08/12/2024
6 Disember 2024
Alhamdulillah selesai tugasan saya sebagai moderator dalam segmen khas sempena ulang tahun pertama AHF Studio bersama tetamu kehormat YAB Datuk Seri Diraja Dr Hj Ahmad Zahid Bin Hj Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno.
Terima kasih kepada Dato’ Kamal Amir atas peluang dan ruang untuk saya bersama beliau dalam detik bersejarah dalam karier politik saya apabila diberikan peluang untuk sepentas dengan Presiden Umno.
Saya anggap ini adalah penghormatan dan moment yang indah apabila diberikan ruang untuk golongan muda bersama dengan pemimpin parti.
InsyaAllah segala kenangan ini akan diabadikan dalam sanubari sebagai pendokong dasar-dasar parti dan akan terus istiqamah dalam pejuangan menegakan Agama, Bangsa & Tanah Air.
Terima kasih sekali lagi kepada seluruh keluarga AHF News & Media terutama Dato’ Kamal Amir atas peluang dan ruang ini.
InsyaAllah jika ada masa saya akan buat video-video penerangan berkenaan beberapa perkara dan isu yang menjadi bualan kalangan akar umbi Umno dan netizen.
Stay tune..!
Hafiz Nafiah
Kota Damansara