ZAYAN

ZAYAN ZAYAN merupakan sebuah platform digital dan juga radio berkonsepkan kehidupan Muslim moden pada masa kini.
(422)

Astro Radio Sdn Bhd
Co Reg No : 199601031120 (403472-D)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memuktamadkan satu garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam...
06/02/2025

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memuktamadkan satu garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan selain Islam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, garis panduan itu akan dimuktamadkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126 yang dijadualkan pada 25 hingga 27 Februari depan.

Menurutnya, ia juga melengkapi Garis Panduan 2005 dan masih boleh dijadikan sebagai panduan.

“Antara kandungannya ialah berkaitan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

“Contohnya ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan agamanya serta persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam,” katanya.

Sumber:

Ada rasa dan rahsia yang tak terluahkan. Perlukan nasihat yang berguna dan bermanfaat ; Bukan Nama Sebenar adalah tempat...
05/02/2025

Ada rasa dan rahsia yang tak terluahkan. Perlukan nasihat yang berguna dan bermanfaat ; Bukan Nama Sebenar adalah tempat untuk anda meluahkan perasaan yang masih terbuku dalam hati anda bersama ustaz

Whatsapp atau Voice Note kisah anda di nombor ZAYAN CelcomDigi 5G 016-9175555 atau hubungi kami di talian 03-95495555.


Tiada yang penting selain seruan Ilahi 🤲🏻Sumber: kisahduniaislam / PT
05/02/2025

Tiada yang penting selain seruan Ilahi 🤲🏻

Sumber: kisahduniaislam / PT

🔥NAK MENANG TIKET PERCUMA? 🔥Mudah sahaja, jawab soalan mudah dan slogan paling kreatif akan memenangi tiket ke ‘Malaysia...
05/02/2025

🔥NAK MENANG TIKET PERCUMA? 🔥

Mudah sahaja, jawab soalan mudah dan slogan paling kreatif akan memenangi tiket ke ‘Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 - Road to Visit Malaysia 2026’ 🙌🏻🔥

TEKAN LINK DI BIO


Uishhh! Trump memberitahu AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan selepas penduduk Palesti...
05/02/2025

Uishhh! Trump memberitahu AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan selepas penduduk Palestin dipindahkan ke tempat lain

Trending "AS Bakal Ambil Alih Gaza" - Trump Buat Pengumuman Mengejut Aimi Amira Nordin 05 Feb 2025, 06:15 PM Share Tweet Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan satu visi untuk pemilikan jangka panjang serta pembangunan semula Gaza. Memetik laporan Reuters, Trump memberitahu AS aka...

Mereka boleh musnahkan semua tapi tiada yang boleh musnahkan perpaduan & semangat juang mereka 🍉Sama-sama bangkit, sama-...
05/02/2025

Mereka boleh musnahkan semua tapi tiada yang boleh musnahkan perpaduan & semangat juang mereka 🍉

Sama-sama bangkit, sama-sama bina semula! 🙌🏻

Sumber: / Reuters / AFP Photo

Arab Saudi pada Rabu menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuha...
05/02/2025

Arab Saudi pada Rabu menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, sekali gus menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa Riyadh telah menggugurkan tuntutan itu.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pendirian kerajaan itu kekal ‘teguh dan tidak berubah’ susulan kenyataan Trump ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih pada Selasa.

Kenyataan itu turut menggariskan bahawa Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan pada Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh pada 11 Nov tahun lalu, dengan menekankan keperluan untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 serta menamatkan pendudukan Israel ke atas wilayahnya.

Sumber:

Kump**an Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pe...
05/02/2025

Kump**an Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
“Rundingan dan hubungan bagi fasa kedua telah bermula, dan tumpuan kami adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat kami di Gaza,” kata jurucakap kump**an itu, Abdel Latif al-Qanoua, dalam satu kenyataan.

Beliau menuduh Israel sengaja “melewatkan pelaksanaan protokol kemanusiaan dalam perjanjian gencatan senjata serta melengahkan pelaksanaannya.”

Sumber:

Sebanyak 340 trak yang membawa bekalan bantuan dan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin melalui lintasan Raf...
05/02/2025

Sebanyak 340 trak yang membawa bekalan bantuan dan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin melalui lintasan Rafah dan Kerem Shalom.

Laporan Agensi Berita Saudi (SPA) menyatakan konvoi itu turut merangkumi 25 trak membawa bahan api dan lima trak membawa gas.

Menurut seorang pegawai Mesir, jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza baru-baru ini mencecah 2,810 dengan 2,626 trak membawa pelbagai bekalan, manakala 184 trak membawa bahan api dan gas.

Selain itu, lintasan Rafah juga memainkan peranan penting bagi pemindahan pesakit, termasuk 33 rakyat Palestin yang cedera bersama 70 pengiring ke hospital di Mesir untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Sumber:

Anda p**a macam mana? Adakah anda mudah dipengaruhi oleh ‘food reviewer’? Kongsikan bersama FnN Pagi ZAYAN di talian 03-...
04/02/2025

Anda p**a macam mana? Adakah anda mudah dipengaruhi oleh ‘food reviewer’?

Kongsikan bersama FnN Pagi ZAYAN di talian 03-95495555 atau komen di bawah ⬇️


Pegawai Eksekutif aplikasi WhatsApp mendedahkan bahawa syarikat pengawasan Israel, Paragon Solutions telah menjalankan k...
04/02/2025

Pegawai Eksekutif aplikasi WhatsApp mendedahkan bahawa syarikat pengawasan Israel, Paragon Solutions telah menjalankan kempen pengintipan siber.

Memetik laporan Al-Jazeera, syarikat tersebut menyasarkan kira-kira 90 individu, termasuk wartawan dan aktivis masyarakat sivil.

Walau bagaimanapun, operasi itu telah mengeksploitasi kelemahan keselamatan dalam aplikasi WhatsApp, sehingga mendorong syarikat pengeluar aplikasi tersebut menghantar surat ‘cease-and-desist’ buat Paragon, sekali gus mengarahkan aktiviti pengawasan rahsia mereka untuk dihentikan serta-merta.

ARTIKEL PENUH DI LAMAN WEB zayan.my

04/02/2025

Lain macam teruja tau adik-adik kita yang terpilih untuk berkhatan menggunakan teknik moden tanpa jahitan Dr. B. Clamp di Klinik Dr. Hasbi! Macam-macam telatah mereka tau, tengok video sampai habis ok!

📌 Terima kasih Klinik Dr. Hasbi untuk tajaan lokasi dan proses khatan
📌 Terima kasih Susu Juna untuk barangan goodies bag



Penderma dan kump**an bantuan diminta mengutamakan penghantaran khemah serta tempat perlindungan sementara bagi membantu...
04/02/2025

Penderma dan kump**an bantuan diminta mengutamakan penghantaran khemah serta tempat perlindungan sementara bagi membantu menempatkan penduduk Gaza yang kehilangan rumah akibat serangan Israel.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, ketika ini beribu-ribu keluarga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza sedang tidur di tempat terbuka pada suhu yang sejuk.

Perjanjian gencatan senjata pada 19 Januari dianggap sebagai titik perubahan, menawarkan peluang untuk gencatan senjata di Gaza selepas 15 bulan berperang.

Sumber:

Pemandu Perodua Alza yang merempuh lima kenderaan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan ...
04/02/2025

Pemandu Perodua Alza yang merempuh lima kenderaan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang, di Kajang, kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap pemandu berusia 27 tahun itu didapati negatif sebarang penggunaan dadah.

Sumber:

Dokumen sejarah Pejabat Luar daripada Arkib Negara Britain mendedahkan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) men...
04/02/2025

Dokumen sejarah Pejabat Luar daripada Arkib Negara Britain mendedahkan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mengetahui pelan rahsia Israel tentang pemindahan paksa ke atas penduduk Palestin dari Genting Gaza ke utara Mesir sejak lebih lima dekad lalu.

Kandungan dokumen itu menunjukkan rancangan jahat tersebut dibuat rejim Zionis selepas berakhirnya Perang Arab-Israel pada 1967.

Presiden AS, Donald Trump yang kembali ke Rumah Putih pada bulan lalu turut mencetuskan semula pelan kontroversi tersebut di bawah rancangan ‘mengosongkan’ wilayah Gaza dengan mengusir penduduk Palestin secara paksa ke Kaherah dan Amman.

Sumber:

Pegawai Eksekutif aplikasi WhatsApp mendedahkan bahawa syarikat pengawasan Israel, Paragon Solutions telah menjalankan k...
04/02/2025

Pegawai Eksekutif aplikasi WhatsApp mendedahkan bahawa syarikat pengawasan Israel, Paragon Solutions telah menjalankan kempen pengintipan siber. Intippp siapa p**ak tu ? Hmm

Trending Kempen Pengintipan Siber Israel, Sasar Kira-Kira 90 Individu Pengguna WhatsApp Aimi Amira Nordin 04 Feb 2025, 10:25 AM Share Tweet Pegawai Eksekutif aplikasi WhatsApp mendedahkan bahawa syarikat pengawasan Israel, Paragon Solutions telah menjalankan kempen pengintipan siber. Memetik laporan...

Address

Astro Radio Sdn Bhd Co Reg No :1031120 (403472-D)
Johor Bahru
19960

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZAYAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ZAYAN:

Videos

Share

Category