Saif Lanang

Saif Lanang berita terkini dimalaysia

18/03/2024

mmg tiada adab. truskan memboikot. BMF☝️

sedih kalau lihat org luar mempermainkan pihak bkuasa negara sendiri. siap ada letak emoji , ada yg kata tgu diskaun , a...
17/01/2024

sedih kalau lihat org luar mempermainkan pihak bkuasa negara sendiri. siap ada letak emoji , ada yg kata tgu diskaun , ada yg cakap duit kopi. seolah olah undang undang kita lemak. apa pun terbaik PDRM 👍 . jgn bg muka. mmg duit kita rendah nak dibandingkn duit mereka. tapi jgn merendahkan mereka

pencarum kwsp boleh keluarkan rm3,000-rm50,000-PMXTak lama lagi kwsp boleh keluar. apa syaratnya?
11/07/2023

pencarum kwsp boleh keluarkan rm3,000-rm50,000-PMX

Tak lama lagi kwsp boleh keluar. apa syaratnya?

Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata kenaikan harga barangan dijangka mula berlaku Ogos dan September tah...
10/07/2023

Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata kenaikan harga barangan dijangka mula berlaku Ogos dan September tahun ini -Utusan Online

Bersiap sedia ! Jangan seronok2 sangat dengan harga Rahmah

apa komen anda. rm500 pn brg anak shaja blm basah dan kering lagi

Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan ditemui lemas dipercayai dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, Baling Kedah ...
08/07/2023

Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan ditemui lemas dipercayai dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, Baling Kedah tengah hari tadi.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang

follow untuk info seterusnya.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

Keluarga sahabat saya. Tragedi simbah Asid di pangsapuri laksamana jaya. Peniaga suami isteri kena serang.Didakwa kerana...
06/07/2023

Keluarga sahabat saya. Tragedi simbah Asid di pangsapuri laksamana jaya. Peniaga suami isteri kena serang.

Didakwa kerana dengki, seminggu sebelum kejadian, kedai mangsa di bakar habis 100% total lost. Kemudian semalam mangsa di simbah asid. Mata dan badan melecur.

Mohon sesiapa kenal yg buat macam ni beri maklumat.
Mangsa pemilik kedai makan NAN CORNER. Jual roti nan di selayang. Memang tak selamat nak berniaga di kawasan tu. Orang dengki banyak.

Kredit : Khairy Adli

Takziah buat keluarga kanak-kanak lelaki (9 tahun) yang meninggal dunia dicekik abang kandung (14 tahun).Kejadian berlak...
06/07/2023

Takziah buat keluarga kanak-kanak lelaki (9 tahun) yang meninggal dunia dicekik abang kandung (14 tahun).

Kejadian berlaku di Kampung Bukit Piatu, Melaka tengah hari tadi. Si ibu tengah kerja nampak kejadian menerusi CCTV yang disambung dengan handphone.

Dia kemudian minta tolong jiran, Qhurun Ain Johani. Sis ni cuba selamatkan keadaan tapi mangsa dah pucat dan tak bernyawa.

Sumber: Kosmo!
Foto: Syafeeq Ahmad

‼️Tragedi 10 sekeluarga dikhuatiri lemas dalam kejadian kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.Se...
03/07/2023

‼️Tragedi 10 sekeluarga dikhuatiri lemas dalam kejadian kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.

Setakat ini hanya dua mayat telah ditemui.

Terdahulu foto kenderaan yang dihanyutkan arus deras kepala air tular di FB yang dikongsikan oleh Azrah Maisara.

“Mangsa lemas kt jeram air putih . Plat kete JHY5517 mencari waris. Moga Allah permudahkan segala urusan.”

Ayuh rakyat Malaysia kita doakan agar semua mangsa ditemukan dengan kadar segera 🤲🏻

Sumber via redzuannewsMPB & Azrah Maisara

Seeloknya dukung anak ketika melalui tangga bergerak. Malang tak berbau 😢Semoga adik ni segera sembuh dan dipermudahkan ...
21/06/2023

Seeloknya dukung anak ketika melalui tangga bergerak. Malang tak berbau 😢

Semoga adik ni segera sembuh dan dipermudahkan urusan.

08/08/2021

macam - macam pulak. yang dah ambik vaksin AZ tu ada gejala cepat check.

Alhamdulillah.. Jom sesapa yang layak esok kita pakat mohon segera. Permohonan Pengeluaran i-Citra akan dibuka mulai eso...
11/07/2021

Alhamdulillah.. Jom sesapa yang layak esok kita pakat mohon segera. Permohonan Pengeluaran i-Citra akan dibuka mulai esok Isnin 12 Julai 2021. Awai tiga hari dari yang dirancang. Tq Abah Din..

Baca selanjutnya di: https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra

Kejamnya, tetak kepala bayi sampai mati!Kuala Selangor: Tragedi menyayat hati apabila seorang bayi perempuan berusia set...
04/07/2021

Kejamnya, tetak kepala bayi sampai mati!

Kuala Selangor: Tragedi menyayat hati apabila seorang bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia akibat ditetak bapa saudaranya susulan pergaduhan yang berlaku antara ahli keluarga.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari tadi di sebuah rumah terletak di Kampung Parit Mahang, Jeram di sini.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara penghuni kediaman itu yang didakwa membabitkan adik beradik.

"Bagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan seorang ahli keluarga yang datang ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan telefon.

"Suspek berusia 20-an dikatakan keluar dari rumah berkenaan. Namun tidak lama kemudian suspek memasuki sebuah lagi rumah berhampiran dihuni adik iparnya.

"Dia kemudian menggunakan parang panjang untuk menyerang adik iparnya itu. Bagaimanapun parang panjang yang dilibas itu sebaliknya mengenai kepala bayi berusia setahun," katanya.

Menurutnya, suspek sekali lagi cuba menetak adik iparnya itu namun berjaya ditahan ahli keluarga.

"Susulan itu mereka segera menghubungi polis sebelum penjenayah itu dapat ditahan tidak lama kemudian. Tidak dapat dipastikan sama ada penjenayah itu terbabit dengan aktiviti dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes bunuh berkenaan

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook memaklumkan bayi berkenaan dipercayai ditetak oleh bapa saudaranya.

Bagaimanapun, status berkenaan dipadam tidak lama kemudian dan mendapati seorang pemilik akaun Facebook memohon maaf di atas kenyataan yang dimuat naik.

Disiarkan pada: Julai 4, 2021 @ 8:23pm
Muhaamad Hafis Nawawi dan Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]
Gambar: Media sosial

KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM  10,000Wow biar betul ?
24/06/2021

KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM 10,000

Wow biar betul ?

BPR Tambahan sebanyak RM500 mula dikreditkan : Semak Segera !!!https://bpr.hasil.gov.my/Ada yang dah kredit ke?
22/06/2021

BPR Tambahan sebanyak RM500 mula dikreditkan : Semak Segera !!!

https://bpr.hasil.gov.my/

Ada yang dah kredit ke?

Mohon jujur wahai peniaga-peniaga. 🥲Kredit : Aizam Ejam Zakry
15/06/2021

Mohon jujur wahai peniaga-peniaga. 🥲

Kredit : Aizam Ejam Zakry

bantu sesiapa nak bantu
12/06/2021

bantu sesiapa nak bantu

Alhamdulillah, wakil peguam kita telah hadir ke IPD Petaling Jaya pagi tadi untuk melihat lanjut tentang penahanan 5 orang Rider Food Panda yang mempertahankan Kalimah Allah yang dipersenda semalam.

Kita dimaklumkan bahawa mereka ini akan direman selama 2 hari. Sepatutnya mereka direman 4 hari, tetapi atas desakan peguam, alhamdulillah dikurangkan 2 hari. Mereka ini dijangka diikatjamin dengan kos RM3,000-4,000 seorang. Namun, mereka tidak ada wang sebanyak itu lebih-lebih lagi mereka hilang pendapatan kerana direman ini.

Oleh itu, kami dalam Sekretariat PEMBELA telah bersetuju untuk membantu mereka menggerakkan tabung kilat online untuk mengumpul wang sumbangan, memandangkan sejak semalam ramai yang menghubungi saya mengatakan mereka mahu menyumbang.

Ada dua cara untuk anda menyumbang, iaitu melalui online bit.ly/BelaRiderKalimahAllah atau bank-in terus ke akaun CIMB PEMBELA 8604296996 (perlu maklum ke [email protected]).

InsyaAllah, andai kata kutipan kurang dari sasaran, kita akan cuba TOP-UP manakala jika kutipan melebihi kos sepatutnya, kami akan serahkan wang tersebut sebagai wang belanja sara hidup kepada rider-rider yang hilang pendapatan itu.

Semoga semua usaha kecil kami ini membuahkan hasil dan diredhai Allah. Mohon bantu kami sebarkan poster ini. Terima kasih.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
12 Jun 2021

Menyumbang: bit.ly/BelaRiderKalimahAllah

[KEMASKINI: KUTIPAN SUDAH DITUTUP]

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saif Lanang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share