hati Tak Bersih ..

09/11/2020

Berdosa jika tidak betegur sapa di kalangan kita semua

Asal Usul Sejarah Parit Melana Durian Tunggal  Melaka : - - Kampung Parit Melana dipercayai diteroka oleh Syeikh Maulana...
09/11/2020

Asal Usul Sejarah Parit Melana Durian Tunggal Melaka : - -

Kampung Parit Melana dipercayai diteroka oleh Syeikh Maulana berketurunan Arab kira-kira 200 tahun dahulu. Pada ketika itu, kawasan kampung ini sentiasa dilanda banjir yang agak teruk dan sering memusnahkan hasil tanaman dan harta benda penduduk. Syeikh Maulana dengan rasa tanggungjawab telah mencadangkan supaya penduduk membina parit-parit di sekitar kampung bagi mengelakkan banjir daripada berulang. Dengan itu, sebagai menghargai jasa beliau, penduduk kampung telah sepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Parit Maulana” sebagai mengingati jasa beliau.

Namun begitu, disebabkan loghat penduduk sekitar yang sering menyebut “Maulana” sebagai “Melana” maka, nama Parit Maulana telah bertukar menjadi Parit Melana. Nama tersebut terus kekal sehingga ke hari ini dan kini ia lebih dikenali dengan nama Kampung Parit Melana. Keindahan kampung dengan warisan yang ditinggalkan masih terpelihara walaupun arus pembangunan semakin mengasak kampung ini dari masa ke masa.

Terdapat sebuah masjid lama yang masih mengekalkan ciri-ciri seni bina asal yang unik di kawasan ini. Masjid Lama Kampung Parit Melana merupakan antara masjid tertua yang terdapat di Melaka. Ia telah diwartakan sebagai tempat bersejarah negeri Melaka yang menurut undang-undang negeri Melaka, ia tidak boleh dimusnahkan mahupun diubah suai bentuknya tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Disebabkan keunikan masjid tersebut, terdapat pengunjung yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat keindahan seni bina tradisi masjid ini. Masjid tersebut masih menjadi pilihan penduduk setempat untuk mengerjakan ibadah dan meraikan majlis-majlis keagamaan sehingga kini ..

Runtuhan Masjid Asal Belimbing Dalam yang dipercayai dibina di zaman Belanda.Menyimpan seribu satu kisah dalam lipatan s...
09/11/2020

Runtuhan Masjid Asal Belimbing Dalam yang dipercayai dibina di zaman Belanda.

Menyimpan seribu satu kisah dalam lipatan sejarah.

Runtuhan masjid ini terletak bersebelahan jalan keretapi lama Melaka - Tampin.

Jika berada di jalan utama Parit Melana - Durian Tunggal, singgah di Masjid Belimbing Dalam dan jengahlah halaman di hadapan mehrabnya.

09/11/2020

Hebat Orang Perempuan, Semoga Bermanfaat Guyss..

09/11/2020

2 Dosa Allah Akan Balas Sebelum Mati.. !!..

09/11/2020

JANGAN REMEHKAN USAHA MU ..

09/11/2020

Jangan TAKUT REZEKI TIADA.💚💚💚

08/11/2020

..SOMBONG adalah suatu penyakit yang datangnya melalui sifat iblis, Apa gunanya kita perlu sombong...?

08/11/2020

Kita saja yang pandai menghukum seolah-olah kitalah tuhan.
-
Sedangkan kalau seorang hamba itu nak balik kepada Allah tiada halangan atau tembok batu untuk dia sampai kepada Allah.
-
Dunia masih hidup, selagi ia masih hidup taubat masih diterima walau sebesar mana dosa kita dengan Allah, jika ada dosa dengan manusia, minta ampun pada manusia barulah Allah ampunkan kamu.
-
Semoga Bermanfaat ya !
-

Sumber video: Promedia
Ceramah oleh :

08/11/2020

TANGANI STRESS.
Tips tangani stress:
Banyakkan minum air putih, terutama saat diambang kemarahan.
Air putih, dapat menenangkan perasaan, dan berpikir lebih jernih.
Rasulullah menganjurkan kalau marah, hendaklah berwudu dan mendinginkan badan (HR.Muslim)
Kedua, meluangkan waktu sedikit, untuk setiap minggu, keluar untuk bersenam dengan berkumpul bersama keluarga.
Atau ziarah rumah kawan kawan Nabi mengajarkan Hubungkan silaturahim, sebab dapat menambah rezeki dan memperpanjang umur (HR.Muslim)
Moga bermanfaat ya, kongsikan pada yang lain dan tag mereka!
Kredit video :

08/11/2020

Semoga Bermanfaat ..

Bertabahlah semua.Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat   dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali  ,   dan...
07/11/2020

Bertabahlah semua.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali , dan selama selama 4 minggu bermula 9 Novemver hingga 6 Disember 2020.

TAHUKAH ANDA ?Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung g...
06/11/2020

TAHUKAH ANDA ?

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung gagak. Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang reaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut.

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju keatas langit. Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas.
Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yg menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke atas langit yg lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

06/11/2020

Setiap yang ALLAH turunkan adalah semata-mata untuk memotivasikan kehidupan kita agar tidak lari jauh kesesatan..Berbaliklah kita kepada perintah Allah SWT, agar kita tergolong dalam kalangan orang yang menang..Amin

05/11/2020

ASSALAMMUALAIKUM.. & SALAM SEJAHTERA GROUP PARIT MELANA DURIAN TUNGGAL ,MELAKA🤝💪👌 # Group Ini ditubuhkan untuk menyatukan semua terutama penduduk *PARIT MELANA DURIAN TUNGGAL MELAKA* DAN LUAR MELAKA...Group akan memberi info dan isu2 cpt&pantas berkaitan masalah di hadapi penduduk di *DURIAN TUNGGAL MELAKA* seperti masalah awam terutama rakyat negeri melaka... -info Berkaitan *PARIT MELANA DURIAN TUNGGAL* SEPERTI... Scammer Iklan Kehilangan Kemalangan Perniagaan Penipuan Jenayah Traffic BERUNSURKAN LUCU ATAU LAWAK DI GROUP *PARIT MELANA DURIAN TUNGGAL MELAKA* ADALAH DIGALAKKAN.. -Sekadar hiburkan hati dan hilangkan stresssss BERBENTUK PERNIAGAAN BOLE LEPASKAN KAN... TIADA CAJ DI KENAKAN OLEH GROUP Ini .. INFO AWAM SILA SERTA KAN... -lokasi yg tepat -maklumat detail -gambar -salinan repot polis yg akan diBANNED -share LIVE -scam -like page -v**e -unsur lucah -politik !!! DILARANG KERAS!! 1.Iklan memanjang di ruangan komen posting admin 2.Tidak boleh post benda sama

Address

Kampong Parit Melana

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Group Parit Melana Durian Tunggal Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Group Parit Melana Durian Tunggal Melaka:

Videos

Share