~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
ZURAIDA SOKONG PENUH MAS ERMIEYATI SEBAGAI CALON KETUA MENTERI MELAKA BAHARU
MELAKA, 18 Nov - YB Datuk Zuraida Kamaruddin menyokong penuh nama YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin selaku Ketua Menteri Melaka yang baharu mewakili PN sepertimana diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam kenyataan kepada pemberita, beliau berkata, Mas Ermieyati selaku Ahli Parlimen dua penggal di parlimen Masjid Tanah, beliau telah mempamerkan khidmat terbaik kepada penduduk setempat, khususnya kepada penduduk Tanjung Bidara sekiranya menang dalam PRN Melaka.
Beliau mengharapkan dengan adanya sokongan seluruh penngundi Tanjung Bidara akan mengangkat seorang wanita sebagai Ketua Menteri yang baharu buat negeri Melaka buat kali pertama pada 20 Nov nanti.
Beliau yang baru pulang menghadiri Mesyuarat Wanita Sedunia berharap wanita akan diangkat sebagai pemimpin negeri kerana ia akan dapat memberikan keseimbangan kepada pembangunan negara dari lensa seorang wanita. - IBTV News.
~ EDISI MELAKA ~ #melakamemilih
MELAKA, 17 Nov - Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yakin rakyat Melaka akan memberikan kepercayaan dan kemenangan kepada calon-calon Perikatan Nasional dalam PRN Melaka.
Dalam tinjauan beliau ke Bilik Gerakan Utama PN Melaka, beliau berkata kepimpinan Perikatan Nasional boleh memberikan harapan kepada rakyat kerana integriti dalam kepimpinan PN yang telah terbukti. Beliau menambah, semangat ahli-ahli PN dalam PRN Melaka kali ini berada ditahap tinggi dan sentiasa kuat dalam menghadapi pihak lawan. - IBTV News
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
(PART 2) | 15 Nov - Mantan Ketua Menteri Melaka ke-6, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menyatakan kedua-dua Bekas KM Melaka dari PH Adly Zahari dan dari BN Sulaiman Md Ali "tiada kontribusi kepada pembangunan Negeri Melaka". Katanya lagi, tiada perubahan yang dapat dilihat, rasai dan nikmati oleh rakyat negeri Melaka.
Ujar beliau, Ikrar PN untuk negeri Melaka yang telah diumumkan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai strategi, misi dan pelaksanaanya tersendiri yang akan membawa perubahan yang baik untuk negeri Melaka. - IBTV News
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
SHAH ALAM, 15 Nov - Dalam ulasan awal mengenai pelancaran Ikrar PN semalam, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, Ikrar atau manifesto PN adalah satu rejuvinasi baru utk rakyat Melaka. Ia boleh dilaksanakan dengan adanya pemimpin yang berintegriti dan beramanah dalam PN dengan mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai negeri maju.
Tambahnya lagi, rakyat Melaka harus memberikan peluang kepada kerajaan baharu yang ditunjangi Perikatan Nasional di Melaka dan menolak mereka yang tidak memegang amanah rakyat dalam menjalankan pentadbiran di negeri Melaka.
- IBTV News
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
14 Nov - Lintas Langsung dari Glenmarie Shah Alam, PELANCARAN IKRAR PN UNTUK MELAKA ((LIVE))
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
MELAKA, 11 Nov - Pandangan umum rakyat mengenai PRN Negeri Melaka. Saksikan! - IBTV News
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
SENARAI PENUH CALON PRN MELAKA 2021
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
TANGGA BATU, 7 Nov - Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Ketua Wanita Perikatan Nasional Perak YB Dato' Nolee Ashilin Dato' Radzi meninjau persiapan menjelang Pilihanraya Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 20 November 2021.
Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 3 gabungan parti dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan masing - masing meletakan calon di kesemua 28 DUN.
IBTV akan membawakan isu-isu dan situasi semasa sepanjang Pilihanraya ini diadakan. Teruskan bersama kami dengan wartawan lokasi yang membuat liputan PRN Melaka. - IBTV News
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih
MELAKA, 8 Nov - SUASANA BILIK GERAKAN UTAMA PERIKATAN NASIONAL (PN) NEGERI MELAKA
Wartawan Lokasi: M.Haiqal Syahid
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih 'LIVE'
MELAKA, 8 Nov - Suasana di Pusat Penamaan Calon N.05 TABOH NANING. - IBTV News
Wartawan Lokasi: M.Haiqal Syahid
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih 'LIVE'
MELAKA, 8 Nov - Suasana di Pusat Penamaan Calon N.06 REMBIA - IBTV News
Wartawan Lokasi: M.Haiqal Syahid
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih 'LIVE'
MELAKA, 8 Nov - Suasana di Pusat Penamaan Calon N.04 LENDU
Wartawan Lokasi: M.Haiqal Syahid
~EDISI MELAKA~ #melakamemilih 'LIVE'
MELAKA, 8 Nov - Suasa Pusat Penamaan Calon N.02 TANJUNG BIDARA - IBTV News
Wartawan Lokasi: Ar Razi Rahman
Pakej PEMULIH bernilai RM150 billion bantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.
25 Jun - Are vaccines you take are already failing? Watch this explosive facts uncovered.
Source & credits: WION News www.wionews.com
KENYATAAN PENTING YB Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
(MEDIA RELEASE 12/2021) - USAHA MENGHIJAU ALAM, MELESTARI BUMI DAPAT SAMBUTAN NGO
(MEDIA RELEASE 12/2021) - BERITA NEGERI/TEMPATAN
USAHA MENGHIJAU ALAM, MELESTARI BUMI DAPAT SAMBUTAN NGO
IPOH, 4 April – Usaha untuk menghijaukan alam dan melestari bumi telah dilakukan oleh Lions Club Perak Silverstate dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dalam satu program menanam pokok di padang Taman Kledang Permai pada hari ini. Ia adalah sebahagian dari inisiatif kerajaan menjadikan Perak negeri lestari, hijau dan mesra alam khususnya di bandaraya Ipoh.
Prof. Dr. Richard Ng selaku Ahli Majlis Bandaraya Ipoh berkata, program yang dinamakan ‘Green Our Earth, Safe Our Future Generation’ memberikan sesuatu yang bermakna bagi menghijaukan bumi demi menyelamatkan generasi akan datang.
“Objektif program ini adalah untuk menanam 100 pokok yang menjadi sasaran kami, dan menjadi sebahagian sasaran Majlis Bandaraya Ipoh bagi inisiatif menghijaukan bandar Ipoh”, katanya.
Dalam ucapannya, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh yang mewakili Datuk Bandar Ipoh, Puan Zuraina Kamarul Ariff berkata, usaha yang dilakukan oleh Lions Club Perak Silverstate adalah satu usaha yang harus diberikan pengiktirafan dan mengucapkan tahniah atas program yang dijalankan selaras dengan polisi Majlis Bandaraya Ipoh untuk menghijaukan bandaraya Ipoh. “Program yang dilaksanakan menjadi pemangkin sasaran Majlis Bandaraya Ipoh yang menyasarkan sebanyak 1,500 tanaman pokok baharu pada tahun 2021”, tambah beliau.
Hadir sama dalam program tersebut adalah Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari dan Gabenor Daerah Lions Club, Datuk Yeoh Moh Chai.
(MEDIA RELEASE 11/2021) - EXCO BELIA SARAN CALON PRU15 BAWAH 70 TAHUN
(MEDIA RELEASE 11/2021) - BERITA NEGERI/TEMPATAN
EXCO BELIA PERAK SARAN CALON PRU15 BAWAH 70 TAHUN
IPOH, 2 April – Saranan menghadkan umur calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang disambut baik oleh Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, YB Khairul Shahril Mohamed. Ketika ditemui pemberita kelmarin beliau menyarankan bahawa mereka yang ingin menjadi calon pilihanraya seharusnya dibawah 70 tahun. Ini sebagai usaha menyegarkan kepimpinan negara dan negeri dapat dilakukan.
“Secara peribadi saya amat setuju untuk mereka yang 7 siri (70 tahun) tidak perlu bertanding lagi. Saya tidak tahu hendak meletak muka saya sekiranya calon UMNO khususnya nanti hadir dari kalangan umur 70 tahun keatas”, ujar beliau.
Beliau menambah, bagi umur yang lingkungan 60 tahun, mungkin akan mendapat pertimbangan (dari parti), tetapi beliau tegas menyatakan calon-calon PRU15 diatas 70 tahun sudah tidak layak menjadi calon.
“Mungkin yang berumur 60 tahun itu saya tengok akan ada pertimbangan, tapi yang 70 tahun, saya clear (jelas), tidak layak menjadi calon”, katanya.
Ujarnya lagi, jika ada calon-calon pilihan raya yang berumur lebih 70 tahun masih mahu menjadi calon, pemimpin muda tidak akan dapat mengisi tempat selaku pelapis kepimpinan negara.
“Saya mengingatkan diri saya juga, yang mana saya pernah menjadi orang muda, platform orang muda mesti disediakan oleh orang lama”, tambah beliau.
Terdahulu semalam, tujuh badan gabungan NGO belia yang dinamakan sebagai Gabungan Generasi Baharu menyeru agar calon bagi PRU15 akan datang dihadkan kepada umur 65 tahun sahaja sebagai usaha peremajaan dan bagi menyegarkan demokrasi negara dapat dilakukan. Ketujuh-tujuh NGO itu adalah Gerakan Belia 4B Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia India Malaydia (MIYC), Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Pegerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) dan Keilmuan Nasional.
(MEDIA RELEASE 10/2021) - KEPUTUSAN PEMILIHAN DUN BELIA PERAK 2021 DIUMUM
(MEDIA RELEASE 10/2021) - BERITA NEGERI/TEMPATAN
IPOH, 1 April – Keputusan pengundian calon bagi Ahli Dewan Belia Negeri Perak 2021 telah diumumkan semalam. Keputusan rasmi telah dikeluarkan melalui pautan facebook Dewan Belia Negeri Perak. Adalah dimaklumkan, ramai muka baru telah mendapat tempat bagi membolehkan mereka melalui proses peringkat ketiga iaitu sesi temuduga calon DUN Belia Perak bagi mengisi kerusi kawasan DUN masing-masing.
Ketika ditemui pemberita kelmarin dalam sesi suai kenal bersama calon-calon DUN belia anjuran Majlis Belia Negeri Perak, YB Tuan Khairul Shahril Mohamad selaku EXCO Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak berkata sesi temuduga akan diadakan sebagai sebahagian proses pemilihan kali ini.
“Kita cuba memenuhi kehendak semua pihak, dengan memberikan ruang kepada pemilih untuk memilih dan calon yang terbaik itu kita angkat ke sisi pemilihan seterusnya, melalui sesi interview (temuduga) dan sebagainya”, ujar beliau.
Beliau menambah bagi memantapkan dan melengkapkan proses pemilihan kali ini, beliau tidak menolak kemungkinan sesi bengkel juga akan diadakan bagi semua calon yang berjaya.
“Kita tidak mahu calon dipilih kerana hanya sekadar dia popular sahaja, tetapi kita mahu mereka ini popular dan dalam masa yang sama membawa aspirasi golongan belia masa kini. Ini adalah harapan dan usaha yang kita buat”, katanya lagi.
Sesi temuduga bagi calon-calon yang melepasi peringkat pemilihan melalui undian dua tertinggi dari setiap kawasan DUN akan diadakan pada 3 April bertempat di dua lokasi iaitu pejabat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Hub Innovasi & Multimedia (HiM – Digital Perak), di Bandar Meru Raya. – IBTV News.