Metronews Sdn. Bhd.

Metronews Sdn. Bhd. Metronews Sdn Bhd is a video production house that has been actively involved in video productions since 1995 until now. Bhd.

30 years of experience as Kuala Lumpur crime news provider to local TV stations & international news agencies. As part of in house production of Metronews Sdn. which were Broadcasting & News provider since 1988. MKLcrimedesk as a news team lead by Sarinah Salleh/Ibrahim Taib - works closely to Malaysian Police Department (Crimes & Criminal) & a department in Minister of Internal Affairs.

11/03/2022

SIARAN MEDIA

IBU PEJABAT POLIS DAERAH PETALING JAYA

KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYA, ACP MOHAMAD FAKHRUDIN BIN ABDUL HAMID.

TULAR VIDEO RAKAMAN DIPUKUL OLEH RAKAN SERUMAH.

PADA 09 MAC 2022 (RABU) JAM LEBIH KURANG 9.00 PAGI, TELAH TULAR DI LAMAN SOSIAL MEDIA SATU RAKAMAN VIDEO
BERDURASI 15 SAAT MENUNJUKKAN KEJADIAN SEORANG WANITA YANG SEDANG MEMASAK DI DAPUR TELAH DIDATANGI OLEH RAKAN SERUMAHNYA DAN TELAH MENAMPAR MUKA WANITA
TERSEBUT.

VIDEO TERSEBUT TELAH DIMUATNAIK OLEH
SEORANG PENGGUNA LAMAN SOSIAL YANG MENCERITAKAN
MENGENAI KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU.

PADA 06 MAC 2022 JAM LEBIH KURANG 6.50 PAGI POLIS PETALING JAYA TELAH MENERIMA SATU LAPORAN POLIS OLEH PENGADU SEORANG WANITA WARGANEGARA TEMPATAN BERUMUR LINGKUNGAN 30-AN MENGENAI KEJADIAN DIPUKUL OLEH RAKAN SERUMAHNYA SEORANG WANITA WARGANEGARA TEMPATAN BERUMUR LINGKUNGAN 30-AN PADA JAM 5.00 PAGI SEMASA BELIAU SEDANG MEMASAK.

KEJADIAN DIPERCAYAI BERPUNCA DARIPADA BUNYI BISING DI BAHAGIAN DAPUR YANG MENGGANGGU RAKANNYA YANG
SEDANG TIDUR.

KES TELAH DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN
KERANA DENGAN SENGAJA TELAH MENYEBABKAN CEDERA KEPADA PENGADU.

RAKAN SERUMAH PENGADU SUDAH
DIPANGGIL DAN DIRAKAMKAN KETERANGAN UNTUK MEMBANTU
SIASATAN.

SIASATAN LANJUT SEDANG DIJALANKAN UNTUK MELENGKAPKAN PENYIASATAN KES TERSEBUT.

- TAMAT -

DIKELUARKAN PADA 11 MAC 2022 (JUMAAT) JAM 10.00 PAGI

Update Tanah Runtuh Bukit Permai AmpangMangsa pertama terkorban iaitu seorang wanita berusia 85 tahun selepas berjaya di...
10/03/2022

Update Tanah Runtuh Bukit Permai Ampang

Mangsa pertama terkorban iaitu seorang wanita berusia 85 tahun selepas berjaya dikeluarkan kira kira jam 9.10 malam.

Manakala suaminya berusia 87 tahun mangsa pertama dikeluarkan dilaporkan selamat.

3 lagi mangsa lain yang tertimbus sedang dikesan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata dua daripada mereka adalah penduduk rumah teres dua tingkat di lokasi kejadian manakala seorang lagi adalah pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor.

Ends

10/03/2022

POLIS SAH 5 MANGSA TERTIMBUS RUNTUH PERMAI

AMPANG - Polis Ampang mengesahkan terdapat lima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai Ampang siang tadi.

Ia membabitkan empat lelaki serta seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Seorang lelaki berusia 84 tahun berjaya diselamatkan pada 6.54 petang.

Manakala seorang lagi mangsa wanita dipercayai isteri kepada mangsa pertama berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 7.53 malam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan bagi mencari tiga lagi mangsa termasuk seorang pekerja penyelenggaraan syarikat utiliti.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, dua daripada 15 rumah tertimbus manakala selebihnya rosak bersama 10 kenderaan lain.

Ends

AMPANG - Sekurang kurangnya 15 buah rumah mengalami kerosakan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Ta...
10/03/2022

AMPANG - Sekurang kurangnya 15 buah rumah mengalami kerosakan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai petang tadi sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.

Laporan awal didapati sebanyak 15 buah rumah dikenalpasti terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

Dua daripadanya telah tertimbus.

Maklumat awal mendapati 4 mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat.

Kini usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan.

Tinjauan juga mendapati masih terdapat pergerakan tanah yang menyukarkan lagi misi mencari dan menyelamat.

Tamat

Gambar : Ihsan Bomba Selangor

10/03/2022

AMPANG - Sekurang kurangnya 15 buah rumah mengalami kerosakan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai petang tadi sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.

Laporan awal didapati sebanyak 15 buah rumah dikenalpasti terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

Dua daripadanya telah tertimbus.

Maklumat awal mendapati 4 mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat.

Kini usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan.

Tinjauan juga mendapati masih terdapat pergerakan tanah yang menyukarkan lagi misi mencari dan menyelamat.

Tamat

Video : Ihsan Bomba Selangor

Penunggang motosikal terbabas sebelum melanggar sebatang pokok lalu maut di tempat kejadian. Innalillahiwainnailaihiroji...
18/02/2022

Penunggang motosikal terbabas sebelum melanggar sebatang pokok lalu maut di tempat kejadian.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Penunggang Motosikal Lawan Arus rempuh kereta maut. Mohon saksi kejadian tampil bantu siasatan.
18/02/2022

Penunggang Motosikal Lawan Arus rempuh kereta maut.

Mohon saksi kejadian tampil bantu siasatan.

31/12/2021

Itu lah degil, tak baca berita, kan dah kena halau dengan ABAM POLIS.

31/12/2021

Tinjauan Krew di lokasi KLCC, rata rata warga asing masih tidak faham atau sengaja buat degil dengan arahan kerajaan tiada sambutan ambang tahun baru..

GOMBAK - Polis Daerah Gombak menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengarahkan penduduk Kampung Sungai Tua Tana...
22/12/2021

GOMBAK - Polis Daerah Gombak menegaskan tidak pernah mengeluarkan
kenyataan mengarahkan penduduk Kampung Sungai Tua Tanah Gantian untuk mengosongkan rumah disebabkan perlepasan air Empangan Batu akan dibuat secara perlahan-lahan.

Ia adalah berita palsu sehingga boleh menyebabkan timbulnya kegusaran orang ramai.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, pada 22 Disember 2021, jam 6 petang pihaknya telah
terkesan tularnya satu kenyataan daripada satu akaun Facebook (Batu Cave Dihatiku) berkenaan perkembangan terkini di Empangan Batu Ulu Yam, Selangor.

Dalam kenyataan tersebut, pemilik Facebook mengatakan pihak polis telah mengarahkan penduduk Kampung Sungai Tua Tanah Gantian untuk mengosongkan rumah disebabkan perlepasan air Empangan Batu akan dibuat secara perlahan-lahan.

Bagaimanapun ini merupakan salah faham dalam kalangan penduduk, semasa lawatan kebajikan pihak Polis Daerah Gombak ke kampung tersebut.

Pihaknya menegaskan dan menasihatkan orang awam supaya menjadi pengguna media
sosial yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita tidak sahih sehingga membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu.

Ends

20/12/2021

KUALA LUMPUR - Satu sindiket pengedaran dadah jenis G***a yang didalangi 3 individu termasuk seorang pembantu bilik bedah di sebuah hospital kerajaan diberkas.

Kesemua suspek berusia 40 an ditahan bersama 5 kilogram g***a mampat dalam beberapa serbuan dekat Setapak, Pudu dan Kota Damansara pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kegiatan mereka dikesan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Wangsa Maju.

Serbuan pertama berjaya menahan seorang lelaki bersama satu ketulan mampat disyaki dadah jenis G***a di Jalan Kampung Bandar Setapak pada Jumaat lalu.

Soal siasat membawa polis ke sebuah rumahnya di Pudu dan menemui seorang wanita yang juga isterinya.

Dalam serbuan itu polis merampas 3 lagi ketulan mampat disyaki G***a.

Beberapa jam kemudian, polis memberkas seorang lagi suspek dipercayai pembekal dadah di sebuah restoran dekat Kota Damansara.

Kesemua rampasan dadah bernilai hampir 10 ribu ringgit.

Siasatan lanjut mendapati sindiket ini sudah aktif sejak setahun lalu dan G***a itu dijual kepada paket kecil untuk pasaran tempatan sekitar Lembah Klang.

Suspek yang bertindak sebagai pembekal ini mempunyai rekod jenayah lampau dadah pada tahun 1997.

Kesemua suspek direman sehingga 7 hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ends

20/12/2021

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah selepas ditikam rakan senegara di Medan Selera Bandar Baru Sungai Buloh malam tadi.

Insiden berlaku kira kira jam 9.40 malam ketika mangsa yang juga seorang penebar roti canai sedang berniaga.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, mangsa dikenali sebagai Zakaria yang sedang menebai roti canai tiba tiba didatangi suspek bersenjatakan pisau bertindak menikamnya.

Suspek yang juga pekerja kedai nasi lemak di situ kemudian ditahan oleh orang awam.

Orang awam segera melaporkan insiden itu kepada polis dan anggota MPV bertindak memberkas suspek.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sg Buloh.

Suspek dikenali sebagai Udai berusia 27 tahun ditahan dan siasatan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Ends

Lebih 50 jalan dan laluan di negeri Selangor dilaporkan tutup akibat dilimpahi air berikutan hujan lebat selama dua hari...
19/12/2021

Lebih 50 jalan dan laluan di negeri Selangor dilaporkan tutup akibat dilimpahi air berikutan hujan lebat selama dua hari sejak kelmarin.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berikut adalah senarai laluan yang ditutup berdasarkan makluman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negeri:

Kemaskini lokasi penutupan jalan pada 20.12.2021 sehingga jam 0400Hrs.

*1.IPD Klang Utara (9)*
1.1) Lebuhraya Shahpadu
1.2) Jalan Haji Sirat Menghala Kapar
1.3) Persimpangan Jalan Meru
1.4) Persiaran Sg Keramat
1.5) Batu 4 Jalan Kapar
1.6) Grand Shahpadu Tol Rantau Panjang
1.7) Jalan Meru Setia Alam Klang Central
1.8) Jalan Inang 5 Bukit Raja
1.9) Jalan Bukit Kapar

*2.IPD Sg Buloh (2)*
2.1) Simpang Empat Bandar Desa Coal Field Puncak Alam Berdekatan Dengan Lampu Isyarat
2.2) Jalan Bukit Cerakah Desa Coal Field Menghala Alam Jaya

*3.IPD Subang Jaya (11)*
3.1) Jalan Kampung Kenangan, USJ 8
3.2) Jalan Jurutera, Bukit Puchong
3.3) Kampung Bestari, Bukit Puchong.
3.4) Kampung Seri Aman, Bukit Puchong.
3.5) Kampung Sri Puchong, Bukit Puchong.
3.6) Lorong Ikan Sepat Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.
3.7) Lorong Ikan Keli Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.
3.8) Lorong Ikan Haruan Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.
3.9) JalanKampung Tengah, Putra Heights.
3.10) Jalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights.
3.11) KTM Batu 3, Subang Jaya.

*4. IPD Kuala Langat (27)*
4.1) Jalan Sukepi
4.2) Jalan Kg Jenjarom
4.3) Jalan Bkt Komandol
4.4) Jalan Rimbayu
4.5) Jalan Masjid Bt. 9
4.6) Jalan Garuda
4.7) Jalan Kasawari
4.8) Jalan Tiong
4.9) Jalan Jalak
4.10) Jalan Murai
4.11) Jalan Merak
4.12) Jalan Perepat
4.13) Jalan Prupuk
4.14) Jalan Makmur
4.15) Jalan Mikon
4.16) Jalan Ibrahim
4.17) Jalan Kuntoni
4.18) Jalan Borhan
4.19) Jalan Bkt Serdang
4.20) Jalan Perak Kiri
4.21) Jalan Sentosa
4.22) Jalan RRB
4.23) Jalan RTB
4.24) Jalan Pinggir Dua
4.25) Jalan Pak Rashid
4.26) Jalan Rantau Panjang
4.27) Jalan Wak Iman

*5.IPD Sepang (5)*
5.1) Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi
5.2) Jalan Kota Warisan/BBST
5.3) Jalan Bukit Canggang/ Bandar Baru Salak Tinggi.
5.4) Jalan Salak/Sepang
5.5) Jalan Kg Ginching (hadapan Masjid)

*6.IPD Shah Alam (6)*
6.1) Jalan HICOM
6.2) Persiaran Jubli Perak Sek 19
6.3) Lebuhraya LKA Dari Arah Jubli Perak ke Plaza Tol Sri Muda
6.4) KM 8.5 NKVE
6.5) Jalan Bukit Kemuning Dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda
6.6) Lebuhraya Elite Kedua Arah

*7. IPD Klang Selatan (10)*
7.1) Jalan Raja Nong Klang
7.2) Jalan Teluk Pulai
7.3) Jalan Kampung Delek
7.4) Jalan Teluk Gong
7.5) Jalan Sungai Jati
7.6) Jalan Perigi Nenas
7.7) Jalan Johan Setia
7.8) Jalan Selat Damai
7.9) Jalan Kampung Pandan
7.10) Jalan Kg Nelayan Teluk Gong

*8. IPD KLIA (2)*
8.1) Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA
8.2) Jalan Banting menghala ke Nilai (Hadapan Bomba KLIA)

*9. IPD Hulu Selangor (1)*
9.1) Jalan Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser menghala ke Peretak

KUALA LUMPUR - Seorang nenek berusia 70 an cedera apabila tertimbus selepas kediamannya antara 4 yang terbabit dalam kej...
19/12/2021

KUALA LUMPUR - Seorang nenek berusia 70 an cedera apabila tertimbus selepas kediamannya antara 4 yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah Kampung Sungai Penchala ibu negara.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan kira kira jam 1.22 pagi tadi mengerahkan 2 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail dan Sri Hartamas.

Operasi turut disertai, Angkatan Pertahanan Awam (APM) 8 anggota, PDRM 11 anggota, PPUM 3 anggota.

Menurut Komander Operasi Kanan PgKB I Khairul Azuwan Ibrahim, sebaik tiba mendapati terdapat runtuhan tanah yang menghempap 4 buah rumah kediaman.

Seorang mangsa didapati tertimbus sehingga paras pinggang.

Bagaimanapun mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Mangsa seorang wanita berumur lingkungan 70 an mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah dihantar ke PPUM menggunakan EMRS BBP Taman Tun Dr Ismail.

Pasukan BOMBA menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi
memastikan tiada lagi sebarang risiko bahaya.

Kawasan kejadian telah
ditutup atas faktor keselamatan.

Ends

KUALA LUMPUR - Panik apabila api marak dan merebak dengan pantas di Flat Sri Johor Bandar Tun Razak ibu negara malam tad...
19/12/2021

KUALA LUMPUR - Panik apabila api marak dan merebak dengan pantas di Flat Sri Johor Bandar Tun Razak ibu negara malam tadi menggemparkan penduduk kawasan sekitar.

Insiden dilaporkan berlaku jam 9 malam itu dikatakan telah memusnahkan kira kira 8 buah unit tingkat 4 premis berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 21:17 malam.

Sekurang kurangnya 6 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, jentera bantuan daripada Pudu, Hang Tuah, Sri Hartamas, Keramat dan Cheras do kerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan Nordin Pauzi, sebaik tiba mendapati kebakaran melibatkan sebanyak 8 buah rumah ditingkat 4 setiap unit berkeluasan 800 kaki persegi hangus 100 peratus.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar 11 malam tadi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

ENDS

18/12/2021

Update accident Lebuhraya ELITE

Pemandu lori treler berusia 37 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kematian 10 individu di kilometer 8.5 lebuhraya Elite malam tadi direman 4 hari bermula hari ini hingga Selasa depan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supritendan Mohd Fairus Jaafar berkata ia bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Polis juga telah menjalankan ujian saringan air kencing dan ujian alkohol ke atas lelaki berkenaan dan hasilnya negatif.

Justeru polis turut mengalu alukan orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, ASP Lim Chin Huat di talian 012-2018080.

Dalam kejadian jam lebih 12 malam tadi, 3 buah kenderaan dirempuh sebuah lori treler dari arah Putra Height ke Shah Alam.

Kenderaan mangsa yang terlibat adalah 2 buah Jenis Proton Wira dan sebuah buah Perodua Axia.

Siasatan awal ditempat kejadian mendapati Motolori Treler telah merempuh 3 buah kereta yang berhenti di lorong kecemasan.

Ia disebabkan salah satu kenderaan tersebut mengalami kerosakan.

Manakala 2 kenderaan lagi berhenti untuk memberi bantuan.

Kemalangan tersebut menyebabkan seramai 10 individu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

2 lagi mangsa seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20 dan 19 tahun, cedera ringan.

Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa bersama 5 kanak-kanak lelaki dan 3 kanak-kanak perempuan berusia antara 10 bulan sehingga 37 tahun.

Kesemua mangsa meninggal dunia telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Ends

https://www.youtube.com/watch?v=AA-_hAnW2kMSuami maut manakala isterinya parah apabila motosikal yg ditunggangi mereka t...
23/10/2021

https://www.youtube.com/watch?v=AA-_hAnW2kM

Suami maut manakala isterinya parah apabila motosikal yg ditunggangi mereka terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

Kejadian berlaku di kilometer 444, Lebuhraya Utara Selatan PLUS.. Rawang ke Sungai Buaya kira kira jam 10 pagi pagi.

Jalan licin akibat hujan serta jalan berselekoh dikenalpasti menjadi punca motosikal ditungggang mangsa terbabas .

Rempuhan kuat itu menyebabkan isterinya tercampak dilaluan kiri.

Manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dikepala disahkan maut dilokasi kejadian.

Pengguna jalanraya yang melihat kejadian bertindak pantas cuba menyelamatkan pasangan suami isteri ini dari digilis kenderaan lain.

Mangsa wanita dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Rosli Abu Bakar, 59 tahun dan tinggal di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.



[ JENAYAH MINGGU INI ]Suami maut manakala isterinya parah apabila motosikal yg ditunggangi mereka terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.Kejadian berlaku di...

https://youtu.be/Z8Qk68hB45IJangan cuba rentas negeri jika masih belum terima vaksin penuh...Amaran keras Timbalan Ketua...
23/10/2021

https://youtu.be/Z8Qk68hB45I

Jangan cuba rentas negeri jika masih belum terima vaksin penuh...

Amaran keras Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan AEDY FADLY RAMLI itu bertujuan memastikan semua pemandu dan penumpang mematuhi Standard Operating
Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

AEDY yang ditemui ketika pemeriksaan Operasi Bersepadu di Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur malam tadi berkata, pihaknya sudah menggerakkan kesemua anggota dan pegawainya untuk melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard yang di tetapkan Majlis Keselamatan Negara, di semua terminal bas seluruh negara.

Terutamanya semakan ke atas aplikasi MySejahtera penumpang dalam memastikan pengambilan
lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan terhadap status vaksinasi pengguna jalan raya sejak kebenaran rentas negeri bermula awal. Oktober lalu didapati pada tahap memuaskan.

Justeru, pihaknya tidak akan teragak agak untuk mengenakan tindakan kompaun ke atas mereka yang cuba merentas negeri tanpa divaksin penuh.

Operasi disertai Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), PUSPAKOM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memeriksa lebih 1000 kenderaan.

Operasi bermula jam 8.30 malam itu juga memfokuskan pematuhan peraturan jalan raya, dan mengesan warga asing yang melanggar peraturan imigresen terhadap pengguna pelbagai jenis kenderaan, kenderaan perdagangan dan motosikal.

Ia juga bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang selamat
semasa perjalanan p**ang ke kampung sempena kebenaran rentas negeri oleh
pihak kerajaan.

Sejumlah 315 jumlah saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.

JPJ juga mengeluarkan sebanyak 318 notis arah periksa.

Operasi berakhir jam 12 malam.



[ JENAYAH MINGGU INI ]Jangan cuba rentas negeri jika masih belum terima vaksin penuh...Amaran keras Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi Jabatan P...

https://youtu.be/rtlzpKPnCKAkegiatan sindiket pengedaran dadah yang menyewa kediaman mewah untuk dijadikan sebagai stor ...
22/10/2021

https://youtu.be/rtlzpKPnCKA

kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menyewa kediaman mewah untuk dijadikan sebagai stor penyimpanan terbongkar.

ia selepas polis mencekup seorang lelaki dalam serbuan di jalan bukit palma 2, kajang, selangor, selasa lalu.

timbalan ketua polis kuala lumpur datuk yong lei choo berkata hasil siasatan mendapati sindiket pengedaran dadah berpusat di brickfields dipercayai aktif sejak dua bulan lalu.

suspek ditahan bersama 1.05 kilogram methamphetamine yang di sorokkan dalam beg galas di tempat letak kereta residensi mewah jalan bukit palma 2 kajang.

dadah itu ditemui dalam bungkusan plastik hijau bertulis guanyinwang.

hasil soal siasat membawa kepada serbuan di salah satu unit residensi berkenaan dan menemukan 20 bungkusan dadah jenis he**in dan methamphetamine.

serbuan seterusnya, polis merampas 48 bungkusan dadah jenis methamphetamine.

kedua dua premis itu dipercayai dijadikan stor dadah.

manakala serbuan terakhir polis menemui wang tunai lebih 60 ribu ringgit disyaki hasil kegiatan haram itu.

polis percaya rampasan bekalan ini mampu dibekalkan kepada lebih 91 ribu penagih tegar.

bekalan ini dipasarkan sekitar lembah klang.

suspek kini ditahan reman dibawah seksyen 117 kanun tatacara jenayah selama 7 hari hingga 26 oktober untuk siasatan lanjut.

polis masih mencari punca bekalan yang diperoleh dan ahli sindiket terlibat.

keseluruhan nilai sitaan dan rampasan hampir 1.234 juta ringgit.



[ JENAYAH MINGGU INI ]kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menyewa kediaman mewah untuk dijadikan sebagai stor penyimpanan terbongkar. ia selepas polis me...

https://youtu.be/pl0CgMXuLv4baru lima bulan beroperasi namun sindiket penipuan ‘fly by night’ yang mensasarkan pembekal ...
13/10/2021

https://youtu.be/pl0CgMXuLv4

baru lima bulan beroperasi namun sindiket penipuan ‘fly by night’ yang mensasarkan pembekal dan penjaga barangan alat tukar ganti kenderaan akhirnya tumpas dengan penangkapan 5 lelaki di kuantan pahang jumaat lepas.

turut ditemui lokasi simpanan barangan tukar ganti kenderaan hasil jenayah itu yang dianggarkan bernilai 936 ribu 783 ringgit.

pengarah jabatan siasatan jenayah komersial bukit aman datuk mohd kamarudin md din berkata kegiatan mereka dikesan hasil satu laporan 3 hari sebelum tangkapan di ipd sentul.

dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah ditipu dengan sindiket penipuan pembelian barangan tukar ganti kenderaan.

mangsa yang tidak mahir dengan transaksi bank akhirnya terpedaya dengan aktiviti urusniaga berkenan.

bertindak atas laporan, 5 lelaki berusia 23 hingga 60 tahun diberkas dalam satu serbuan di kuantan.

dengan penahanan ini, polis telah berjaya menyelesaikan 9 kes yang berkaitan dengan jenayah ini yang merangkumi kerugian hampir 1 juta ringgit.

serbuan itu polis menemui pelbagai barangan hasil penipuan itu yang diletakkan dalam satu stor.

salah seorang suspek memiliki rekod jenayah dadah.

kes disiasat mengikut seksyen 420 kanun keseksaan.

suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan ditahan dibawah akta pencegahan jenayah 1959.



[ JENAYAH MINGGU INI ]baru lima bulan beroperasi namun sindiket penipuan ‘fly by night’ yang mensasarkan pembekal dan penjaga barangan alat tukar ganti kende...

https://youtu.be/SoMDC1X9uycKelicikan sindiket pelacuran yang aktif mempromosikan servis seks di media sosial kecundang ...
13/10/2021

https://youtu.be/SoMDC1X9uyc

Kelicikan sindiket pelacuran yang aktif mempromosikan servis seks di media sosial kecundang apabila kegiatan mereka masuk perangkap polis.

Ia dengan penahanan 16 pelacur Vietnam bersama 6 ahli sindiket itu dalam sebuah banglo mewah 2 tingkat dekat Jalan Awan Larat Taman Yarl Jalan Klang Lama ibu negara malam tadi.

Serbuan jam 8.30 malam dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah D7 Bukit Aman itu hasil risikan dan intipan ke atas laman sosial yang disyaki digunakan mereka untuk tujuan perdagangan seks.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah D7 Bukit Aman SAC Mohd Noor Yusuf Ali berkata, sindiket itu awalnya dikesan dikendalikan oleh seorang agen.

Mereka mempromosikan kegiatan persudalan melalui media sosial seperti aplikasi whats app, telegram dan we chat.

Sebaik pelanggan bersetuju dengan tawaran wanita dan harga yang dikenakan, agen berkenaan akan menentukan lokasi untuk menjalankan kegiatan itu.

Semakan mendapati harga bagi setiap wanita sekitar 1300 hingga 2500 ringgit semalam.

Manakala banglo mewah 7 bilik dan lengkap dengan bilik karaoke ini disewa pada harga RM3600 sehari.

Dalam pemeriksaan itu, 16 wanita warga Vietnam berusia 21 hingga 31 tahun itu dipercayai diiring masuk oleh 5 lelaki yang bertindak sebagai 'transporter'.

Polis turut menahan lelaki berkenaan bersama seorang agen kesemuanya warga tempatan berusia 21 hingga 33 tahun.

Pemeriksaan pasport p**a mendapati 15 wanita memiliki pasport, manakala seorang lagi gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan diri.

Polis akan mengenal pasti bapa ayam atau ketua sindiket pelacuran ini.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut.



[ JENAYAH MINGGU INI ]Kelicikan sindiket pelacuran yang aktif mempromosikan servis seks di media sosial kecundang apabila kegiatan mereka masuk perangkap pol...

https://youtu.be/2JkJseH1t_8RAWANG - Kep**an asap tebal hingga mencetuskan panik penduduk setempat berpunca dari insiden...
13/10/2021

https://youtu.be/2JkJseH1t_8

RAWANG - Kep**an asap tebal hingga mencetuskan panik penduduk setempat berpunca dari insiden kebakaran sebuah kilang kitar semula di Kampung Baru Sungai Bakau Rawang.

Kejadian dilaporkan jam 3 pagi tadi.

Kekangan tekanan air yang rendah berikutan Rawang antara lokasi yang sedang mengalami gangguan air di Selangor menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengerahkan 7 jentera dari balai terdekat.

Antara yang terlibat Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Batu Arang, Sentosa, Selayang, Sungai Buloh, Subang Jaya dan Andalas.

Menurut Ketua Bomba Zon Hulu Selangor, Samsol Maarif Saibani, sebaik tiba 7 minit kemudian.. Api masih marak.

Tindakan pantas pihaknya, berjaya menyelamatkan beberapa kilang berdekatan.

Proses pemadaman api sepenuhnya mengambil masa lebih 6 jam berikutan kawasan yang luas dan bekalan air terhad.

Kebakaran itu memusnahkan lebih 90 peratus bangunan kilang jenis kelas C berkenaan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

[ JENAYAH MINGGU INI ]RAWANG - Kep**an asap tebal hingga mencetuskan panik penduduk setempat berpunca dari insiden kebakaran sebuah kilang kitar semula di Ka...

https://youtu.be/05kRHA7J15EKerana sistem  brek gagal berfungsi, treler dengan muatan jengkaut merempuh penghadang jalan...
12/10/2021

https://youtu.be/05kRHA7J15E

Kerana sistem brek gagal berfungsi, treler dengan muatan jengkaut merempuh penghadang jalan sebaik menuruni bukit di jalan lama, persiaran sg buloh ke Shah Alam, tengahari tadi.

Kejadian berlaku berhampiran pasaraya econsave.

Mujur ketika kejadian, tiada sebarang kenderaan melalui jalan utama itu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 12 tengahari.

Akibat kemalangan itu, kesesakan lalu lintas di Kampung Subang di kedua dua arah.

Pemandu treler berusia awal 40 an, Bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis akan mengambil keterangan pemandu berkenaan bagi membantu siasatan.



[ JENAYAH MINGGU INI ]Kerana sistem brek gagal berfungsi, treler dengan muatan jengkaut merempuh penghadang jalan sebaik menuruni bukit di jalan lama, persi...

https://youtu.be/9ru-bsGcJWwSeorang pemotong rumput warganegara Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Bangi atas pertud...
11/10/2021

https://youtu.be/9ru-bsGcJWw

Seorang pemotong rumput warganegara Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Bangi atas pertuduhan membunuh seorang wanita warganegara Indonesia dalam kejadian di sebuah kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih.

Hashmat Khan, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah membunuh Juli berumur 41 tahun yang juga kenalan suspek, di sebuah premis Jalan 1/1A, Bandar Rinching, Semenyih di sini, antara 25 Sept hingga 7.33 pagi pada 28 September.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkaitan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian bunuh itu, mayat seorang wanita dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dengan diselimuti kain di sebuah kedai makan.



[ JENAYAH MINGGU INI ]Seorang pemotong rumput warganegara Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Bangi atas pertuduhan membunuh seorang wanita warganegara In...

https://youtu.be/uTgg8zJGySkLebih 200 risalah diedarkan kepada pengunjung di tiga sungai yang dikesan menjadi kawasan pa...
10/10/2021

https://youtu.be/uTgg8zJGySk

Lebih 200 risalah diedarkan kepada pengunjung di tiga sungai yang dikesan menjadi kawasan panas kes lemas dan kepala air di Hulu Selangor, Selangor.

Kempen keselamatan yang diusahakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru di lakukan di Sungai Pertak, Sungai Chiling dan Sungai Semangkuk.

Ia adalah salah satu inisiatif mereka dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan keselamatan diri dan keluarga ketika melakukan riadah mandi sungai, mendaki bukit dan lain lain di kawasan sungai.

Ketika operasi tinjauan sejak awal pagi tadi mendapati ramai pengunjung hadir bersama keluarga.

Pengunjung juga dilihat memberi kerjasama untuk mendengar nasihat daripada beberapa pegawai dan anggota bomba selama beberapa minit.

Orang ramai terus diingatkan untuk memantau keselamatan diri dan keluarga semasa di kawasan riadah seperti sungai untuk elak berlaku kejadian tidak diingini.



[ JENAYAH MINGGU INI ]Lebih 200 risalah diedarkan kepada pengunjung di tiga sungai yang dikesan menjadi kawasan panas kes lemas dan kepala air di Hulu Selang...

Address

Diamond Square
Kampong Gombak Utara
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6019 - 334 1757

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Metronews Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Metronews Sdn. Bhd.:

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Kampong Gombak Utara

Show All

You may also like