Johor Online News

Johor Online News Johor Online News

02/01/2026

Johor Sambut Ketibaan Pelancong Sempena Tahun Melawat Johor 2026
Negeri Johor memulakan tirai tahun 2026 dengan penganjuran Sambutan Ketibaan Pelancong yang berlangsung serentak di 13 pintu masuk utama melibatkan laluan udara, darat dan laut.
Majlis Sambutan Terminal Ferry International Puteri Harbour telah dirasmikan oleh YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI HASRIN KAMAL BIN HASHIM, DATUK BANDAR Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dengan kehadiran kepimpinan negeri serta wakil agensi pelancongan.
Ketibaan pelawat diserikan dengan persembahan kebudayaan Johor termasuk flash mob tarian zapin, paluan kompang serta acara silang budaya yang menampilkan kepelbagaian etnik dan warisan negeri Johor, sekali gus menggambarkan semangat perpaduan, keharmonian dan kemajmukan bangsa.
Selain itu, pelawat turut menerima cenderahati eksklusif bertemakan Tahun Melawat Johor 2026, menandakan bermulanya kempen pelancongan negeri secara rasmi.
Johor kini bersedia menyambut pelancong domestik dan antarabangsa untuk meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya, warisan serta kepelbagaian gastronomi sepanjang tahun 2026.



Onn Hafiz Ghazi Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor DEWAN Teraju Usahawan JOHOR Tourism Johor Saya Orang Johor JOHOR Southern Tigers
MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

01/01/2026

Johor Sambut Ketibaan Pelancong Sempena Tahun Melawat Johor 2026

Negeri Johor memulakan tirai tahun 2026 dengan penganjuran Sambutan Ketibaan Pelancong yang berlangsung serentak di 13 pintu masuk utama melibatkan laluan udara, darat dan laut.

Majlis sambutan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, dengan kehadiran kepimpinan negeri serta wakil agensi pelancongan.

Ketibaan pelawat diserikan dengan persembahan kebudayaan Johor termasuk flash mob tarian zapin, paluan kompang serta acara silang budaya yang menampilkan kepelbagaian etnik dan warisan negeri Johor, sekali gus menggambarkan semangat perpaduan, keharmonian dan kemajmukan bangsa.

Selain itu, pelawat turut menerima cenderahati eksklusif bertemakan Tahun Melawat Johor 2026, menandakan bermulanya kempen pelancongan negeri secara rasmi.

Johor kini bersedia menyambut pelancong domestik dan antarabangsa untuk meneroka keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya, warisan serta kepelbagaian gastronomi sepanjang tahun 2026.




Onn Hafiz Ghazi Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor DEWAN Teraju Usahawan JOHOR Tourism Johor Saya Orang Johor JOHOR Southern Tigers

Daripada kami seluruh warga Johor Online News & Pandan Uptown Market, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan t...
31/12/2025

Daripada kami seluruh warga Johor Online News & Pandan Uptown Market, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun 2025.

Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak kejayaan, rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik serta kebahagiaan buat kita semua.
Teruskan bersama kami dalam menyokong komuniti, usahawan tempatan dan info yang sahih untuk rakyat Johor.

🎉 Jumpa anda di Pandan Uptown Market
📍 Meriah • Santai • Untuk Semua

2026, kita melangkah ke hadapan bersama!




20 Disember 2025 [ Konvokasyen KLTVET Kali ke-6 ]Persatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJB & Johor Online News terus men...
22/12/2025

20 Disember 2025 [ Konvokasyen KLTVET Kali ke-6 ]
Persatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJB & Johor Online News terus mengorak langkah apabila secara rasmi menandatangani MOU bersama KLTVET! Kerjasama strategik ini merupakan manifestasi sokongan terhadap pembangunan profesionalisme usahawan melalui program RPEL
Tahniah juga diucapkan kepada 4 orang ahli menerima Diploma RPEL daripada pelbagai jurusan
Perkara ini selari dengan kenyataan Presiden KLTVET merangkap Presiden Majlis Integrasi Pendidikan Negara (MIPN), Prof. Ts Dr Zam @ Ab Razak Zamri, bahawa inisiatif RPEL wajar diperkasa kerana memberi peluang kepada golongan bekerja dan usahawan tanpa laluan akademik konvensional untuk memperoleh pengiktirafan formal

19/12/2025

" Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor selama ini jelas selama 20 tahun ini, kalau isu yg berkait dgn Sultan kita, memang kita akan kehadapan" kata Tuan Haji Abdullah bin Yusof Naib Presiden dua Majlis Gabungan NGO Melayu Negeri Johor

19/12/2025

🎙️ Podcast episod ke 2 | RPEL–TVET: Pengalaman Jadi Sijil
Ramai usahawan berjaya membina perniagaan hasil pengalaman bertahun-tahun, namun ketinggalan dari sudut akademik dan pensijilan bersama

1) En. Mohd Fairulrizal Abdul Hamid
2) En. Mohd Shafiq Tukiran

19/12/2025

🎙️ Podcast | RPEL–TVET: Pengalaman Jadi Sijil

Ramai usahawan berjaya membina perniagaan hasil pengalaman bertahun-tahun, namun ketinggalan dari sudut akademik dan pensijilan.
Tahukah anda, pengalaman kerja & kemahiran sebenar kini boleh diiktiraf secara rasmi melalui RPEL–TVET?

🎧 Dalam episod kali ini, kami menampilkan panel berpengalaman:

👩‍💼 Puan Najwah Halimah Ab Alim
Seorang usahawan dan aktivis NGO yang aktif memperkasa komuniti, khususnya dalam pembangunan kapasiti, keusahawanan dan peluang pendidikan alternatif untuk masyarakat.

👨‍💼 Sdr. Ahmad Tarmizi
Seorang usahawan yang berkongsi pandangan praktikal mengenai kepentingan RPEL–TVET sebagai laluan kedua untuk usahawan mendapatkan sijil, pengiktirafan dan nilai tambah profesional.

💡 Topik perbincangan:
✔️ Apa itu RPEL–TVET?
✔️ Bagaimana pengalaman kerja boleh ditukar kepada sijil
✔️ Peluang untuk usahawan & pekerja berkemahiran
✔️ Solusi kepada mereka yang tercicir akademik

📌 RPEL–TVET: Dari Pengalaman ke Sijil
Satu inisiatif yang sangat bermanfaat khususnya kepada golongan usahawan, pekerja mahir dan individu berpengalaman yang ingin melonjak ke tahap lebih profesional.
Persatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJB Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor Perbadanan Usahawan Johor DEWAN Teraju Usahawan JOHOR

18/12/2025

BERSAMA YBHG USTAZ HAMKA IDRIS
"HAI ANAK"

@topfansOnn Hafiz GhaziPersatuan Penjaja dan Peniaga - PPPPIKMJBMajlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri JohorMajlis Agama Islam Johor

18/12/2025

PROGRAM KHATAM PERDANA PRA TAHFIZ- IQFA DAN HARI APRESIASI KANAK-KANAK TABIKA/TASKA KEMAS PARLIMEN PULAI TAHUN 2025

Seramai 30 orang kanak-kanak telah Khatam Al-Quran manakala 640 murid TABIKA dan 23 murid TASKA diraikan dalam sesi konvokesyen masing-masing.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ramlee bin Bohani Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kempas Merangkap Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Johor. Turut hadir, Pegawai Unit (PAK KEMAS Negeri Johor) En Mohd Badri bin Ismail, merangkap wakil rasmi Pengarah, En Abdul Yazid bin Alias, Pegawai KEMAS Daerah Johor Bahru.

Penganjuran program ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak, termasuk Ibubapa, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelas TABIKA/TASKA, Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA, PPMS, serta Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan.

Program ini bukan sahaja meraikan pencapaian murid, malah menjadi platform memperkukuh hubungan komuniti serta menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak di KEMAS Parlimen Pulai, Daerah Johor Bahru.

18/12/2025

Live Majlis Apresiasi Tadika Kemas Parlimen Pulai

17/12/2025

Sidang Media Majlis Penyelaras Gabungan
NGO-NGO Melayu Negeri Johor

Address

Johor Bahru
80990

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor Online News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share