Fierszcool Gaming

Fierszcool Gaming Main CS, pUbg, Fifa dan Dota...game lain tengok keadaan

21/03/2020

Hodoh

21/03/2020

Org dah cakap kan duduk rumah
Inilah amek....
Dh keluar tentera lak
Biar padan muka
Tembakkan je

20/03/2020

Alhamdulillah...akhirnya...tembak je sape degil tu

20/03/2020

Malam ni...dgr baginda berleter...siap la korang

19/03/2020

Cepat la yo ikut arahan PM..aku nk main badminton ni..kang aku smash kepala sorg2

19/03/2020

J*p yo...den nak rehat jp..jp lg on cod lak...kalau sape nk join pubg or cod msgg ya

19/03/2020
Duduk Diam-Diam! Jauhi COVID-19!

Duduk Diam-Diam! Jauhi COVID-19!

PSA ini dibawakan khas oleh Kapten Kebenaran dan anaknya yang tak s**a menjangkiti dan disakiti. Duduk diam-diam tau! === SUBSCRIBE now and watch more AWESOM...

18/03/2020

Time Covid nak buat apa di rumah/bilik?

Actually banyak je korang leh buat...korang jangan bagi alasan ya bosan...pada hal banyak je boleh buat...aku pasti korang tak sempat pun buat semua perkara dalam sehari....

Ok kat bawah ni aku share lah apa antara aktiviti korang leh buat...takut benak sangat kan otak nak fikir....geram lak aku...

Contoh aktiviti korang leh buat waktu kawalan keluar rumah :

1. Basuh baju yang dah pakai
2. Basuh baju yang korang jarang pakai
3. Basuh kereta sendiri
4. Vakum kereta
5. Vakum rumah
6. Vakum Bilik
7. Sapu lantai rumah/dapur/bilik
8. Sapu ruang laman rumah\
9. Cuci tandas/ sental daki2
10. Mengaji
11. Hafal Al-Quran
12. Baca hadis
13. Belajar tajwid
14. Ulang kaji mata pelajaran sama ada yang lama atau bab baru
15. Pelajari ilmu IT
16. Pelajari ilmu memasak
17. Cuba ubah2 masakan
18. Bersihkan bulu kucing/binatang peliharaan
19. Main game kad UNO
20. Main SAIDINA/Jutawan
21. Main chess
22. Cukur bulu ketiak
23. Cukur bulu celah kangkang
24. Trim rambut atau janggut
25. Lipat baju/kain
26. Kemas stor
27. Kemas fail di rumah
28. Kemas dapur
29. Kemas dalam peti ais
30. Belajar tarannum
31. Hafal hadis sahih
32. Baca buku peraturan memandu - sebab benak sangat tak ikut peraturan
33. Belajar pasal ilmu asas warna
34. Belajar sejarah Malaysia /dunia
35. Belajar membaca
36. Belajar mengira
37. Kemas almari
38. Kemas tingkat atas
39. Kemas tingkat bawah
40. Kemas office kalau sapa masih kerja
41. Mandikan anak kecil
42. Mandikan laki/bini
43. Shampoo kan pasangan/keluarga
44. Belajar nak guna whatsapp
45. Belajar nak guna email
46. Belajar pasal scammer
47. Belajar pasal sejarah Islam
48. Belajar pasal sains
49. Belajar pasal komputer
50. Mengenali pasangan dan keluarga
51. Mengenali rakan2 dan berborak dalam sosial media atau email /fb
52. Pelajari agama masing2 atau kenali agama yang wujud di dunia
53. lain2.

Aku rasa atas ni pun korang tak akan habis aktiviti ni dalam masa setahun...buat ni dulu...dah lengkap barulah fikir nak buat aktiviti lain....hahahahahahahaa





15/03/2020

Tempias Corona

Yang dah pergi luar negara tu
Tak reti2 nak cek ke ade corona ke tak?
Boleh tak buat pemeriksaan
Mana yang ada sakit tu
Pergilah buat cek up...

Jangan sebab ko sakit
Orang lain kena tempias tu
Bodoh ke ape?
Kita nak sekat virus ni

Dah jadi wabak ni
Tak reti kencing nak jirus
Berak tak siram
Bangang tak sudah

Buang tisu dalam mangkuk jamban
Lepas tu tandas tersumbat
Lepas tu salahkan tempat tu
Kata tak buat servis
Bodoh betul

Tolong la
Jaga kebersihan
Badan dan juga kebersihan alam
Perangai pun
Boleh dah kot bersihkan sekali

Ok caw

14/03/2020

Nukilan Covid-19

Hari ini
Kita diserang dengan satu wabak penyakit
Namanya CORONA

Kita sudah menggelabah dan panik
Resah dan gelisah
Jadi cakna dengan isu dunia
Kerana takut terkena tempias
Pada kita

Kita tak tahu
Adakah ini wabak biasa
Atau wabak yang dimunculkan negara
Berkepentingan
Untuk berperang
Secara biologikal

Atau adakah ianya amaran!
Dari Allah s.w.t
Kerana hendak membendung
Jenayah manusia
Tersembunyi atau terangan

Kita takut sampai beli sanitizer
Bersabun sentiasa
Pada hal sebelum ni
Kita tak endah
Tak mandi pagi
Korek hidung dan campak merata
Kencing tapi tak cuci tangan
Berak tapi tak sabun

Adakah kita ingat semua ini?
Sebelum ni makan tak basuh
Cuci pinggan dan sudu di restoran
Secara ala kadar
Sebab malas dan mendengus
Keletihan

Tak sedar lagikah kita?
Kita dah lama mencipta virus ini
Membiak dan membiak
Virus ini bermutasi
Mengikut peredaran masa

Tak sedarkah kita?
Mungkin ini peringatan
Melancap dan berzina
Melahirkan anak luar nikah
Berhubungan luar tabii
Berkelab malam mencucuk langit

Sedarkah kita?
Ini adalah amaran
Menjadi amanah dan jujur
Jangan mencuri dan merompak
Membunuh manusia ses**a hati
Mengambil harta anak yatim dan harta orang
Merogol dan meminum arak
Berjudi dan mencaci

Sedarlah manusia
Ini mungkin Amaran!
Utk pulihkan manusia tamak dan leka
Membuat jenayah terang atau tersembunyi

Mari berubah
Untuk hilangkan virus ini
Disamping menjadi baik

Nukilan
Hafiz
(Fierszcool Gaming)

11/03/2020

The Boy 2 seram ke?

Assalamualaikum..
Ni just ringkasan cerita dan juga merangkumi komen aku
So disarankan sesiapa tak nak tengok or baca spoiler....keluar dulu dari ruangan ni dan g tengok dulu ok....

Aku tak dapat taip panjang2 sebab nak solat maghrib ni
Movie ni kisah pasal anak patung kan...lebih kurang macam Anabelle...cumanya tak tau bagaimana ianya terhasil dan terdapat setan dalam tu

Untuk movie ke 2 ni mengisahkan keluarga moden yang pernah mengalami trauma kerana dirompak dan mereka ada dalam rumah tersebut sehingga ditetak

Oleh sebab itu si Isteri selalu mengalami mimpi buruk dan anaknya tak mau bercakap sangat...bukan bisu..kemudian mereka pindah ke rumah asal patung tersebut...lokasi seperti di Movie 1

Macam first movie banyak adengan dari orang psiko...cuma kali seperti patung tu pulak yang berkuasa...banyak perkara aneh terjadi sampai si Suami salahkan isterinya kerana cuba salahkan anak mereka

Sehingga kedua pasangan tersebut sendiri mengalami peristiwa di depan mata yang membuatkan si suami sendiri pecahkan kepala patung tersebut

Akhirnya patung tersebut dibakar di tempat bakar macam kat rumah orang putih tu..tetapi adakah patung tersebut betul2 mati kandungan Setan dalam tu???

Aku bagi cerita ni 4/5 bintang
Seram tu biasa je
Tapi suspen lebih

Ok Assalamualaikum

11/03/2020

Assalamualaikum...nak maghrib ni guys..solat dlu...nanti jumpa pukul 9 ni...

Game bersama kawan2 aku...hehehe

09/03/2020

Rumah idaman vs Rumah Impian

Assalamualaikum dan hai semua...sory sy hold sekejap konten gaming...tengah tak dapat online pakai wifi sebenarnya..

Ok hari ni saja nak share untuk golongan yang nak memiliki rumah..selalunya orang yang hendak mendirikan rumah tangga akan fikir pasal ini...

Kecuali orang nak buat investment dia oerlu fikir ciri2 lain...aku nak berkongsi rasa dan pendapat berkenaan isu ini...

Aku rasa korang semua ada rumah impian korang kan? Rumah yang didambakan yang mungkin ada kereta sport, kereta mewah, kolam renang, kawasan laman luas dan beberapa lagi...

Seronok dan menakjubkan bukan kalau dpt?

Aku dlu pun ade jugak fikir begitu...tp kita sebenarnya jgn ikut nafsu sangat...kita kena fikir sehingga ke hari tua nanti...

Adakah rumah kita duduk nanti senang nak naik tingkat atas?adakah kita akan bertongkat?berkerusi roda?atau jadi sistur ngensot?kita semua tak tahu kan?

Jadi benda yg kena fikir ialah waktu anak dah membesar dan kita dah tua nanti..kita xtau adakah anak akan tinggal dgn kita lg? Atau adakah kita larat naik atas? Atau adakah nanti ruang2 tambahan itu perlu?

Kalau boleh ya memang kita nak anak kita duduk sekali...itu perkara paling best utk rumah idaman...

Kena biasakan anak seronok duduk dengan kita...barulah jadi RUMAHKU SYURGAKU...

Kalau leh aku nak ada kolam private...kecik oun jadilah...besar2 sape nak mandi nanti...huhu...tp tu impian...antara boleh capai dan dpt ditunaikan atau sebaliknya...

Buat apa membazir untuk benda sementara kan...kaya itu bonus...tp hidup dan moment tu hanya sekali...

Biarlah nanti aku nak laman besar tp rumah setingkat pun dah ok...janji b*k bilik utk anak dan bilik tetamu...xperlu naik tangga...bkn malas...tp fikir hari tua je...

Naik tangga kat mall or taman permainan pun boleh...

07/03/2020

Short Rumusan cerita The Invisible man

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. First of all aku nak cakap siapa yang belum tengok movie ni pergi la tengok dulu sebelum korang habis baca. Nanti aku lak dipersalah kan.

So this is not for the person dont like SPOILER

Ok..tadi aku baru habis tengok pukul 9.15malam di MM Cineplax di Mesamall Nilai..actually first time tengok di sini dan yarh...agak selesa fasiliti walaupun bukan dekorasi terbaik dihidangkan.

Cerita ni menceritakan tentang seorang gadis yang ingin lari dari seorang lelaki yang obses dengan dirinya..mengikut jalan cerita maybe perempuan ini bijak, cantik dan tidak s**akan lelaki tersebut pasal harta.

Kemudian bila girl ni lari dari rumah, ingatkan dia boleh la selamat..rupanya hidupnya jadi kucar kacir..sebab bagi perempuan ini, dia memberitahu bahawa lelaki tersebut sangat mengongkong dia...apa perempuan ni buat, makan, nak keluar rumah semua lelaki ini ambil tahu.

Sehinggalah muncul berita bahawa lelaki ini mati mengikut kata surat khabar..tetapi perempuan ini macam tak percaya...seorang yang feminist dan bekerjaya dan memandang masa depan tak kan senang senang nak bunuh diri.

Bila dah baca berita tersebut muncul la peguam di mana nak serahkan harta lelaki tersebut pada perempuan itu..selepas dia terima je dia menjadi kaya...5 juta dollar kot...banyak weh..

Maka baru dia nak happy dia menjadi paranoid sebab dia merasakan lelaki tersebut memerhatikan dia...sebab dia tahu lelaki itu sangat bijak dalam membangunkan teknologi berkaitan optik..

Muncul la pelbagai tanda ditinggalkan lelaki tersebut...kemudian perempuan ini diserang dan ini membuatkan perempuan tersebut dah percaya bahawa lelaki tu masih hidup dan menjadi halimunan..

Pelbagai cara dia cuba buat untuk lari dari lelaki tu...sampai dia dituduh gila dan menjadi pembunuh kakaknya sendiri..pada hal orang tak nampak apa yang berlaku..

Waktu perempuan ini mencari clue...dia terjumpa persalinan suit halimunan tersebut...terus dia curi dan simpan sebagai bukti...

Maka terjadi pelbagai episod untuk perempuan ini memberitahu pada rakan dan kakaknya yang lelaki tersebut menganggu hidupnya...

Akhir cerita akhirnya perempuan tersebut berjaya buktikan suit halimunan tersebut wujud dan dia dah rosakkan baju itu sewaktu nak selamatkan rakan yang membantunya....

Ok ada part yang aku tak cerita habis...korang layan cerita ini dulu dan bagitahu komen korang dibawah ok...

Bagi aku...nak bagi 4/5 bintang...
Jalan cerita dan cinematik ok
Dan banyak logik sikit berbanding cerita invisible man lain

06/03/2020
PUBG MOBILE

https://www.facebook.com/PUBGMOBILE.MY.OFFICIAL/videos/567284900537661/

Hari keempat untuk PMPL MY/SG 2020 sudah bermula! 24 pas**an akan bertanding antara satu sama lain untuk geleran Number One di Malaysia dan Singapura. 3 pas**an yang mempunyai mata yang tertinggi di Spring Season ini akan layak ke PMPL SEA Finals 2020! Jom tengok siaran langsung dan menyokong pas**an atau pemain kegemaran anda!

06 March 2020
Scrim Match - Erangel
Match 1 – Miramar
Match 2 – Erangel
Match 3 – Vikendi
Match 4 – Sanhok
Match 5 – Erangel
Match 6 – Miramar

Kumpulan A:
Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood

Kumpulan B:
Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil

Kumpulan C:
Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport

02/03/2020

Tq all 200 followers...lg 700 to go

02/03/2020

Fuiyooo...hahahaa

Fakta...
Wolverine berasal dari Makassar, Indonesia..
Nama sebenarnya adalah Causa Sibala...

02/03/2020

Malam ni stream pkul 12.30 ya

29/02/2020
Sujud syukur atas lantikan, laungan 'takbir' bergema di kediaman PM ke-8

Tahniah terbaru

Apa pun jawatan anda semua
Laksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab
Lebihkan Islam..dan negara....
Barulah rakyat dan kepentingan sendiri

Kita sebagai orang Islam berdoa
Semoga semua baik sahaja

Sebentar tadi, pihak Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu bahawa KDYMM Baginda Agong bekenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada media dan mendapat respon yang pelbagai dari semua pihak. Sujud ...

28/02/2020

Singgah family mart msu beli makanan

28/02/2020

Salam jumaat

27/02/2020

Welcome 180 new followers...tq so much
I love u all

Address

Kajang

Telephone

+60134425231

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fierszcool Gaming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fierszcool Gaming:

Videos

Share


Other Gaming Video Creators in Kajang

Show All